KUALA LUMPUR - SME Corp Malaysia menggesa perusahaan kecil dan sederhana (PKS) supaya menceburi bidang e-dagang memandangkan tempat pasaran elektronik itu mempunyai jangkauan yang lebih besar daripada pasaran tradisional.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Hafsah Hashim berkata e-pasaran membolehkan firma-firma mencapai pelanggan yang lebih berpotensi, menyebabkan peningkatan dalam bilangan pesaing, di samping menghapus halangan geografi.


"Salah satu kelebihan e-dagang ialah bahawa syarikat-syarikat kecil dapat bersaing dengan firma-firma yang lebih besar dari segi kualiti dan akses," kata beliau pada majlis menandatangani perjanjian antara Multimedia Prospect Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh ManagePay System Bhd, dan Bpost International di sini hari ini.

Perjanjian ini bertujuan untuk mempercepatkan penggunaan e-dagang di Malaysia dengan perkhidmatan International Trade Lane.

Hafsah berkata kajian yang dilaksanakan Google baru-baru ini mendedahkan bahawa internet telah menyumbang 4.1 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar di Malaysia, lebih tinggi daripada di Amerika Syarikat (3.8 peratus) dan China (2.6 peratus).

"Bagaimanapun, kajian itu juga mendapati bahawa kebolehcapaian internet masih agak rendah bagi PKS Malaysia, disebabkan kos pendaftaran domain dan lebar jalur yang tinggi," tambah beliau.

Kajian oleh MDeC juga mendedahkan bahawa penggunaan pembayaran dalam talian PKS masih pada peringkat awal, katanya.

"Hanya 11 peratus responden menggunakan kemudahan pembayaran dalam talian, dengan perbankan dalam talian menjadi pilihan yang paling popular, diikuti dengan bayaran kad kredit," kata beliau sambil menambah bahawa kos yang tinggi dan kekurangan kemudahan serta kemahiran merupakan halangan bagi PKS untuk menjalankan perniagaan dalam talian.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif ManagePay Chew Chee Seng berkata perjanjian tersebut membuka jalan bagi ManagePay untuk memanfaatkan kepakaran dan infrastruktur Bpost International untuk menyerahkan bungkusan merentas sempadan E-peniaga di Malaysia ke destinasi di Eropah pada masa yang tepat, dalam keadaan baik dan efisen dari segi kos.

"Bpost International akan menawarkan perkhidmatan laluan perdagangan antarabangsa Globify di mana pengguna yang membeli barang-barang di laman web E-peniaga akan tahu jumlah kos sebenar pada masa pembelian," katanya.

Chew berkata perkongsian ini juga boleh memberi manfaat kepada E-peniaga Malaysia dengan menjadikannya lebih mudah dan tiada tekanan untuk menjual produk mereka secara dalam talian.- Bernama

Rangkaian Kedai Sahabat Roselle Marketing:

Cawangan Impian Emas, Skudai Johor Bharu, Johor:
No. 32 Jalan Impian Emas 7,Taman Impian Emas,81300 Skudai,Johor, Malaysia
Office : +607 558 2779
HP : 019-778 3029 

Kedai SRM Puchong Selangor:
No 19-1, Jalan Tasek Prima 5/1, Blok B Prima Biz Hub,Taman Tasik Prima, 47150 Puchong, Selangor Darul Ehsan. Nombor telefon: 019 7773194/019 7773094
 
SRM Cawangan Bandar Baru Uda, 
No. 3 Jalan Padi Ria 13, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, 019-7773022 (En.Fadhil)

Cawangan Taman Mutiara Rini, 
No. 33 Jalan Jasa 64,Taman Mutiara Rini, 81300 Skudai, Johor Bahru, Nombor 0197773064  

Cawangan Pasir Gudang:
D & Yad venture - No:22 Jln Sejambak 14, Taman Bukit Dahlia 81000 Pasir Gudang, Johor.017-7382676 [Puan Mimah]

 SRM Mobile - Sekitar Muar, Johor - 019-619 6676 [Puan Fatimah]  
Pahang: 019 9851773 (Encik Sulaiman)