PENINDASAN HAPUS ROHINGYA
DR PAKAR DITANGKAP DI ARAKAN
Warga Rohingya berkumpul di Kuala Lumpur bagi membantah pembunuhan keluarga mereka di sana
Gambar di atas adalah gambar mangsa peristiwa awal Muslim Rohingya dibunuh pada 2012.
Berdasarkan daftar yang beredar, 8
korban Muslim yang berangkat dari Masjid Tachan Pai ke Tandwe, semuanya
berasal dari Burma tengah.
Al Fatihah kita hadiahkan kepada roh-roh muslimin muslimat ini.
Berikut data mereka:
- Muhammad Sharief @ U Ne Pwe s / o U Ahmed Suban, 58 8/Ta Ka Ta (N) 095548, dari Taung Twin Gyi
- Muhammad Hanif @ U Maung Ni s / o U kay sufi Pe, 65 8/Ta Ka Ta (N) 095530, dari Taung Twin Gyi
- Shafield Bai @ U Aye Lwin s / o UA Hpoe Gyi, 52 8/Ta ka Ta (N) 093573, dari Taung Gyi Twin
- Aslam Bai @ U Aung Myint s / o U Hla Maung, 508/Ta ka Ta (N) 094557, dari Taung Twin Gyi
- Balai Bai @ Tayzar Myint s / o U Yakub, 288/Ta ka Ta (N) 189815, dari Taung Twin Gyi
- Shuaib @ Tin Maung Htwe s / o U Tin Oo, 218/Ta ka Ta (N) 231084, dari Taung Twin Gyi
- Salim Bai @ Aung Kyaw Bo Bo s / o U Tun Tun Zaw, 2614/Ma La Na (N) 231084, dari Myaung Mya
- Lukman Bai @ Nyi Nyi Zaw Htut s / o U Ibrahim, 3314/Ma La Na (N) 148133, dari Myaung Mya
PRESIDEN MAJLIS AGAMA ISLAM ARAKAN
DR TUN AUNG DITANGKAP
Konflik yang berlaku di antara
etnik muslim Rohingya dan Buddha di Arakan telah menarik perhatian dunia pada pertengahan
tahun ini apabila dikatakan seorang gadis Rakhine telah dirogol secara sadis oleh
etnik Rohingya dan menyebabkan rusuhan berdarah terus berlaku hingga ke hari
ini.
Dimana sebenarnya perempuan itu diperkosa dan dibunuh oleh teman lelaki bersama beberapa gang pemuda Buddha Rakhine. Peristiwa pembunuhan itu di awali ketika sang gadis ingin "putus" dengan sang kekasih kerana dia jatuh hati pada laki-laki lain.
Maka lelaki berkenaan pun berusaha memujuk agar tidak putus. Namun ternyata ditolak, maka sang mantan kekasih ini marah dan kemudian mengajak dua temannya untuk membalas dendam dengan memperkosa dan membunuh sang gadis.
Lalu para pembunuh itu meletakkan mayat gadis itu di dekat desa Muslim. Kemudian orang-orang Buddha Rakhine dan Quaffer Burma (Pihak Berkuasa Myanmar) menuduh bahawa orang-orang Islam membunuh perempuan itu.
Akibatnya, tiga pemuda Muslim yang tidak bersalah ditangkap. Satu dipukul hingga mati dan dua yang lain dijatuhi hukuman mati oleh mahkamah. Inilah fakta yang ditunjukkan oleh Kerajaan Buddha Burma kepada dunia, bahawa mereka berani mencipta peristiwa dan kes palsu hanya untuk mencari peluang membunuh Umat Islam Rohingnya.
Ia bermula dengan pembunuhan 10 orang Muslim di Taunggote, daerah Tongu pada 3 Jun 2012 yang lalu dalam
sebuah bas ketika sedang pulang dari majlis tabligh untuk kembali ke Rangoon
oleh sekumpulan pengganas dan kumpulan rasis etnik Rakhine.
Rentetan dari kes
rogol tersebut, puak pengganas Rakhine Buddha telah menyerang semua penduduk
Islam di Akyap, ibu negeri Arakan yang digambarkan sebagai terburuk sepanjang
beberapa dekad yang lalu.
LATAR BELAKANG PENINDASAN ETNIK MUSLIM ROHINGYA
Menurut Persatuan Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB) pada 2009, terdapat 25 peratus daripada populasi Arakan adalah
etnik Rohingya. Arakan ini terletak di sebelah Barat Myanmar yang bersempadan
dengan Bangladesh.
Mereka adalah keturunan daripada para pedagang Arab, Turki,
Parsi dan lain-lain yang telah berkahwin dengan penduduk setempat seperti
Mughals, Pathan dan Bengali. Kini umat Islam Rohingya merupakan 1/3 daripada
jumlah penduduk wilayah Arakan dan selebihnya adalah Buddha Arakanese.
Nasib Etnik Muslim Rohingya mula
terumbang-ambing apabila mereka telah disisihkan daripada Arakan sejak pada
tahun 1940-an lagi. Keadaan semakin buruk apabila Myanmar dipimpin oleh junta
tentera pada tahun 1962. Kepimpinan Junta tidak mengiktiraf etnik Rohingya yang
merupakan penduduk asal negeri Arakan tetapi dikatakan sebagai pendatang kerana
perbezaan fizikal yang mirip kepada Bangladesh dan Arab.
Etnik ini kemudian terus ditindas
apabila dasar fobia Islam (Islamphobia)
disalurkan melalui penggubalan Undang-undang Kerakyatan Burma (Burma
Citizenship Law) yang disahkan pada 1982.
Undang-undang yang bersifat rasis
agama dan penuh diskriminasi bukan sahaja menafikan kerakyatan, malah mereka seolah-olah
melukut di tepi gantang di tanah air mereka sendiri sehingga menyebabkan ramai
etnik Rohingya menjadi pelarian di beberapa negara jiran dan Asia Barat.
Di era 1990-an sahaja, terdapat
86, 900 daripada 94,000 pelarian di Malaysia adalah warga Myanmar di mana 25
peratus daripadanya adalah etnik Rohingya dan selebihnya adalah etnik Chins dan
lain-lain.(Arzura Idris, 2012)
Antara bentuk pembersihan etnik Roghinya ini
adalah:-
- · Penafian kerakyatan, sijil kelahiran dan sijil
perkahwinan mereka.
- ·
Perampasan tanah-tanah milik mereka bagi
meneruskan projek pembinaan saluran paip gas dan minyak yang merentasi Wilayah
Arakan.
- ·
Menjadi mangsa perhambaan moden sebagi buruh
paksa tanpa dibayar gaji di tapak pembinaan jalan raya, kereta api dan bangunan
berek tentera.
- ·
Sekatan makanan sehingga menyebabkan mereka
hidup dalam keadaan kebuluran.
- ·
Penyembelihan beramai-ramai sepertimana pada
tahun 1942 dengan kematian lebih daripada 100, 000 akibat dibunuh.
- ·
Menghalau serta merta seramai lebih 300, 000 di
kalangan mereka ke Bangladesh pada tahun 1978. Malangnya Kerajaan Bangladesh
enggan untuk menyediakan makanan dan keperluan lain menyebabkan ramai yang mati
akibat kebuluran dan penyakit.
- ·
Pada tahun 1991, seramai 268,000 dari etnik ini
melarikan diri kerana Myanmar tidak lagi selamat untuk didiami akibat
pembersihan entik berkala oleh tentera Myanmar.
Sehingga hari ini, kerja-kerja
pembersihan etnik Rohingya di Myanmar telah mencatatkan kehancuran jiwa dan
prasarana yang besar. Sejumlah 43 kampung penduduk telah diserang dengan 5,915
rumah dibakar, 555 orang mati dibakar, 300 orang cedera parah, 34 masjid
dibakar, 4 universiti dan 24 sekolah rosak, 300 penduduk telah ditangkap, 90
ribu orang menjadi pelarian, 500 ribu menderita kelaparan kerana tidak boleh
meneruskan aktiviti pertanian, dan 20 ribu orang mendiami pinggiran sungai dan
hutan untuk menyelamatkan diri.
Laporan Harian Metro pada 15/9/2012 lalu,:
KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) akan bekerjasama
dengan Kesatuan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam Sedunia (UNIW) bagi
mencari jalan penyelesaian terhadap pembersihan etnik Rohingya di
Myanmar termasuk mendesak kerajaan negara itu segera memberi hak
kerakyatan kepada etnik terbabit.
Naib Presiden Hal Ehwal Wanita (Helwa) ABIM, Fadhlina Siddiq
berkata, pihaknya bersama UNIW kini giat memperjuangkan kempen global,
Kerakyatan Untuk Rohingya atau ‘Citizenship For Rohingya’ bagi
menegakkan keadilan terhadap etnik yang turut dikenali sebagai ‘Palestin
di Asia’ itu.
“Kami akan turut serta dalam persidangan UNIW
di Istanbul, Turki dalam masa terdekat bagi membincangkan jalan
penyelesaian terhadap isu ini termasuk mendesak kerajaan Myanmar memberi
hak kerakyatan kepada etnik Rohingya.
“Sekiranya desakan terhadap kerajaan negara itu tidak berjaya, UNIW
melalui Kesatuan Peguam Muslim terdiri daripada dua kumpulan peguam dari
Arab Saudi dan Kuwait akan membawa isu ini ke Mahkamah Antarabangsa,”
katanya dalam sidang media di pejabat ABIM, di sini, semalam.
Fadhlina berkata, ketika ini pihaknya melalui Global Peace Malaysia
turut menyalurkan bantuan kemanusiaan terhadap pelarian etnik berkenaan
di negara itu.
Sehingga kini, pembersihan etnik Rohingya
mencatatkan kehancuran jiwa dan prasarana yang besar dengan 43 kampung
penduduk diserang manakala 5,915 rumah dibakar, empat universiti dan 24
sekolah rosak.
Selain itu, 300 penduduk ditangkap, 90,000 menjadi pelarian, 500,000
menderita kelaparan dan 20,000 penduduk terpaksa mendiami pinggiran
sungai dan hutan untuk menyelamatkan diri.
PENANGKAPAN ARBITRARI @ TIDAK BERASAS PENDUDUK TEMPATAN
Fadhlina berkata,
etnik Rohingya juga berterusan berdepan dengan penangkapan arbitrari
atau tangkapan tidak berasas oleh pihak berkuasa Myanmar yang berleluasa
dan adalah satu lagi bentuk penyiksaan sekali gus membuktikan proses
penghapusan etnik sedang berlaku di Arakan.
Perkara itu diakui anak perempuan mangsa penangkapan berkenaan iaitu
Dr Tun Aung, 65, Presiden Majlis Agama dan doktor di Arakan yang kini
dipenjarakan serta diseksa secara fizikal dan mental malah kakak dan
abang iparnya turut menerima nasib yang sama.
Malah kerajaan Junta juga telah
melaksanakan penangkapan sejumlah penduduk
tempatan secara arbitrari dan tidak berasas. Tidak terkecuali seorang
Doktor ternama di wilayah bergolak itu
bersama ahli keluarganya. Beliau selalu menjadi wakil umat Islam dalam
menyalurkan maklumat dan menyelesaikan konflik antara etnik Rohingya dan
Kerajaan Junta Myanmar.
Pada sidang media yang lalu, Abim
juga mendesak supaya bapa (Dr. Tun Aung- Presiden Majlis Agama dan juga seorang
doktor), kakak (Mya Nandar Aung-petugas di UNCHR Maungdaw) dan abang ipar
kepada seorang pelajar warganegara Myamnar (kini penuntut di IPTA) yang ditahan secara arbitari dibebaskan serta-merta.
Ketiga-tiga mangsa telah di tahan masing-masing pada 10 Jun 2012 dituruti penahanan kakak dan abang ipar pelajar IPTA berkenaan pada 18 Jun 2012. Mereka adalah
sebahagian daripada mangsa kempen pembersihan etnik oleh puak junta Myanmar
dengan mensabitkan ketiga-tiga mereka dengan kesalahan berat tanpa bukti.
Dr. Tun Aung, 65 tahun ialah juga
penghidap penyakit Tumor Pituitari dan sedang menjalani rawatan kini berhadapan
dengan undang-undang bagi lima (5) pertuduhan iaitu:-
1) Tidak
menghormati Negara,
2) Menjadi
dalang kepada tercetusnya rusuhan,
3) Memegang
kad pengenalan diri palsu,
4) Memegang
kewangan asing, dan
5) Penyalahgunaan
alat teknologi dan media.
Beliau kini dipenjarakan dalam
ruang yang teruk, kotor juga disiksa fizikal dan mental. Beliau juga telah
dinafikan hak untuk mendapatkan peguam, tidak dibenarkan untuk membela diri dan
tidak dibenarkan untuk memanggil saksi bagi membuktikan beliau tidak bersalah
atas kesemua pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.
Manakala pertuduhan yang
dikenakan ke atas kakak dan abang ipar pelajar terbabit adalah memegang kad
pengenalan diri palsu, penyalahgunaan alat teknologi dan media serta terlibat
dengan politik. Akibat penahanan ini, anak mereka yang berumur dua tahun hilang
tempat bergantung dan tiada yang menjaganya. Sudah tentu jika keadilan tidak
ditegakkan, nasib anak kecil ini akan hancur berkecai dan inilah yang diimpikan
oleh junta tentera Myanmar yang giat melakukan pembersihan etnik dengan
pelbagai cara ke atas masyarakat yang tidak berdosa.
Wanita yang
enggan dikenali itu ketika ditemui mendakwa, bapanya turut dinafikan hak
mendapatkan peguam, tidak dibenarkan membela diri dan tidak dibenarkan
untuk memanggil saksi bagi membuktikan dia tidak bersalah atas semua
pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.
Bekas pelajar institusi pengajian
tinggi awam (IPTA) di sini turut mengakui dirinya dalam ketakutan serta
bimbang ditahan pihak berkuasa Myanmar sekiranya dia kembali ke negara
itu.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/15
0 comments:
Post a Comment