Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Wednesday, September 05, 2012

Terima Kasih RATUHATI dan Rakan Forumers RH

Terima Kasih RATUHATI dan Rakan Forumers RH


Capture Referring Site Statistic Blog Sahabatroselle, klik gambar untuk besarkan imej.


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada entry ini kali ini, Intan SRM ingin berkongsi rasa gembira dengan pencapaian blog Sahabat Roselle ini dalam SEO (SEARCH ENGINE OPTIMAZATION) di internet samada di pakcik google, yahoo, MSN dan pelbagai lagi enjian carian.

Sering para cikgu sifu pembinaan website  menyatakan, SEO adalah sangat penting bagi memastikan blog kita berada di halaman pertama enjin carian. Dan saya belajar daripada mereka itu. Terima kasih atas perkongsian ilmu itu. Semoga Allah memberi rahmat dan keampunanNya kepada sifu internet saya. Amin.

Alhamdulillah, setelah cuba berusaha keras menjadikan enjin carian mesra dengan kata kunci di blog sahabatroselle blogspot sejak awal Januari 2012, kini setelah 9 bulan, Alhamdulillah usaha ini telah menampakkan hasilnya. Syukur padaMu Ya Allah.

Sebagai seorang yang telah menceburi dunia blog dan sebagai tanda terima kasih saya kepada rakan-rakan followers, telah ada saya post satu entry award  terima kasih untuk semua followers blog sahabatroselle. Bagi Intan SRM, Kehadiran Followers dan komentor anda sangat dihargai. Walaupun followers blog ini ramai yang menjadi silent reader, namun atas usaha anda meramaikan pengunjung ke blog ini sangat saya hargai.

Juga entry sebelum ini Intan SRM membuat laporan khas berkaitan rakan bloggers yang sudi link blog sahabatroselle blogspot ini ke bloglist di sidebar blog mereka,  Entry Terima Kasih Sahabat Roselle Kepada Rakan Blogger Yang Mempromosikan Blog Ini Secara Percuma

Jutaan terima kasih juga kepada Fan Page Tautan Hati, BY HAZANUTZ sLAY yang juga followers blog SRM kerana didapati berdasarkan statistik blog Sahabat Roselle Blogspot, Fan Page Tautan Hati banyak mengletakkan link sahabatroselle.blogspot secara percuma

Semoga Allah SWT  membalas jasa kalian dalam usaha memartabatkan Produk Halal Muslim, yang selalunya berstatus IKS ke seantero Malaysia.

Lalu, sebenarnya peranan mereka ini telah membantu meningkatkan enjin carian menemui blog sahabatroselle.blogspot.com. Alhamdulillah.

Ini kerana melalui linkback rakan followers, SEO lebih mudah menenui blog kita.

Tidak dinafikan untuk meningkatkan agar enjin carian di internet menemui blog kita di laman sesawang, antara perkara yang perlu dilakukan oleh blogger ialah blog walking. Ini banyak dinyatakan oleh ramai rakan Internet yang menjalankan Bisnes Online.

Namun bagi saya yang mengalami masalah tulang belakang, untuk blog walking bermakna perlu duduk dengan lebih lama di hadapan komputer. Blog walking bermakna kita perlu berjalan ke blog rakan-rakan bloggers lain atau ke website lain secara satu persatu.

 Inilah yang menyebabkan kadang kala seseorang pembangun blog perlu duduk lama di hadapan komputer dalam rangka mempromosi blog yang dibangunkannya. Apabila blog telah dikenali biasanya juga, pihak di dunia realiti juga mengetahui akan kewujudan blog atau website itu.

Berdasarkan nasihat Pakar Orthopedik, kepada mereka yang berkerja di hadapan kompoter, duduk di hapan komputer pun paling lama ialah 2 jam dan setiap 30 minit perlu membuat regangan tangan dan kaki juga leher.

Jadi apakah langkah mudah agar blog bisnes online mudah dikenali ramai pengunjung internet?

Salah satunya, buat iklan berbayar di mana-mana forum terkenal di internet. Jika saya, INTAN SRM memilih forum RATUHATI



Alhamdulillah, pada hari pertama sahaja iklan berbayar sahabatroselle.blogspot.com disiarkan di forum berkenaan, telah ada seramai 67 orang pengunjung. Alhamdulillah pengunjung dari forum berkenaan. ia semakin bertambah dari sehari ke sehari.

Kenapa saya membuat pengiklanan berbayar di forum RH?

Sebab? Saya rasa produk yang dijual di Sahabat Roselle menepati citarasa kebanyakan forumers RATUHATI



Tak percaya? Sila lihat ahli-ahli berdaftar RATUHATI. Lihat juga Fan Page Ratuhati nya yang dah beribu-ribu. Selain pelbagai topik yang dibincangkan di RATUHATI merangkumi Anak Istimewa OKU, Resipi masakan, Masalah Suami Isteri, Perbincangan Agama, travelling, dan macam-macam topik ada di sana.

 Entry ini saya publish atas pertanyaan sesetengah pengunjung ke blog saya tentang Tip SEO. Saya berkongsi di sini, sedikit ilmu yang saya tahu berkaitan pembangunan blog. semoga ada manfaatnya. Wassalam.



0 comments:

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...