Tuesday, June 11, 2013

Plus bakal guna kad transit pintar

Plus bakal guna kad transit pintar

 PLUS Malaysia Berhad (Plus) akan menggantikan kad transit biasa kepada kad pintar di semua lorong tunainya di Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya Elite bermula Selasa depan.

Pengarah Urusan Plus Datuk Noorizah Abd Hamid berkata penggunaan kad transit pintar yang akan dilaksana secara berperingkat itu merupakan antara strategi Plus meningkatkan operasi di plaza tol.







"Ini sebahagian usaha Plus menaik taraf sistem tolnya sejajar dengan perkembangan teknologi selain menyokong dasar 'Go Green' kerajaan untuk memelihara alam sekitar dengan menggunakan kad transit kitar semula," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Katanya kaedah penggunaan kad transit pintar itu sama seperti sistem sedia ada iaitu kad yang diberi kepada pengguna laluan tunai ketika memasuki lebuh raya akan diserah semula semasa melakukan pembayaran tol.

"Pelaksanaan kad transit pintar ini tidak menjejaskan mereka yang menggunakan kaedah pembayaran secara elektronik seperti SmartTAG, Touch n'Go atau PLUSMile," katanya.

Sistem kad pintar kitar semula itu dilaksana di plaza tol Lebuhraya Utara-Selatan di antara Sungai Dua dan Hutan Kampung sejak 2009.
- Bernama

0 comments:

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...