Assalamualaikum Pictures, Images and Photos
Showing posts with label Peribadi Rasululluah SAW. Show all posts
Showing posts with label Peribadi Rasululluah SAW. Show all posts

Sunday, June 09, 2013

Bulan Rejab Peristiwa Israk dan Mikraj

Bulan Rejab Peristiwa Israk dan Mikraj 

dan Pengajaran Yang Perlu di Hayati

Gambar pemandangan alam sekaadar hiasan

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.


Sahabat yang dirahmati Allah,

Setiap tahun apabila sampai tanggal 27 Rejab umat Islam diseluruh dunia akan mengadakan majlis sambutan peristiwa Israk dan Mikraj.

 Israk dan Mikraj berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah Rasulullah SAW dari Mekkah ke Madinah.


Apabila berbicara tentang peristiwa Israk dan Mikraj ini, kita secara spontan akan terbayang kisah perjalanan Rasulullah S.A.W bersama malaikat Jibril dan Mikail yang boleh dibahagikan kepada dua fasa.


Thursday, January 24, 2013

Salam Maulidur Rasul Daripada Sahabat Roselle Marketing

Salam Maulidur Rasul Daripada Sahabat Roselle Marketing



Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Salam Maulidur Rasul Daripada Sahabat Roselle Marketing kepada seluruh Umat Islam.

 


Sirah Nabi Jadi Iktibar Hidup

Sekiranya kita mahu menjadi manusia baik, positif dan cemerlang seperti nabi junjungan besar kita Muhammad SAW caranya tentulah dengan mempelajari sirah serta sejarah baginda iaitu dari lahirnya hingga hari kewafatannya.
 

Friday, September 28, 2012

Kisah Benar Unta Membunuh Orang Yang Mencaci Ali r.a.

Kisah Benar Unta Membunuh Orang Yang Mencaci Ali r.a., Thalhah r.a.dan Zubair r.a. 

 

Sahabat-sahabatku seperti bintang-bintang di langit..ikutlah yang mana satu,maka pasti kamu akan Berjaya..~maksud hadis~


Dikisahkan bahawa pada suatu hari ketika Sa’ad bin Abi Waqqash sedang berjalan-jalan, dia terlihat seorang pemuda sedang memaki dan mengutuk Ali r.a., Thalhah r.a., dan Zubair r.a. Sa’ad sangat marah apabila melihat pemuda itu masih mencaci dan mengutuk para sahabat walapun Sa’ad telah memberi amaran padanya.

Oleh kerana pemuda itu tidak mahu diam maka Sa’ad pun berkata: “kalau kamu tidak mahi berhenti dari memgutuk para sahabat maka aku terpaksa doa kepada Allah S.W.T. untuk membalas perbuatan kamu ini.”

Saturday, August 04, 2012

Bekas Tapak Rumah Nabi Muhammad SAW

Bekas Tapak Rumah Nabi Muhammad SAW



Rumah Nabi SAW Ketika Dilahirkan (kini telah menjadi perpustakaan)


Rumah Rasulullah S.A.W yang mulia. Sehingga kini, bekas tapak sujud baginda ketika saat kelahirannya masih berbau harum, di dalam rumah tersebut yang kini dijadikan perpustakaan. Bangunan ini terletak berhampiran Masjidil Haram.

Di sinilah tempat kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. Sekarang ia dijadikan perpustakaan. Dan dengar khabarnya tempat ini akan dirobohkan bagi pelebaran masjid dan pembinaan hotel baru. Ia terletak di sebelah Bukit Marwah.
 
Gambar Bekas Tapak Rumah Nabi Muhammad SAW dan Syaidatina Khadijah.




Friday, July 27, 2012

Ramadhan Yang Mulia mari Kita Hidupkannya

Ramadhan Yang Mulia Mari Kita Hidupkannya



Ramadan adalah bulan yang ditunggu-tunggu oleh oleh setiap orang yang beriman. Bulan yang disebut oleh Rasulullah sebagai ‘bulan umatku’, satu-satunya umat yang dikurniakan dengan bulan mulia dalam sejarah kewujudan manusia. Kaum nabi terdahulu tidak pernah dikurnia Allah dengan mana-mana bulan mulia. 

Bukan saja Ramadan itu, mengandungi seribu rahmat, malah menunggu-nunggu datangnya pun adalah rahmat Ilahi. 

Ini seperti sabda Rasulullah, maksudnya:

 “Sesiapa yang bergembira dengan datangnya Ramadan, Allah akan mengharamkan jasadnya daripada api neraka.” (Hadis riwayat Ibn Majah).
 
Sebagai mana pintu syurga dibuka pada Ramadan, pintu keberkatan, kebaikan, pintu kasih-sayang, kemaafan, hidayah dan petunjuk juga terbuka. Pintu neraka tertutup rapat, sebagaimana jalan ke neraka juga tersekat.

 Jalan ke syurga terbentang luas, hingga Rasulullah sendiri menjelaskan dalam sabdanya:

 “Tidur orang yang berpuasa pada bulan puasa adalah ibadat, diamnya adalah tasbih, manakala ibadatnya dilipatgandakan pahalanya oleh Allah.”

Ramadan adalah bulan kerehatan dan kelapangan daripada segala hiruk pikuk dan kesibukan dunia. Bulan kita berhenti sebentar daripada keserabutan kejar-mengejar di pentas dunia, untuk melihat ke dalam diri sendiri terhadap cebis iman yang masih tinggal serta dosa pahala yang pernah diperbuat selama setahun. Justeru, kita dianjurkan agar meningkatkan keimanan. 

Keempat-empat komponen kewujudan manusia hendaklah diperkukuhkan dengan neraca iman. Tubuh badan bertambah taat, roh makin bercahaya, akal penuh bijaksana dan nafsu bak air tasik tenang tidak berkocak.

Friday, February 17, 2012

Tip Kesihatan, Jom Tiru Rasulluah

Tip Kesihatan, Jom Tiru Rasulluah



BAHAGIA sebenarnya bukan MENDAPAT tetapi dengan MEMBERI
Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat Rasulullah SAW. 
Semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya".

 1) SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH


Rasulullah SAW mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah.


Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.

2) AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN

Monday, February 13, 2012

Rindu Rasululluah Kepada Umatnya,

Rindu Rasululluah Kepada Umatnya, 
Umatnya Yang Berada Pada Akhir Zaman




Assalamualaikum..
All praises to Allah,
Praise be to Allah, who created the heavens and the earth, the Lord of the worlds....

Dengan segala kerendahan diri, puji serta syukur kita hanya teruntuk Tuhan yang satu, Tuhan Yang Agung, Tiada Tuhan Selain-Nya, Allah swt. serta shalawat dan salam semoga selalu dilimpahkan kepada junjungan kita, suri tauladan kita, ya Habiballah Nabi Muhammad saw. Beserta keluarga, sahabat dan pengikut-pengikutnya hingga akhir zaman. 

(Entry ini akan berada pada entry pertama blog ini sehingga 13 Februari 2012. Kepada rakan followers dan rakan pembaca, sila skrol ke bawah bagi membaca artikel terkini blog ini)

Sungguh betapa indah dan betapa beruntungnya umat Nabi saw. yang hidup di masa beliau hidup, umat yang ikut setiap jejak langkah beliau berjuang fi sabilillah di bawah panji la ilaha ilallah. Namun sebenarnya kita lebih baik karena kita umat Nabi SAW.

Pernahkah kita terfikir, bahawa Nabi Muhammad SAW, sangat merindui umatnya yang hidup pada akhir zaman?

Saudaraku, kita yang hidup di masa beliau telah tiada berabad-abad lalu. Seribu tahun lebih, Nabi Muhammad SAW pergi meninggalkan kita. Tetapi kita selalu mencintai dan merindukan Rasulullah SAW. 

Seharusnyalah bila kita mengaku mencintai dan merindukan Nabi Muhammad SAW, maka ikutilah sunnah- sunnah Nabi Muhammad SAW, tetapi tetap dahulukanlah yang wajib. Sesungguhnya Nabi SAW tidak akan puas, tidak akan bahagia, tidak akan senang jikalau seorang dari umat beliau masih berada dalam neraka.

Saudaraku, mari kita ikuti sirah Rasulluah SAW, Yang sangat rindukan umat nya yang hidup pada akhir zaman...

Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar. Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian. 

Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai. Wajahnya yang tenang berubah warna.

"Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? " Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.

"Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan)," suara Rasulullah bernada rendah.

"Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula. Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum. 

Kemudian baginda bersuara, "Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasul Allah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."
Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan ‘ikhwan’ baginda: "Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah.

Thursday, February 09, 2012

Laukana Bainanal Habib Dalam Bahasa Melayu


"Laukana Bainanal HabiB
 
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
 Bagi pendengar IKIM.fm, pasti anda selalu mendengar lagu...
 "Laukana Bainanal Habib"

Ada beberapa orang bertanyakan maksud lagu ini kepada saya, Intan SRM, sebaik sahaja dia/ mereka selalu melihat saya terdiam lalu menitiskan air mata sewaktu Laukana bainanal Habib berkumandang di corong radio IKIMFM.
Entry ini juga telah lama saya simpan dalam as draft blog Sahabatroselle ini iaitu sejak bulan januari 2012 lalu..


-
Lagu ini sebenarnya menceritakan tentang kecintaan kepada Habibuna Saidinina Muhammad Sallahu Alaihi Wassalam. Marilah kita sebagai Umat Nabi Muhammad SAW mengucapkan selawat dan salam buat junjungan besar..


  
لو كان بيننا الحبيب
لدينا القاصى والقريب
من طيبة قبل المغيب
طالبا قرب الحبيب

بقربه نفس تطيب
فتدع الله يجيب
انوار طاح لا تغيب
بلغنا لقاه يا مجيب

فدتك روحي يا حبيب
محمد مكرم الغريب
بقربك الروح تطيب

يا رحمة للعالمين



Sekiranya ada di antara kita kekasih(Nabi Muhammad)
Akan datang kepada kita yang jauh dan yang dekat
Daripada kebaikan sebelum terbenam
Berkehendak mendekati  Kekasih (Nabi Muhammad)

Dengan mendekatinya diri menjadi baik
Sesungguhnya berdoalah kepada Allah, akan diperkenankannya
Cahaya-cahaya yang mekar tidak padam
Sampaikan kepada kami berjumpa dengannya Ya Mujib

Untukmu kuserahkan diri ku wahai Kekasih (Nabi Muhammad)
Muhammad yang memuliakan orang asing
Dengan mendekati Mu jiwa menjadi baik/tenang
Wahai rahmat seluruh alam

Wednesday, February 08, 2012

Jom Diet Dengan Sihat, Macam Nabi Muhammad SAW

Jom Diet Dengan Sihat, Macam Nabi Muhammad SAW



Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Segala puji bagi Allah SWT, Ar-Rahman, Tuhan sekalian alam yang kasih-sayang-Nya meliputi segala sesuatu. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, pembawa berita gembira kepada umat yang beriman dan membawa misi kebahagiaan dan kasih sayang kepada dunia.


Dengan syakhsiah yang ditonjolkan dalam sirah yang harum, Baginda SAW telah bersungguh dan meletakkan sepenuh jiwa dalam memikul risalah. Juga selawat dan salam kepada ahli keluarga baginda, para sahabat dan generasi selepasnya yang mendokong Islam hingga ke hari Kiamat.


Begitu pantas masa berlalu. Saat demi saat, waktu demi waktu, bumi terus berputar di atas paksinya tanpa henti, melengkapi putarannya mengelilingi matahari.

Assalamualaikum warahmatullah dan selamat sejahtera.




Pernahkah kita, disaran oleh doktor atau pengamal perubatan, yang merawat kita agar kita mengamalkan gaya hidup sihat? Salah satu gaya hidup sihat itu, ialah dengan mengawal diet dan pemakanan yang kita ambil. Terutama kepada pesakit kencing manis atau diabetis. Betul tak?

KITA berpantang dan mengawal tabiat makan apabila diserang penyakit. Lebih teruk jika doktor hanya membenarkan kita makan dalam kuantiti sedikit atau makanan tertentu.

Hakikatnya, amalan mengawal tabiat pemakanan selepas jatuh sakit adalah tindakan salah. Namun, sepatutnya kita patut mengawal pemakanan seawal usia remaja, bukan apabila memasuki fasa 40-an.

Tabiat pemakanan yang boleh diteladani ialah mengikut sunah Rasulullah s.a.w. Jika dikaji, amalan pemakanan baginda amat bertepatan dengan al-Quran. 

Firman Allah SWT dalam Surah Al A'raf, ayat 31:



bermaksud:

Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) mesjid, makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan.Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan. 
 
 (Surah al-A’raf, ayat 31).

Kepentingan menjaga pemakanan dapat difahami daripada hadis Nabi saw yang diriwayatkan at-Turmudzi dari Abdullah al-Ashory, Rasulullah saw bersabda bermaksud:

“Sesiapa dalam keadaan badan sihat, aman dalam penghidupan dan ia memiliki makanan sehari-hari yang cukup, maka seolah-olah dunia ini miliknya.”

Oleh itu, marilah kita sama-sama menjaga pemakanan kita. Makan dengan sihat. Amalkan gaya hidup sihat. Yang penting, makanlah makanan halal.

Makanan yang halal, dari sumber yang halal, akan membantu kita hidup lebih sihat. Kesihatan yang baik, inshaALLAH, moga dengan itu, kita sebagai khalifah Allah dapat beramal soleh dengan labih lebih banyak lagi. AMin. 



Petua menjaga kesihatan cara Rasulullah 

1) Mengambil Kira Sistem Tubuh Manusia

Petua menjaga kesihatan cara Rasulullah turut mengambil kira sistem tubuh manusia. Sebagai mesin, ia memerlukan bahan bakar iaitu makanan untuk membolehkannya melaksanakan kerja, tetapi kuantiti makanan yang masuk ke perut mesti dikawal.

2) Kawalan Kuantiti Makanan
 

Sebenarnya, menjaga dan mengawal perut daripada makan terlalu banyak adalah kaedah pencegahan penyakit yang berkesan. Sebab itu ramai ilmuwan perubatan dan tabib zaman lampau sering bermadah ‘lapar itu ubat’.

Mengambil makanan dalam kuantiti banyak adalah amalan buruk kerana ia memberatkan organ dan sistem pencernaan sehingga ia lemah dan tidak mampu mencerna secara teratur dan berkesan.

Makanan dalam jumlah yang banyak menyebabkan pelbagai penyakit. Justeru, kaedah rawatan dan pencegahan penyakit yang terbaik sepatutnya bermula dari perut – pastikan kuantiti dan jenis makanan yang masuk ke perut terkawal.

 3) Isipadu Makanan, Makanan Lembut, Jika Baru Sembuh Dari Sakit


Nabi Muhammad ada menyebut ‘perut adalah tempat bermula pelbagai penyakit’. Selain kuantiti makanan, petua kesihatan Nabi turut mengambil kira isi padu makanan.

Baginda lebih mengutamakan makanan lembut, terutama jika baru sembuh atau melalui proses pemulihan.

Dalam satu hadis daripada Siti Aisyah r.a, beliau berkata: “Jika Rasulullah diberitahu si fulan sakit dan tidak ada nafsu makan, baginda bersabda: Berikanlah kepadanya ‘talbiinah’! Kata baginda lagi, Demi Allah, ia mencuci perut seseorang seperti kamu membersihkan mukamu daripada kotoran!”

Talbiinah ialah sejenis makanan masyarakat Arab menyerupai bubur atau susu. Ia lembut dan tidak membebankan perut. Bagi kita di sini, mungkin oat dicampur susu sesuai sebagai makanan yang lembut dan tidak membebankan perut serta fungsi pencernaan.

Makanan ini juga kaya serat dan banyak membantu proses penghadaman.

4) Mencegah Lebih baik Dari Mengubati

Disiplin pemakanan yang diamalkan Rasulullah biasanya mengelak makanan itu mendatangkan penyakit kepada individu yang sihat, manakala bagi mereka yang mengalami masalah kesihatan, ia mengelak penyakit menjadi semakin serius.

Contoh peristiwa Nabi Muhammad s.a.w mengajar pemilihan makanan ketika sakit ialah sebagaimana hadis riwayat Ibnu Maajah dari Ummul Mundzir Qois al Anshoriyah, katanya:

“Suatu hari Rasulullah berkunjung ke rumah kami bersama Ali k.a yang ketika itu baru sembuh daripada sakit. Kami mempunyai buah daliah (sejenis buah-buahan di tanah suci), lalu Rasulullah mengambil dan memakannya dan Ali juga memakannya.

“Baginda berkata kepada Ali: Engkau baru saja sembuh daripada sakit.

“Lalu Ali berhenti memakannya. Kemudian saya buatkan masakan dari gandum dan saya berikan kepada mereka berdua, maka Rasulullah s.a.w bersabda: Ali, nah, ini lebih sesuai bagimu!”

Larangan Rasulullah kepada Ali yang baharu sembuh daripada sakit agar tidak memakan daliah sebagaimana dalam hadis di atas adalah kaedah pencegahan atau berpantang. Buah-buahan yang sifatnya mudah terurai mungkin memberi mudarat bagi mereka yang baru sembuh.

Ketika baru pulih daripada sakit, perut belum cukup kuat kerana ia sibuk bekerja menghakis sisa penyakit dari dalam perut dan badan.

Sebaliknya, Rasulullah menggalakkan Ali mengambil masakan daripada gandum kerana air daripada gandum itu dapat menguatkan tubuh.

Namun, baginda membenarkan pengambilan makanan yang tidak sesuai, tetapi dalam kuantiti sedikit sekadar menghilangkan keinginan.

5) Makanan Seimbang

Perkara menarik mengenai kaedah makanan seimbang yang diajarkan Rasulullah ialah baginda tidak membataskan pada satu jenis makanan saja. Contohnya, baginda menyeimbangkan makanan bersifat panas dengan sejuk.

Dari segi komposisi makanan, baginda tidak pernah mengambil susu dan ikan atau susu dan telur atau daging dan susu atau antara makanan yang kedua-duanya mempunyai sifat panas atau sifat dingin serentak.

Baginda juga tidak mengambil dua jenis makanan yang mempunyai sifat cepat dicernakan dan lambat dicernakan, serentak.

Rasulullah tidak mengambil makanan yang masih dalam keadaan panas atau makanan yang disimpan semalaman, makanan awet atau diasinkan seperti acar kerana semua itu memudaratkan kesihatan.

Kita juga patut mengelak mengambil makanan segera dan minuman berkarbonat, walaupun sedap, tetapi memudaratkan apatah lagi mengandungi perasa tiruan dan sintetik.

Rasulullah gemar makanan yang mengandungi unsur manis semula jadi dan madu malah baginda suka mengambil buah-buahan sebagai makanan tambahan.

Mengenai madu, Nabi mempunyai disiplin pengambilan madu yang baik untuk dicontohi, iaitu mengambilnya pada waktu pagi sebelum sarapan.

Madu dicampurkan dengan air dingin sebelum diminum. Ini bertujuan mencairkan lendir dan membersihkan sistem pencernaan.

6) POSTUR BADAN RASULULLUAH SAW KETIKA MAKAN

Selain jenis dan kuantiti makanan, satu aspek lain penjagaan kesihatan Rasulullah s.a.w ialah cara baginda duduk ketika makan, iaitu dalam posisi ‘mutawarikan’, iaitu meletakkan pinggul pada kedua-dua tumit dan menempatkan telapak kaki kiri di atas punggung kaki kanan.

Postur badan penting dalam menentukan kebaikan ketika pengambilan makanan.

Contohnya, baginda melarang makan sambil bersandar sebagaimana sabdanya bermaksud: “Saya tidak makan sambil bersandar.”

7) ADAB MINUM

Baginda juga melarang minum sambil berdiri, kecuali jika dalam keadaan terpaksa. Baginda mempunyai disiplin khusus dari segi minuman.

Berdasarkan petunjuk Nabi s.a.w, makruh minum selepas melakukan olahraga atau sebaik selesai melakukan sesuatu kerja berat atau sebaik habis makan atau sebelum makan.

Semua itu tidak baik untuk kesihatan. Sebaliknya, biarkan beberapa detik berlalu apabila selesai aktiviti berat atau makan, kemudian minum.

Rasulullah s.a.w mempunyai petua unik ketika minum. Dalam satu hadis dari Anas bin Malik bermaksud: “Rasulullah minum dengan tiga kali nafas. Baginda berkata: Hal itu lebih melegakan dan lebih menyihatkan.”

Maksud bernafas tiga kali ketika minum ialah dengan menjauhkan bekas atau cawan dari mulut, lalu bernafas atau seolah-olah menghisap air yang sedang diminum. 

Larangan bernafas di dalam gelas ketika minum ditemui dalam hadis bermaksud:
“Jika seseorang di antara kalian minum maka janganlah bernafas di dalam gelas minuman, tetapi hendaklah direnggangkannya dari bibir.”

Dan, pasti yang paling penting dan mungkin dilupakan kita apabila makan atau minum ialah membaca ‘basmalah’ (membaca Bismillah) dan mengucapkan ‘hamdalah’ (Alhamdulillah) apabila selesai. Ia banyak keberkatan dari segi kesihatan.

8) BAGINDA TIDAK PERNAH MENCELA MAKANAN

Rahsia besar Rasulullah s.a.w yang patut menjadi teladan ialah baginda tidak pernah mencela makanan yang tidak disukainya atau kurang enak.

Ini terkandung di dalam hadis bermaksud:
“Anas berkata: Rasulullah tidak pernah mencela makanan. Jika berselera dimakannya, dan jika tidak maka ditinggalkannya.”

Justeru, semua orang tidak wajar menunggu hari tua atau berusia lewat 40-an untuk memulakan amalan pemakanan sihat. Mulakanlah sekarang!

Tuesday, January 31, 2012

Mari Kita Selawat, Ke Atas Nabi Muhammad SAW

Mari Kita Selawat, Ke Atas Nabi Muhammad SAW


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW junjungan besar yang kita kasihi dan cintai.

Selawat ke atas Rasulullah (S.A.W.) merupakan suatu amalan yang disyariatkan oleh Islam.

Firman Allah (s.w.t) yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya”. [Surah Al-Ahzab: 56]


Manakala di dalam hadith-hadith Rasulullah (S.A.W.), terdapat banyak arahan dan kelebihan-kelebihan yang dinyatakan berkenaan dengan selawat ke atas baginda (S.A.W.), antaranya :-

Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Sesungguhnya manusia yang paling utama denganku pada hari kiamat ialah yang paling banyak berselawat ke atasku”. [Hadith riwayat Imam Tirmizi daripada Abdullah bin Mas’ud r.a]

Nabi s.a.w bersabda: "Orang yang lebih berhak mendapat syafaatku pada hari kiamat ialah oarang yang lebih banyak selawatnya kepadaku."
Ibn Mas'ud r.a

Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesiapa yang berselawat kepadaku dengan sesuatu selawat, sentiasalah Malaikat berdoa untuknya selama ia berselawat kepadaku; oleh itu terpulanglah kepada seseorang sama ada ia hendak berselawat sedikit atau banyak."

Sabda Rasulullah (S.A.W.) juga yang bermaksud: “Barangsesiapa yang berselawat ke atasku sekali nescaya Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a]

Riwayat Ahmad, Nasai dan Al Hakim; Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
"Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh selawat dan Allah menghapus sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya. "

Pengajaran Hadith:

Ucapan selawat dan salam kepada Rasulullah s.a.w adalah satu ibadat yang sangat dituntut dari setiap umat Islam dalam setiap masa.

Ia sebagai menandakan ingatan, cinta dan kasih terhadap baginda di mana jasa dan pengorbanan baginda amat besar sekali terhadap Islam dan perkembangannya.

Orang yang tidak membiasakan dirinya dengan berselawat adalah dianggap sebagai orang yang tidak mengenang budi (tidak menyanjung) baginda sehinggakan syarak melabelkan mereka sebagai orang yang bakhil.

Disebabkan besarnya fadhilat berselawat tersebut, maka Allah S.W.T telah menetapkan malaikat yang khusus bertugas sebagai penyampai selawat yang diucapkan terus kepada baginda.

Terdapat banyak fadhilat berselawat yang di antara lainnya ialah:

a) Seseorang itu akan selalu berada bersama Rasulullah s.a.w di hari akhirat kelak.
b) Melepaskan seseorang itu daripada segala apa yang mendukacitakan dan yang membimbangkannya dari perkara-perkara dunia dan akhirat.
c) Beroleh syafaat yang khusus daripada Rasulullah s.a.w pada hari akhirat
d) Malaikat selalu berdoa untuknya selama ia berselawat kepada baginda.

Monday, January 30, 2012

Bukti Cinta Kepada Rasululluah SAW


Bukti Cinta Kepada Rasululluah SAW

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Segala puji bagi Allah SWT, Ar-Rahman, Tuhan sekalian alam yang kasih-sayang-Nya meliputi segala sesuatu. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, pembawa berita gembira kepada umat yang beriman dan membawa misi kebahagiaan dan kasih sayang kepada dunia.

Dengan syakhsiah yang ditonjolkan dalam sirah yang harum, Baginda SAW telah bersungguh dan meletakkan sepenuh jiwa dalam memikul risalah. Juga selawat dan salam kepada ahli keluarga baginda, para sahabat dan generasi selepasnya yang mendokong Islam hingga ke hari Kiamat.

Begitu pantas masa berlalu. Saat demi saat, waktu demi waktu, bumi terus berputar di atas paksinya tanpa henti, melengkapi putarannya mengelilingi matahari. Malam dan siang silih berganti membuatkan kita hampir-hampir tidak sedar bahawa 12 Rabiul Awwal 1434 Hijrah semakin menampakkan wajahnya.


Telah lama rupanya, Nabi Muhammad SAW Telah meninggalkan kita. Namun, suatu perkara yang kita harus ingat, Nabi Muhammad SAW telah meninggalkan mukjizat terbesar, iaitu Kitab Suci Al Quran. Juga, Hadith Nabi Muhammad SAW, yang banyak....

Maka, seharusnya kita mesti berusaha mengikut panduan Al Quran dan As Sunnah, dengan bersungguh-sungguh.


Lalu, apakah bukti cinta kita, kepada Rasululluah SAW?

"Kenangilah perjuangan Rasulullah dalam usaha menyampaikan Syiar Islam bagi mengeluarkan seluruh umat manusia dari kegelapan. Jangan hanya mengenang 12 Rabiuawal itu adalah hari cuti sahaja.. itu dah kes berat tu.. cerah masa depan..” 

Cinta kepada Rasulullah SAW membawa manusia ke syurga. Mencintai Baginda SAW perlu mengatasi dan mendahului segala sesuatu kerana ini adalah perintah dan syarat bagi mendapatkan cinta Allah SWT. Alangkah bertuahnya umat ini kerana dikurniakan seorang Rasul yang memiliki cinta agung yang tulus dan sejati terhadap umatnya. 

Baginda SAW mengungkapkan cintanya dengan ungkapan-ungkapan cinta yang paling murni dan sejati, termasuklah cinta seorang ayah kepada anaknya, sabda Baginda, “Sesungguhnya diriku bagi kalian bagaikan seorang ayah bagi anaknya.” (HR al-Darimi).

Firman ALLAH SWT: 

“Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin”. 
(Al- Taubah: 128)
 
Banyak kisah-kisah cinta sahabat terhadap Muhammad Rasulullah yang telah terakam dalam sejarah ummat, antaranya seorang Arab Badwi telah datang menemui Rasulullah seraya bertanyakan perihal Hari Kiamat. Rasulullah bertanya, “Apa yang sudah engkau persiapkan bagi hari itu?” Arab Badwi itu menjawab, “Ya Rasulullah, aku tidak memiliki apa-apa, tetapi aku mencintai Allah dan RasulNya”. Mendengar jawapan itu, Rasulullah berkata, “Engkau bersama orang yang engkau cintai.” (HR al-Bukhari)

APAKAH BUKTI CINTA KITA KEPADA NABI MUHAMMAD SAW?

Buktikan kasih kita kepada Baginda bukan sekadar ucapan yang hanya indah di bibir. Sebagai umatnya marilah kita sama-sama membanyakkan selawat ke atas  Rasulullah SAW.

Jom Berselawat, Ke Atas Nabi Muhammad SAW:


   
HALAL DAN THOYYIBA DALAM PRODUK YANG KITA GUNA

Islam amat mementingkan kebersihan. Kebersihan yang dituntut oleh Islam merangkumi kebersihan lahiriyah dan juga kebersihan rohaniyah. Kebersihan lahiriyah ialah dengan memastikan pakaian dan tubuh-badan sentiasa dalam keadaan bersih terutamanya untuk beribadah. 

Oleh demikian, umat Islam perlu memastikan produk yang mereka gunakan pada badan mereka sama ada berupa pakaian, minyak wangi, syampu, ubat gigi, kosmetik dan sebagainya dibuat dari bahan-bahan yang bersih dan tidak najis.

Kewujudan produk najis di badan menghalang sahnya ibadah di samping pemakainya tidak disukai oleh Allah dan para malaikat. Allah berfirman;

“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang sentiasa mensucikan diri (dari kekotoran dan najis)”. (al-Baqarah: 222)


Allah menjelaskan di dalam ayat di atas bahawa ia menyukai orang yang suka bertaubat dan membersihkan diri. Maka mafhum mukhalafah (yakni pemahaman sebaliknya) dari ayat tersebut ialah; orang yang banyak melakukan dosa dan tidak menjaga dirinya dari najis dan kekotoran, ia akan dibenci oleh Allah.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. menegaskan;

“Tidak diterima solat tanpa bersuci” (Hadis riwayat Imam Muslim, Tirmizi dan Ibnu Majah). 

Telah disepakati (atau diijmakkan) oleh para ulamak bahawa bersuci yang menjadi syarat sahnya solat itu merangkumi bersuci dari najis di samping bersuci dari hadas. 

Oleh demikian, memakai atau membawa produk-produk yang diperbuat dari najis atau yang mempunyai unsur-unsur bahan najis dalamnya akan menyebabkan tidak sahnya solat.

Bersuci batiniyah pula ialah dengan mengelak dari terjerumus dalam dosa termasuk dalam hal makan-minum. Menikmati makanan yang haram atau tidak HALAL merosakkan batin seseorang kerana ia telah melakukan dosa kepada Allah. 

Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. menegaskan;

“Mana-mana hamba yang tumbuh/membesar daging badannya dari makanan yang haram dan riba, maka api neraka lebih utama baginya”.

 (Riwayat al-Hafidz Ibnu Mardawaih dari ‘Atak dari Ibnu ‘Abbas r.a.)

Friday, January 13, 2012

Cinta Rasululluah SAW, Kepada Umat



Alangkah bertuahnya umat ini kerana dikurniakan seorang Rasul yang memiliki cinta agung yang tulus dan sejati terhadap umatnya. Baginda SAW mengungkapkan cintanya dengan ungkapan-ungkapan cinta yang paling murni dan sejati, termasuklah cinta seorang ayah kepada anaknya, seperti sabdanya,
 
“Sesungguhnya diriku bagi kalian bagaikan seorang ayah bagi anaknya.” 
(riwayat al-Darimi).

Jika para bapa yang lain lebih banyak berjasa memelihara kebajikan material yang tidak kekal sifatnya, Rasulullah adalah bapa paling mithali dan paling layak menerima segala darjah kebesaran dan pujian kerana Baginda juga adalah bapa yang membelai dan menyubur jiwa dan roh umatnya agar berjaya di sini dan di alam abadi.

Hidup dan matinya sentiasa tamak menghulurkan kasih sayang, inginkan kebaikan dan kesejahteraan untuk anak-anaknya, sentiasa merasa berat melihat kesusahan yang ditanggung oleh umatnya dan sentiasa tamak berusaha memberikan petunjuk kepada mereka agar mereka terselamat daripada lubuk kesesatan dan kerosakan.

Allah SWT menjelaskan kecintaan dan keprihatinan Baginda ini melalui firman-Nya dalam surah al-Taubah ayat 128. 


Terjemahannya:

Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): "Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, kepada-Nya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai 'Arasy yang besar."

Malah Rasulullah pernah bersabda:

Sesungguhnya perumpamaanku dengan umatku seperti seorang lelaki yang menyalakan api, lalu datang serangga dan kelkatu mengerumuni api itu. Maka aku berusaha menjauhkan kalian dari terkena api itu, sedangkan kalian sentiasa ingin mendekati api itu.
(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim).

Apa sahaja yang dilakukan dan difikirkan oleh Baginda semata-mata demi umatnya sehingga Baginda tidak reda seorang pun umatnya terjerumus ke neraka.

Diriwayatkan oleh Muslim dalam sahihnya daripada Abdullah ibnu ‘Amru ibnu al ‘As berkata: Pada suatu ketika, Rasulullah SAW membaca firman Allah mengenai Nabi Ibrahim as:
Wahai Tuhanku! Berhala-berhala itu telah menyebabkan sesat banyak di antara umat manusia. Oleh itu, sesiapa yang menurutku (dalam Islam yang menjadi peganganku) maka dia adalah dari golonganku; dan sesiapa yang menderhaka kepadaku (dengan menyalahi agamaku), maka sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani (kiranya dia insaf dan bertaubat). (Ibrahim: 36)

Kemudian Baginda SAW membaca pula perkataan Nabi Isa as iaitu dalam surah al-Maidah ayat 118.

Setelah itu, Nabi mengangkat kedua tangannya dan berdoa sambil menangis: 

Ya Allah! Umatku! Umatku! Lalu Allah berfirman kepada Jibril as, “Wahai Jibril! Pergilah kamu kepada Muhammad – sememangnya Allah lebih Mengetahui – tanyalah kepadanya apa yang menyebabkan dia menangis.”

Maka Jibril as menemui Nabi SAW, lalu bertanya kepada Baginda SAW dan Baginda mengkhabarkan kepada Jibril as sebab tangisannya. 

Maka Allah berfirman kepada Jibril as,“Pergilah kamu menemui Muhammad dan katakanlah kepadanya bahawa Allah berfirman kepadanya: “Sesungguhnya Kami akan membuatkan engkau reda pada umat engkau dan Kami tidak akan menyakiti (mendukacitakan) engkau dalam urusan umat engkau.

Menurut Imam Nawawi, hadis ini menunjukkan kesempurnaan sifat kasih Nabi SAW terhadap umatnya, keprihatinan Baginda terhadap kemaslahatan dan keadaan mereka.

Ia juga menerangkan tentang kebesaran kedudukan Nabi SAW di sisi Allah dan betapa besarnya kelembutan Allah terhadap hamba-Nya. Pengutusan Jibril as kepada Baginda SAW menzahirkan lagi ketinggian kedudukan Baginda di sisi Allah di tempat yang teratas sehingga Baginda dimuliakan dengan diberikan kepadanya apa yang disukai dan diredainya. (Sohih Muslim bi Syarh Imam al Nawawi jilid 2 H: 438)

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...