1. LATARBELAKANG
1.1 Myanmar
mempunyai penduduk seramai 57 juta ialah sebuah negara berbilang etnik,
agama dan budaya (terdapat 137 etnik kesemuanya).
1.2 Masyarakat
Rohingya beragama Islam dan agama Islam adalah agama kedua terbesar
selepas Buddhist. Malah di tiga buah Bandar (Maungdaw, Buthidaung dan
Akyab (Sittwe) di wilayah Rakhine (dahulunya Arakan) penduduk etnik
Rakhine lebih kecil berbanding Rohingya.
1.3 Namun, etnik Rakhine mendapat pengiktirafan warganegara dan disokong pemerintah Myanmar – tidak disisihkan seperti Rohingya.
1.4 Masyarakat
Rakhine dan penganut Buddhist serta pemerintah Myanmar tidak pernah
menerima kehadiran Rohingya walaupun Rohingya yang dikenali sebagai
Mujahidin turut sama memperjuangkan kemerdekaan pada tahun 1940.
1.5 Rohingya sudah lama bertapak di bumi Arakan sejak empat kurun dan turut memiliki raja-raja beragama Islam yang jadi pemerintah.
1.6 Persepsi
masyarakat Buddhist dan pemerintah Myanmar bahawa Rohingya adalah
‘kaum pendatang’ dari keturunan Benggali – dibawa masuk oleh British
untuk dijadikan buruh kasar. Kemudian mereka mendakwa kononnya penduduk
Benggali menyeberangi sempadan dan memasuki Arakan beramai-ramai secara
haram disebabkan kepadatan kependudukan di Bangladesh!
(Catatan: The
United Nations describes Rohingyas as people who have descended from
Arabs, Moors, Turks, Persians, Mughals and Pathans, in all likelihood,
given their skin colour, language and lifestyle, the likelihood of them
having descended from people who now constitute Bangladesh is fairly
high. However, given the history of that part of the country —
Chittagong was once part of the Arakan Kingdom — and while British rule
in the subcontinent meant that people from Bengal travelled freely into
what is now Myanmar and vice versa, such retracing of racial and
geographical connection along the new maps of the world is rather
futile. Rohingyas, like most other peoples and races of the world, are
people who travelled to the Rakhine state hundred years ago for better
livelihood and have since settled there…...”
1.7 Atas
premis itulah pemerintah Myanmar sejak1942 dan etnik-etnik yang
beragama Buddhist (termasuk Rakhine) menganggap Rohingya sebagai
pendatang asing yang tidak sah dan tidak layak mendapat hak warganegara.
1.8 Pada
1982 pemerintah junta memperkenalkan undang-undang yang dinamakan
‘CITIZENSHIP LAW (1982)’ yang menafikan hak kewarganegaraan terhadap
etnik Rohingya – Cuma 135 etnik diiktiraf oleh kerajaan sebagai
warganegara.
1.9 Selama
50 tahun (sejak 1962), khususnya di bawah pemerintahan junta tentera –
Rohingya mengalami penyisihan - tidak dilayan dengan adil dan
tindakan-tindakan terhadap Rohingya langsung tidak berperikemanusiaan.
1.10 Rohingya dibenci, dihina dan didiskriminasi dalam pelbagai aspek kehidupan. Bermacam-macam halangan dan kekejaman dilakukan pemerintah terhadap masyarakat Rohingya seperti:-
- Pergerakan dari bandar ke bandar disekat
- Perkahwinan mesti mendapat kebenaran daripada pihak tentera dan dikenakan bayaran
- Aktiviti keagamaan dilarang (dilarang membena masjid,madrasah, menyembelih binatang qurban dsbnya)
- Cukai dikenakan secara arbitrari
- Tangkapan dibuat ikut suka hati
- Peras ugut
- Dijadikan buruh paksa (tanpa bayaran)
- Tanah masyarakat Rohingya dirampas dan penduduk dihalau dari kampong halaman (kemudian diduduki oleh masyarakat Buddhist)
- Rohingya tidak dibenar bekerja di pejabat kerajaan
- Rohingya tidak dibenar menjadi guru
- Rohingya disekat mendapat pendidikan tinggi
- Pengajian dan ibadah agama Islam dilarang – contohnya tidak boleh melaungkan azan, penyembelihan binatang korban
- Identiti Rohingya dipadamkan dalam buku sejarah - termasuk subjek sejarah yang diajar di sekolah
1.11 Akibatnya, Rohingya menjadi masyarakat yang tidak bernegara (stateless people) - tidak ada sebarang bentuk dokumentasi pengenalan diri seperti sijil kelahiran dan kad pengenalan.
1.12 Tidak
tahan dengan kekejaman yang dilakukan lebih 1.5 juta masyarakat
Rohingya telah meninggalkan tanah air untuk menjadi masyarakat pelarian
di negara-negara jiran (termasuk Saudi Arabia dan negara-negara lain di
Timur Tengah, Pakistan, Thailand, Australia dan Malaysia).
1.13
Pelarian yang paling ramai tinggal di Bangladesh, dianggarkan 1 juta -
tinggal di kem-kem pelarian yang disediakan oleh UNHCR – dianggarkan
lebih 100,000 ribu pelarian lagi yang terbiar tidak di bawah jagaan
agensi antarabangsa.
1.14 Di Malaysia, pelarian Rohingya mula tiba pada tahun 1989 dan jumlahnya kini dianggarkan seramai 30,000.
1.15 Rohingya
secara keseluruhannya adalah masyarakat yang paling miskin dan daif –
bukan sahaja tidak berilmu malah disekat dari menjalankan aktiviti
ekonomi. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan bahawa etnik
Rohingya adalah golongan minoriti yang paling teruk di tindas di dunia
berbanding dengan kaum minoriti di negara-negara lain.
2. RUSUHAN TERHADAP MASYARAKAT ROHINGYA – SEBAHAGIAN DARI DASAR PEMBERSIHAN ETNIK (ETHNIC CLEANSING)
2.1 Punca
rusuhan kaum ini amat kompleks dan pelbagai – telah berakar umbi dalam
dasar diskriminasi dan institusi perkauman yang dikenakan terhadap
masyarakat Rohingya di Arakan oleh pemerintah sejak 1942.
2.2
Rusuhan yang bermula pada 3 Jun 2012 bukan kali pertama. Sebelum itu
berlaku beberapa rusuhan yang besar terhadap orang Islam -1942, 1962,
1978, 1988, 1994, 2000 dan yang terakhir awal Jun 2012. Sejak 1942
hingga sekarang beratus-ribu Rohingya telah dibunuh dengan kejam.
2.3
Pemerintah merahsiakan jumlah korban sebenar dan maklumat tentang
keadaan diskriminasi diputarbelitkan serta dikawal rapi oleh media
pemerintah. Lazimnya, pihak media dan kerajaan melaporkan bahawa
masyarakat Rakhine yang ramai menjadi mangsa, dan melabel Rohingya
sebagai pengganas yang melakukan provokasi; walhal keadaan sebenar
adalah sebaliknya.
2.4
Setiap rusuhan dirancang begitu sistematik bertujuan menghapuskan
etnik Rohingya dari wilayah Rakhine dan juga mendiskriminasi agama
Islam. Bila berlaku rusuhan ramai Rohingya yang dibunuh dan disiksa.
Untuk menyelamatkan nyawa mereka rela menjadi pelarian.
2.5 Jenayah Rakhine ini melibatkan juga polis tempatan (hlooh tien) dan tentera yang kesemuanya terdiri dari masyarakat Buddhist.
2.6
Malah kerajaan pro-demokrasi yang baru dibentuk (pimpinan Thien
Sien) dan Pemenang Anugerah Nobel, Aung San Su Kyi juga tidak berani
mengecam tindakan pelampau penganut Buddhist. Mereka takut untuk memberi
keadilan kepada masyarakat Rohingya kerana secara realitinya mereka
adalah pemimpin kepada rakyat Myanmar yang majoriti beragama Buddhist.
Mereka turut mengesahkan dasar-dasar yang diwujudkan oleh pemerintah
terdahulu atas kepentingan politik dan keselamatan nasional!
2.7 Wakil
media antarabangsa sentiasa dikawal dan tidak dapat maklumat sebenar.
Lazimnya, mereka memetik berita yang dipaparkan melalui saluran
television dan surat khabar pemerintah (hanya akhir-akhir ini agensi
berita antarabangsa hampir dapat mengesan berita yang berlaku di
tempat-tempat kejadian).
3. RUSUHAN BULAN JUN 2012
3.1 Pada
3 Jun sepuluh (10) Muslim Myanmar diserang dan dibunuh oleh 200
pengganas Rakhine dalam sebuah bas yang membawa orang Muslim Myanmar
dari satu majlis keagamaan di tempat pemeriksaan tentera di bandar
Taungup, selatan Arakan.
3.2 Mereka dikatakan membalas dendam terhadap satu kes rogol dan bunuh gadis Rakhine yang kononnya dilakukan oleh pemuda Rohingya. Sebenarnya perbuatan itu bukan dilakukan oleh orang Rohingya!
3.3 Bagi
menjustifikasikan juga jenayah itu perbuatan orang Rohingya pihak
berkuasa telah menjatuhkan hukuman bunuh kepada 2 lelaki Rohingya yang
tersalah tuduh itu.
3.4 Puak
ekstrimis Rakhine mengganas dan membunuh warga Rohingya di
Bandar-bandar Sittwe (Akyab), Buthidaung dan Maungdaw. Kemudian merebak
ke kampong-kampong – membunuh, membakar rumah dan merompak harta benda.
Ada juga berita yang menyebut penghuni tidak sempat melarikan diri dan
dibakar hidup-hidup. Ramai wanita dan anak gadis Rohingya dirogol dan
dibunuh oleh pengganas Rakhine dan anggota polis/ tentera – satu
perbuatan kebinatangan yang lazimnya dilakukan oleh manusia yang tidak
bertamadun.
3.5 Mayat
mangsa segera dibawa lari ke tempat rahsia untuk dibakar/ditanam bagi
mengelakkan perkara sebenar diketahui oleh dunia luar. Angka korban
masyarakat Rohingya dilaporkan sedikit berbanding mangsa etnik Rakhine
oleh media pemerintah. Media kerajaan juga memaparkan berita masyarakat
Rakhine yang ramai terkorban dan terpaksa berlindung di kuil-kuil dan
sekolah-sekolah di bawah kawalan ketat polis dan tentera. Manakala
Rohingya dituduh sebagai pengganas dan pembunuh.
3.6 Pelbagai
tektik digunakan bagi memburukkan imej Rohingya untuk menaikan
kemarahan amat sangat masyarakat Buddhist – mayat mangsa Rohingya yang
dibunuh dibotakkan dan dipakaikan ala-sami Buddha untuk meuwar-uwarkan
bahawa orang Rohingyalah yang melakukan kekejaman dan membunuh
sami-sami.
3.7 Keganasan
pihak Rakhine yang dibantu polis dan tentera menyebabkan penduduk
Rohingya lari sehelai sepinggang ke kampong-kampong di bahagian
pendalaman.
3.8 Beribu-ribu
warga Rohingya cuba memasuki sempadan - malangnya disekat oleh pengawal
keselamatan Bangladesh yang tidak membenarkan mereka masuk lalu
mengusir mereka balik ke Myanmar untuk dimamah oleh pengganas Rakhine.
3.9 Pihak tentera Myanmar yang dihantar kerajaan pusat untuk mengawal dan menghentikan rusuhan bersifat berat sebelah. Curfews
yang diadakan hanya melarang masyarakat Rohingya keluar dari kawasan
mereka berlindung. Mereka dikepung oleh tentera dan polis di setiap
penjuru termasuk kawalan anggota navy di persisir pantai.
3.10 Larangan
perintah berkurung itu tidak dikenakan kepada masyarakat Rakhine.
Keadaan sedemikian memberi kebebasan kepada pengganas Rakhine membunuh,
merompak dan membakar perkampungan Rohingya – yang dibantu secara aktif
oleh anggota tentera dan polis tempatan – yang kesemuanya berbangsa
Rakhine. Tentera Rakhine juga memasuki kem-kem perlindungan mangsa
Rohingya – menangkap dan membawa keluar pemuda-pemuda (termasuk belasan
tahun) ke tempat yang tidak diketahui. Nasib mereka tidak diketahui!
3.11 Media
antarabangsa disekat untuk mendapatkan berita sebenarnya. Pada
awal-awal rusuhan, agensi-agensi berita antarabangsa cuma memetik dan
mengesahkan apa yang dipaparkan melalui television dan suratkhabar
kerajaan (akhir-akhir ini barulah berita berwibawa disiarkan)
3.12 Sejak
meletusnya rusuhan pada 3 Jun dianggarkan 30,000 rumah masyarakat
Rohingya dibakar (termasuk banyak masjid dan madrasah) dan lebih 150,000
kehilangan tempat tinggal di bandar-bandar Akyab ( Sittwe), Maungdaw,
Rathedaung dan Kyauktaw.
4. KEMASUKAN BANTUAN KEMANUSIAAN
4.1
Bantuan kemanusiaan yang membawa makanan, air bersih, ubat-ubatan,
khemah dan keperluan hidup dari agensi kemanusiaan antarabangtsa
(seperti Agensi Makanan PBB, Red Cross dll) sudah mula masuk ke Myanmar.
4.2
Dari laporan yang diterima, pegawai dan sukarelawan agensi
berkenaan tidak dapat mengagihkan terus bantuan kepada mangsa dari
masyarakat Rohingya. Disebaliknya, mereka diiringi oleh pihak tentera
yang membawa mereka terus ke kem-kem perlindungan masyarakat Rakhine.
5. CARA PENGHANTARAN BANTUAN DENGAN SELAMAT KEPADA MANGSA ROHINGYA
5.1
Pimpinan MUR menerima panggilan telefon setiap masa dari
saudara-mara dan rakan-rakan yang berada di tempat-tempat perlindungan
di Arakan memberitahu tentang keadaan penderitaan mereka di sana dan
merayu agar kami dapat menyelaraskan bantuan daripada Muslimin dan
Muslimat di Malaysia untuk dihantar kepada mereka.
5.2 Pimpinan MUR tidak putus hubungan dan masih mempunyai networking dengan
tokoh aktivis dan sukarelawan Muslim berwibawa yang tinggal di bandar
Rangon. Pihak MUR bersedia membantu menyelaraskan penerimaan sumbangan
daripada penderma masyarakat Malaysia dan menghantar terus kepada
mereka.
5.3
Para aktivis dan sukarelawan Muslim yang dimaksudkan itu mempunyai
cara-cara dan dayaikhtiar yang tinggi untuk mempastikan bantuan
kemanusiaan dari orang ramai (khususnya rakyat Malaysia) sampai kepada
mangsa Rohingya yang pada masa ini benar-benar berada dalam kesusahan.
5.4
Pihak MUR menerima laporan bahawa akhir-akhir ini ramai mangsa
Rohingya yang terkorban bukan disebabkan kena bunuh – mereka mati
disebabkan kebuluran dan yang sakit tidak menerima bantuan perubatan.
5.5 Muslimin
dan Muslimat yang berhajat untuk membuat sumbangan sila hubungi Ustaz
Mohd.Jaber bin Mohd. Subahan, Presiden MUR (tel mobile: 017-354-9311)
supaya dapat diberi penjelasan.
6. SKIM PENGHAPUSAN ETNIK
Rusuhan, pengusiran, pelbagai diskriminasi dan sekatan hidup
terhadap masyarakat Rohingya seperti yang berlaku sejak 70 tahun yang
lalu adalah satu skim kerajaan yang terancang dan sistematik untuk
menghalau Rohingya dari bumi Rakhine yang diterajui oleh ‘state terrorists’.
7. PENYELESAIAN KONFLIK (satu cadangan)
7.1 Kerajaan Myanmar sejak dari dahulu tidak adil, tidak ikhlas dan tidak bersungguh mahu menyelesaikan konflik ini.
7.2 Pemerintah sentiasa mencetus pelbagai cara bersistematik untuk melaksanakan dasar pembersihan etnik (ethnic cleansing)
7.3 PBB, ASEAN, European Union (EU) perlu campur tangan untuk menghentikan pembersihan etnik (Ethnic Cleansing) dan keganasan agama (Religious Violence) terhadap orang Rohingya.
7.4
Krisis di Rakhine ini memerlukan keikhlasan, komitmen dan
kesungguhan daripada kerajaan baru Myanmar bagi mencari punca sebenar,
seterusnya menyelesaikannya segera dan untuk selama-lamanya.
7.5 Isu utama – Citizenship Law (1982) perlu dimansuhkan – masyarakat Rohingya mesti diiktiraf sebagai warganegara.
7.6
Aung San Su Kyi perlu mainkan peranan yang lebih jujur dan komited
untuk mendapat masyarakat antarabangsa serta bertegas dengan kerajaan di
Rangon, sepadan dengan anugerah Hadiah Nobel yang diterimanya yang
melambangkan keamanan, kebebasan dan pejuang hak asasi manusia menentang
kerajaan Myanmar yang zalim.
7.7
NGO-NGO Islam diminta mengatur banyak persidangan di peringkat
serantau dan antarabangsa untuk membincangkan isu masyarakat pelarian
dan pencabulan hak asasi manusia di Myanmar serta mencari resolusi
konflik.
7.8 NGO-NGO Muslim terkemuka di Malaysia disaran menganjurkan dialog peradaban (civilizational dialogue)
antara tokoh-tokoh agamawan dan ilmuan tersohor kedua agama (Islam dan
Buddhist - dengan mengundang sama tokoh-tokoh terkemuka agama Buddhist
di Myanmar) yang bertujuan untuk mendidik masyarakat Buddhist dan Islam
di Myanmar khususnya supaya menghormati satu sama lain serta
menghentikan kezaliman seperti mana yang didokong dalam ajaran agama
masing-masing.
7.9
NGO-NGO Muslim di seluruh dunia perlu menggerakkan kempen serta
melobi di peringkat ASEAN, European Union (EU) dan PBB supaya menekan
junta Myanmar menghormati Human Rights serta mengiktiraf Rohingya
sebagai rakyat Myanmar yang sah.
0 comments:
Post a Comment