Wednesday, June 12, 2013

Subhanallah Pisang berjantung tiga

Subhanallah Pisang berjantung tiga



 KUPANG, KEDAH - Seorang penduduk terkejut setelah melihat pokok pisang di hadapan rumahnya mempunyai tiga jantung pisang, malah sebatang pokok lagi mempunyai dua tandan pisang dalam sebatang pokok.

Mohd Hafizul Idris, 28, dari Kampung Besah berkata, dia belum pernah melihat lagi kejadian seperti itu tambahan, pula ianya berlaku pada pokok pisang miliknya.



 




“Baru dua hari lepas saya sedar pokok pisang ini mempunyai tiga jantung dan sebatang pokok lagi ada dua tandan. Mana ada pokok pisang ada dua tandan,” katanya.

Katanya, dia tidak berhasrat untuk mengambil pisang itu, tetapi ingin terus melihat tumbesaran dua pokok pisang itu.

“Saya nak tengok dulu, mana tahu, keluar lagi setandan. Kalau keluar 10 tandan dalam sebatang pokok, barulah saya nak jual,” katanya berseloroh.

0 comments:

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...