Monday, September 17, 2012

Petua Hilangkan Mabuk Awal Kehamilan

Petua Hilangkan Mabuk Awal Kehamilan

Assalamualaikum warahmatullah dan selamat sejahtera. Bagaimana untuk menghilangkan (atau meredakan) mabuk/loya di awal kehamilan? Kawan-kawan followers ada cadangan tak?

Sebenarnya hampir tiada satu kaedah pun yang boleh menghilangkan rasa mabuk atau loya pada awal kehamilan, cuma kita boleh meredakan perasaan yang sungguh kurang selesa ini. 


Ini adalah kerana di awal kehamilan, badan menghasilkan hormon yang menyebabkan kita merasa mabuk/loya. Mabuk, loya, pening di awal kehamilan memang mencabar mental dan fizikal. Redha dan anggaplah ia ujian Allah yang akan menghapuskan dosa-dosa kita.

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:


 “Tidaklah seorang Muslim ditimpa penyakit, melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya, seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Sabda Rasulullah SAW lagi, 


“Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut.” 

(Hadis riwayat al-Hakim)

Untung jadi perempuan ni, tau. Selain daripada mendapat pahala, dosa-dosa kita juga diampunkan, insya Allah. Yang penting, kita ni semasa dugaan berkenaan berlaku, kita kena sabar dan redha. Kalau merungut dan mengeluh, habis burn pahala yang patut dapat jadi hilang bagai debu.

Mabuk hamil kebiasaannya berlaku pada trimester pertama dan jika bernasib baik, akan berakhir di sekitar minggu ke 16 kehamilan. 


Kenapa saya kata 'nasib baik', ya? Sebab jika saya hamil, baik semasa yang sulong dan hingga yang terakhir, saya Allah izin mengalami morning sickness hingga hari terakhir dibawa ke labor room. 

Mabuk hamil ini juga tak mestinya berlaku waktu pagi. Kadang tu tengah hari, dan kerap kali waktu tengah malam.

Untuk mengurangkan, boleh cuba petua di bawah :




1. Pada usia kehamilan minggu pertama - minggu ke 10, ibu yang hamil amat memerlukan zat besi. Dengan zat besi tersebut ianya dapat membantu ibu hamil untuk menghilangkan rasa loya, muntah-muntah serta alahan. Ambil pil zat besi sebiji sehari bersama vitamin C. Vitamin C membantu penyerapan zat besi. Banyakkan pengambilan sayuran warna hijau tua yang kaya dengan zat besi.

2. Amalkan madu, sesudu pagi (dan sesudu malam - optional), ambil semasa perut masih kosong. Pastikan ibu hamil tidak mengambil apa-apa minuman/makanan setengah jam selepas minum madu. Madu berupaya meningkatkan hemoglobin dalam darah. 


Hemoglobin merupakan protein yang terdapat dalam sel-sel darah merah yang memainkan peranan penting dalam membawa oksigen ke seluruh jaringan tubuh. Manakala zat besi pula merupakan komponen esensial daripada hemoglobin. 

Hemoglobin rendah, otak kurang oksigen dan menyebabkan pening atau mabuk.

3. Buah pala penawar untuk menghilangkan rasa loya, pening-pening atau tanda-tanda lain yang berkaitan dengan pitam. Saya dah cuba yang ini, memang berkesan, cuma susah nak jumpa buah pala dijual di sini. Jadi saya gunakan Balm Buah Pala keluaran Ana Edar.


4. Amalkan memakan kurma, anggaran 7 biji sehari. Insya Allah, mabuk akan kurang (memang berkesan!)


5. Minum air teh o panas, dengan sehiris halia. Halia diketuk, sebelum direndam dalam air teh. Oh petua ni saya tak berani cuba. Sebab saya alah dengan teh dan kopi. Tapi kawan saya ada cuba dan serasi dengannya.


6. Sediakan biskut kering  tanpa perisa di tepi katil. Sebaik sahaja bangun dari tidur, tanpa mengubah posisi badan semasa terjaga dari tidur, makan sekeping dua biskuit kering yang diletakkan di tepi katil. 


7. Saya elakkan minum kopi dan segala jenis kopi. Kerana sebaik minum kopi, segala isi yang pernah kita makan dan minum sebelum tu akan terkeluar balik. Kepala pun pening sahaja.

8. Gunakan Minyak Angin LEGA...Alhamdulillah serasi dengan saya. Bukan setakat saya bahkan orang di sekeliling pun akan berkata. "Eh bau minyak apa ni? Sedap lah baunya. Hilang serabut saya." Manakala pelajar-pelajar saya turut berkata,"Leganya rasa bau minyak yang cikgu pakai. "

Penting, posisi tidur tidak diubah kerana jika melakukan pergerakan, asam lambung di lambung akan turut berubah posisinya. 

Dikatakan, perlu dibuat pada waktu pagi kerana pada masa itulah, posisi yang menentukan kedudukan asam lambung. Biskut kering dikatakan berfungsi untuk mengikat asam lambung sehingga mungkin boleh mengurangkan mabuk atau loya.

Petua tradisional  :

1. Ambil seinci halia, sebatang serai, 2-3 kuntum bunga cengkih, kayu manis, masukkan ke dalam segelas air mendidih, masukkan seketul gula batu, tutup. Minum waktu pagi dan malam.

2. Ambil segenggam daun kari. Kisar menjadi jus. Campur jus tersebut dengan limau nipis dan satu teh gula. Minum setiap pagi. Insya Allah rasa loya tekak akan hilang.

Tapi sebenarnya, petua yang paling bagus diamalkan, oleh Puan Bawang Goreng, sebelum conceive lagi, suami kena berniat seikhlas hati, jika isteri mengandung, minta mabuk/loya/pening itu ditanggung juga oleh suami. 


Jadi, mabuk/loya/pening akan berpindah kepada suami. Yang penting, suami kena ikhlas, kalau tak ikhlas, mungkin tak jadi.

0 comments:

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...