Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Sunday, August 12, 2012

19 Prinsip Kejayaan Tan Sri Mokhtar Al -Bukhary

19 Prinsip Kejayaan Tan Sri Mokhtar Al -Bukhary


NILAI RABBANI DALAM EKONOMI ISLAM

Salah satu nilai rabbani yang paling utama dalam ekonomi Islam adalah nilai agung yang menetapkan bahawa manusia bukanlah pemilik harta tetapi dia hanya diberi kuasa untuk memanfaatkan harta Allah Ta’ala. 

Nilai inilah yang memastikan adanya unsur rabbaniyah (ketuhanan) di dalam sistem ekonomi Islam.

Seorang Muslim meyakini bahawa dia adalah makhluk ciptaan Allah Ta’ala, bekerja di tanah yang merupakan bumi Allah, dengan kemampuan yang diberikan oleh Allah dan dengan peralatan yang merupakan kurnia Allah.

Dia melakukan pekerjaannya mengikut kaedah-kaedah alam semula jadi yang diciptakan Allah.

Sekiranya dia memperolehi hasil maka itu adalah harta Allah. Allah-lah yang telah menciptakannya dan Allah-lah yang memilikinya. Manusia hanyalah pemegang amanah yang diberikan kuasa untuk memanfaatnya.

CANTAS MENCANTAS DALAM PERNIAGAAN

Di dalam dunia perniagaan, sikap cantas mencantas juga ada berlaku sedangkan bukan besar mana pun perniagaan kita ni pun. Kadang kala ini menyebabkan satu pihak terpaksa berdiam diri dan mengadu bahawa produknya tidak selaris dulu. 

Perlu disedari, jika anda ingin berniaga sesuatu produk seharusnya harga yang dijual kepada pengguna adalah sebagaimana yang telah ditetapkan oleh pengeluar. Atau dengan erti kata lain, sikap menjual sesuatu produk dengan harga yang jauh lebih rendah daripada harga yang tertera di produk, adalah suatu sikap yang tidak bagus.

Sikap sebegini juga serupa kita tidak jujur dalam perniagaan. Sedangkan kunci utama dalam prinsip perniagaan Islam ialah bersifat amanah dan jujur.

Seharusnya kita yang membantu sesama kita bukan memintas jalan mudah untuk mendapat keuntungan yang berlebihan. Kalau kita tidak berkerjasama begini, jangan mimpilah kita akan kaya atau senang dipenghujungnya kerana Allah SWT itu memang MAHA ADIL.

Seharusnya kita bantu membantu dan siapakah yang kamu harap untuk membantu perniagaan kawan kawan kita kalau bukan kita sendiri.

Rasulullah s.a.w. sendiri memperakui betapa elemen hasad dengki dan segala perbuatan yang boleh menjejaskan hubungan kemanusiaan mestilah dihindari sekiranya kita benar-benar ingin menzahirkan ketaatan seutuhnya kepada Allah. 

Dalam sebuah hadis, Nabi Muhammad SAW bersabda dan menegaskan:

Jangan kamu dengki-mendengki, jangan tipu-menipu, jangan benci-membenci, jangan musuh-memusuhi, jangan sesetengah kamu berjual-beli atas jual-beli setengah yang lain, dan jadilah kamu sekalian sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. (Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah).
Rasullulah SAW dalam hadistnya kerapkali mengingatkan para peniaga untuk berlaku jujur dalam perniagaan.Berikut beberapa Sabda Rasulullah SAW:

"Wahai para pedagang,hindarilah kebohongan".(HR.Thabrani) 

"Siapa saja menipu,maka ia tidak termasuk golonganku:.(HR.Bukhari) 

"Seutama-utama usaha dari seseorang adalah usaha para pedagang yang bila berbicara tidak bohong,bila dipercaya tidak berkhianat,bila berjanji tidak ingkar,bila membeli tidak menyesal,bila menjual tidak mengada-ada,bila mempunyai kewajiban tidak menundanya dan bila mempunyai hak tidak menyulitkan".(HR.Ahmad,Thabrani dan Hakim) 


Bagi individu yang berhasad dengki, ia sebenarnya sedang mengalami kecelaruan dan kedangkalan pemikiran mengenai konsep rezeki Allah yang dikurniakan ke atas hamba-Nya yang bertakwa dan ikhlas berusaha. 

Usaha yang dimaksudkan pastilah tidak memerlukan seseorang menjatuhkan orang lain demi mengejar apa yang dicita. Ini kerana Islam melarang pengikutnya memandang kenikmatan yang diperoleh orang lain dengan pandangan seorang musuh yang hatinya dipenuhi kebencian, kemarahan dan ketamakan untuk memiliki.

Sebaliknya asas aqidah yang meletakkan kepercayaan mutlak bahawa Allahlah Yang Maha Pemberi Rezeki (Ar-Razzaq) menumbuhkan sikap yang lebih jernih bahawa setiap rezeki kurniaan Allah sudah pun ditentukan-Nya berdasarkan potensi jasmani, rohani dan kepintaran setiap individu. 

Ini bermakna tidak ada apa-apa yang mampu menghalang seseorang memperoleh rezeki yang ditetapkan Allah kepadanya walau pelbagai usaha dilakukan manusia untuk menafikannya.Demikianlah peringatan tegas dan jelas yang diberikan Allah agar umat sentiasa berpegang kepada keyakinan aqidah yang teguh bahawa rezeki itu hanya datang daripada Allah semata-mata. 

Dengan menjiwai prinsip inilah, umat akan dihindari daripada perasaan hasad dengki yang membinasakan. Sebaliknya tumbuh menyubur perasaan qanaah atau rasa berpuas hati dengan apa sahaja rezeki kurniaan Allah kepada kita.

Sejak zaman Nabi s.a.w. lagi wujud golongan seperti ini yang sentiasa berangan-angan ingin memiliki segala kurnian Allah yang dianugerahkan kepada orang lain sehingga tumbuhnya perasaan hasad dengki bahkan melarat-larat sampai kepada perilaku fitnah, adu-domba dan jatuh-menjatuh antara satu sama lain.

Maka Allah pun menurunkan ayat berikut:

 


Mafhumnya:

"Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak daripada sebahagian yang lain. (Kerana) bagi orang lelaki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan dan bagi para wanita pun ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan dan mohonlah kepada Allah akan sebahagian kurnia-Nya. "
                                                                                                                       (An-Nisa:32)


Seperti mutiara kata Tan Sri Mokhtar Al -Bukhary di dalam email yang diterima:
  • Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat. 
  •  
  • Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.
  •  
  • Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.
Mari kita lihat beberapa prinsip Tan Sri Mokhtar Al -Bukhary. Sedikit info berkaitan Tan Sri Mokhtar Al -Bukhary. Untuk info lanjut sila klik 'readmore'. selamat membaca dan menghayati.

Kereta mewah seperti BMW atau Mercedes Benz yang terbaru bukanlah minat beliau.
Menurut seorang pemerhati, Syed Mokhtar hanya memandu kereta Proton Perdana model lama, berpakaian serba ringkas dan akan ke Sentul untuk menikmati teh tarik kegemarannya.

Beliau masih mempunyai sebuah kereta Mercedes yang telah berusia 20 tahun yang digunakan dari semasa ke semasa.

Syed Mokhtar juga menggunakan beg bimbit yang mungkin sama usia dengan kereta Mercedes tersebut.

Persoalannya, siapakah Syed Mokhtar dan apakah falsafah yang telah memberikan semangat kepada ahli perniagaan itu untuk menjadi seorang yang berjaya hari ini – mengambil alih projek-projek mega yang telah gagal dan mengusahakannya semula sehingga berjaya?

Jawapannya menurut Mohd. Sidik Shaik Osman, yang mengenali Syed Mokhtar sejak lebih 25 tahun lalu ahli perniagaan itu dilahirkan di sebuah rumah kampung beratapkan nipah milik kedua ibu bapanya pada 1951.

Kesusahan dan kemiskinan adalah dua perkara yang beliau amat fahami.

Bapa beliau, Syed Nor, adalah seorang pedagang berketurunan Yaman yang menetap di Kedah, menyara keluarga dengan menjalankan perniagaan menjual pelbagai jenis barangan keperluan harian.

Syed Nor kemudiannya mengusahakan ladang ternakan lembu.

Bagaimanapun, hasil yang diperolehnya adalah amat sedikit dan keadaan memaksa Syed Mokhtar ke pasar setiap pagi sebelum ke sekolah untuk menjual roti canai dan sayur bayam yang ditanamnya sendiri di sebidang tanah kecil di sebelah rumahnya.

Semasa berusia 11 tahun, Syed Mokhtar telah dijaga oleh pakciknya di Johor Bahru yang mahukan beliau menceburi bidang ketenteraan tetapi dibantah oleh ibu bapanya. Disebabkan beliau telah didedahkan kepada suasana alam perniagaan, beliau tidak bersetuju dengan idea tersebut dan kembali ke Alor Setar.

19 Prinsip Kejayaan Tan Sri Mokhtar Al -Bukhary

1. Jangan pentingkan diri sendiri

“Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa & ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat & gelaran itu kepada saya tidak mustahak.”



2. Kerja kuat untuk berjaya

“Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda di bumi kita Malaysia. Ini kan Tanah Melayu. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya, kena kerja kuat tidak kira siang & malam. Kita ada kekuatan yang Allah beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.”


3. Jangan malu untuk berjaya

“Saya asalnya tidak tahu apa-apa. Setiap orang yang mahu berjaya & telah berjaya pada asalnya bermula daripada sifar (reset to zero). Apa yang saya tidak tahu, minta tolong daripada orang lain. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas & pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita mendapat keuntungan & rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.”


4. Anggaplah kekayaan itu hanya sementara

“Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan, kepada bangsa & kepada orang ramai. Jika kita kaya, kita hanya memegangnya hanya untuk sementara sahaja.”


5. Lakukan amal yang baik

“Jika kita kaya, usahlah kita hanya menyimpan kekayaan itu untuk anak & isteri sahaja. Duit itu tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi kita nanti, tetapi apa yang kita lakukan sekarang.”


6. Bijak mencari peluang

“Saya perlu terus mencari peluang supaya saya terus dapat membantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.”


7. Yakinlah & jangan takut dengan diri sendiri

“Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup bolah selamat. Ini yang memyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.”


8. Pergantungan kepada Allah SWT

“Jika kita mahu sesuatu, minta terus kepada Allah. Allah beri manusia akal & fikiran. Kalau hendak pakai baju & seluar, biarlah padan dengan badan sendiri.”


9. Bertanggungjawab atas apa yang kita lakukan

“Jika kita senang, kesenangan yang kita perolehi ini datang dengan tanggungjawab. Kita perlulah lakukan amal jariah. Walaupun sedikit, biarlah yang sedikit itu ada berkatnya.”


10. Berkongsilah kejayaan dengan orang ramai

“Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu dapat dikongsi bersama.”

11. Jangan mudah lupa diri

“Jangan mudah lupa diri kerana kejayaan atau kesenangan yang kita perolehi adalah milik Allah untuk kita gunakan ke jalan yang baik.”


12. Ambil masa untuk bertapak & mengekalkan kejayaan

Saya tertarik dengan kata-kata peninju terhebat, Muhammad Ali, katanya,
“The man who views the world at 50, same as he did at 20. He has wasted 30 years of his life.” Renung-renungkan.


13. Jangan mudah putus asa

“Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh, tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit semula. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.”


14. Tiada yang mustahil (Nothing is impossible)

“Tiada sebab kenapa Melayu tidak boleh maju. Kita kena berani berperang dengan musuh diri kita sendiri iaitu nafsu. Nafsu akan sentiasa mendorong kepada perkara-perkara yang negatif. Tukarkan ia menjadi positif. Maka, anda telah berjaya melawan nafsu anda. Kalau saudara & saudari jadi wartawan, saudara saudari kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar itu. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh belaku.”


15. Gigih, tekun dan tidak mudah berputus asa

“Kejayaan & kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun & tidak mudah putus asa adalah kunci kejayaan. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.”


16. Percayalah! Allah sentiasa memberi peluang kepada orang yang berusaha

“Allah memberi peluang kepada sesiapa sahaja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada kita hanya usaha. Kita boleh melakukannya, tiada yang mustahil untuk dilakukan selagi kita tidak mengatakan TIDAK.”


17. Jangan rosakkan diri kita dengan kemewahan

“Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu. Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta & rumah besar. Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi itu bukan matlamatnya.”


18. Merendah diri

“Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayan dicapai.”


19. Bersyukur atas nikmat yang Allah berikan

“Saya terima apa sahaja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur. Apa yang penting, kita perlulah berusaha.”

Siapa Syed Mokhtar Al-Bukhary?

RAMAI yang pernah mendengar mengenai Yayasan Al Bukhary, sebuah badan kebajikan yang telah membelanjakan beratus-ratus juta ringgit untuk tujuan amal.

Yayasan ini milik Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary, seorang ahli perniagaan yang tidak gemarkan publisiti.

Bagaimanapun, tidak ramai yang mengetahui siapa sebenarnya ahli perniagaan ini dan bagaimana beliau membina empayar perniagaannya.

Wartawan Utusan, ZAHARUDDIN MOHD. ALI cuba menghuraikan siapa sebenarnya Syed Mokhtar dan apa yang telah menjadikan beliau seorang yang amat berjaya. Artikel di bawah dipetik daripada laporan beliau.

KEBELAKANGAN ini setiap kali apabila seseorang itu berkata mengenai Persyarikatan Malaysia, satu nama yang akan disebut berkali-kali ialah Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.

Walaupun beliau tidak begitu diketahui umum, ahli perniagaan yang tidak gemar publisiti ini adalah pemilik pelbagai jenis perniagaan – rangkaian syarikat tenaga, pelabuhan, hotel, perkilangan dan pasar raya.

Beliau tidak pernah memberi sebarang wawancara kepada sesiapa lebih gemar kepada cara kehidupan yang low profile.

Namanya tidak pernah tercatat dalam mana-mana syarikat – termasuk syarikat awam yang disenaraikan di bursa saham walaupun beliau dikatakan telah membuat pelaburan berjuta-juta ringgit.

Keadaan ini menambah lagi misteri mengenai beliau.

Walau bagaimanapun, menurut mereka yang mengenali Syed Mokhtar, beliau bukanlah seorang yang gemar menyendiri seperti yang disangka.

Beliau adalah seorang yang mudah mesra, peramah dan fokus terhadap apa yang diusahakan selain menggemari gaya hidup yang serba ringkas.

Kereta mewah seperti BMW atau Mercedes Benz yang terbaru bukanlah minat beliau.
Menurut seorang pemerhati, Syed Mokhtar hanya memandu kereta Proton Perdana model lama, berpakaian serba ringkas dan akan ke Sentul untuk menikmati teh tarik kegemarannya.

Beliau masih mempunyai sebuah kereta Mercedes yang telah berusia 20 tahun yang digunakan dari semasa ke semasa.

Syed Mokhtar juga menggunakan beg bimbit yang mungkin sama usia dengan kereta Mercedes tersebut.

Persoalannya, siapakah Syed Mokhtar dan apakah falsafah yang telah memberikan semangat kepada ahli perniagaan itu untuk menjadi seorang yang berjaya hari ini – mengambil alih projek-projek mega yang telah gagal dan mengusahakannya semula sehingga berjaya?

Jawapannya menurut Mohd. Sidik Shaik Osman, yang mengenali Syed Mokhtar sejak lebih 25 tahun lalu ahli perniagaan itu dilahirkan di sebuah rumah kampung beratapkan nipah milik kedua ibu bapanya pada 1951.

Kesusahan dan kemiskinan adalah dua perkara yang beliau amat fahami.

Bapa beliau, Syed Nor, adalah seorang pedagang berketurunan Yaman yang menetap di Kedah, menyara keluarga dengan menjalankan perniagaan menjual pelbagai jenis barangan keperluan harian.

Syed Nor kemudiannya mengusahakan ladang ternakan lembu.

Bagaimanapun, hasil yang diperolehnya adalah amat sedikit dan keadaan memaksa Syed Mokhtar ke pasar setiap pagi sebelum ke sekolah untuk menjual roti canai dan sayur bayam yang ditanamnya sendiri di sebidang tanah kecil di sebelah rumahnya.

Semasa berusia 11 tahun, Syed Mokhtar telah dijaga oleh pakciknya di Johor Bahru yang mahukan beliau menceburi bidang ketenteraan tetapi dibantah oleh ibu bapanya. Disebabkan beliau telah didedahkan kepada suasana alam perniagaan, beliau tidak bersetuju dengan idea tersebut dan kembali ke Alor Setar.

Sekembali beliau ke kampung, perniagaan menjual lembu telah semakin pulih dan kehidupan Syed Mokhtar pada lewat tahun 1960 terbahagi dua – bersekolah di St. Michael Institution, di mana beliau menamatkan pelajarannya di tingkatan lima, dan pada masa yang sama membantu bapanya menguruskan perniagaan dan bertanggungjawab terhadap soal simpanan kira-kira dan urusan pengangkutan.

Gandingan bapa dan anak ini mengimport lembu dari Thailand, Langkawi dan Perlis untuk dijual di pasaran tempatan.

Daripada sebuah perniagaan sendiri ia telah menjadikan Alor Setar kepada sebuah pusat perdagangan lembu. Walau bagaimanapun, kegembiraan dan kekayaan keluarga tersebut hanyalah sementara.

Wabak penyakit kaki dan mulut pada tahun 1970 telah membinasakan keseluruhan perniagaan lembu mereka. Kerana kecewa, bapa beliau telah mengambil keputusan untuk tidak lagi menceburi bidang perniagaan itu.

Keadaan ini menyebabkan Syed Mokhtar berdepan dengan masa depan yang tidak menentu.
Bagaimanapun, dalam masa beberapa minggu, anak muda ini telah bangkit semula. Kegagalan tidak mematahkan semangat Syed Mokhtar. Beliau menganggap ini semua sebagai halangan sementara yang telah memberikan beliau pengajaran yang amat bernilai.

Halangan sementara ini telah menjadikan beliau lebih bersemangat dan lebih bersungguh-sungguh untuk berjaya.

Halangan ini telah memberi pengajaran kepada beliau iaitu jangan bergantung hanya kepada satu sumber perniagaan sahaja.

“Bermula dari situ, beliau semakin cenderung untuk mempelbagaikan empayar perniagaan,” kata Mohd. Sidik, yang kini menerajui Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) di Johor.

Kekecewaan ayah beliau telah menjadi titik perubahan yang penting dalam kehidupan Syed Mokhtar.
Beliau mula menjalankan perniagaan dalam memperdagangkan barangan keperluan penting serta menjalinkan kerjasama dengan ahli perniagaan berketurunan Cina.

Pada tahun 1970-an, syarikat bumiputera yang ingin bekerjasama atau berurusan dengan usahawan Cina adalah sesuatu yang unik.

Beliau melakukannya untuk mempelajari cara terbaik menjalankan perniagaan.

Dalam masa yang singkat, beliau telah mempelajari dan membeli perniagaan yang dipelopori oleh ahli perniagaan Cina khususnya dalam bidang pengangkutan (lori), perniagaan dan pemasaran beras, pakaian, pemprosesan makanan dan ternakan.

DARIPADA seorang ahli perniagaan kecil, beliau berjaya membawa dirinya kepada perniagaan yang lebih besar dengan menyertai projek-projek di bawah Persyarikatan Malaysia.

Beliau mula menceburi perniagaan utama pada tahun 1990 dengan mengambil alih dan menguasai saham-saham dalam beberapa syarikat awam yang tersenarai dan entiti kerajaan yang diswastakan, serta projek-projek terbengkalai yang amat memerlukan bantuan kewangan.

Hari ini, Syed Mokhtar muncul sebagai seorang ahli korporat yang disegani, satu usaha dan pengiktirafan yang beliau perolehi komitmen dan berkerja keras dengan matlamat untuk berjaya.

Bagaimanapun, terdapat satu aspek yang tidak pernah dibincangkan oleh media mengenai Syed Mokhtar.
Sebagai seorang Islam, beliau tidak pernah mengabaikan soal-soal kebajikan.

Beliau menderma berjuta-juta ringgit setiap tahun kepada pelbagai projek kebajikan di bawah Yayasan Al Bukhary yang beliau gunakan sebagai cara untuk membantu mereka yang kurang upaya, menyokong usaha-usaha kebudayaan dan seni Islam.

Sehingga ini, beliau telah membiayai pembinaan lebih 10 buah masjid di Malaysia dan pada tahun 2000, Syed Mokhtar telah menderma sebanyak 1.25 juta pound (RM7.5 juta) kepada pusat Oxford bagi pengajian Islam di London – salah satu pusat pengajaran Islam yang terkemuka.

Sebuah pusat Yayasan Al Bukhary yang bernilai RM300 juta dengan reka bentuk oleh senibina `Moorish’ (Islam Maghribi) sedang dalam pembinaan di Alor Setar dan dijangka siap pada 2004.

“Pusat tersebut dilengkapi dengan sebuah masjid, pusat rawatan, pusat komuniti, sebuah rumah anak yatim, rumah orang-orang tua dan sebuah universiti yang disediakan untuk pelajar-pelajar tempatan dan antarabangsa,” kata Datuk Ismail Yusof yang mengetuai Yayasan Al Bukhary.

Tidak cukup dengan itu, bagi Syed Mokhtar, kebajikan bermaksud membantu mereka yang memerlukan, tidak kira bangsa atau agama.

Dalam hubungan ini, pada tahun 1990-an, Syed Mokhtar telah menyumbang kepada Projek Langkawi – projek yang diusahakan oleh Malaysian Chinese Association (MCA) untuk mengumpul dana bagi sekolah-sekolah Cina dan memberikan biasiswa bagi pelajar-pelajar yang tidak berkemampuan dan memerlukan bantuan.

Beliau juga menyumbang mesin dialisis yang ditempatkan di sebuah bangunan rumah kedai di Kluang, Johor bagi kegunaan masyarakat setempat.

Bagaimanapun, sumbangan beliau yang terbesar dalam bidang seni dan kebudayaan ialah pembinaan Muzium Seni Islam yang diwujudkan dengan kos RM110 juta.

Ia merupakan hasil seni yang tiada tolok bandingnya dan segera menerima pengiktirafan sebagai pusat pemikiran Islam sedunia.

Menurut Ismail: “Jika ada satu perkataan yang boleh menggambarkan Syed Mokhtar, ia adalah sikap rendah dirinya.

“Ini kerana segala kejayaan dan kekayaan tidak merosakkan dirinya.

“Kaum keluarga, sahabat handai, saudara mara, rakan perniagaan dan manusia biasa yang telah beliau bantu boleh mengakui perkara ini”.

Syed Mokhtar mendirikan rumahtangga ketika berusia pertengahan 40-an dan sekarang mempunyai empat orang anak – dua lelaki dan dua perempuan.

Ismail berkata, Syed Mokhtar menjadikan pendidikan sebagai tanggungjawab utama kepada adik beradiknya kerana ia adalah sesuatu yang beliau tidak mampu miliki kerana kesempitan wang.

“Beliau mahu melihat adik beradiknya mendirikan rumahtangga dan berada pada kedudukan kewangan yang stabil dahulu sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga,” katanya.

Sehingga hari ini, Syed Mokhtar bekerja dari siang hingga larut malam dan ada kalanya sehingga pagi.

Rumahnya adalah juga ibu pejabat korporat, di mana beliau mengikuti perkembangan syarikat-syarikat dan kebajikan lebih 20,000 pengurus dan kakitangannya.

Dewan di rumah beliau di Kuala Lumpur adalah bilik mesyuarat utama.

Beliau berjumpa dengan pengarah-pengarah eksekutif dan pengurus-pengurusnya seminggu sekali.

Syed Mokhtar hanya melakukan lawatan kerja jika perlu selain gemar mengadakan perjalanan balik-hari kerana beliau mahu meluangkan masa berkualiti bersama pekerja dan keluarga.

Mohd. Sidik, yang selalu mengunjunginya di rumah beliau berkata:

“Syed Mokhtar sebenarnya bukanlah seorang yang suka menyendiri, sebaliknya adalah seorang yang rendah diri dan suka membantu orang lain.

“Di sebalik kemewahan hidupnya, beliau menjauhi pembaziran dan percaya kepada kesederhanaan dan kualiti dalam semua aspek kehidupan”.

Syed Mokhtar telah mengharungi perjalanan yang jauh – bermula dari membantu bapanya dalam perniagaan lembu kepada memiliki empayar perniagaan yang besar serta dikagumi.

Beliau telah mengambil 30 tahun untuk membina portfolio perniagaannya, tetapi dalam masa itu, beliau tidak pernah memandang kebelakang.

Beliau mahu maju kehadapan dan menggabungkan empayar perniagaannya dan berkongsi kejayaannya.

Beliau juga sering di label sebagai seorang yang `tamak’ tetapi pernahkan seseorang itu terfikir beliau juga berkongsi kejayaan dengan lapan juta pemegang saham menerusi Perbadanan Nasional Berhad yang mempunyai pegangan besar dalam salah satu syarikatnya, Malaysia Mining Corporation.

Menurut Ismail, Syed Mokhtar berpegang kepada dua prinsip asas kejayaannya iaitu – berserah kepada tuhan dan bekerja bersungguh-sungguh untuk memperoleh kejayaan.

0 comments:

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...