Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Saturday, May 26, 2012

Makanan Yang Memudaratkan dan Meragukan

Makanan Yang Memudaratkan dan Meragukan

 Kedai Halal Muslim di Puchong, Selangor.

"We Love Halal Moslem Products" 

Pengenalan :

Pasaran hari ini dibanjiri pelbagai makanan dan barangan pengguna yang sesetangahnya boleh memudaratkan kesihatan, sementara yang lain haram dimakan menurut ajaran Islam.

Kajian mendapati, banyak makanan yang diproses yang kini terdapat di pasaran mengandungi gula dan garam yang berlebihan, selain mengandungi pelbagai jenis bahan penambah yang tidak dapat dipastikan halal atau haram.

Bahan penambah seumpamanya juga mungkin mengandungi bahan-bahan kimia yang boleh memudaratkan kesihatan pengguna.

Hukum Syariah :

Persoalan mengenai makanan dan minuman yang boleh membahayakan kesihatan wajar diberi perhatian oleh setiap umat Islam. 

Ini kerana Islam menuntut umatnya supaya sentiasa berhati-hati memilih makanan dan minuman yang akan masuk ke dalam perut kita.Perkara ini pernah ditegaskan oleh seorang ulama Islam terkenal, Profesor Dr.Yusof Al-Qardawi melalui bukunya, "The Lawful and the Prohibited In Islam". 

Menurut Buku ini, memakan makanan yang boleh memudaratkan diri adalah Haram.

"Menurut peraturan asas hukum Syariah (Kanun undang-undang yang bersumber daripada Al-Quran dan Hadis Rasulallah s.a.w) adalah haram bagi orang Islam mengambil makanan dan minuman yang boleh membawa maut, samada cepat atau lambat, seperti racun, atau sesuatu yang membahayakan, termasuk makan dan minum secara berlebihan sehingga boleh menjejaskan kesihatan."

Berdasarkan hakikat tersebut, Banyak makanan moden yang diproses dan ternyata memberi kesan buruk terhadap kesihatan boleh dianggap Haram apabila dimakan.

Dalam konteks ajaran Islam, Setiap individu Muslim wajib menyelidiki dan prihatin terhadap makanan yang akan dinikmati, bukan setakat makanan yang boleh membahayakan kesihatan sahaja, malah jenis makanan yang mengandungi bahan Haram, yang sekaligus boleh menjejaskan akidah.

0 comments:

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...