Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Friday, June 14, 2013

Pintu Kaabah Dibuka dan Dicuci Saksikanlah

Pintu Kaabah Dibuka dan Dicuci Saksikanlah




Saksikanlah Video Kaabah Dicuci


Sebagai amalan biasa, Kaabah akan dicuci 2 kali dlm 1 tahun iaitu 30 hari sebelum Ramadan dan 30 hari selepas musim haji atau pertengahan Muharram.


Maka pada 10 Jun 2013 bersamaan dengan 1 Syaaban adalah genap 30 hari menjelang Ramadan dan dgn keizinan penyimpan kunci Kaabah dan penjaga dua masjid suci Islam, Raja Abdullah, Gabenor Mekah, Putera Khalid al Faisal akan mengetuai upacara mencuci Kaabah dgn menggunakan kain putih yang dibasahi dengan air zam zam, air mawar Parsi serta wangian lain dan akan mengelap dinding bahagian dlm kaabah manakala lantainya pula akan direnjis dengan air zam zam dan air mawar Parsi.




Sebelum memulakan upacara, Putera Khalid akan menunaikan tawaf 7 pusingan sambil menyentuh Hajjarul Aswad. Selepas tawaf, kunci Kaabah akan diserahkan kpdnya oleh pemegang amanahnya iaitu dari Bani Syaibah dan memasuki Kaabah.



Sebaik memasuki Kaabah, beliau akan tunaikan solat sunat 2 rakaat di atas lantai marmar di lokasi dimana Rasulullah SAW bersembahyang.



Sebaik semua tetamu keluar dari Kaabah, kerja2 cucian akan bermula dan diakhiri dgn menyapu sejumlah besar wangi2an didalam dan pada dinding luar Kaabah.


Kiswah atau kelambu Kaabah akan ditukar pada 9 Zulhijjah pada ketika jemaah haji berada di Arafah utk sempurnakan rukun haji tiap tahun. Wallahualam, sekadar berkongsi pengetahuan.


0 comments:

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...