Kisah Iblis diarahkan jumpa Nabi Muhammad SAW
Kisah Pertemuan & Perbualan Rasulullah Bersama Iblis Laknatullah
Allah s.w.t. telah memerintahkan seorang Malaikat berjumpa Iblis
supaya dia berjumpa dengan Rasulullah s.a.w. untuk memberitahu segala
rahsianya, samada yang disukai mahupun yang dibencinya. Hikmatnya ialah
untuk meninggikan darjat Nabi Muhammad s.a.w. dan juga sebagai
peringatan dan perisai kepada umat manusia.
Maka
Malaikat itu pun berjumpa Iblis dan berkata, "Hai Iblis! Bahawa Allah
Yang Maha Mulia dan Maha Besar menyuruh engkau menghadap ke hadrat
Rasullullah s.a.w. Hendaklah engkau buka segala rahsia engkau dan
apa-apa yang disoal oleh Rasulullah hendaklah engkau jawab dengan
sebenar-benarnya. Jikalau engkau berdusta walau satu perkataan pun,
nescaya akan diputuskan segala suku-suku anggota badanmu, uratmu serta
disiksa dengan azab yang amat keras".
Demi
mendengar sahaja kata Malaikat yang dahsyat itu, Iblis sangat
ketakutan. Maka segeralah dia menghadap Rasulullah s.a.w. dengan
menyamar sebagai seorang tua yang buta sebelah matanya dan berjanggut
putih 10 helai panjangnya seperti ekor lembu. Iblis pun memberi salam,
sehingga 3 kali tidak juga dijawab oleh Rasulullah s.a.w. Maka sembah
Iblis (alaihi laknat), "Ya Rasulullah! Mengapa tuan hamba tidak mejawab
salam hamba? Bukankah salam itu sangat mulia di sisi Allah?"
Maka
jawab Nabi dengah marah "Hai Aduwullah seteru Allah! Kepada aku engkau
menunjuk baikmu? Jangan engkau cuba hendak tipu aku sebagimana engkau
tipu Nabi Adam a.s sehingga keluar dari syurga Habil mati teraniaya
dibunuh Qabil dengan sebab hasutan engkau, Nabi Ayub engkau tiup dengan
asap racun ketika dia sedang sujud sembahyang hingga dia sengsara
beberapa lama, Nabi Daud dengan perempuan Urya, Nabi Sulaiman
meninggalkan kerajaannya kerana engkau menyamar sebagai isterinya dan
begitu juga beberapa Anbiya dan pendita yang telah menanggung sengsara
akibat hasutan engkau.
Hai Iblis! Sebenarnya salam itu sangat mulia di
sisi Allah azza wajalla, cuma salam engkau saja aku tidak hendak
menjawabnya kerana diharamkan Allah. Maka aku kenal baik-baik engkaulah
Iblis, raja segala iblis, syaitan dan jin yang menyamar diri. Apa
kehendak engkau datang berjumpa aku?"
Sembah
Iblis,"Ya Nabi Allah! Janganlah tuan hamba marah. Kerana tuan adalah
Khatamul Anbiya maka tuan dapat kenal akan hamba. Kedatangan hamba
adalah disuruh Allah untuk memberitahu segala tipu daya hamba terhadap
umat tuan dari zaman Nabi Adam hingga akhir zaman.
Ya
Nabi Allah! Setiap apa yang tuan tanya hamba sedia menerangkan satu
persatu dengan sebenarnya, tiadalah hamba berani sembunyikan." Maka
Iblis pun bersumpah menyebut nama Allah dan berkata "Ya Rasulullah!
Sekiranya hamba berdusta barang sepatah pun nescaya hancur leburlah
badan hamba menjadi abu" Apabila mendengar sumpah Iblis itu, Nabi pun
tersenyum dan berkata dalam hatinya, inilah satu peluang aku untuk
menyiasat segala perbuatannya agar didengar oleh sekelian sahabat yang
ada di majlis ini dan menjadi perisai kepada sekelian umatku.
Soalan Nabi (1) - "Hai Iblis! Siapakah sebesar-besar musuh engkau dan bagaimana aku terhadap engkau?"
Jawab
Iblis - "Ya Nabi Allah! Tuanlah musuh hamba yang paling besar di
antara segala musuh hamba di muka bumi ini" Maka Nabi pun memandang
muka Iblis, dan Iblis pun mengeletar kerana ketakutan. Sambung
Iblis,"Ya Khatamul Anbiya! Adapun hamba dapat merupakan diri hamba
seperti sekelian manusia, binatang dan lain-lain hingga rupa dan suara
pun tidak salah sepertinya, kecuali diri tuan sahaja yang tidak dapat
hamba tiru kerana ditegah oleh Allah.
Kiranya hamba menyerupai
diri tuan, maka terbakarlah diri hamba menjadi abu. Hamba cabutkan
iktikad anak Adam supaya menjadi kafir kerana tuan berusaha memberi
nasihat dan pengajaran supaya mereka kuat untuk memeluk agama Islam;
begitu jugalah hamba berusaha menarik mereka kepada kafir, murtad atau
munafik. Hamba akan tarik sekelian umat Islam dari jalan benar kepada
jalan yang salah supaya masuk ke dalam neraka dan kekal di dalamnya
bersama hamba"
Soalan Nabi ke 2 - "Hai Iblis! Betapa perbuatanmu kepada makhluk Allah"
Jawab
Iblis - "Adalah satu kemajuan bagi perempuan yang merenggangkan kedua
pehanya kepada lelaki yang bukan suaminya, setengahnya hingga
mengeluarkan benih yang salah sifatnya. Hamba goda segala manusia supaya
meninggalkan sembahyang, leka dengan makan minum, berbuat durhaka,
hamba lalaikan dengan harta benda daripada emas, perak dan permata,
rumahnya, tanahnya, ladangnya supaya hasilnya dibelanjakan kejalan
haram.
Demikian
juga ketika temasya yang bercampur lelaki perempuan. Di situ hamba
lepaskan sebesar-besar godaan supaya hilang maruah dan minum arak.
Apabila terminum arak itu maka hilanglah akal, fikiran dan malunya.
Lalu hamba hulurkan tali cinta dan terbukalah beberapa pintu maksiat
yang besar, datang perasaan hasad dengki hingga kepada pekerjaan zina.
Apabila terjadi kasih antara mereka, terpaksalah mereka mencari wang
hingga menjadi penipu, peminjam dan pencuri.
Apabila
mereka teringat akan salah mereka lalu hendak bertaubat atau amal
ibadat, hamba akan galang mereka supaya mereka menangguhkannya.
Bertambah keras hamba goda supaya menambahkan maksiat dan mengambil
isteri orang. Bila kena goda hatinya, datanglah rasa riak, takbur,
megah, sombong dan melengahkan amalnya. Bila pada lidahnya, mereka akan
gemar berdusta, mencela dan mengumpat. Demikianlah hamba goda mereka
setiap saat."
Soalan
Nabi ke 3 - "Hai Iblis! Mengapa engkau bersusah payah dan berpenat
melakukan pekerjaan yang tidak mendatangkan faedah bahkan menambahkan
laknat yang besar serta siksa yang besar di neraka yang paling bawah?
Hai kutuk Allah! Siapa yang menjadikan engkau? Siapa yang melanjutkan
usia engkau? Siapa yang menerangkan mata engkau? Siapa yang memberi
pendengaran engkau? Siapa yang memberi kekuatan anggota badan engkau?"
Jawab
Iblis - "Sekalian itu adalah anugerah daripada Tuhan Yang Maha Besar
juga. Tetapi hawa nafsu dan takbur menceburkan hamba menjadi
sebesar-besar jahat. Tuan lebih tahu bahawa hamba telah beribu-ribu
tahun menjadi ketua kepada sekelian Malaikat dan pangkat hamba telah
dinaikkan dari satu langit ke satu langit yang tinggi. Kemudian hamba
tinggal di dunia ini beribadat bersama sekelian Malaikat beberapa lama.
Tiba-tiba
datang firman Allah s.w.t. hendak menjadikan seorang Khalifah di dunia
ini, maka hamba pun membantah. Lalu Allah mencipta lelaki (Nabi Adam)
lalu dititahkan sekelian Malaikat memberi hormat kepada lelaki itu,
kecuali hamba yang ingkar. Oleh itu Allah murka kpd hamba dan muka
hamba yang cantik molek dan bercahaya itu bertukar menjadi keji dan
hodoh. Hamba berasa sakit hati.
Kemudian Allah menjadikan Adam
raja di syurga dan dikurniakan seorang permaisuri (Siti Hawa) yang
memerintah sekelian bidadari. Hamba bertambah dengki dan berdendam
kepada mereka. Akhirnya dapat juga hamba tipu melalui Siti Hawa yang
menyuruh Adam memakan buah Khuldi, lalu keduanya dihalau dari syurga ke
dunia.
Kedua mereka berpisah beberapa tahun dan kemudian
dipertemukan Allah (di Padang Arafah), hingga mereka mendapat beberapa
orang anak. Kemudian kami hasut anak lelakinya Qabil supaya membunuh
saudaranya Habil. Itu pun hamba masih tidak puas hati dan berbagai tipu
daya hamba lakukan hingga Hari Kiamat.Sebelum
tuan lahir ke dunia, hamba serta bala tentera hamba dengan mudah dapat
naik ke langit untuk mencuri segala rahsia serta tulisan yang menyuruh
manusia berbuat ibadat serta balasan pahala dan syurga mereka.
Kemudian hamba turun ke dunia, dan memberitahu manusia yang lain
daripada apa yang sebenarnya hamba dapat, dengan berbagai tipu daya
hingga tersesat dengan berbagai kitab bidaah dan karut-marut.
Tetapi
apabila tuan lahir sahaja ke dunia ini, maka hamba tidak dibenarkan
oleh Allah untuk naik ke langit serta mencuri rahsia, kerana banyak
Malaikat yang menjaga di setiap lapisan pintu langit. Jika hamba
berkeras juga hendak naik, maka Malaikat akan melontar dengan anak
panah daripada api yang menyala. Sudah banyak bala tentera hamba yang
terkena lontaran Malaikat itu dan semuanya terbakar menjadi abu. Maka
besarlah kesusahan hamba dan tentera hamba untuk menjalankan tugas
hasutan."
Soalan Nabi ke 4 - "Hai Iblis! Apakah yang pertama engkau tipu akan manusia?"Jawab
Iblis - "Pertama sekali hamba palingkan iktikadnya imannya kepada
kafir sama ada dari segi perbuatan, perkataan, kelakuan atau hatinya.
Jika tidak berjaya juga, hamba akan tarik dengan cara mengurangkan
pahala. Lama-kelamaan mereka akan terjerumus mengikut kemahuan jalan
hamba"
Soalan Nabi ke 5 - "Hai Iblis! Jika umatku sembahyang kerana Allah, bagaimana hal engkau?"
Jawab
Iblis - "Sebesar-besar kesusahan kepada hamba.
Gementarlah badan hamba
dan lemah tulang sendi hamba. Maka hamba kerahkan berpuluh-puluh iblis
datang menggoda seorang manusia, pada setiap anggota badannya.
Setengah-setengahnya datang pada setiap anggota badannya supaya malas
sembahyang, was-was, terlupa bilangan rakaatnya, bimbang pada pekerjaan
dunia yang ditinggalkannya, sentiasa hendak cepat habis solat,
hilangkan khusyuknya - matanya sentiasa menjeling ke kiri kanan,
telinganya sentiasa mendengar orang brcakap serta bunyi-bunyi yang
lain.
Setengah
Iblis duduk di belakang badan orang yang sembahyang itu supaya dia
tidak kuasa sujud lama-lama, penat atau duduk tahiyat dan dalam hatinya
sentiasa hendak cepat habis sembahyang, itu semua membawa kpd kurang
pahala. Jika para Iblis itu tidak dapat menggoda manusia itu, maka hamba
sendiri akan menghukum mereka dengan seberat-berat hukuman"
Soalan Nabi ke 6 - "Jika umatku membaca Al-Quran kerana Allah, apalah rasa engkau?"
Jawab
Iblis - "Jika mereka membaca Al-Quran kerana Allah, maka rasa
terbakarlah tubuh hamba, putus-putus segala urat hamba lalu hamba lari
daripadanya."
Soalan Nabi ke 7 - "Jika umatku mengerjakan haji kerana Allah, bagaimana rasa engkau?"
Jawab Iblis - "Binasalah diri hamba, gugurlah daging dan tulang hamba kerana mereka telah mencukupkan rukun Islamnya"
Soalan Nabi ke 8 - "Jika umatku berpuasa kerana Allah, bagaimana hal engkau?"Jawab
Iblis - "Ya Rasulullah! Inilah bencana yang paling besar bahayanya
kepada hamba. Apabila masuk awal bulan Ramadhan, maka memancarlah cahaya
Arasy dan Kursi, bahkan sekelian Malaikat menyambut dengan kesukaan.
Bagi orang yang berpuasa, Allah akan mengampunkan segala dosa yang lalu
dan digantikan dengan pahala yang amat besar serta tidak dicatatkan
dosanya selama dia berpuasa. Yang menhancurkan hati hamba ialah segala
isi langit dan bumi; yakni Malaikat, bulan, bintang, burung dan
ikan-ikan semuanya siang malam mendoakan keampunan orang yang berpuasa.
Satu
lagi kemuliaan orang berpuasa ialah dimerdekakan pada setiap masa dari
azab neraka. Bahkan semua pintu neraka ditutup manakala semua pintu
syurga dibuka seluas-luasnya, serta dihembuskan angin dari bawah Arasy
yang bernama Angin Syirah yang amat lembut ke dalam syurga.
Pada hari
umat tuan mula berpuasa, dengan perintah Allah datanglah sekelian
Malaikat dengan garangnya menangkap hamba dan tentera hamba; jin,
syaitan dan ifrit lalu dipasung kaki dan tangan dengan besi panas dan
dirantai serta dimasukkan ke bawah bumi yang amat dalam.
Di
sana pula beberapa azab yang lain telah menunggu kami. Setelah habis
umat tuan berpuasa barulah hamba dilepaskan dengan amaran agar tidak
mengganggu umat tuan. Umat tuan sendiri telah merasa ketenangan
berpuasa seperti mana mereka bekerja dan bersahur seorang diri di
tengah malam tanpa rasa takut berbanding bulan biasa."
Soalan Nabi ke 9 - "Hai Iblis! Bagaimana sekelian sahabatku kepada engkau?"
Jawab
Iblis - "Sekelian sahabat tuan hamba juga adalah sebesar-besar seteru
hamba. Tiada upaya hamba melawannya dan tiada satu tipu daya yang dapat
masuk kepada mereka. Kerana tuan sendiri telah berkata yang "Sekelian
sahabatku adalah seperti bintang di langit, jika kamu mengikut mereka,
maka kamu akan mendapat petunjuk."
Soalan Nabi ke 10 - "Bagaimana tipudaya engkau kepada umatku?"
Jawab
Iblis - "Umat tuan itu ada tiga macam. Yang pertama seperti hujan dari
langit yang menghidupkan segala tumbuhan iaitu ulama yang memberi
nasihat kepada manusia supaya mengerjakan perintah Allah serta
meninggalkan laranganNya seperti kata Jibrail a.s "Ulama itu adalah
pelita dunia dan pelita akhirat" Yang kedua umat tuan seperti tanah
iaitu orang yang sabar, syukur dan redha dengan kurniaan Allah.
Berbuat
amal soleh, tawakal dan kebajikan. Yang ketiga umat tuan seperti
Firaun; terlampau tamak dengan harta dunia serta dihilangkan amal
akhirat. Maka hamba pun sukacita lalu masuk kedalam badannya, hamba
putarkan hatinya ke lautan derhaka dan hamba hela ke mana sahaja
mengikut kehendak hamba. Jadi dia sentiasa bimbang kepada dunia dan
tidak hendak menuntut ilmu, tiada masa beramal ibadat, tidak hendak
mengeluarkan zakat, miskin hendak beribadat.
Lalu hamba godanya
minta kaya dulu, dan apabila diizinkan Allah dia menjadi kaya, maka
dilupakan beramal, tidak berzakat seperti Qarun yang tenggelam dengan
istana mahligainya. Bila umat tuan terkena penyakit tidak sabar dan
tamak, dia sentiasa bimbang akan hartanya dan setengahnya asyik hendak
merebut dunia harta, cakap besar sesama Islam, benci dan menghina
kepada yang miskin, membelanjakan hartanya untuk jalan maksiat, tempat
judi dan perempuan lacur"
Soalan Nabi ke 11 - "Siapa yang serupa dengan engkau?"Jawab Iblis - "Orang yang meringankan syariat tuan hamba dan membenci orang belajar agama Islam"
Soalan Nabi ke 12 - " Siapa yang mencahayakan muka engkau?"Jawab Iblis - "Orang yang berdosa, bersumpah bohong, saksi palsu, pemungkir janji"
Soalan Nabi ke 13 - "Apakah rahsia engkau kepada umatku?"
Jawab
Iblis - Jika seorang Islam pergi buang air besar serta tidak membaca
doa pelindung syaitan, maka hamba gosok-gosokkan najisnya sendiri ke
badannya tanpa dia sedari"
Soalan Nabi ke 14 - "Jika umatku bersatu dengan isterinya, bagaimana hal engkau?"Jawab
Iblis - "Jika umat tuan hendak bersetubuh dengan isterinya serta
membaca doa pelindung syaitan, maka larilah hamba dari mereka. Jika
tidak hamba akan bersetubuh dahulu dengan isterinya, dan bercampurlah
benih hamba dengan benih isterinya. Jika menjadi anak maka anak itu akan
gemar kepada pekerjaan maksiat, malas pada kebaikan, durhaka. Ini
semua kerana kealpaan ibu bapanya sendiri. Begitu juga jika mereka
makan tanpa Bismillah, hamba yang dahulu makan daripadanya. Walaupun
mereka makan, tiadalah rasa kenyang."
Soalan Nabi ke 15 - "Dengan jalan apa boleh menolak tipu daya engkau?"
Jawab
Iblis - "Jika dia berbuat dosa, maka dia kembali bertaubat kepada
Allah, menangis kesal akan perbuatannya. Apabila marah segeralah
mengambil air sembahyang, maka padamlah marahnya."
Soalan Nabi ke 16 - "Siapakah orang yang paling engkau lebih suka?"
Jawab
Iblis - "Lelaki dan perempuan yang tidak mencukur atau mencabut bulu
ketiak atau bulu ari-ari(bulu kemaluan) selama 40 hari. Di situ lah
hamba mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat
pada bulu itu"
Soalan Nabi ke 17 - "Hai Iblis! Siapakah saudara engkau?"
Jawab
Iblis - "Orang yang tidur meniarap, orang yang matanya celik di waktu
subuh tetapi menyambung tidur semula. Lalu hamba ulit dia lena hingga
terbit fajar. Demikian jua pada waktu zohor, asar, maghrib dan isyak,
hamba beratkan hatinya untuk solat"
Soalan Nabi ke 18 - "Apakah jalan yang membinasakan diri engkau?"
Jawab
Iblis - "Orang yang banyak menyebut nama Allah, bersedekah dengan
tidak diketahui orang, banyak bertaubat, banyak tadarus Al-Quran dan
solat tengah malam"
Soalan Nabi ke 19 - "Hai Iblis! Apakah yang memecahkan mata engkau?"Jawab Iblis - "Orang yang duduk di dalam masjid serta beriktikaf didalamnya"
Soalan Nabi ke 20 - "Apa lagi yang memecahkan mata engkau?"
Jawab
Iblis - "Orang yang taat kepada kedua ibubapanya, mendengar kata
mereka, membantu makan-pakai mereka selama mereka hidup, kerana tuan
telah bersabda,'Syurga itu di bawah telapak kaki ibu'.
0 comments:
Post a Comment