Wednesday, June 13, 2012

Gempa Bumi Di Afghanistan

Gempa Bumi Di Afghanistan

Alfatihah buat semua muslimin dan muslimat mukminin dan mukminat yang mana mereka itu beriman kepada Allah.

Salam takziah kepada muslimin muslimat yang ditimpa musibah gempa bumi bumi ini. 

Sebagai renungan bersama, mari kita hayati Firman Allah:

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya."

(Surah Al-Baqarah 2: Ayat 286)

"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cobaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar." 

(QS Al-Baqarah : 155)

Sebagai seorang Islam, apabila ditimpa musibah, kita dianjurkan mengucapkan "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun" apabila ditimpa musibah sebagaimana Firman Allah :

"(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: ‘Sesungguhnya Kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah Kami kembali’."

(Surah Al Baqarah 2: Ayat 156)

Kisah Ummu Salamah Radiallahu Anhu, Ummahatul Mukminin, sewaktu ditimpa musibah:

Dari Ummu Salamah RA mengisahkan:

" Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda, 

“Barang siapa ditimpa musibah, selanjutnya ia berkata: "Ya Allah, berikahlah pahala atas musibahku dan berikanlah ganti untukku yang lebih baik daripada musibah tersebut. Melainkan Allah memberikan ganti yang lebih baik daripada musibah yang menimpanya."

Ummu Salamah berkata, "Ketika Abu Salamah meninggal dunia, aku berkata, 
"Adakah kaum Muslim yang lebih baik daripada Abu Salamah? Dia adalah keluarga pertama yang berhijrah kepada Rasulullah SAW, kemudian aku mengucapkan doa di atas lalu Allah memberi ganti untukku berupa rasulNya. Rasulullah SAW mengutuskan Hathib bin Abu Balta'ah untuk melamarku untuk beliau. Aku mempunyai anak perempuan dan aku adalah wanita pencemburu. Beliau bersabda, "Adapun anak perempuannya, maka aku berdoa kepada Allah mudah-mudahan Allah mencukupinya (Ummu Salamah) dengannya dan aku berdoa kepada Allah agar Allah menghilangkan sifat cemburu. Kemudian aku bernikah dengan Rasulullah SAW."

(Hadith Riwayat Muslim)


Berikut ialah sebahagian petikan berita dari internet dan akhbar Kosmo:

"Asadullah Shirzad said more than 70 people were trapped in Dara Azara village, but he had no information about casualties so far.

"We have sent a rescue team. There is no report of dead or wounded yet."
A quake measuring 5.4 struck the Hindu Kush region followed by a 5.7 aftershock, the United States Geological Survey said. It was centered 174 km (108 miles) north of Kabul, where the quake was also felt."

Lebih 50 maut gempa di Afghan

Afghan earthquake triggers landslide, scores trapped


SALAH satu lokasi yang mengalami gegaran gempa bumi di wilayah Baghlan kelmarin. 



Afghans stand at the site after an earthquake hit Baghlan province, north of Kabul, Afghanistan.

MAZAR-I-SHARIF, Afghanistan - Lebih 50 orang dikhuatiri terbunuh dalam runtuhan akibat dua gempa bumi yang menyebabkan tanah runtuh sekali gus meranapkan rumah-rumah di utara Afghanistan semalam.
Sehari selepas gempa itu berlaku, kira-kira 50 hingga 70 orang mungkin terperangkap di bawah runtuhan di daerah Burka.

Daerah itu merupakan kawasan yang paling banyak mengalami kemusnahan.



"Mereka mungkin telah mati kerana terdapat banyak runtuhan tanah. Menggali tanah itu agak sukar," kata gabenor di wilayah Baghlan, Munishi Abdul Majeed.

Ketua pasukan bantuan bencana alam tempatan, Mohammad Nasir Kohzad berkata, lebih banyak pasukan menyelamat dari Kabul telah dihantar ke lokasi bencana.

Dua gempa bumi berukuran 5.4 dan 5.7 pada skala Richter itu menggegarkan kawasan pergunungan Hindu Kush selang setengah jam kelmarin.

Lokasi kejadian terletak kira-kira 170 kilometer ke utara Kabul.
Gempa bumi yang pertama berpusat 160 kilometer ke barat daya bandar Faizabad dengan kedalaman 15 kilometer.

Satu lagi gempa bumi berpusat di kawasan yang hampir sama. - Agensi


2 comments:

Acik Erna said...

Innalillaahi wa innaa ilaihi raaji'un
Alfatiha buat yang telah pergi..

Intan SRM said...

alfatihah ..
terima kasih Acik erna sudi ke blog ni

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...