Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Sunday, August 18, 2013

AGAR-AGAR BERCICAK DITEMUI DI TERENGGANU

AGAR-AGAR BERCICAK DITEMUI DI TERENGGANU
Jumpa cicak dalam agar-agar




Kejadian Agar-agar yang dibeli untuk membuat koktel mengandungi cicak kering ini berlaku di Terengganu. Semoga ia menjadi pengajaran buat kita iaitu carilah produk yang dibuat oleh Muslim.
 

KUALA TERENGGANU – Hasrat sebuah keluarga menyediakan agar-agar koktel kepada tetamu majlis rumah terbuka mereka pada hari raya kelima, terbantut apabila melihat seekor cicak yang sudah kering di dalam sepeket agar-agar yang baru dibeli.




Kakitangan Pejabat Kesihatan Negeri, Mohd Azli Deraman, 36, berkata, ketika membeli agar-agar tersebut, dia tidak perasan cicak di dalam peket berkenaan, sehingga tiba hari mereka sekeluarga mahu menyediakan koktel tersebut.

“Pada mulanya, kami sekeluarga ingatkan objek berwarna hitam itu agar-agar yang terlalu kering sehingga menjadi hitam, tetapi apabila mengamatinya dengan teliti, saya mendapati ia seekor cicak.

“Terkejut dengan penemuan tersebut, saya terus buang tiga lagi peket agar-agar yang dibeli dengan jenama sama walaupun tidak mengandungi cicak kering dan menggantikannya dengan jenama lain untuk membuat koktel,” katanya kepada Sinar Harian.

Azli berkata, dia sekeluarga jarang membuat koktel kecuali jika ada majlis besar atau meraikan tetamu.

"Kejadian ini memberi pengajaran kepada kami sekeluarga supaya lebih berhati-hati ketika membeli terutama bahan makanan," katanya.


Sumber; Sinar Harian Edisi Terengganu





0 comments:

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...