Assalamualaikum Pictures, Images and Photos
Showing posts with label Isu Halal. Show all posts
Showing posts with label Isu Halal. Show all posts

Sunday, August 18, 2013

AGAR-AGAR BERCICAK DITEMUI DI TERENGGANU

AGAR-AGAR BERCICAK DITEMUI DI TERENGGANU
Jumpa cicak dalam agar-agar




Kejadian Agar-agar yang dibeli untuk membuat koktel mengandungi cicak kering ini berlaku di Terengganu. Semoga ia menjadi pengajaran buat kita iaitu carilah produk yang dibuat oleh Muslim.
 

KUALA TERENGGANU – Hasrat sebuah keluarga menyediakan agar-agar koktel kepada tetamu majlis rumah terbuka mereka pada hari raya kelima, terbantut apabila melihat seekor cicak yang sudah kering di dalam sepeket agar-agar yang baru dibeli.


Tuesday, September 25, 2012

Makanan pengaruhi akhlak Sumber rezeki haram punca hati kotor hidup tidak tenteram

Makanan pengaruhi akhlak

Makanan pengaruhi akhlak Sumber rezeki haram punca hati kotor hidup tidak tenteram


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 
Terima kasih kepada pecinta dan penyokong Produk Halal Muslim 
yang dipasarkan oleh Sahabat Roselle Marketing. 
Semoga usaha kita ini mendapat redha dan keberkatan daripada Allah SWT. Amin.
 
Sila baca artikel Blog SAHABATROSELLE sebelum ini :

Perkara Yang Haram Jika Ada Dalam rezeki, di sini.

Makanan Halal Pengeruhi Amal Ibadat di sini.

Kenapa Makanan Yang Halal di sini

Natijah dan Kesan Makanan Haram, di sini.

Untuk maklumat kedai SAHABAT ROSELLE MARKETING, sila klik di sini.

Rasulullah SAW bersabda: 
“Sesiapa yang berusaha mencari rezeki atau nafkah untuk keluarganya daripada cara mendapatkan hasil yang halal, maka ia seperti berperang di jalan Allah. Dan sesiapa yang mencari sesuatu yang halal dan menjaga diri daripada sesuatu yang haram, maka dia akan mendapat darjat orang yang syahid.”

Perspektif IKIM: Makanan pengaruhi akhlak

Sumber rezeki haram boleh sebabkan hati ‘kotor’, hidup tidak tenteram

Imam Ghazali berkata, 

“Jika kita ingin anak menjadi soleh, bijaksana dan berguna, berilah mereka makan daripada rezeki yang halal sejak dilahirkan. Makanan yang halal selain menjadikan anak kita berguna, boleh menjadikan fikiran mereka cerdas dan pintar. Sebaliknya, anak akan menjadi derhaka kepada kita jika diberikan makanan yang kotor.”

Betapa ramai umat Islam terperangkap dalam dilema pemilihan makanan. Bukan sekadar makanan daripada unsur haram tetapi cara untuk mendapatkan makanan juga haram tanpa disedari secara sengaja atau tidak.

Tidak ada orang Islam yang sanggup memakan babi, justeru ia dielakkan tetapi masih ramai yang makan makanan dibeli dengan wang hasil daripada menipu, memeras ugut, curi tulang, rasuah dan menzalimi hak orang lain.

Kadang-kadang, perkara seumpama ini masih tidak memberi apa-apa kesan buat si pencari nafkah dalam sesebuah keluarga. Mereka merasakan sumber sebegitu langsung tidak akan menjejaskan kesihatan yang nampak secara zahirnya.

Friday, September 14, 2012

Tahniah UTM Cipta Pengimbas Pengesahan Halal Telefon Pintar

Tahniah UTM Cipta Pengimbas Pengesahan Halal  Telefon Pintar



Pensyarah Kanan Fakulti Alam Bina Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah UTM, Dr Muhammad Zaly Shah Muhammmad Hussein berkata, peralatan itu juga akan digunakan graduan UTM pada majlis konvokesyen institusi pengajian tinggi (IPT) berkenaan Oktober, nanti.

UTM cipta pengimbas boleh kesan keaslian sijil akademik

SKUDAI - Sebuah perisian baru dibangunkan bagi mengesan ketulenan ijazah oleh Fakulti Alam Bina Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah, Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Pengimbas yang diberi nama Imbas Pembaca itu merupakan sebuah sistem untuk mengesahkan identiti sekali gus dapat mengetahui sijil tersebut sah atau sebaliknya.

Pensyarah Kanan Fakulti Alam Bina Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah UTM, Dr Muhammad Zaly Shah Muhammmad Hussein berkata, peralatan itu juga akan digunakan graduan UTM pada majlis konvokesyen institusi pengajian tinggi (IPT) berkenaan Oktober, nanti.

Friday, June 15, 2012

Apa Itu Halalan Toyyibah?

Apa Itu Halalan Toyyibah?



 Tuntutan Halalan Toyyiban 
Boleh Memperkasakan Ekonomi Ummah 

 
MARI BERJUANG TINGGIKAN EKONOMI UMMAH! 

MARI KITA BERUBAH DARI HANYA MENJADI PENERIMA SEDEKAH/ ZAKAT, 
BERUBAH KEPAADA PEMBERI  SEDEKAH DAN ZAKAT PULA!


Pendahuluan

Ajaran Islam amat menitikberatkan persoalan makanan yang halal dan bersih kepada umatnya. sesuatu makanan yang haram dimasukkan ke dalam tubuh seseorang akan membawa kepada kesan yang mendalam kepada tingkah laku, budi pekerti, kejernihan hati nurani dan penerimaan doa yang dipanjatkan kehadrat Allah SWT.

Secara mudah, arahan Allah s.w.t supaya kita makan bukan terhenti setakat memakan makanan yang halal semata-mata, bahkan ia melangkaui ke satu tahap yang lebih daripada itu. Justeru kita disuruh memakan makanan yang halal yang bersifat elok atau tinggi mutunya. Begitu juga dengan sumber rezeki yang kita usahakan bagi mendapatkan makanan halal.

 Ia sepatutnya terhasil daripada usaha yang halal lagi berkualiti. Penekanan terhadap unsur mutu usaha ini penting kerana rezeki yang diperolehi tadi tentunya lebih baik dan lebih diberkati oleh Allah s.w.t. berbanding rezeki yang dijana daripada kerja atau usaha yang bersifat ala kadar. Tambahan pula kita akan menggunakan rezeki tadi untuk memenuhi keperluan harian diri dan keluarga.  

Sepertimana yang dinyatakan sebelum ini, persoalan halal haram dalam soal makan-minum banyak diberi penekanan oleh al-Quran. Walaupun begitu ini tidak bermakna konsep halal dan haram ini tidak disentuh dari sudut lain. Ia sebenarnya turut merangkumi bab-bab muamalat, munakahat, akhlak serta aqidah.

Namun disebabkan minat utama manusia lebih kepada soal makan dan minum, maka keprihatinan kita tentang konsep halal ini juga lebih tertumpu kepada perkara-perkara tersebut. 

Ditambah pula dengan sabda-sabda nabi s.a.w yang menyentuh tentang keutamaan yang halal dan amaran-amaran baginda tentang akibat memakan makanan/rezeki yang haram, maka kecenderungan ini dikira sebagai ada asas yang munasabah.  

Sesungguhnya Allah s.w.t Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Dia sahaja yang berhak untuk menentukan apa yang boleh dan apa yang perlu dihindari oleh manusia menerusi arahan-arahanNya yang terkandung di dalam al-Quran dan hadis-hadis rasulNya. 

Apa yang jelas, pematuhan kepada arahan-arahan ini - walaupun ada kalanya arahan-arahan tadi tidak disukai oleh manusia - memberi kebaikan kepada umat manusia dalam menjalani kehidupan di atas muka bumi ini selain menjadi satu sebab musabbab yang menghalang mereka daripada mendapat balasan buruk di akhirat kelak. 

 Definisi

Halal adalah satu kata nama bahasa Arab di mana kata kerjanya ialah halla, yahillu, hillan yang membawa erti membebaskan, melepaskan, memecahkan, membubarkan dan membolehkan. Apabila ia digunakan di dalam bidang perundangan Islami ia membawa maksud;  pertamanya segala sesuatu yang menyebabkan seseorang itu tidak dihukum jika menggunakannya dan keduanya sesuatu yang boleh dikerjakan menurut syarak. 

Al-Jurjani dalam Kitab al-Ta’rifat menjelaskan bahawa pengertian halal dengan maksud pertama merujuk kepada keharusan menggunakan benda-benda atau apa-apa  yang diperlukan untuk memenuhi keperluan jasmani seperti makanan, minuman dan ubat-ubatan. Manakala pengertian halal dengan maksud yang kedua adalah bersangkut paut dengan keharusan memanfaatkan, memakan, meminum dan mengerjakan sesuatu yang kesemuanya ditentukan berdasarkan nas.

Dari sudut pandangan Islam, makanan yang baik lagi halal mampu membentuk ketrampilan peribadi seseorang yang akhirnya akan menyumbang kepada pembentukan ummah.Sebagai umat Islam kita wajib memastikan sumber makanan dan minuman adalah halal dan  memenuhi panduan pemakanan syariat Islam.

Oleh yang demikian sebagai seorang Islam samada pengusaha makanan halal dan individu hendaklah mengambil kira setiap perkara samada  dari segi modal perniagaan, pelaburan, hasil pendapatan  dan hendaklah dijauhi dari unsur-unsur yang haram seperti judi, riba, rasuah dan sebagainya.

PANDUAN PEMAKANAN DALAM ISLAM

Panduan pemakanan di dalam Islam adalah berlandaskan konsep “memberi kemudahan, menjaga nyawa, menjamin kesihatan tubuh badan dan akal ”. Kerana itu setiap makanan yang memberi manfaat kepada tubuh badan dan akal fikiran adalah dibenarkan oleh syarak, manakala yang haram dan memudharatkan fikiran serta badan diharamkan dan ditegah.  

Firman Allah SWT di dalam surah al-Nahl ayat 114-115:

Bermaksud:Oleh itu, makanlah dari apa yang dikurniakan Allah kepadamu dari yang halal lagi baik, dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu menyembah-NYA Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi, dan binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa sedang ia tidak dianiaya dan tidak melampaui batas; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”.

Oleh kerana itu, agama Islam telah meletakkan garis panduan dalam pemakanan. Makanan yang hendak dimakan, dipilih atau diproses mestilah berasaskan halalan toyyiba.

APA ITU HALALAN TOYYIBAH?


Perkataan ‘HALAL’ membawa maksud yang luas mengenai tatacara hidup orang Islam yang menitikberatkan aspek halalan thoyyiba iaitu kesucian, amalan kebersihan dan kehidupan yang sihat serta halal. 

Wednesday, June 13, 2012

Asam Jawa Halal Muslim

Asam Jawa Halal Muslim


Asam Jawa Halal Muslim
Sebotol Begini Harganya RM3.20

Apa Kelebihan Asam Jawa Ini?

1) Dihasilkan dan dibungkus oleh tangan-tangan yang menjunjung kalimah Syahadah. Bermakna ianya produk halal thoyyibah.

2) Dipasarkan oleh syarikat pemasaran yang menjunjung Kalimah Syahadah, Kalimah Thoyyibah. 
Lagi berkat produk ini sebab selain dihasilkan oleh tangan yang menjung Kalimah Syahadah, ia juga dipasarkan oleh tangan-tangan yang juga menjunjung kalimah syahadah. Bahkan suatu yang menarik kerana Ayat Al Quran yang sering dibuka di radio Kedai Sahabat Roselle Marketing. 

3)  Asam jawa banyak kegunaannya dalam masyarakat kita.

Asam jawa ternyata tidak hanya bermanfaat untuk membuat masakan lebih lazat. Ternyata, ada manfaat lain dari asam jawa yang boleh dimanfaatkan untuk keperluan sehari-hari.
Asam jawa ternyata menjadi alat pembersih yang sempurna untuk barang-barang berbahan tembaga dan kuningan. Caranya pun terbilang mudah.
Campurkan asam jawa basah dengan garam. Setelah itu gosok-gosokkan ke benda yang akan dibersihkan. Setelah terlihat berkilat, bersihkan sisa-sisa asam jawa.
Bukan sekadar untuk menjadikan bahan tembaga di rumah kita kelihatan baru, bahkan ia sesuai untuk kesihatan. Air asam jawa dapat dijadikan ubat ketika tekak kita sakit.
 Caranya cukup berkumur-kumur dengan cairan asam jawa. Lakukan beberapa kali hingga sakit mereda.

NAK LANGSING DAN PERUT TAL LAGI BUNCIT?
Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda.
 
Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.
Lihat entry Blog Sahabat Roselle, 
yang sama-sama memperjuangkan Produk Halal Muslim, sebagai Komuniti yang menyintai dan menyokong Produk Halal Muslim untuk manfaat semua.

Entry sebelum ini:

1) Melazimi Yang Halal Akan Memustajabkan Doa di sini
2) Jom Makan Makanan Halal Dari Sumber Yang Halal, di sini.
3) Makanlah Makanan Dari Orang Beriman, di sini
4) Kenapa Kita Perlu Makanan Halal? klik di sini.
5) Keluarga Bahagia, Air Tangan Ibu,  klik di sini
6) Di Manakah Sensitiviti Pengguna Islam? klik di sini
7) Makanan Halal Penting Untuk Kesihatan, klik di sini
8) CIRI-CIRI MAKANAN HALAL KLIK DI SINI
9) Bagaimana  Wujudnya Kedai HALAL SRM? klik di sini
10) Objektif Sahabat Roselle ditubuhkan, klik disini

Sila dapatkan produk ini
dengan Sahabat Roselle Marketing segera.

SAHABAT ROSELLE MARKETING

 019 7703029 atau 019-7773022 atau 019-7783029


Kawasan Lembah Klang 
sila  hubungi 
019 7773194 atau 019 7773094


Dapatkan Produk ini 
sekarang di Rangkaian Kedai Sahabat Roselle Marketing:

Saturday, June 09, 2012

Kenapa Gunakan Sabun Halal Penting

Kenapa Sabun Halal Penting



Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...

Atas kesedaran diri sendiri tentang kepentingan HALAL dalam kehidupan seharian, Sahabat Roselle Marketing bertekad untuk mencari dan kemudian  memasarkan barang keperluan harian untuk kegunaan pengguna  Muslim khusunya dan masyarakat umum amnya.

 Tidak dapat dinafikan lagi, kehidupan seharian kita sering dibayangi dengan perkara subhah yang tanpa kita sedari. Daripada barangan keperluan harian, makanan hinggalah kepada cara pemakaian kita.

Pernahkah kita terfikir? Sabun basuh yang kita gunakan seharian, adakah ia halal thoyyiba?

Sedangkan barangan yang digunakan mestilah suci, baik berguna dan sesuai  untuk digunakan dan dimakan jika barang makanan.



Jadi, sudah sampai masanya kita  mengubah kehidupan seharian kepada yang lebih baik.
UMAT manusia secara am dan umat Islam secara khusus diperintah supaya memakan hanya yang halal lagi thoyyibah.

Firman Allah (Surah Al-Baqarah ayat 168) bermaksud: 

“Wahai manusia makanlah daripada apa yang Kami berikan di muka bumi ini yang halal lagi bermutu dan jangan sekali-kali kamu mengikut jejak langkah syaitan kerana syaitan itu musuh yang nyata.” 

Jelas, kepentingan makanan yang halal telah disebut oleh Allah di dalam Al-Quran lebih 1400 tahun yang lampau menunjukkan betapa pentingnya konsep pemakanan halal yang sempurna. 

Firman Allah : 

“Dan makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa yang Allah telah rezekikan kepadamu dan bertakwalah kepada Allah yang kamu beriman dengan-Nya.” 

(Al Maidah : 88)

Malah mengikut ayat 88 surah al-Maidah, Allah menegaskan bahawa makan dan minum adalah tanda keimanan seseorang. Ini bermaksud cara pemilihan makanan dan minuman itu membuktikan nilai iman seseorang.

Oleh kerana kewujudan makanan dan barang-barang runcit dan keperluan manusia di pasaran bergantung kepada pengeluaran, maka kewujudan syarikat-syarikat yang mengeluarkan makanan dan barang-barang keperluan HALAL THOYYIBA merupakan tuntutan Syarak.

Tuntutan ini tergolong di dalam fardhu Kifayah. Begitu juga, memperniagakan barang-barang HALAL juga merupakan fardhu kifayah.

 


Dulu kita tidak jumpa barangan keluaran MUSLIM... Kini masyarakat muslim kita telah mula sedar akan kepentingan ini dan ramai yang telah berubah kepada barangan HALAL.


Telah banyak barangan keperluan harian yang telah dikeluarkan oleh syarikat-syarikat pengeluar BUMIPUTERA MUSLIM kita, cuma kita jumpa ataupun tidak.

Kini, di Malaysia, telah ada pengeluar sabun Muslim. Kemudian diiklankan di Radio Islam Pertama di Malaysia. Iaitulah Sabun Biosinar.


Manakala untuk pencuci pinggan, pengguna Muslim boleh menggunakan Pencuci Pinggan Hanna.


Alhamdulillah, kita sebagai pengguna Muslim  telah ada pilihan alternatif dalam mencuci pakaian seharian kita dan pinggan mangkuk serta periuk belanga yang kita gunakan.

Jika kita teliti kembali,  yang sebenarnya pakaian itu jugalah yang kita bawa untuk menunaikan ibadah khususiah iaitu solat dan ibadah am yang lain seperti memasak dan membasuh pakaian kerana Allah, yang juga merupakan ibadah.


Bayangkan jika pakaian yang kita bawa solat itu dicuci bukan dari bahan halal atau mengandungi bahan yang syubhah.


Mengenai penjagaan dari perkara-perkara syubhah ini, Rasulullah SAW ada bersabda: 

"Sesungguhnya yang halal itu nyata dan yang haram itu pun nyata, dan di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang kesamaran (syubhah), yang tidak diketahuinya oleh kebanyakan manusia. Maka barangsiapa memelihara (dirinya) dari segala kesamaran, sesungguhnya ia telah memelihara agamanya dan kehormatannya. Dan barangsiapa jatuh ke dalam perkara kesamaran, (maka) jatuhlah ia ke dalam (perkara) yang haram..."

 (H.Riw Bukhari dan Muslim).

Adakah kita sudah mencapai tahap darurat untuk mengambil perkara-perkara yang syubhah, sedangkan perkara yang jelas halal masih banyak di sekeliling kita?

Darurat itu membawa maksud, jika tidak melakukan perkara itu, maka kita tidak akan dapat melakukan perkara lain. 

Contoh, ketika itu tiada satu apa pun makanan yang boleh dimakan misalnya musim kemarau. Tiba-tiba ada seekor babi. Babi tu je lah biantang yang ada yang boleh untuk dimakan. kalau tidak makan babi itu ketika itu, maka kita akan mati. Maka bolehlah kita memakan makanan tersebut pada ketika itu sekadar untuk menyambung hayat dan bukannya sampai kenyang.

Contoh lain darurat. Kalau sentuh air ketika itu, maka tubuh kita akan tumbuh gatal-gatal yang memeritkan. Maka bolehlah bertayammum.

Allah SWT berfirman, 

"(Tetapi kebanyakkan kamu tidak melakukan yang demikian), bahkan kamu utamakan kehidupan dunia; Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal." 

(Al-A'laa : 16-17)


Moga usaha kita itu, untuk menjaga kebersihan hati kita bagi memudahkan taqarrub kita kepada ALLAH akan diterima sebagai salah satu amal ibadah. Sesungguhnya ALLAH amat mengasihi hamba-hambaNya.

Hakikatnya, perumpamaan perkara halal kepada yang haram adalah seperti keluasan nikmat seluruh syurga, dengan sebatang pokok khuldi di dalamnya. Yang halal masih banyak, kenapa bergerak mengambil yang syubhah?

Sesungguhnya, kesukaran yang kita hadapi dalam menjauhi perkara-perkara haram dan syubhah, akan Allah bayar atas kesungguhan ketaatan kita kepadaNya. 

ALLAH SWT berfirman;

 “Sesungguhnya Allah SWT telah membeli dari orang mukmin, diri dan harta mereka dengan (harga) Syurga untuk mereka.” 

(At Taubah : 111)

Kesukaran kita akan dibayar oleh ALLAH SWT. Itu adalah sesuatu yang pasti.
Maka jagalah hati kita dengan menjaga diri kita dari dimasukkan sesuatu yang sumbernya haram atau syubhah. Hidup ini untuk mendapat keredhaan Allah SWT!
 Pencuci Pinggan Hanna

Oleh itu, marilah bersama kami, Sahabat Roselle Marketing, bagi memartabatkan produk halal keluaran Muslim. Samada sebagai pengguna Produk Halal Muslim Pilihan Anda bersama kami atau sebagai pengedar.....atau meletakkan url blog sahabatroselle http://sahabatroselle.blogspot.com/di blog teman-teman, sangat saya hargai. 

Saya sangat menghargai usaha saudara-saudari, tuan puan memberitahu kepada teman dan saudara mara tuan puan akan Produk Halal Muslim Pilihan Anda ini.  Apatah lagi jika saudara saudari  menggunakan produk halal Muslim yang diwar-warkan oleh Blog dan Website Sahabat Roselle dalam kehidupan seharian sangat Sahabat Roselle syukuri.

Samada saudara saudari membeli dengan Sahabat Roselle atau dengan peniaga Muslim lain yang memasarkan Produk halal Muslim Pilihan Anda, apa yang penting Sahabat Roselle Marketing sangat syukuri.

Ini kerna anda telah sama-sama berusaha menyebarluaskan produk halal Muslim di kalangan masyarakat. Mari kita sama-sama sokong Produk Halal Muslim Pilihan Anda, demi kebaikan dan kesejahteraan Ummah sejagat. Mari kita sama-sama kutip saham akhirat dengan menyebarluaskan info berkaitan Produk Halal Muslim Pilihan Anda. InshaAllah.

Pengedar Sabun Biosinar dan Pencuci Hanna Diperlukan!




SAHABAT ROSELLE MARKETING

 Encik Yusof 019 7703029 atau 019-7773022
 atau Puan Nita 019-7783029
Kawasan Lembah Klang , sila  hubungi 
Encik Azrull dan Encik Shukri,
019 7773194 atau 019 7773094

Pahang sila hubungi Encik Sulaiman 019 9851773

Untuk Beli online, sila klik di sini http://sahabatroselle.blogspot.com/p/cara-beli-barang-online.html.

Sekian, wassalam.

Friday, June 08, 2012

MELAZIMI YANG HALAL AKAN DIMUSTAJABKAN DOA


MELAZIMI YANG HALAL AKAN DIMUSTAJABKAN DOA



Seorang sahabat bernama Saad bin Abi Waqqas r.a. pernah memohon kepada Rasulullah s.a.w.; “Ya Rasulullah! Berdoalah kepada Allah agar aku dimustajabkan doa”. Lalu Rasulullah berkata kepadanya;

يا سعد أطب مطعمك تكن مستجاب الدعوة، والذي نفس محمد بيده إن الرجل ليقذف اللقمة الحرام في جوفه ما يتقبل منه أربعين يوماً، وأيّما عبد نبت لحمه من السحت والربا فالنار أولى به (رواه الحافظ ابن مردويه عن عطاء عن ابن عباس).

“Wahai Saad! Perelokkanlah makanan kamu, nescaya kamu akan dimustajabkan doa. Demi Tuhan yang diri Muhammad berada dalam kekuasaanNya, sesungguhnya seorang itu apabila telah menyuapkan sesuap makanan haram ke dalam mulutnya, nescaya tidak akan diterima doanya (oleh Allah) selama 40 hari. Mana-mana hamba yang tumbuh/membesar daging badannya dari makanan yang haram dan riba, maka api neraka lebih utama baginya”. 

(Riwayat al-Hafidz Ibnu Mardawaih dari ‘Atak dari Ibnu ‘Abbas r.a.)

Dalam sebuah hadis riwayat Imam Muslim, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda tentang seorang lelaki yang kesusahan kerana jauh mengembara, rambutnya kusut-masai dan tubuh-badannya berdebu. Ia memhon kepada Allah dengan menyeru; ‘Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku!’ sedang makanan (yang dimakan)nya adalah haram, minuman (yang diminum)nya juga haram serta pakaian (yang dipakai)nya juga haram, malah ia diberi makan dengan yang haram, maka bagaimana hendak diperkenankan (oleh Allah) doanya?”. 

(Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

 Oleh itu, marilah bersama kami, 
Sahabat Roselle Marketing, bagi memartabatkan produk halal keluaran Muslim.  

Sila hubungi Hotline Sahabat Roselle Marketing,
0197703029/ 019-778 3029/  019-7773022



Hotline Kedai SRM Puchong, Encik Azrul atau Encik Shukri
019 7773194




Rangkaian Kedai Sahabat Roselle Marketing:

Saturday, May 26, 2012

Makanan Yang Memudaratkan dan Meragukan

Makanan Yang Memudaratkan dan Meragukan

 Kedai Halal Muslim di Puchong, Selangor.

"We Love Halal Moslem Products" 

Pengenalan :

Pasaran hari ini dibanjiri pelbagai makanan dan barangan pengguna yang sesetangahnya boleh memudaratkan kesihatan, sementara yang lain haram dimakan menurut ajaran Islam.

Kajian mendapati, banyak makanan yang diproses yang kini terdapat di pasaran mengandungi gula dan garam yang berlebihan, selain mengandungi pelbagai jenis bahan penambah yang tidak dapat dipastikan halal atau haram.

Bahan penambah seumpamanya juga mungkin mengandungi bahan-bahan kimia yang boleh memudaratkan kesihatan pengguna.

Hukum Syariah :

Persoalan mengenai makanan dan minuman yang boleh membahayakan kesihatan wajar diberi perhatian oleh setiap umat Islam. 

Ini kerana Islam menuntut umatnya supaya sentiasa berhati-hati memilih makanan dan minuman yang akan masuk ke dalam perut kita.Perkara ini pernah ditegaskan oleh seorang ulama Islam terkenal, Profesor Dr.Yusof Al-Qardawi melalui bukunya, "The Lawful and the Prohibited In Islam". 

Menurut Buku ini, memakan makanan yang boleh memudaratkan diri adalah Haram.

"Menurut peraturan asas hukum Syariah (Kanun undang-undang yang bersumber daripada Al-Quran dan Hadis Rasulallah s.a.w) adalah haram bagi orang Islam mengambil makanan dan minuman yang boleh membawa maut, samada cepat atau lambat, seperti racun, atau sesuatu yang membahayakan, termasuk makan dan minum secara berlebihan sehingga boleh menjejaskan kesihatan."

Berdasarkan hakikat tersebut, Banyak makanan moden yang diproses dan ternyata memberi kesan buruk terhadap kesihatan boleh dianggap Haram apabila dimakan.

Dalam konteks ajaran Islam, Setiap individu Muslim wajib menyelidiki dan prihatin terhadap makanan yang akan dinikmati, bukan setakat makanan yang boleh membahayakan kesihatan sahaja, malah jenis makanan yang mengandungi bahan Haram, yang sekaligus boleh menjejaskan akidah.

Friday, May 11, 2012

Jom Makan Makanan Halal Dari Sumber Halal

Jom Makan Makanan Halal Dari Sumber Halal



INTI pati Kalam Allah dan Sunnah Rasulullah dalam hal makanan dan pemakanan boleh dijadikan panduan dalam kehidupan Muslim untuk memilih makanan, sumber mendapatkan makanan, jenis makanan dan juga adab makan.

Makanan mempunyai pengaruh besar kepada rutin harian manusia sama ada dari segi jasmani mahupun rohani. Pada zaman serba moden, kita sering dilalaikan dengan memilih makanan bertujuan pertumbuhan jasmani saja, tetapi lupa mencari makanan seimbang untuk pembentukan lahiriah dan rohaniah.

Bagaimana hubungan rohani dengan makanan dan juga kesihatan? 


Menurut Hunayn Ibn Ishaq, roh atau jiwa boleh dibahagikan kepada tiga, iaitu semula jadi dari hati, berhubung keperluan hidup iaitu jantung dan otak manusia.

Selaras dengan itu, ketiga-tiga unsur penting ini memerlukan kesejahteraan tubuh badan untuk memeliharanya. Justeru, badan memerlukan makanan yang baik untuk memeliharanya dengan cara mendapatkan zat terbaik untuk tubuh badan manusia.

Di sini jelas menunjukkan kepentingan makanan dan minuman yang mempunyai hubung kait dengan kesihatan hati, jantung dan otak, organ penting di dalam jasad manusia dalam pembangunan jasmani dan rohani mengikut acuan berlandaskan lunas Islam.

Ahli sains dan perubatan tidak menafikan pentingnya peranan hati dalam fungsi badan. Bahkan, Islam juga memandang hati mempunyai peranan besar di mana ia mempengaruhi keseluruhan pembentukan peribadi dan akal seseorang.

Rasulullah bersabda yang maksudnya: “Di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging yang apabila baik daging itu, maka baiklah seluruh tubuh badan (jasad), dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad, sesungguhnya ia adalah hati”. (Hadis riwayat Bukhari)

Jelas kepada kita dari sudut pandangan sains, makanan yang baik penting untuk menjaga kesihatan hati kerana ia mempunyai fungsi antara lainnya mempunyai dua kali ganda bekalan darah, mengkumuhkan bahan beracun dalam badan, membina dan memusnahkan sel darah merah, menukar glikogen kepada glukosa untuk diserap oleh badan serta banyak lagi fungsi khusus lain yang penting dalam sistem tubuh badan manusia.

Dari sudut pandangan Islam, makanan yang baik lagi halal mampu membentuk keterampilan peribadi seseorang yang akhirnya akan menyumbang kepada pembentukan ummah terbilang.

Dalam tafsir Al-Azhar, Prof Hamka mengingatkan supaya manusia tetap mencari makanan dan mengatur makanan serta minumannya daripada sumber halal, bukannya daripada penipuan yang sering berlaku sama ada rasuah, curi atau dipaksa.

Meskipun makanan itu baik, unsur halal perlu dititikberatkan supaya kita dapat menjaga hati daripada dicemari makanan haram yang akan memberi kesan kepada keperibadian kita keseluruhannya.

Batas yang baik itu sudah tentu dapat dipertimbangkan akal fikiran manusia kerana makanan itu bukan saja halal, tetapi juga baik seperti faham halalan tayyiban yang dianjurkan dalam agama. 





Dalam satu riwayat disampaikan Ibn Mardawaihi daripada Ibn Abbas bahawa seorang sahabat Rasulullah, Saad Ibn Abu Waqqas memohon Baginda memohon kepada Allah supaya apa saja doa disampaikannya kepada Tuhan, supaya dikabulkan.

Rasulullah bersabda yang maksudnya: 


“Wahai Saad! Perbaikilah makanan engkau, nescaya engkau akan dijadikan Allah seorang yang makbul doanya. Demi Tuhan, yang jiwa Muhammad ada dalam tangannya, sesungguhnya seorang lelaki yang melemparkan suatu suapan yang haram ke dalam perutnya, tidaklah akan diterima amalnya selama empat puluh hari. Barang siapa di antara hamba Allah yang tumbuh dagingnya dari harta yang haram dan riba, maka api lebih baik baginya.”

Hadis ini sudah tentu menggerunkan hati kita menjauhi makanan haram dan makanan daripada sumber haram. Seandainya ingin doa dimakbul Allah, maka kita perlu menjaga makanan yang disuap ke mulut kita.

Perut dipenuhi makanan yang haram akan mempengaruhi jiwa. Seharusnya pengajaran hadis Rasulullah dijadikan iktibar untuk kita memperhalusi jika selama ini doa kita tidak dimakbulkan oleh Allah.

Perincikan di mana salah kita, pekerjaan, makanan dan adakah kita berusaha di dalam hidup ini hanya sekadar untuk memenuhi perut kita? Bagaimana mungkin hati yang kotor akan dikabulkan doanya, perut terisi makanan haram dapat menjelmakan peribadi yang salih?

Pemakanan sihat dan seimbang mampu memelihara tubuh badan daripada sebarang penyakit memudaratkan. Pengambilan dan penggunaan tenaga yang seimbang dan optimum dapat mengekalkan kesihatan jasmani.

Apabila tubuh kuat dan sihat, kita dapat melakukan pekerjaan atau rutin harian dengan sempurna sekali gus dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah Allah.

Daripada bab memilih makanan yang baik, Islam juga menggariskan adab makan yang sedikit sebanyak mempengaruhi pengamalan seharian. Adab sebelum dan selepas makan, ketika makan dan adab makan bersama tetamu, semuanya digariskan Islam melambangkan kesyumulan dalam melahirkan generasi berkeperibadian mulia dan beradab.

Walaupun makanan bukan punca kepada segala penyakit, mencegah lebih baik daripada mengubati. Oleh itu menjaga pemakanan lebih baik daripada mengubat penyakit disebabkan daripada pemakanan.

Rasulullah bersabda yang maksudnya: “Kami adalah suatu kaum yang tidak makan sebelum kami lapar dan sekiranya kami makan tidak pula sampai kekenyangan”.

Makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang sesuai diamalkan dalam kehidupan di mana kita sering mengambil makanan mengikut nafsu dan bukannya makan mengikut keperluan.

Sebab itulah masyarakat selalu berhadapan masalah kesihatan berkaitan makanan seperti kegemukan, kencing manis dan penyakit jantung. Pemakanan seimbang mengambil kira keperluan untuk tubuh, usia dan kegiatan harian.

Ibnu Sina di dalam Al Qanun Fi al-Tibb menyarankan kita mengelak daripada makan dengan kenyang sehingga tiada ruang untuk baki makanan lain di dalam perut.

Berlebihan dalam mengambil makanan dan minuman akan membawa kepada kesukaran penghadaman makanan oleh perut dan sistem ini akan ditimpa pelbagai penyakit.

Contohnya, kegemukan boleh mendatangkan pelbagai komplikasi penyakit lain seperti malas, tidak cergas dan tidak sempurna dalam pekerjaan. Kesannya lebih teruk jika penyakit itu melarat dan boleh membawa maut.

Namun perlu diingatkan, berlebihan dalam mengambil makanan dan minuman juga akan membawa kepada berbelanja yang lebih dan menyebabkan kepapaan. Sikap boros bukan satu sikap yang dipuji dalam Islam, malah ia adalah sikap syaitan.

Pemakanan sihat dan seimbang dari segi kualiti dan kuantitinya mampu melahirkan masyarakat yang bukan saja cemerlang kesihatannya bahkan cemerlang akhlak sahsiah, berperibadi mulia dan mengamalkan ajaran Islam secara lengkap serta menyeluruh.

Sunday, April 08, 2012

Natijah dan Kesan Makanan Haram

Natijah Kesan Makanan Haram  Di Sisi Islam



Assalamualaikum Wr,
Pada entry ini, cuba kita rernungkan kesan pengambilan makanan haram. Memanglah Kita tidak boleh menafikan fungsi tumbuhan dan haiwan yang wujud di atas muka bumi ini. yang sentiasa berzikir kepada Allah.
  Begitu juga dengan bukit bukau, gunung ganang, air hujan yang turun dari langit, guruh, petir, awan dan sungai serta lain-lain...
Masing-masing taat dan patuh kepada segala arahan Allah malahan sentiasa berzikir memuja memuji kebesaran Allah SWT. Jika dibandingkan dengan manusia, adalah sangat jauh bezanya.
Manusia pada hari ini terlalu alpa untuk mengingati Allah SWT. Bahkan jauh sekali untuk mentaati segala perintah Allah dan mengikuti sunnah Rasululluah SAW.
Ada pihak mengatakan makanan haram ini juga mempunyai kebaikan. Akan tetapi keburukan itu lebih mendominasi akan kebaikan yang ada pada makanan tersebut. 
Maka tiadalah membawa faedah kepada kita jika mengambil makanan haram.
Bagi pecinta Produk Halal Muslim, dan ingin menyokong produk Halal Muslim, sila hubungi Sahabat Roselle Marketing di talian 019 7703029.
Berbalik kepada natijah makanan haram ini, dalam entry ini Pengklasifikasian mengenai keburukan pengambilan makanan haram ini boleh kita huraikan dari dua sudut manusia yang berbeza iaitu Umat Islam dan seluruh manusia.

Kita lihat dahulu pada sudut yang pertama, iaitu kesan yang akan berlaku jika seseorang muslim itu mengambil makanan haram dalam kehidupan harian mereka. 
Antara kesan-kesannya ialah :
1. Mewarisi sifat kebinatangan seperti binatang-binatang yang Allah haramkan. manusia yang makan khinzir akan bersifat seperti khinzir pada kelakuannya seperti tamak dan mementingkan diri.

2. Allah tidak menerima doa mereka yang makan makanan haram. Maka segala amalan kebajikan yang dilakukan juga tidak akan diterima. Amalanya seperti ibadah haji, solat, puasa , sedekah walaupun sangat banyak dan lain tidak mempunyai nilai disisi Allah selagi mana terus menerus mengambil makanan haram dalam kehidupan seharian. 
Begitu juga dengan taubatnya, sekalipun mengalir air mata darah memohon keampunan dari Allah, tetapi tidak meninggalkan perkara haram yang lain,taubatnya tidak akan diterima dan hanya tergantung begitu sahaja selagi mana ia tidak meninggalkan segala larangannya. 
Jangankan mahu menerima taubatnya, wajah orang yang memakan makanan haram juga tidak akan dilihat oleh ALLAH SWT.

3. Kehidupan menjadi tidak tenang dan tenteram. Baginda Rasulullah telah bersabda: Ada seorang lelaki datang dari tempat yang jauh, rambutnya tidak terurus, penuh dengan debu lalu dia mengangkat tangannya ke langit sambil berdoa ” Wahai Tuhanku” padahal makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan diberi makanan yang haram pula. Maka bagaimana mungkin doanya akan dimakbulkan” ( HR Muslim & Tarmizi ).

4. Hati payah menerima kebenaran. Sukar menerima kebenaran walaupun di tahu bahawa dirinya berada pada pihak yang salah.

5. Hilang rasa sensitif terhadap perkara yang baik. Tiada semangat untuk berlumba-lumba melakukan kebaikkan dan kebajikan. 

Makanlah Makanan Dari Orang Beriman

Memakan Makanan Dari Orang Beriman




Satu pesanan penting ialah, pastikan anda memilih makanan yang disediakan oleh orang-orang yang beriman dan bertaqwa kepada Allah. 

Jika anda membaca bagaimana sifat warak imam Ahmad bin Hambal dalam masalah makanan ini, anda pasti segera faham apa yang saya maksudkan. 

Para ulama sangat teliti dalam memilih makanan yang halal, suci, dan tiada keraguan dari semua sudut. 

Walaupun banyak makanan yang zahirnya halal, tetapi jika kita mengetahui bahawa terdapat keraguan ataupun syubahat terhadap makanan tersebut maka barangsiapa yang menjauhi perkara yang syubahat maka dia telah mensucikan agamanya dan maruahnya. 

Kepada para pencari produk halal Muslim, penyokong dan pencinta Produk Halal Muslim, marilah bersama kami menggunakan produk Halal Muslim yang dipasarkan oleh Sahabat Roselle Marketing. Walau di mana anda berada, sokonglah Produk Halal Muslim. 

Hubungi Hotline SRM 019 770 3029.

Telah dinukilkan oleh Imam Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin, bab Adab Makan, satu hadis bermaksud: “Hendaklah kamu makan daripada makanan orang yang bertaqwa.”

Hadis ini jelas memberitahu kita bahawa apabila kita hendak makan, sebaiknya kita makan makanan yang disediakan oleh orang yang bertaqwa ataupun orang soleh. 


Mengapa dianjurkan sebegitu? 

Ini adalah kerana:

1. Makanan itu jadi berkat atas kerana tangan orang yang membuatnya itu adalah orang bertaqwa.


2. Makanan itu sudah pasti halal, kerana tidak mungkin orang bertaqwa itu menyediakan makanan yang haram atau mendapatkan makanan itu daripada sumber yang haram.


3. Makanan itu disediakan dengan menyebut nama Allah. Kebiasaan orang bertaqwa memulakan pekerjaan dengan menyebut nama Allah.


 Hadis: “Setiap pekerjaan yang tiada disebut dengan nama Allah, maka hilang berkatnya.”

Oleh itu, marilah para isteri dan ibu rumahtangga yang tekun mendirikan solat 5 waktu, dan sering menolong memasak untuk suami dan anak-anak kita,  kita rebut peluang mendapat pahala apabila kita memasak sendiri makanan di rumah kita untuk dimakan oleh ahli keluarga kita. marilah kita sama-sama membentuk keluarga yang beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT. InshaAllah

Kenapa Kita Perlu Makanan halal?

KENAPA KITA PERLU KEPADA MAKANAN HALAL??

 Ayam Organik Halal


 Makaroni Halal

Susu Untuk Anak Usia 1 Hingga 3 Tahun


DAPATKAN PRODUK MAKANAN HALAL MUSLIM, MINUMAN HALAL MUSLIM, 
KOSMETIK HALAL MUSLIM, SABUN HALAL MUSLIM, 
PENCUCI PINGGAN HALAL MUSLIM, KEPERLUAN KAIN KAFAN JENAZAH MUSLIM, 
 UBAT HERBA HALAL MUSLIM, SUSU BAYI HALAL MUSLIM, DAN LAIN-LAIN BARANG RUNCIT MUSLIM DENGAN SAHABAT ROSELLE MARKETING DI TALIAN 019 770 3029.

Makanan merupakan keperluan asas dalam kehidupan manusia. Tanpa makanan kesihatan manusia akan terjejas. Makanan dapat membekalkan haba dan tenaga bagi tujuan menjaga serta mengekalkan suhu badan.

Ia juga berfungsi dalam aktiviti pernafasan dan aliran darah bagi semua kerja otot dalam badan serta terlibat bagi proses penggantian zat dalam badan (metabolisme). Selain itu, umat Islam memerlukan makanan untuk tujuan beribadat kepada Allah SWT.

Pemakanan dapat di takrifkan sebagai sains yang berkenaan dengan zat, khasiat dan nutrien dalam makanan. Ia merupakan kombinasi satu proses di mana organisma mengambil, menghadam, menyerap, mengangkut, mengguna dan mengkumuh bahan makanan untuk tujuan pembuatan serta membaik pulih komponen dalam badan.

Aktiviti pemakanan yang baik akan membolehkan seseorang itu mendapat faedah daripada pengambilan sesuatu makanan. Ia dapat mengawal aktiviti organ-organ tubuh badan dengan baik (mata, jantung, peparu dan sebagainya) serta membolehkan seseorang bergerak, berjalan, berlari, bekerja, dan bermain.

Wednesday, March 14, 2012

Ulat dalam mi kari ketika makan di kopitiam

Jumpa ulat dalam mi kari



IPOH - Seorang ahli perniagaan yang sedang menikmati malam di sebuah restoran kopitiam di bandar raya ini tergamam selepas menemui seekor ulat di dalam hidangan yang dipesannya, malam kelmarin.

Ziyad Solleh, 26, mendakwa kejadian itu berlaku semasa dia bersama rakan-rakan berkunjung ke restoran berkenaan kira-kira jam 7.30 malam.

Beliau mendakwa selepas hampir selesai menikmati juadah mi kari kering itu, dia terlihat seekor ulat sepanjang 2.5 sentimeter di dalam pinggan hidangannya.

“Selepas melihat ulat itu, tekak saya mula berasa loya dan hampir muntah kerana ia sangat menjijikkan,” katanya yang menetap di Kuala Lumpur.

Monday, March 12, 2012

Awas, Lolipop Pendafluor kimia Bahaya

Awas, Lolipop Pendafluor kimia Bahaya,

Lolipop pendafluor dilarang

S.M. MOHAMED menunjukkan lolipop yang disekat kemasukannya ke negara ini kerana dipercayai mengandungi bahan kimia berbahaya pendafluor di Pulau Pinang baru-baru ini. 

 PEGAWAI CAP, NV Subbarow menunjukkan lolipop pendafluor yang ada bahan kimia berbahaya pada pemegangnya, baru-baru ini.

 Batang plastik gula-gula mengandungi bahan boleh sebabkan kanser

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengenakan larangan bagi kemasukan sejenis gula-gula lolipop kerana dipercayai mengandungi bahan kimia berbahaya, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, semalam.

Beliau berkata, Kementerian sudah meningkatkan kawalan di pintu masuk negara untuk menghalang kemasukan lolipop pendafluor.

“Bahan itu kini diletakkan pada tahap 5 iaitu pengimportannya diletakkan di bawah syarat kebenaran sebelum diletakkan pada tahap 6, iaitu gula-gula berkenaan langsung tidak dibenarkan dibawa masuk,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Kesihatan 'Jom Sihat' di Kolej Tunku Abdul Rahman, Wangsa Maju di sini, semalam.

Sunday, March 11, 2012

Ops sijil halal fasa 2,

Ops sijil halal fasa 2

 KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan melaksanakan operasi penguatkuasaan sijil halal peringkat kedua dengan mengambil pendekatan lebih bersifat separa penguatkuasaan termasuk memberikan surat amaran, bermula bulan depan.


Pengarah Hab Halal Jakim, Hakimah Mohamad Yusuf berkata, langkah itu sebagai usaha menggalakkan premis makanan menurunkan logo halal tidak diiktiraf, selain mengemukakan permohonan mendapatkan sijil halal selepas kelonggaran mengenainya diberikan dalam tempoh tiga bulan.

“Setakat tiga bulan lalu, operasi penguatkuasaan sijil halal lebih bersifat mendidik dan menggunakan kaedah berlembut. Maknanya, walaupun mereka melakukan kesalahan, tetapi masih ada ruang untuk pemilik premis dididik dan menurunkan logo halal tidak diiktiraf.

Thursday, March 08, 2012

Lebih ramai bumiputera perlu ceburi industri halal

Lebih ramai bumiputera perlu ceburi industri halal - Mukhriz

Produk Halal Keluaran Muslim, yang dipasarkan oleh SRM ada pelbagai jenis.

 Bihun Muslim

Mee Kering Duha Untuk Membeli, sila lihat menu bar di atas, beli Online. Maklumat lanjut sila hubungi Encik Yusuf di 019 7703029

Utusan Malaysia, 29/02/2012 3:50pm

SUNGAI PETANI 29 Feb. - Lebih ramai pengusaha bumiputera disarankan menceburi industri halal yang kini mempunyai pasaran global yang semakin besar.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir berkata, industri halal mengalami pertumbuhan pesat setiap tahun dan “siapa cepat dia dapat”.

Peraturan wajib dedah barangan tak halal

Peraturan wajib dedah barangan tak halal

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sedang menyediakan peraturan bagi mewajibkan peniaga mendedahkan maklumat jika sesuatu barang diperbuat daripada bahan tidak halal seperti kulit babi.

Ketua Setiausaha KPDNKK Datuk Saripuddin Kasim berkata, ini bagi membolehkan barangan seperti beg, kasut dan pakaian diperbuat daripada bahan tidak halal diasingkan daripada produk halal di sesebuah premis.

“Buat masa ini, belum ada undang-undang yang membolehkan KPDNKK berbuat demikian selain menasihati peniaga,” katanya ketika dihubungi. - Bernama

Wednesday, March 07, 2012

Denda logo halal mulai 1 Julai

Denda logo halal mulai 1 Julai 

 PEMILIK restoran akan dikenakan tindakan jika masih menggunakan logo halal yang bukan dikeluarkan oleh Jakim mulai 1 Julai ini.

BERA – Semua pemilik premis makanan diberi tempoh sehingga akhir Mei ini untuk memastikan logo halal yang dipamerkan adalah keluaran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Ini kerana mulai 1 Jun, pengusaha yang mempamerkan logo halal selain daripada yang dikeluarkan oleh Jakim akan diberi amaran sebelum tindakan denda dan penjara dikuatkuasakan bermula 1 Julai di bawah Seksyen 16 Akta Perdagangan Dalam Negeri 2011.

Di bawah akta itu, pesalah individu boleh didenda RM250,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali manakala syarikat atau premis pula boleh didenda RM500,000.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, hanya logo halal diiktiraf manakala logo yang lain termasuk yang dikeluarkan oleh pihak swasta dalam dan luar negara tidak dibenarkan.

Tuesday, March 06, 2012

Makanan Haram, Menimbulkan beberapa Masalah

Makanan Haram, Menimbulkan beberapa Masalah



 Hati mempunyai kebolehan memandang dan mengenal sesuatu, merasa senang susah, lahir atau ghaib khususnya Allah SWT. Inilah kelebihan manusia daripada haiwan-haiwan iaitu mempunyai hati yang dapat mengenal Allah dengan sebenarnya hingga ia menjadi hamba Allah yang benar-benar takutkan Allah. 

Ini difirmankan Allah:  Apabila disebut nama Allah, gementarlah hati-hati mereka. (Al AnfaaI: 2)

Bersabda Rasulullah SAW bermaksud: Hati itu ditempa dengan apa yang dimakan.  

Kalau mata kita buta, kita tidak dapat melihat, tidak mengenal malah tidak dapat berjalan lagi. Begitulah kalau hati buta, kita tidak dapat mengenal Allah dan tidak dapat menempuh jalan syariat lagi. Kita tidak takut, tidak redha, tidak tawakal, tidak yakin, tidak berharap kepada Allah, tidak cinta, tidak yakin dengan janji-Nya iaitu Syurga, Neraka, Hari Hisab, seksa kubur, dan lain-lain lagi. Dan bila ama- lan itu tidak ada di hati kita maka datanglah penyakit hati.

Kehidupan kita tidak tenteram. Hasil daripada nutrien yang haram, kita akan dilanda pelbagai masalah dan kehidupan seharian kita tidak ceria serta selalu tertekan.


Apabila kita memakan sesuatu makanan yang haram, ianya akan menjadisebati dalam tubuh badan kita seterusnya menjadi darah daging kita. Lalu bala mulai melanda tanpa kita sedari mengapa dan sebab apa. 

Monday, March 05, 2012

Halal jadi nilai tambah produk tempatan,

‘Halal’ jadi nilai tambah produk tempatan

BAHAGIAN pertama laporan khas semalam menyentuh soal barangan ‘haram’ yang laris di pasaran. Sikap pengguna Islam yang dikatakan tidak mengambil berat tentang status sesuatu produk tersebut menyebabkan peniaga dan pengusaha mudah mengambil kesempatan.
  Dalam hubungan ini, masalah yang berlaku sukar ditangani tanpa penglibatan serius pihak berkuasa. Justeru, kerajaan didesak supaya bersikap tegas terhadap pihak terbabit.

Malah, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam turut mahu agar kerajaan memastikan setiap produk gunaan harian yang dijual di negara ini diwajibkan mempunyai label bagi menjelaskan status sebenar produk tersebut.

Bahagian akhir laporan khas ‘barangan haram laris di pasaran’ oleh wartawan, ROSALINDA MD. SAID dan SITI NURAZLINA JAMALUDIN menjawab kebimbangan orang ramai terhadap isu ini.
KUALA LUMPUR 2 Feb. – Pengusaha tempatan terutamanya pengeluar barangan gunaan seperti produk penjagaan diri, kosmetik dan peralatan digalakkan memohon pensijilan halal Malaysia sebagai ‘tiket’ menembusi pasaran negara Islam.

Ini berikutan produk halal tersebut termasuk makanan semakin mendapat permintaan daripada pengguna di Amerika Syarikat, Australia, New Zealand, England, Perancis, Brazil dan Argentina.

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...