Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Monday, June 04, 2012

Kedai Halal Muslim Puchong Selangor

Kedai Halal Muslim Puchong Selangor


Pandangan Hadapan Kedai SRM, Puchong Selangor.

Kedai SRM, Produk Muslim, Pilihan Anda.
 Produk Halal lagi Thoyyibah... 
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Kepada para pecinta, pencari, dan penyokong produk halal thyoyyibah, produk halal muslim, di Kawasan Selangor dan Lembah Klang, Alhamdulillah kini telah ada kedai yang menawarkan pelbagai produk runcit halal muslim dan produk kesihatan keluaran Orang Islam di Puchong, Selangor.

Menyedari ada keperluan dalam kalangan pengguna-pengguna Muslim tempatan, Sahabat Roselle Marketing (SRM) tampil dengan kedai runcit yang memasarkan hanya produk-produk halal yang dikeluarkan oleh usahawan Muslim.

Antara barang runcit yang Sahabat Roselle Marketing pasarkan dan jual ialah Sayur fuchok keluaran Muslim, mee keluaran Muslim, Bihun keluaran Muslim, minuman perisa coklat keluaran Muslim, Mayonis keluaran Muslim, Margerin dan Minyak Felda (Margerin Pelangi dan Minyak Masak Saji), Susu Cair Alif, Susu Pekat Alif, Susu tepung Biomil, Sardin PERTINA, Garam Halagel, Belacan, Ikan Bilis Sabah, dan bahan pencuci buatan Muslim.

Kepada pelanggan dan bakal pelanggan Sahabat Roselle Marketing
yang berada di sekitar Selangor, seperti di Puchong, Serdang, 
  sila datang beramai-ramai di cawangan terbaru kami:

Kedai SRM,
No. 19-1, Jalan Tasik Prima 5/1, 
Taman Tasik Prima, 47150 Puchong, Selangor.

Waktu Operasi:
Isnin Hingga Khamis
11 a.m - 10 p.m
Jumaat
3 p.m - 10 p.m
Sabtu Hingga Ahad:
11 a.m - 10 p.m

No. Telefon: 
03-8062 7032, 019-777 3194, 019-777 3094



Pandangan dalam
Kedai SRM, Sahabat Roselle Marketing, Puchong, Selangor

Produk Kesihatan 


Produk Minuman, Kordial dan pelbagai jenis kopi dan teh.


Hampir 80 peratus barangannya merupakan produk  Muslim tempatan di mana kira-kira 65 peratus dibekalkan oleh pengusaha dari negeri Utara tanah air dan Johor. 

Kesemuanya mendapat status halal daripada Jabatan Kebajikan Islam Malaysia (JAKIM) selain yang dihasilkan sendiri secara kecil-kecilan di rumah seperti kuih muih sejuk beku segera. 

Manakala 20 peratus lagi merupakan produk Muslim dikeluarkan oleh negara-negara Islam seperti Yaman, Arab Saudi, Iran dan lain-lain.

Sila lihat artikel Sahabat Roselle sebelum ini, Halal Haram, Telitilah Makanan Anda, di sini.
dan Jom Lazimi Halal Thoyyiban, klik di sini.

Info Lanjut sila klik Jom Jana Pendapatan Bersama Sahabat Roselle Marketing, di sini.

0 comments:

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...