Gerhana matahari adalah fenomena alam yang lumrah terjadi. Pada tahun 2012 ini, gerhana matahari pertama akan terjadi pada 20 Mei 2012 nanti. Gerhana matahari cincin, namanya.
Laluan gerhana akan bermula di selatan China dan bergerak ke timur melalui Jepun, utara Lautan Pasifik dan ke barat Amerika Syarikat. Gerhana separa akan dapat dilihat di seluruh bahagian di Asia Timur dan kebanyakan Amerika Utara.
Sayangnya Malaysia tidak termasuk dalam laluan gerhana.
Fenomena alam yang menarik ini dijangka berlaku sebelum 6 petang pada 20 Mei 2012. Kira-kira separuh daripada cakera solar akan dilindungi oleh bulan.
Sila lihat Peta maklumat Gerhana Matahari Oleh NASA
0 comments:
Post a Comment