Assalamualaikum Pictures, Images and Photos
Showing posts with label Dunia Islam. Show all posts
Showing posts with label Dunia Islam. Show all posts

Saturday, October 05, 2013

Isu pelarian Rohingya Malaysia minta henti serang etnik Rakhine

Isu pelarian Rohingya Malaysia minta henti serang etnik Rakhine

Kuala Lumpur: Malaysia menyatakan kebimbangan dengan insiden keganasan membabitkan masyarakat beragama Islam dan Buddha di Thandwe, Rakhine, Myanmar, yang berlaku sejak Ahad lalu.

Kerajaan juga menyifatkan keganasan terhadap minoriti Islam yang setakat ini menyebabkan lima kematian dan beberapa rumah dibakar termasuk masjid, adalah tidak wajar.

Justeru, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, dalam satu kenyataan media di sini, semalam, menyeru Kerajaan Myanmar mengambil langkah positif dan berkesan bagi menghentikan keganasan, termasuk pelanggaran hak asasi manusia terhadap masyarakat Islam di negara itu. 


Saturday, August 31, 2013

Lelaki Mesir Potong Tangan Sendiri Sebagai Hukuman Mencuri

Lelaki Mesir Potong Tangan Sendiri Sebagai Hukuman Mencuri

Hukum sendiri potong tangan




Kaherah: Seorang lelaki Mesir mengudungkan tangannya dengan meletakkan anggota tubuhnya itu pada landasan ketika sebuah kereta api meluncur laju. 

Ali Afifi, 28, berbuat demikian semata-mata untuk menghukum dirinya dan menghentikan ketagihan mencuri serta mengelak daripada menderita dalam kehidupan seharian kerana tabiatnya itu dan juga mengelak hukuman di akhirat.

Ali berkata, tabiat mencurinya bermula sejak muda lagi, apabila dia mencuri bekalan rakan sekolahnya. Dia kemudian mencuri barangan di kedai dan apabila dewasa, dia mula mencuri telefon bimbit serta barangan kemas.


Monday, August 26, 2013

Al Fatihah Asmaa el-Beltagi syuhada Mesir

Al Fatihah Asmaa el-Beltagi syuhada Mesir


 Asmaa el-Beltagi



Buat anak kesayanganku, Asma el-Beltagy,

Ayah tidak mengucapkan selamat tinggal kepadamu kerana esok kita akan bertemu lagi. Kau telah mengabdikan hidupmu untuk menentang kezaliman bagi membina semula negara ini.
 

Ayah tidak mendapat masa yang cukup untuk dihabiskan bersamamu terutamanya ketika ayah tidak dibenarkan untuk menemanimu.

Saturday, August 17, 2013

MESIR EGYPT BERGOLAK DOA BUAT SAUDARA SEISLAM

MESIR EGYPT BERGOLAK DOA BUAT SAUDARA SEISLAM






 

An Egyptian woman tries to stop a military bulldozer from going forward during clashes that broke out as Egyptian security forces moved in to disperse supporters of Egypt's deposed president Mohamed Morsi in a huge protest camp near Rabaa al-Adawiya mosque in eastern Cairo, Aug. 14, 2013. 



Seorang pemuda membawa Al Quran carries copies of the Quran as Egyptian security forces clear a sit-in by supporters of ousted Islamist President Mohammed Morsi in the eastern Nasr City district of Cairo, Egypt, Aug. 14, 2013.

CREDIT: Ahmed Gomaa/AP


مذبحة فض اعتصام رابعة 

Friday, August 16, 2013

Gambar Syuhada Mesir Angry Friday Egypt

Gambar Syuhada Mesir Angry Friday Egypt

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Wahai saudara-saudara Seislam kami, Mari kita hadiahkan Al fatihah buat saudara seIslam kita di Bumi Mesir, Syiria, Myanmar dan seluruh dunia yang sedang tertindas dan teraniaya, samada mereka ini masih hidup dan yang telah meninggal dunia.

Wahai saudara seIslam kami, Mari kita panjatkan Doa Kepada Allah, dan terus berdoa...

Doa Qunut Nazilah, klik di sini.
Apa Erti Doa Qunut Nazilah Maksudnya dalam Bahasa Melayu, klik di sini
Natijah Mengambil Makanan Minuman Haran, sila klik di sini.

Entry blog ini sebelum ini;

Etnik Rohingya, klik di sini
Gambar Kepala Bayi 6 Bulan Dipenggal Hidup2, sila klik di sini.
Lelaki Jubah Putih di Syiria, klik di sini.

 

An Egyptian woman tries to stop a military bulldozer from going forward during clashes that broke out as Egyptian security forces moved in to disperse supporters of Egypt's deposed president Mohamed Morsi in a huge protest camp near Rabaa al-Adawiya mosque in eastern Cairo, Aug. 14, 2013.
















Egyptians mourn over the bodies of their relatives in the El-Iman mosque in Cairo, Aug. 15, 2013.
CREDIT: Khalil Hamra/AP

39 KEPING GAMBAR WAJAH-WAJAH PARA SYUHADA' DI PERISTIWA PEMBUNUHAN KEJAM DI MEDAN PADA 14 HB OGOS 2013.


 

Klik readmore untuk lihat gambar lain....

Sunday, July 28, 2013

Misi Pakar Bedah Malaysia di Gaza

Misi Pakar Bedah Malaysia di Gaza Pembedahan urologi paling banyak di Gaza 


KUMPULAN pakar misi perubatan Gaza. Dari kiri: Mohamad Nor Sundari, Zairul Nizam, Md. Mahir Abdullah, Hamid Ghazali, Mohamed Ashraf Mohamed Dauddan Zainur Rashid. 


MOHAMAD NOR SUNDARI melawat pesakit pembedahan tulang di Gaza.

PENJAJAHAN ke atas bumi Gaza di Palestin bagaikan sebuah episod drama perang yang tidak berkesudahan. Bunyi dentuman bom dan letusan senjata api sudah menjadi melodi yang terpaksa didengari penduduknya sejak tercetusnya perang antara rejim Israel dan pejuang Palestin pada 27 Disember 2008.

Sejak itu, hak untuk hidup aman di Gaza diragut tanpa belas kasihan sehingga mengorbankan sekurang-kurangnya 1,100 rakyat Palestin mengikut statistik kematian yang direkodkan pada November tahun lalu. 


Tuesday, July 02, 2013

Bekas Minuman Nabi Muhammad S.A.W. Dibawa Pulang Ke Chechnya

Bekas Minuman Nabi Muhammad S.A.W. Dibawa Pulang Ke Chechnya




 Mangkuk Gelas yang pernah digunakan oleh Nabi Muhammad S.A.W disimpan oleh Sayyidina Ali bin Abi Thalib Ra telah kembali ke tangan rakyat Chechnya…sehinggakan presiden pun turut serta meraikannya untuk bertabarruk dan dibawa ke Masjid Agung Grozny.





Sila klik video di atas. Sila klik readmore untuk maklumat lanjut di blog ini.


Friday, June 14, 2013

Pintu Kaabah Dibuka dan Dicuci Saksikanlah

Pintu Kaabah Dibuka dan Dicuci Saksikanlah




Saksikanlah Video Kaabah Dicuci


Sebagai amalan biasa, Kaabah akan dicuci 2 kali dlm 1 tahun iaitu 30 hari sebelum Ramadan dan 30 hari selepas musim haji atau pertengahan Muharram.


Maka pada 10 Jun 2013 bersamaan dengan 1 Syaaban adalah genap 30 hari menjelang Ramadan dan dgn keizinan penyimpan kunci Kaabah dan penjaga dua masjid suci Islam, Raja Abdullah, Gabenor Mekah, Putera Khalid al Faisal akan mengetuai upacara mencuci Kaabah dgn menggunakan kain putih yang dibasahi dengan air zam zam, air mawar Parsi serta wangian lain dan akan mengelap dinding bahagian dlm kaabah manakala lantainya pula akan direnjis dengan air zam zam dan air mawar Parsi.

Monday, December 10, 2012

Anti-Morsi Walau Dekri Presiden Dibatalkan

Anti-Morsi Walau Dekri Presiden Dibatalkan

BEBERAPA penunjuk perasaan anti-Morsi berhimpun di luar Istana Presiden di Kaherah semalam.

Morsi batalkan dekri cetus kemarahan penduduk

KAHERAH - Sebuah blok pembangkang, Barisan Penyelamat Kebangsaan menyatakan tindakan Presiden Mesir, Mohamed Morsi untuk membatalkan dekri yang dibuatnya pada bulan lalu tidak memenuhi jangkaan untuk mengurangkan ketegangan di negara ini.


Friday, November 30, 2012

PBB Iktiraf Palestin sebuah negara Penantian 65 tahun rakyat Palestin berakhir

PBB Iktiraf Palestin sebuah negara Penantian 65 tahun rakyat Palestin berakhir

JERUSALEM: Beribu-ribu orang meraikan kejayaan apabila Palestin memperoleh pengiktirafan daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sebagai sebuah negara selepas penantian selama 65 tahun. 

Gaza Rayu Dana Pulihkan Palestin

Gaza Rayu Dana Pulihkan Palestin

RM112.2 juta



PENERANGAN...Ahmed menjelaskan peruntukan dana perlu disalurkan
 kepada penduduk Gaza kepada wartawan Harian Metro.

GAZA: Kerajaan Palestin di Semenanjung Gaza merayu bantuan dana segera AS$37.4 juta (RM112.2 juta) dari negara yang prihatin terutama Malaysia, bagi membantu rakyatnya yang kini menderita akibat serangan roket tentera Zionis bermula 14 November lalu.

Menteri Perhubungan Sosial dan Pekerjaan Palestin, Ahmed Alkurd yang ditemui wartawan Harian Metro di sini, semalam berkata, serangan tentera Yahudi itu mengakibatkan kemusnahan teruk ratusan kediaman penduduk di Semenanjung Gaza.

Menurutnya, hujan roket serta peluru berpandu kapal laut, pesawat F-16 dan dron dilepaskan tentera Israel seolah-olah mempunyai dua tujuan iaitu membunuh rakyat Gaza dan sekali gus memastikan mangsa merempat tanpa tempat tinggal.


Monday, November 19, 2012

Serangan di Gaza Palestin mohon bantuan antarabangsa

Serangan di Gaza Palestin mohon bantuan antarabangsa 


A Palestinian relative grieves at the hospital in Gaza City on November 18, 2012, after seven members of the same family, including four children, were among nine people killed when an Israeli missile struck a family home in Gaza City, the health ministry said.

Read more: http://www.nydailynews.com/news/world/israel-attacks-pound-gaza-killing-24-article-1.1204194#ixzz2CdwkiFd5
 A Palestinian relative grieves at the hospital in Gaza City on November 18, 2012, after seven members of the same family, including four children, were among nine people killed when an Israeli missile struck a family home in Gaza City, the health ministry said.
A Palestinian relative grieves at the hospital in Gaza City on November 18, 2012, after seven members of the same family, including four children, were among nine people killed when an Israeli missile struck a family home in Gaza City, the health ministry said.

Read more: http://www.nydailynews.com/news/world/israel-attacks-pound-gaza-killing-24-article-1.1204194#ixzz2CdwkiFd5
A Palestinian relative grieves at the hospital in Gaza City on November 18, 2012, after seven members of the same family, including four children, were among nine people killed when an Israeli missile struck a family home in Gaza City, the health ministry said.

Read more: http://www.nydailynews.com/news/world/israel-attacks-pound-gaza-killing-24-article-1.1204194#ixzz2CdwkiFd5


Asap naik selepas serangan tentera Israel di Gaza City, Ahad, November 18, 2012.  
Tentera Israel meluaskan rangkaian sasaran di Semenanjung Gaza pada hari Ahad termasuk operasi media pemerintah Hamas wilayah Palestin, menghantar pesawat untuk menyerang dua bangunan
 yang digunakan oleh media Hamas dan media asing.

 

Serangan di Gaza Palestin mahu komuniti antarabangsa bantu 72 maut sejak Rabu
Kerajaan bentang usul tergempar berhubung isu Palestin di Parlimen esok (hari ini) 




The baby son of a BBC worker was among those killed in Israel's air strike on Gaza on Wednesday. 





Jihad Misharawi, who is employed by BBC Arabic, lost his 11-month-old baby Omar. 




Anggota bomba memadam kebakaran susulan serangan Israel ke atas sebuah rumah di Gaza City, semalam. - Foto ihsan Reuters

KAHERAH - Serangan udara Israel membunuh 11 rakyat Palestin semalam - jumlah tertinggi dalam satu hari sejak Israel melancarkan serangan Rabu lalu sementara kepimpinan Palestin merayu Liga Arab mengadakan sidang kemuncak untuk membincangkan pencerobohan negara Yahudi itu.

Tekanan masyarakat antarabangsa meningkat bagi menghentikan konflik lima hari ini.

Ketua Liga Arab, Nabil Elaraby dijangka melawat Gaza esok.

Daripada 11 yang terbunuh semalam, empat adalah kanak-kanak.

Tuesday, November 13, 2012

Serangan Syiria di Ras al-Ain sempadan Turki

Serangan Syiria di Ras al-Ain sempadan Turki



Asap tebal memenuhi ruang udara di bandar Ras al-Ain dekat sempadan Turki selepas dibom tentera Syria dapat dilihat dari bandar Ceylanpinar, wilayah Sanliurfa di Turki, semalam. - REUTERS 
 
 
 
People from the northern Syrian town of Ras al-Ain cross the border fences to flee into Turkey at the Turkish border town of Ceylanpinar, Sanliurfa province November 12, 2012. REUTERS/Murad Sezer
 
 
CEYLANPINAR, Turki 12 Nov. - Sebuah pesawat perang Syria, hari ini mengebom kubu pemberontak di Ras al-Ain, yang terletak beberapa meter dari sempadan Turki, menyebabkan 16 orang maut dan sejumlah besar rakyat Syria melarikan diri ke negara jiran itu.

Helikopter bersenjata turut menyerang sasaran berdekatan bandar itu yang jatuh ke tangan pemberontak pada Khamis lalu.

Jet itu menyerang hanya beberapa meter dari pintu sempadan yang memisahkan Ras al-Ain dari kem pelarian Turki di Ceylanpinar, menyaksikan asap tebal menyelubungi kawasan tersebut.

Thursday, September 27, 2012

Misi Bantuan Kemanusiaan ke Myanmar Bukti Malaysia Peka

Misi Bantuan Kemanusiaan ke Myanmar
 Bukti Malaysia Peka

Misi Rakhine Bukti Malaysia peka

Konflik Rohingya :
Malaysia sedia bantu tanpa kira bangsa dan agama



Muhyiddin melihat kapal Sinar Bima yang membawa bantuan Kelab Putera 1Malaysia ke Myanmar berlepas di Pelabuhan Utara, Klang, semalam. - Foto Effendy Rashid

Pelabuhan Klang: Misi bantuan kemanusiaan yang aktif dilaksanakan badan bukan kerajaan (NGO) menggambarkan rasa tanggungjawab dan prihatin rakyat negara ini membantu meringankan penderitaan jiran serantau.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata bantuan yang disalurkan bukan bertujuan mencampuri masalah dalaman negara terbabit, sebaliknya meringan penderitaan penduduk terjejas tanpa mengira bangsa dan agama. 


“Misi bantuan ini adalah melaksanakan tanggungjawab kita sebagai jiran dan atas semangat ASEAN.

Misi bantuan ini adalah melaksanakan tanggungjawab kita sebagai jiran dan atas semangat ASEAN” - Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri
“Ia adalah langkah sementara bagi mengurangkan penderitaan penduduk di Rakhine, Myanmar.

“Kita percaya Kerajaan Myanmar juga prihatin dan berusaha menyelesaikan masalah mereka. Perlu ada usaha bersepadu untuk mencari jalan supaya rakyat di Myanmar atau tempat lain dapat hidup aman,” katanya.


Kumpulan Pertama Jemaah Haji Malaysia tiba di Makkah

Kumpulan Pertama Jemaah Haji 

Malaysia tiba di Makkah

 
Kawasan Masjil Haram Mekah 
 
MAKKAH: Kumpulan pertama seramai 312 jemaah haji Malaysia selamat tiba di kota suci Makkah dari Madinah awal hari ini.

Mereka tiba kira-kira jam 1 pagi Rabu (7 pagi waktu Malaysia) di hotel Janadiriyyah yang juga satu daripada 15 hotel di Makkah yang disewa oleh Tabung Haji bagi menempatkan hampir 28,000 jemaah haji Malaysia sepanjang musim haji kali ini. 

 
Menurut Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman kumpulan pertama itu bertolak dari Madinah dengan bas pada jam 5 petang Selasa (11 malam waktu Malaysia) dan selamat tiba di Makkah selepas mengharungi perjalanan selama lapan jam. 

Tuesday, September 25, 2012

Makanan pengaruhi akhlak Sumber rezeki haram punca hati kotor hidup tidak tenteram

Makanan pengaruhi akhlak

Makanan pengaruhi akhlak Sumber rezeki haram punca hati kotor hidup tidak tenteram


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 
Terima kasih kepada pecinta dan penyokong Produk Halal Muslim 
yang dipasarkan oleh Sahabat Roselle Marketing. 
Semoga usaha kita ini mendapat redha dan keberkatan daripada Allah SWT. Amin.
 
Sila baca artikel Blog SAHABATROSELLE sebelum ini :

Perkara Yang Haram Jika Ada Dalam rezeki, di sini.

Makanan Halal Pengeruhi Amal Ibadat di sini.

Kenapa Makanan Yang Halal di sini

Natijah dan Kesan Makanan Haram, di sini.

Untuk maklumat kedai SAHABAT ROSELLE MARKETING, sila klik di sini.

Rasulullah SAW bersabda: 
“Sesiapa yang berusaha mencari rezeki atau nafkah untuk keluarganya daripada cara mendapatkan hasil yang halal, maka ia seperti berperang di jalan Allah. Dan sesiapa yang mencari sesuatu yang halal dan menjaga diri daripada sesuatu yang haram, maka dia akan mendapat darjat orang yang syahid.”

Perspektif IKIM: Makanan pengaruhi akhlak

Sumber rezeki haram boleh sebabkan hati ‘kotor’, hidup tidak tenteram

Imam Ghazali berkata, 

“Jika kita ingin anak menjadi soleh, bijaksana dan berguna, berilah mereka makan daripada rezeki yang halal sejak dilahirkan. Makanan yang halal selain menjadikan anak kita berguna, boleh menjadikan fikiran mereka cerdas dan pintar. Sebaliknya, anak akan menjadi derhaka kepada kita jika diberikan makanan yang kotor.”

Betapa ramai umat Islam terperangkap dalam dilema pemilihan makanan. Bukan sekadar makanan daripada unsur haram tetapi cara untuk mendapatkan makanan juga haram tanpa disedari secara sengaja atau tidak.

Tidak ada orang Islam yang sanggup memakan babi, justeru ia dielakkan tetapi masih ramai yang makan makanan dibeli dengan wang hasil daripada menipu, memeras ugut, curi tulang, rasuah dan menzalimi hak orang lain.

Kadang-kadang, perkara seumpama ini masih tidak memberi apa-apa kesan buat si pencari nafkah dalam sesebuah keluarga. Mereka merasakan sumber sebegitu langsung tidak akan menjejaskan kesihatan yang nampak secara zahirnya.

PENINDASAN HAPUS ROHINGYA DR PAKAR DITANGKAP DI ARAKAN

PENINDASAN HAPUS ROHINGYA
DR PAKAR DITANGKAP DI ARAKAN



Warga Rohingya berkumpul di Kuala Lumpur bagi membantah pembunuhan keluarga mereka di sana

Gambar di atas adalah gambar mangsa peristiwa awal Muslim Rohingya dibunuh pada 2012. 
 Berdasarkan daftar yang beredar, 8 korban Muslim yang berangkat dari Masjid Tachan Pai ke Tandwe, semuanya berasal dari Burma tengah.

 Al Fatihah kita hadiahkan kepada roh-roh muslimin muslimat ini. 

Berikut data mereka:
  • Muhammad Sharief @ U Ne Pwe s / o U Ahmed Suban, 58 8/Ta Ka Ta (N) 095548, dari Taung Twin Gyi
  • Muhammad Hanif @ U Maung Ni s / o U kay sufi Pe, 65 8/Ta Ka Ta (N) 095530, dari Taung Twin Gyi
  • Shafield Bai @ U Aye Lwin s / o UA Hpoe Gyi, 52 8/Ta ka Ta (N) 093573, dari Taung Gyi Twin
  • Aslam Bai @ U Aung Myint s / o U Hla Maung, 508/Ta ka Ta (N) 094557, dari Taung Twin Gyi
  • Balai Bai @ Tayzar Myint s / o U Yakub, 288/Ta ka Ta (N) 189815, dari Taung Twin Gyi
  • Shuaib @ Tin Maung Htwe s / o U Tin Oo, 218/Ta ka Ta (N) 231084, dari Taung Twin Gyi
  • Salim Bai @ Aung Kyaw Bo Bo s / o U Tun Tun Zaw, 2614/Ma La Na (N) 231084, dari Myaung Mya
  • Lukman Bai @ Nyi Nyi Zaw Htut s / o U Ibrahim, 3314/Ma La Na (N) 148133, dari Myaung Mya  

PRESIDEN MAJLIS AGAMA ISLAM ARAKAN
 DR TUN AUNG DITANGKAP


Konflik yang berlaku di antara etnik muslim Rohingya dan Buddha di Arakan telah menarik perhatian dunia pada pertengahan tahun ini apabila dikatakan seorang gadis Rakhine telah dirogol secara sadis oleh etnik Rohingya dan menyebabkan rusuhan berdarah terus berlaku hingga ke hari ini.
Dimana sebenarnya perempuan itu diperkosa dan dibunuh oleh teman lelaki bersama beberapa gang pemuda Buddha Rakhine. Peristiwa pembunuhan itu di awali ketika sang gadis ingin "putus" dengan sang kekasih kerana dia jatuh hati pada laki-laki lain

Saturday, September 15, 2012

Musim Haji Mekah Mungkin 45 darjah celsius

 Musim Haji Mekah Mungkin  45 darjah celsius

KUALA LUMPUR 15 Sept. - Musim haji pada tahun ini dijangka berlangsung dalam keadaan cuaca panas terik apabila suhu di tanah suci diramal mencecah 45 darjah celsius.

Sehubungan itu, Ketua Rombongan Haji, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman menasihatkan para jemaah menjaga kesihatan dengan minum air dalam kuantiti banyak dan mendapatkan khidmat perubatan di klinik yang disediakan Tabung Haji jika menghadapi masalah kesihatan.

Sunday, September 09, 2012

Kejujuran Dalam Perniagaan Mari Kita Soroti Asas Kejayaan

Kejujuran Dalam Perniagaan 
Mari Kita Soroti Asas Kejayaan Usahawan Berjaya




Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Alhamdulillah pada hujung minggu ini, Intan SRM dapat meluangkan masa berkongsi sedikit informasi. Apa khabar semua pelanggan SRM? Apa khabar teman followers BLOG SRM? Khususnya para ibu rumahtangga? Pasti waktu ini sedang sibuk di dapur barang kali. Alhamdulillah Intan SRM telah menyiapkan hidangan tengah hari awal-awal bagi memastikan Intan SRM dapat mengemaskini data dalam blog ini, InshaAllah.

Hujung minggu begini, apakata kita kongsi-kongsikan tip perniagaan menurut Islam? 

DALAM Islam, apa sahaja yang dilakukan dengan niat kerana Allah dan cara pelaksanaannya menepati syariah dikira sebagai ibadah dan layak mendapat pahala daripada Allah.

Untuk meraih pahala ibadah menerusi berniaga maka perlu menjaga adab dan etika yang digariskan oleh Islam.

 Saya memetik dan edit sikit (yang dibirukan di bawah ni) kata-kata seorang usahawan internet Khairul Fadhli:

Sikap amanah itulah yang sangat SUSAH untuk kita laksanakan. Manusia memang mudah kabur dengan duit. Kabur mata dengan kemewahan. Sebab itu kerana duit, kerana kemewahan, janji tidak ditepati, keluarga berpecah belah, pernikahan bercerai-berai dan perniagaan banyak gagal.

Kalau anda dah setuju nak bekalkan barang ke sebuah syarikat pada harga tertentu, jangan naikkan harga semata-mata nak untung lebih. Begitu juga, kalau anda telah bersetuju untuk memasarkan produk anda dengan melantik Syarikat A sebagai wakil pemasaran utama anda, maka berpeganglah pada janji dan amanah tersebut.

Kaum Cina sangat-sangat pegang pada syarat no.1 ni. Kalau mereka dah letak harga, mereka tidak akan ubah kecuali memang kos mereka menguruskan produk tu naik.

Kaum Cina lebih rela menanggung sedikit kerugian dari hilang sahabat. Itu pegangan orang cina. Sebab itu kita boleh lihat dalam perniagaan, orang cina ni komuniti nya agak luar biasa. Sama juga dengan Kaum India. 

Ini adalah contoh baik yang patut kita ikut. Sebab itu komuniti mereka sangat kuat. Jarang sekali kita lihat mereka cuba ‘potong jalan’ bangsa sendiri.

Sebenarnya, dalam Islam pun sangat-sangat ditekankan tentang amanah ni. Baginda Rasulullah S.A.W adalah orang yang sangat amanah. Dan Baginda juga adalah peniaga yang sangat-sangat berjaya.

Jadi kita sebagai ummat Nabi Muhammad S.A.W patut contohi baginda, perwatakannya, personaliti dan contoh paling mudah adalah sikap amanah Baginda.

Nak jadi usahawan berjaya? Nak jadi kaya dunia dan akhirat? Inilah dia syarat pertama. Amanah. Anda boleh lakukan ini, dalam apa juga situasi, tanpa mata dan hati rasa kabur apabila lihat duit berkepuk-kepuk dalam bank, maka anda telah mulakan langkah pertama menjadi usahawan yang berjaya dan kaya dunia dan akhirat. Artikel selanjutnya jenguk blog beliau di sini.

Mari kita lihat dan koreksi  akhlak Nabi Muhammad SAW dalam perniagaan.

Semenjak kecil lagi, baginda Rasulullah telah memperlihatkan kemuliaan akhlaknya serta keelokan budi pekertinya. Baginda pernah melakukan kerja-kerja menternak kambing dan berniaga membantu bapa saudaranya. Bermula dari sinilah titik tolak baginda menjalankan kerja-kerja perniagaan. 

Ketika baginda berusia dua belas tahun, baginda mengikut bapa saudaranya ke Syam atas urusan perniagaan. Kisah sejarah bagaimana Nabi Muhammad SAW boleh kita baca dalam buku dan Kitab Sejarah karangan ulama muktabar.

JIRAN PARA NABI DI SYURGA

Untungnya peniaga dan usahawan yang beriman lagi bertaqwa kerana dapat bersama para Nabi. Lihat Sabda Nabi Muhammad SAW:

“Dari Abi Sahid dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Baginda bersabda : Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid” (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi). Dalam konteks ini, kejujuran ditekankan kerana kejujuran merupakan antara elemen terpenting dalam perniagaan.

Menyorot perniagaan Sahabat Roselle Marketing, telah banyak mehnah dan tribulasi dilalui oleh Sahabat Roselle Marketing dalam memartabatkan Produk Halal Muslim di Johor khususnya dan Malaysia amnya.

 Namun ini tidak mematahkan semangat Sahabat Roselle Marketing terus berjuang dalam arena ini memandangkan berniaga juga adalah sunnah Rasulluah SAW, IDOLA dan ROLE MODEL SETIAP MUSLIM DAN MUKMIN.

TELUS TIP PERNIAGAAN SAHABAT ROSELLE MARKETING

Antara tip perniagaan oleh Pengasas Sahabat Roselle Marketing ialah, niat yang baik serta sifat jujur perlu wujud dalam setiap diri usahawan yang ingin berjaya dan menjadi seorang yang luar biasa.

Secara jujurnya, menjadi seorang usahawan bukan mudah kerana banyak cabaran dan rintangan yang perlu ditempuhi. Apa yang penting ialah kejujuran kita semasa berniaga.

Memang sukar untuk mencari orang yang jujur dalam bidang perniagaan, tetapi sifat jujur inilah sebenarnya membantu kita untuk terus kekal bertahan kerana kepercayaan orang terhadap kita akan berterusan. InshaALLAH. 

Boleh baca lanjut di artikel 19 PRINSIP KEJAYAAN TAN SRI MOKHTAR

Tuesday, September 04, 2012

Isu Rohingya Apabila Sami Buddha Myanmar Tuntut Hantar Rohingya Myanmar Ke negara Lain

Isu Rohingya Apabila Sami Buddha Myanmar

 Tuntut Hantar Rohingya Myanmar Ke negara Lain

 Gambar di atas: Dari Harian Metro sebelum ramadhan 1433 Hijriah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada saat kita dengan mudahnya berkomunikasi di antara satu sama lain, suasana aman untuk kita mencari sesuap rezeki dengan tulang 4 kerat kita di Malaysia, tanahair tercinta ini, bahkan mudah untuk kita beribadah kepada Allah.

Sedarilah kita bahawa ada SAUDARA kita. di Myanmar sedang diulit ketakutan, kelaparan, kesakitan yang mendalam dari segi psikologi, emosi dan fizikal. Mereka takut untuk hidup di tanahair sendiri. Bahkan dinafikan hak untuk mendiami tanahair mereka, tempat tanah bumi kelahiran mereka .

Artikel di bawah dipetik daripada Akhbar Kosmo, Isnin semalam.

Sami Buddha Myanmar tuntut etnik Rohingya Myanmar dihantar ke negara lain

 
SEJUMLAH sami Buddha berarak dalam perhimpunan anti-Rohingya di Mandalay, Myanmar kelmarin.

 

YANGON, Myanmar – Beratus-ratus sami Buddha di Myanmar semalam menyertai perhimpunan bagi menyokong cadangan Presiden Thein Sein untuk menghantar etnik Rohingya yang beragama Islam ke negara lain.

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...