Kejujuran Dalam Perniagaan
Mari Kita Soroti Asas Kejayaan Usahawan Berjaya
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Alhamdulillah pada hujung minggu ini, Intan SRM dapat meluangkan masa berkongsi sedikit informasi. Apa khabar semua pelanggan SRM? Apa khabar teman followers BLOG SRM? Khususnya para ibu rumahtangga? Pasti waktu ini sedang sibuk di dapur barang kali. Alhamdulillah Intan SRM telah menyiapkan hidangan tengah hari awal-awal bagi memastikan Intan SRM dapat mengemaskini data dalam blog ini, InshaAllah.
Hujung minggu begini, apakata kita kongsi-kongsikan tip perniagaan menurut Islam?
DALAM Islam, apa sahaja yang dilakukan dengan niat kerana Allah dan
cara pelaksanaannya menepati syariah dikira sebagai ibadah dan layak
mendapat pahala daripada Allah.
Untuk meraih pahala ibadah menerusi berniaga maka perlu menjaga adab dan etika yang digariskan oleh Islam.
Saya memetik dan edit sikit (yang dibirukan di bawah ni) kata-kata seorang usahawan internet Khairul Fadhli:
Sikap amanah itulah yang sangat SUSAH untuk kita laksanakan. Manusia
memang mudah kabur dengan duit. Kabur mata dengan kemewahan. Sebab itu
kerana duit, kerana kemewahan, janji tidak ditepati, keluarga berpecah
belah, pernikahan bercerai-berai dan perniagaan banyak gagal.
Kalau anda dah setuju nak bekalkan barang ke sebuah syarikat pada
harga tertentu, jangan naikkan harga semata-mata nak untung lebih. Begitu juga, kalau anda telah bersetuju untuk memasarkan produk anda dengan melantik Syarikat A sebagai wakil pemasaran utama anda, maka berpeganglah pada janji dan amanah tersebut.
Kaum Cina sangat-sangat pegang pada syarat no.1 ni. Kalau mereka dah
letak harga, mereka tidak akan ubah kecuali memang kos mereka
menguruskan produk tu naik.
Kaum Cina lebih rela menanggung sedikit kerugian dari hilang sahabat.
Itu pegangan orang cina. Sebab itu kita boleh lihat dalam perniagaan,
orang cina ni komuniti nya agak luar biasa. Sama juga dengan Kaum India.
Ini adalah contoh baik yang patut kita ikut. Sebab itu komuniti
mereka sangat kuat. Jarang sekali kita lihat mereka cuba ‘potong jalan’
bangsa sendiri.
Sebenarnya, dalam Islam pun sangat-sangat ditekankan tentang amanah
ni. Baginda Rasulullah S.A.W adalah orang yang sangat amanah. Dan
Baginda juga adalah peniaga yang sangat-sangat berjaya.
Jadi kita sebagai ummat Nabi Muhammad S.A.W patut contohi baginda,
perwatakannya, personaliti dan contoh paling mudah adalah sikap amanah
Baginda.
Nak jadi usahawan berjaya? Nak jadi kaya dunia dan akhirat? Inilah
dia syarat pertama. Amanah. Anda boleh lakukan ini, dalam apa juga
situasi, tanpa mata dan hati rasa kabur apabila lihat duit
berkepuk-kepuk dalam bank, maka anda telah mulakan langkah pertama
menjadi usahawan yang berjaya dan kaya dunia dan akhirat. Artikel selanjutnya jenguk blog beliau di sini.
Mari kita lihat dan koreksi akhlak Nabi Muhammad SAW dalam perniagaan.
Semenjak kecil lagi, baginda Rasulullah telah memperlihatkan kemuliaan
akhlaknya serta keelokan budi pekertinya. Baginda pernah melakukan
kerja-kerja menternak kambing dan berniaga membantu bapa saudaranya.
Bermula dari sinilah titik tolak baginda menjalankan kerja-kerja
perniagaan.
Ketika baginda berusia dua belas tahun, baginda mengikut
bapa saudaranya ke Syam atas urusan perniagaan. Kisah sejarah bagaimana Nabi Muhammad SAW boleh kita baca dalam buku dan Kitab Sejarah karangan ulama muktabar.
JIRAN PARA NABI DI SYURGA
Untungnya peniaga dan usahawan yang beriman lagi bertaqwa kerana dapat bersama para Nabi. Lihat Sabda Nabi Muhammad SAW:
“Dari Abi Sahid dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Baginda bersabda :
Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para Nabi,
orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid”
(Riwayat Al-Imam At-Tarmizi). Dalam konteks ini, kejujuran ditekankan
kerana kejujuran merupakan antara elemen terpenting dalam perniagaan.
Menyorot perniagaan Sahabat Roselle Marketing, telah banyak mehnah dan tribulasi dilalui oleh Sahabat Roselle Marketing dalam memartabatkan Produk Halal Muslim di Johor khususnya dan Malaysia amnya.
Namun ini tidak mematahkan semangat Sahabat Roselle Marketing terus berjuang dalam arena ini memandangkan berniaga juga adalah sunnah Rasulluah SAW, IDOLA dan ROLE MODEL SETIAP MUSLIM DAN MUKMIN.
TELUS TIP PERNIAGAAN SAHABAT ROSELLE MARKETING
Antara tip perniagaan oleh Pengasas Sahabat Roselle Marketing ialah, niat yang baik serta sifat jujur perlu wujud dalam setiap diri usahawan yang ingin berjaya dan menjadi seorang yang luar biasa.
Secara jujurnya, menjadi seorang usahawan bukan mudah kerana banyak cabaran dan rintangan
yang perlu ditempuhi. Apa yang penting ialah kejujuran kita semasa
berniaga.
Memang sukar untuk mencari orang yang jujur dalam bidang perniagaan,
tetapi sifat jujur inilah sebenarnya membantu kita untuk terus kekal
bertahan kerana kepercayaan orang terhadap kita akan berterusan. InshaALLAH.
Boleh baca lanjut di artikel 19 PRINSIP KEJAYAAN TAN SRI MOKHTAR
KEJUJURAN DALAM PERNIAGAAN; PENGELUAR/ PEMBEKAL - PENIAGA - PELANGGAN
Ketika kita berbincang mengenai perniagaan seorang
muslim, kita sebenarnya sedang membincangkan satu konsep perniagaan yang
membangunkan hubungan kepercayaan di antara PEMBEKAL- PENIAGA- PELANGGAN. Piawaian ini tidak boleh dicapai dengan adanya dusta dan penipuan.
Pada suatu hari, Nabi Muhammad SAW berjalan-jalan di kawasan
pasar bandar Madinah. Baginda lalu di hadapan seorang peniaga yang
menjual buah-buahan yang dilonggok-longgokkan.
Rasulullah memeriksa buah-buahan itu dengan memasukkan tangannya ke dalam satu longgokan.
Kemudian Nabi Muhammad menarik tangannya keluar dan menunjukkan jarinya yang basah kepada peniaga itu.
“Apa ini saudara ?” tanya Nabi Muhammad. “Terkena hujan, tuan,” kata peniaga itu.
“Mengapa saudara tidak letakkan buah-buahan yang basah
itu di sebelah atas supaya orang dapat melihatnya ?” kata Nabi Muhammad.
Kemudian baginda berkata lagi, “Barang siapa menipu, dia bukan pengikut
saya.”
Percayalah. Kejujuran adalah merupakan elemen yang sangat penting dalam menjamin
sesebuah perniagaan itu maju, berjaya dan yang lebih pentingnya ianya
diberkati oleh Allah SWT.
Perkara ini sejajar dengan ajaran Islam sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW:
Dua
orang yang sedang melakukan jual-beli dibolehkan tawar-menawar selama
belum berpisah; jika mereka itu berlaku jujur dan menjelaskan (ciri
dagangannya), maka mereka akan diberi barakah dalam perdagangannya itu;
tetapi jika mereka berdusta dan menyembunyikan (ciri
dagangannya),barakah dagangannya itu akan dihapus. (
Hadith Riwayat Bukhari)
Dr. Thomas Stanley, penulis buku The Millionaire Mind
menyatakan bahawa antara faktor utama yang menyebabkan seseorang itu
dapat memperolehi kejayaan dalam perniagaan adalah jujur dengan semua
orang. Beliau memperolehi jawapan itu daripada individu-individu yang
berjaya menjadi jutawan yang telah ditemu bual.
Dan kejujuran ini termasuklah Bekerjasama Dengan Muslim Lain Dalam Pasaran Anda.
Namun, adakah kita bersedia Bekerjasama Dengan Muslim Lain Dalam Pasaran Anda?
Bersambung akan datang, InshaAllah jika punya kesempatan daripadaNya.
Rangkaian Kedai Sahabat Roselle Marketing:
Cawangan Impian Emas, Skudai Johor Bharu, Johor:
No. 32 Jalan Impian Emas 7,Taman Impian Emas,81300 Skudai,Johor, Malaysia
Office : +607 558 2779
HP : 019-778 3029
Kedai SRM Puchong Selangor:
No
19-1, Jalan Tasek Prima 5/1, Blok B Prima Biz Hub,Taman Tasik Prima,
47150 Puchong, Selangor Darul Ehsan. Nombor telefon: 019 7773194/019 7773094
SRM Cawangan Bandar Baru Uda,
No. 3 Jalan Padi Ria 13, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, 019-7773022 (En.Fadhil)
Cawangan Taman Mutiara Rini,
No. 33 Jalan Jasa 64,Taman Mutiara Rini, 81300 Skudai, Johor Bahru, Nombor 0197773064
D &Yad Venture -
No:22 Jln Sejambak 14,
Taman Bukit Dahlia,Pasir Gudang
HP: 017 738 2676/ 019-7835476 [Puan Mim]
SRM
Mobile -
Sekitar Muar, Johor - 019-619
6676 [Puan Fatimah]
Pahang: 019 9851773 (Encik
Sulaiman)
0 comments:
Post a Comment