Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Monday, November 19, 2012

Serangan di Gaza Palestin mohon bantuan antarabangsa

Serangan di Gaza Palestin mohon bantuan antarabangsa 


A Palestinian relative grieves at the hospital in Gaza City on November 18, 2012, after seven members of the same family, including four children, were among nine people killed when an Israeli missile struck a family home in Gaza City, the health ministry said.

Read more: http://www.nydailynews.com/news/world/israel-attacks-pound-gaza-killing-24-article-1.1204194#ixzz2CdwkiFd5
 A Palestinian relative grieves at the hospital in Gaza City on November 18, 2012, after seven members of the same family, including four children, were among nine people killed when an Israeli missile struck a family home in Gaza City, the health ministry said.
A Palestinian relative grieves at the hospital in Gaza City on November 18, 2012, after seven members of the same family, including four children, were among nine people killed when an Israeli missile struck a family home in Gaza City, the health ministry said.

Read more: http://www.nydailynews.com/news/world/israel-attacks-pound-gaza-killing-24-article-1.1204194#ixzz2CdwkiFd5
A Palestinian relative grieves at the hospital in Gaza City on November 18, 2012, after seven members of the same family, including four children, were among nine people killed when an Israeli missile struck a family home in Gaza City, the health ministry said.

Read more: http://www.nydailynews.com/news/world/israel-attacks-pound-gaza-killing-24-article-1.1204194#ixzz2CdwkiFd5


Asap naik selepas serangan tentera Israel di Gaza City, Ahad, November 18, 2012.  
Tentera Israel meluaskan rangkaian sasaran di Semenanjung Gaza pada hari Ahad termasuk operasi media pemerintah Hamas wilayah Palestin, menghantar pesawat untuk menyerang dua bangunan
 yang digunakan oleh media Hamas dan media asing.

 

Serangan di Gaza Palestin mahu komuniti antarabangsa bantu 72 maut sejak Rabu
Kerajaan bentang usul tergempar berhubung isu Palestin di Parlimen esok (hari ini) 




The baby son of a BBC worker was among those killed in Israel's air strike on Gaza on Wednesday. 





Jihad Misharawi, who is employed by BBC Arabic, lost his 11-month-old baby Omar. 




Anggota bomba memadam kebakaran susulan serangan Israel ke atas sebuah rumah di Gaza City, semalam. - Foto ihsan Reuters

KAHERAH - Serangan udara Israel membunuh 11 rakyat Palestin semalam - jumlah tertinggi dalam satu hari sejak Israel melancarkan serangan Rabu lalu sementara kepimpinan Palestin merayu Liga Arab mengadakan sidang kemuncak untuk membincangkan pencerobohan negara Yahudi itu.

Tekanan masyarakat antarabangsa meningkat bagi menghentikan konflik lima hari ini.

Ketua Liga Arab, Nabil Elaraby dijangka melawat Gaza esok.

Daripada 11 yang terbunuh semalam, empat adalah kanak-kanak.



Serangan Israel semalam turut meranapkan sebuah rumah tiga tingkat.

Mesir sedang mengusahakan gencatan senjata.

Media Israel pula melaporkan bahawa delegasi negara itu kini berada di Kaherah untuk menghadiri perbincangan menamatkan konflik.

Bagaimanapun laporan berasingan pula menyebut negara itu bersedia meningkatkan serangan ketenteraan ke atas Gaza.

Presiden Mesir, Mohamed Mursi telah mengadakan pertemuan dengan ketua biro politik Hamas, Khaled Meshaal dan ketua pergerakan Islamic Jihad, Ramadan Shallah - sebahagian usaha mengatasi ketegangan di Palestin-Israel.

Laporan Reuters memetik Izzat Risheq, seorang pembantu rapat Khaled berkata, Hamas akan menerima gencatan senjata hanya selepas Israel mengentikan pencerobohan, menghentikan sasaran membunuh pemimpin-pemimpin Palestin dan menarik balik sekatan ke Gaza.

Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri Israel Moshe Yaalon yang menulis menerusi Twitter berkata, Israel akan menerima gencatan senjata hanya jika situasi tenang di selatan dan tiada roket dilancarkan terhadap rakyat negara Yahudi itu.

"... tidak ada serangan pengganas digerakkan dari Genting Gaza, kami tidak akan menyerang," katanya.

Pegawai-pegawai Gaza mengesahkan 72 rakyat Palestin termasuk 21 kanak-kanak terbunuh sejak Rabu lalu.


 Kerajaan bentang usul tergempar berhubung isu Palestin di Parlimen esok
PHNOM PENH - Kerajaan akan membentangkan usul tergempar di Dewan Rakyat esok bagi mengecam sekeras-kerasnya serangan Israel ke atas rakyat Palestin, kata Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Perdana Menteri berkata usul itu akan menggesa Dewan Rakyat untuk mengambil ketetapan, antaranya:

* Mengecam sekeras-kerasnya serangan ketenteraan Israel ke atas wilayah Palestine di Gaza sehingga mengakibatkan kehilangan nyawa rakyat awam Palestin.
* Menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) membuat ketetapan supaya Israel menghentikan serta-merta serangan ketenteraannya ke atas wilayah Palestin di Gaza melalui gencatan senjata.
* Menggesa Perhimpunan Agung PBB supaya mengadakan Sesi Tergempar Khas Perhimpunan Agung PBB di bawah Resolusi 377A(V) sekiranya Majlis Keselamatan PBB gagal menjalankan tanggungjawabnya.
* Menzahirkan sokongan padu rakyat Malaysia kepada perjuangan rakyat Palestin ke arah mewujudkan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat; dan
* Mengambil keputusan untuk menyampaikan resolusi ini kepada semua Dewan/ Perundangan dan Parlimen yang berkenaan, khasnya Kongres Amerika Syarikat, Parlimen Britain dan Parlimen Kesatuan Eropah.

"Bagi menzahirkan sokongan dan keprihatinan kerajaan dan rakyat Malaysia berhubung isu ini, saya telah mengarahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz untuk membentangkan satu usul tergempar di Dewan Rakyat pada Isnin, 19 Nov 2012," kata Najib.

Najib berada di sini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Asean ke-21 dan Sidang-Sidang Kemuncak Berkaitan selama tiga hari mulai hari ini hingga Selasa.

Israel melancarkan serangan terbaharu yang dinamakan operasi "Pillar of Defence" ke atas wilayah Palestin di Gaza yang setakat ini mengorbankan 40 orang termasuk seorang pemimpin Hamas Ahmed Jaberi, enam kanak-kanak, seorang wanita hamil dan seorang guru United Nations Relief and Works Agency (UNRWA) dan lebih 345 orang cedera.

Tiga rakyat Israel terkorban dan 18 orang lagi cedera akibat serangan balas pihak Hamas.

Najib berkata serangan tentera Israel ke atas wilayah Palestin di Gaza jelas merupakan tindakan tidak berperikemanusiaan yang mencabuli undang-undang antarabangsa, undang-undang kemanusiaan antarabangsa, Piagam PBB serta merupakan jenayah perang yang menyalahi Konvensyen Keempat Geneva 1949 Mengenai Perlindungan Orang-Orang Awam Semasa Perang.

"Malaysia berpegang teguh kepada pendirian bahawa tiada alasan kukuh bagi penggunaan kekerasan yang dilakukan secara tidak seimbang, sembarangan dan melampau ke atas wilayah Palestin di Gaza dan dengan itu menolak tindakan hukuman kolektif yang diambil ke atas rakyat Palestin di Gaza," katanya.

Malaysia, kata Najib juga berasa amat dukacita dan kesal dengan ketidakmampuan masyarakat antarabangsa, terutama Majlis Keselamatan PBB untuk menghentikan dengan serta-merta keganasan Israel yang dilakukan ke  atas wilayah Palesstin di Gaza.

Pada 15 Nov 2012, Mesyuarat Majlis Menteri-Menteri Luar ke-39 Persidangan Pertubuhan Islam (OIC) di Djibouti mengeluarkan suatu kenyataan bersama mengutuk serangan ketenteraan Israel ke atas Gaza dan menyeru campurtangan Majlis Keselamatan PBB bagi mencari jalan penyelesaian untuk menamatkan konflik.

Semasa mesyuarat itu, Malaysia mengecam serangan tentera Israel dan menggesa Majlis Keselamatan mengambil tindakan segera bagi menghentikan kekejaman Israel ke atas rakyat Palestin.

"Saya juga akan membangkitkan perkara ini semasa Sidang Kemuncak Asean ke-21 dan Sidang-Sidang Kemuncak Berkaitan di Phnom Penh, Kemboja mulai hari ini sehingga 20 Nov 2012," kata Najib. - Bernama

0 comments:

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...