Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Wednesday, August 08, 2012

Arab Saudi Beri Amaran Keras Pada Myanmar

Arab Saudi Beri Amaran Keras Pada Myanmar, 

Arab Saudi Dakwa Myanmar Cuba Hapuskan Etnik Rohingya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 
 Entry sebelum ini, Gambar Rohingya dan Sejarah sila klik di sini.

Myanmar diberi amaran keras

RIYADH - Arab Saudi mendakwa pemerintah Myanmar melakukan pembersihan etnik terhadap penduduk minoriti Rohingya di barat negara berkenaan, lapor media Arab Saudi semalam.

Majoriti rakyat Myanmar menganut agama Buddha.

Agensi berita rasmi SPA melaporkan, Kabinet Arab Saudi mengutuk kempen penghapusan etnik dan serangan kejam ke atas warga Rohingya di Myanmar selain perbuatan memaksa mereka meninggalkan kampung halaman yang disifatkan bertentangan dengan hak asasi manusia.

Dipengerusikan oleh ketua kerajaan Arab Saudi, Raja Abdullah , Kabinet negara ini kelmarin menggesa agar masyarakat antarabangsa memikul tanggungjawab menyediakan perlindungan dan kualiti hidup yang diperlukan penduduk Islam Myanmar serta menghalang mereka daripada terus menjadi mangsa kekejaman.


Seorang pegawai pemerintah di Yangon berkata, seramai 80 orang terbunuh dalam pergaduhan melibatkan penganut Buddha dan orang Islam Rohingnya di ibu negeri Rakhine, Sittwe, barat Myanmar sejak Jun lalu manakala tiga lagi orang maut pada Ahad lalu.

Keganasan itu tercetus selepas insiden seorang wanita Rakhine dirogol dan dibunuh.
Penduduk etnik Rakhine menuduh penduduk Royingya melakukan kejadian tersebut.
Ekoran itu, penduduk Rakhine membalas dendam dengan membunuh 10 etnik Rohingya.
Pertumpahan darah yang berlanjutan mencetuskan kesangsian berhubung usaha reformasi oleh Presiden Thein Sein yang menerima pujian Barat.

 

0 comments:

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...