Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Tuesday, September 11, 2012

Projek Rapid Penduduk Pengerang bakal terima pampasan

Projek Rapid Penduduk Pengerang bakal terima pampasan


Datuk Abdul Ghani Othman

JOHOR BAHRU 7 Sept. - Penduduk Pengerang yang terjejas akibat proses pengambilan tanah bagi projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) akan menerima wang pampasan secara tunai dalam tempoh masa 14 hari selepas menerima 'award'.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman (gambar) berkata, jaminan itu diberikan kerajaan negeri bagi sesi pendengaran awam tentang award pengambilan tanah itu yang bermula Isnin lalu di kawasan milik penduduk dalam projek Rapid yang terletak di dalam Kompleks Integrasi Petroleum Pengerang (PIPC).

Menurutnya, fasa pertama sesi pendengaran awam dari 3 September lalu hingga 14 September ini akan membolehkan tiga buah kampung yang terjejas iaitu sebahagian Kampung Sungai Kapal, Kampung Teluk Empang dan Kampung Langkah Baik menyatakan kes mereka mengenai pampasan kerajaan terhadap tanah dan hak milik yang diambil.



"Pelaksanaan pendengaran awam adalah berdasarkan Akta Pengambilan Tanah 1960. Penduduk kampung yang terjejas tidak perlu risau mengenai hak mereka kerana prosedur dibuat menurut peruntukan dalam akta tersebut.

"Tawaran pampasan adalah berdasarkan penilaian yang dibuat Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta mengikut harga pasaran semasa sebelum Seksyen 4 diwartakan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Abdul Ghani berkata, perkara tersebut tidak akan diputuskan oleh kerajaan negeri tetapi berdasarkan harga pasaran seperti yang dinyatakan dalam seksyen berkenaan.

Sumber: UTUSAN MALAYSIA ARKIB : 08/09/2012

0 comments:

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...