Alpan adalah ubat yang dirumus daripada remedi Homeopati untuk mengatasi demam, selsema, sakit kepala dan sakit - sakit lain. Alpan adalah selamat dan sesuai diambil oleh semua peringkat umur. Alpan disediakan dalam bentuk tablet yang terasa sedikit manis bagi memudahkan dimakan dengan hanya mengulum atau dikesip hingga cair dalam mulut. Alpan boleh juga disediakan dalam bentuk larutan (tablet dilarutkan dalam air) dan diberi dengan sudu.
Alpan amat sesuai dan mujarab mengubati pelbagai demam dan sakit kepala dengan simptom serangan akut, peringkat awal selsema dengan kedinginan dan seram sejuk, badan panas tinggi, batuk-batuk, kepala mendengap atau mendenyut kuat, keresahan dan takut - takut, muka dan kulit merah, terasa sakit kuat di mana - mana bahagian badan (sehingga membuat kanak - kanak menangis dan menjerit serta mahu didokong), timbul ruam merah, pembengkakan atau bisul yang menyakitkan. Merawat sebarang keadaan pembengkakan dan keradangan (inflamasi) di mana - mana bahagian badan seperti beguk, bengkak gusi, bengkak payudara (bengkak susu serta sakit mendengap, berdenyut, kemerahan) bengkak sendi jenis reumatisme. Segera meredakan sakit gigi, sakit mata (konjunktivitis), sakit kepala kerana terdedah kepada cahaya matahari. Sesuai juga waktu anak sedang tumbuh gigi, dengan sifat suka meragam, menangis, merengek, mahu dibelai dan didokong (jika diletak akan menangis), najis kehijauan. Bagus juga untuk gangguan penyakit kuning (jaundis) pada bayi baru lahir.
Pada peringkat mental, Alpan sesuai juga untuk masalah racauan (delirium), resah, gelisah, takut, cemas, bimbang, panik, amat terganggu oleh bising. Bengkeng dan pemarah.
Berguna juga dalam kes - kes kecemasan seperti tercelur, terkena api, terbakar di bahang matahari (sunburn)
Ada yang beranggapan Alpan sebagai remedi seribu guna kerana kemanfaatan untuk pelbagai jenis sakit.
Masyarakat sudah biasa dengan pelbagai sediaan berasaskan Paracetamol sebagai ubat demam dan sakit-sakit. Biapun berkesan namun ia membawa bahaya yang tidak kita sedari iaitu kesan sampingan atau kesan mudarat ubat (adverse drug reaction) Menurut kajian di Singapura antara kesan sampingan Paracetamol ialah penyakit kuning, gangguan hati (hepar) dan masalah jantung(fatal mycordial necrosis). Sekarang sudah ada Alpan, satu-satunya sediaan Homeopati sebagai alternatif ubat tersebut.
0 comments:
Post a Comment