Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Thursday, September 27, 2012

Kumpulan Pertama Jemaah Haji Malaysia tiba di Makkah

Kumpulan Pertama Jemaah Haji 

Malaysia tiba di Makkah

 
Kawasan Masjil Haram Mekah 
 
MAKKAH: Kumpulan pertama seramai 312 jemaah haji Malaysia selamat tiba di kota suci Makkah dari Madinah awal hari ini.

Mereka tiba kira-kira jam 1 pagi Rabu (7 pagi waktu Malaysia) di hotel Janadiriyyah yang juga satu daripada 15 hotel di Makkah yang disewa oleh Tabung Haji bagi menempatkan hampir 28,000 jemaah haji Malaysia sepanjang musim haji kali ini. 

 
Menurut Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman kumpulan pertama itu bertolak dari Madinah dengan bas pada jam 5 petang Selasa (11 malam waktu Malaysia) dan selamat tiba di Makkah selepas mengharungi perjalanan selama lapan jam. 

 

Beliau berkata, selepas berehat dan bersarapan pagi, jemaah haji yang berpakaian ihram kemudian berjalan beramai-ramai menuju ke Masjidil Haram yang terletak kira-kira 1km dari tempat penginapan mereka dengan diketuai oleh seorang mutawif atau pembimbing serta petugas Tabung Haji bagi melaksanakan ibadah umrah.

Syed Saleh berkata, berbeza daripada tahun sebelumnya, bagasi milik jemaah haji tiba sehari lebih awal di Makkah dan dimasukan ke dalam bilik jemaah haji seperti yang telah ditetapkan.


"Ini membolehkan para jemaah fokus kepada soal ibadah sebaik sahaja mereka menjejakkan kaki di kota suci Makkah," katanya kepada wartawan Malaysia di hotel Janadiriyyah yang juga dijadikan pusat pentadbiran Tabung Haji ketika musim Haji.


Syed Saleh berkata, buat masa sekarang keadaan dalam Masjidil Haram masih belum sesak dan jemaah haji Malaysia dapat melaksanakan ibadah umrah seperti tawaf dan saie dengan selesa. 

 
Beliau berkata, berikutan cuaca panas di Makkah yang mencecah hampir 30 darjah celcius, maka jemaah haji diminta supaya tidak terlalu lama terdedah dalam panas cahaya matahari.

Katanya, seramai 350 petugas haji telahpun berada di Makkah jumlah itu akan bertambah sehingga ke 600 orang apabila tiba musim haji nanti musim haji. - BERNAMA 


From Shahrullizan Rusli

MECCA, Sept 26 (Bernama) -- The first batch of 312 Malaysian pilgrims arrived here from Medina early Wednesday.

They checked into Janadiriyyah Hotel, one of the 15 hotels booked by Lembaga Tabung Haji for nearly 28,000 Malaysian haj pilgrims in Mecca, at about 1 am Wednesday (7 am Malaysian time).

Malaysian haj delegation chief Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman said the pilgrims left Medina by bus at 5 pm Tuesday (11 pm Malaysian time) and arrived here after an eight-hour journey.

He said after breakfast, the pilgrims led by mutawif (guide) headed for Masjidil Haram (the Grand Mosque), about one km away, to perform the tawaf (circumambulation of the Kaabah) and saei (running between two mountains).

Syed Saleh said unlike before, the pilgrims' luggage arrived one day before their arrival at the hotel here and sent to their rooms.

"This will enable the pilgrims to focus on worship as soon as they set foot on the holy city of Mecca," he told Malaysian journalists at Janadiriyyah Hotel which also serves as Tabung Haji's administrative centre during the haj season.

Syed Saleh said as the Grand Mosque was still not crowded, Malaysian pilgrims could perform tawaf and saei comfortably.

He advised the pilgrims not to expose themselves too long in the sun due to the warm weather with temperature rising up to 30 degree Celsius.

So far 350 Tabung Haji employees are already in Mecca to serve the pilgrims and the number will increase to 600 at the peak of the haj season, he added.

-- BERNAMA 







0 comments:

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...