KONSEP SAHABAT ROSELLE MARKETING
Kedai SRM, Puchong, Produk Halal Muslim Pilihan Anda,
"Kedai Muslim...Barangan Muslim..Untuk Pengguna Muslim..."
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Kepada semua pelanggan setia Sahabat Roselle Marketing.
Menyedari
ada keperluan dalam kalangan pengguna-pengguna Muslim tempatan,
Sahabat Roselle Marketing (SRM) tampil dengan kedai runcit yang
memasarkan hanya produk-produk halal yang dikeluarkan oleh usahawan
Muslim.
Sahabat
Roselle Marketing adalah pemborong ,pengedar dan peruncit barang-barang
halal muslim. Syarikat didaftarkan pada 2006 secara rasminya.
Bagi memastikan produk dapat di pasarkan dengan lebih
jauh lagi, maka Kedai Sahabat Roselle(JM0549153-H) telah ditubuhkan pada 21 Julai 2009.
Kedai SRM merupakan rangkaian SRM untuk memasarkan produk muslim secara pukal dan runcit. Kini kedai SRM sudah semakin di kenali di negeri johor.
Sahabat Roselle Marketing juga memfokuskan produk halal yang mesra pelanggan ready to eat dan ready
to cook, yang sesuai dengan dengan penggunaan pengguna yang sibuk dan
mempunyai masa yang pendek di rumah setelah berada di tempat kerja yang
panjang.
Hampir
80 peratus barangan yang kami pasarkan merupakan produk Muslim
tempatan di mana kira-kira 65 peratus dibekalkan oleh pengusaha dari
negeri Utara tanah air dan Johor.
Alhamdulillah, pada 2012 Kedai SRM telah dibuka . Alhamdulillah, bersyukur kami ke hadrat Allah SWT, kini Kedai SRM telah beroperasi dengan baik.
Kedai SRM,
No. 19-1, Jalan Tasik Prima 5/1, Taman Tasik Prima, 47150 Puchong, Selangor.
No. Telefon:
03-8062 7032, 019-777 3194, 019-777 3094
SRM
juga merupakan antara kedai pertama di Johor yang mewujudkan konsep
peruncitan Islamik yang menggunakan sepenuhnya tenaga dan kemahiran
tempatan dalam operasi peruncitan.
0 comments:
Post a Comment