Hoverkraf Bomba Dikaji UTM
UTM kaji hoverkraf Bomba untuk kesesuaian penggunaan Di Malaysia
JOHOR BAHRU 18 Sept. - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) hari ini menerima sebuah hoverkraf daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri bagi tujuan menyelidik kelajuan kenderaan dua alam tersebut supaya ia lebih praktikal untuk digunakan di negara ini.
Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Zaini Ujang berkata, kenderaan itu akan dimanfaatkan sepenuhnya dalam pengajaran dan penyelidikan siswazah yang mengikuti jurusan Teknologi Marin seperti kajian penambahbaikan hoverkraf bersesuaian dengan topografi dan kedudukan kawasan perumahan di Malaysia.
"Kenderaan ini agak laju di permukaan air dan darat. Namun, ia tidak mempunyai sistem brek bagi memperlahankannya sedangkan susun atur kawasan perumahan di negara ini agak rapat antara satu sama lain.