Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Sunday, September 23, 2012

Hoverkraf Bomba Dikaji UTM

Hoverkraf Bomba Dikaji UTM

UTM kaji hoverkraf Bomba untuk kesesuaian penggunaan Di Malaysia


Zaini Ujang bersalaman dengan Hamid Suari pada majlis Penyerahan Hovercraf Bomba kepada UTM di Skudai, Johor Bahru, semalam. - UTUSAN/ RAJA JAAFAR ALI


JOHOR BAHRU 18 Sept. - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) hari ini menerima sebuah hoverkraf daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri bagi tujuan menyelidik kelajuan kenderaan dua alam tersebut supaya ia lebih praktikal untuk digunakan di negara ini.

Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Zaini Ujang berkata, kenderaan itu akan dimanfaatkan sepenuhnya dalam pengajaran dan penyelidikan siswazah yang mengikuti jurusan Teknologi Marin seperti kajian penambahbaikan hoverkraf bersesuaian dengan topografi dan kedudukan kawasan perumahan di Malaysia.

"Kenderaan ini agak laju di permukaan air dan darat. Namun, ia tidak mempunyai sistem brek bagi memperlahankannya sedangkan susun atur kawasan perumahan di negara ini agak rapat antara satu sama lain.



"Jika digunakan untuk operasi menyelamat ketika banjir, ia dikhuatiri mampu membahayakan orang awam mahupun yang menaikinya," katanya pada sidang akhbar selepas majlis penyerahan kenderaan tersebut oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Ir. Dr. Mohd. Azraai Kassim dan Pengarah Operasi Jabatan Bomba, Hamid Suari.

Menurut Zaini, hoverkraf merupakan salah satu kenderaan alternatif yang mempunyai banyak kelebihan, maka UTM akan membuat kajian susulan terhadap pengangkutan yang jarang didapati di Malaysia itu.

Sementara itu, Hamid yang ditemui berkata, hoverkraf model RO TAX 600 keluaran 2002 yang pada asalnya berharga RM186,000 itu diberikan kepada UTM sebagai hadiah selepas mendapat kebenaran daripada Perbendaharaan Malaysia.

"Sebenarnya, pengangkutan itu merupakan satu-satunya milik Jabatan Bomba Malaysia yang digunakan oleh bomba negeri ini dalam operasi menyelamat ketika bencana banjir dahulu.

"Bagaimanapun penggunaannya agak terhad berikutan kedudukan blok rumah-rumah di negara ini berdekatan antara satu sama lain dan menyebabkan hoverkraf ini sukar digunakan ketika kita menjalankan operasi," katanya.

SUMBER; UTUSAN MALAYSIA











0 comments:

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...