Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Thursday, May 24, 2012

Senarai Pengedar Biosinar Negeri Sembilan

Senarai Pengedar Biosinar Negeri Sembilan


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Tahniah kepada Muslim Shoppe, Nilai 012-9528145 dan Awi Pak Aji, Ampangan Seremban 016-3746181 kerana telah menjadi Pengedar Biosinar di Negeri Sembilan.

Kepada para pelanggan berhampiran Muslim Shoppe Nilai dan Awi Pakaji boleh hubungi mereka. 

Kepada para pelanggan dan bakal pengedar Biosinar yang lain, 
sila hubungi Encik Yusof di talian 019 770 3029 (Johor).

SRM PUCHONG, SELANGOR
Atau 019-7773194 atau  019777-3094 dan  No Kedai SRM Puchong 03-80627032


Bil
Nama / Syarikat/
Kawasan


No Telefon


1.

MUSLEM SHOPPE

NILAI

012-9528145

2.

AWI PAKAJI

SEREMBAN AMPANGAN 2 PAROI

016-3746181

Tuesday, May 22, 2012

Video Gerhana Matahari Mei 2012

Fenomena Gerhana Matahari Mei 2012 Meredupkan langit






Gambar gerhana matahari di Indonesia.


Gerhana matahari cincin yang berlangsung 20 mei lalu  tidak dapat dinikmati semua penduduk bumi.

Matahari dan bulan berada segaris dengan Bumi dalam peristiwa astronomi jarang ditemui pada Minggu, 20 Mei 2012, dan hari ini, Isnin, 21 Mei 2012. Gerhana yang sekejap itu membuat matahari membentuk cincin api dan meredupkan langit sebahagian kawasan Asia dan Amerika Utara.

Jenis gerhana semacam itu terjadi hampir setiap tahun. Tapi pemerhati bintang tidak melihat bentuk menyerupai cincin api dalam gerhana yang berlaku di Amerika Syarikat sejak tahun 1994.




Peristiwa semacam itu selanjutnya tidak akan terjadi sehingga tahun 2023, demikian menurut laporan dalam laman agensi berita Reuters.

Berikut ini beberapa website yang menyiarkan siaran langsung Gerhana Matahari 2012

1. http://events.slooh.com/
Slooth Space Camera akan menyiarkan langsung pengamatan dari Jepun, California, Arizona, dan New Mexico mulai Minggu, 21.30 GMT.

2. http://panasonic.net/eclipselive/
Perusahaan elektronik asal Jepun Panasonic, menyiarkan langsung gerhana matahari dari ketinggian 3.776 meter di Gunung Fuji.

3. http://www.weather.gov.hk/gts/hksm/astrophoto.htm
Siaran langsung ini disediakan Hong Kong Observatory and Hong Kong Space Museum. Sudut pengamatan dari beberapa kota di selatan Cina.

4. http://www.ustream.tv/channel/scottys-sky

Siaran ini disajikan seorang penggemar astronomi, Scotty Degenhart, dari Area 51 Nevada, Amerika Serikat, yang berjarak sekitar 130 kilometer dari Las Vegas.


Mee Segera Apa kandungannya yang perlu anda tahu

Mee Segera Apa kandungannya yang perlu anda tahu



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.  Selama ini makan mee segera atau juga mee instant ni mungkin di kalangan kita merasakan ia ok jer. 

Mee segera, sudah menjadi budaya masyarakat kita. Mungkin dalam sehari ada yang makan mee segera sehingga 3 bungkus. Apatah lagi bagi pelajar terutama pelajar kolej/ universiti, ramai yang kerap mengambil mee segera sebagai ganti makan nasi. Ini kerana untuk menjimatkan budget kewangan.

Memang tidak dapat dinafikan, ramai yang telah mengetahui keburukan pengambilan mee segera. Tetapi disebabkan harganya yang murah dan mudah dimasak, menyababkan ia tetap menjadi pilihan ramai pengguna.

Nasihat untuk para pembaca blog ini,  elakkanlah mengambil mee segera. Walaupun murah dan menjimatkan ianya tetap menjejaskan tahap kesihatan. 

Malah, akan lebih banyak kos yang diperlukan untuk melakukan rawatan kalau kesihatan kita terjejas. Perlu kita ingat, kesihatan tu lebih penting dari segalanya. Kesihatan yang Allah anugerahkan hendaklah kita jaga dengan sebaiknya.

Tubuh badan kita ni juga perlukan makanan berkhasiat, selain yang penting halal thoyyiba.

Terutama kepada adik-adik yang masih bergelar pelajar @ mahasiswa, cubalah elakkan memakan mee segera. Jika untuk berjimat sekalipun, cubalah makan makanan lain yang lebih berkhasiat.

Sebagai ibu bapa pula, kita mesti mengambil tahu kesan keburukan mengambil mee segera sebagai ganti nasi dan lauk pauk utama dalam jangka masa panjang.
 Wahai orang tua, rawatlah anakmu dengan sebaik-baiknya, jangan sia-siakan anakmu apalagi menyakitinya. Lindungi kesihatannya!

Untuk pengetahuan anda semua, kesannya mungkin bukan sehari dua. Ia akan memberi kesan ketika waktu  sudah tua (50-70) ataupun ketika pertengahan umur( 30-40).

10 bahan terlarang yang kita tanpa sedari!

1. Kalsium Sulfat: Kapur Paris.

2. Asid tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Ia lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.

3. Kalsium oksida: Digunakan untuk rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga (rictsect contohnya).

4. Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ): Produk berasaskan petroleum satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).

5. Butylated hydroxytoluene (BHT) : Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada buah pinggang.

6. Propyl Gallate: Satu xenoestogen  (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma.

7. Pentasodium triphosphate: Bahan pencuci paling berkuasa (digunakan dalam bahan cuci, pinggan mangkuk), bahan smak untuk kulit juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, applikasi lombong dan rawatan air.

8. Propylane Glycol: Pelarut sintetik yang dianggap racun neorologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin,  antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.

9. Polydimethylsiloxane: Digunakan dalam kanta sentuh, syampu untuk (menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.

10. Pewarna tiruan: (contohnya Sunset Yello FCF Tartrazine) ia menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak: mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran, kerosakan saraf, dan mungkin boleh menjadi penyebab kanser.

Nota tambahan:  

Sebenarnya lebih dari itu, bukan sekadar bahan perasa dan antaranya:

136 bahan penambah kebanyakannya bahan kimia adalah dibenarkan ditambah di dalam mi segera oleh Codex, piawaian makanan WHO/FAO. Daripada 136 bahan penambah itu, 24 daripadanya adalah garam natrium, di samping garam makan juga turut ditambah. Atas faktor itulah kenapa mee segera mengandungi natrium yang tinggi. (Memang tidak elok untuk jangka panjang, garam yang berlebihan boleh menyebabkan serangan darah tinggi)

Satu paket mi segera sahaja boleh mengandungi kira-kira maksimum pengambilan harian yang dibenarkan 2,400 mg natrium. 

Menurut Majlis Pengguna Hong Kong (HKCC) dan Pusat Keselamatan Makanan (CFS), sampel 3 cawan mi segera didapati mengandungi lebih daripada 30g daripada jumlah lemak bagi setiap pakej, yang merupakan lebih daripada 50% daripada had pengambilan harian bagi jumlah lemak untuk diet 2,000-kcal.

Sumber : Utusan Pengguna keluaran Nov-Dis 2010.

Monday, May 21, 2012

Promosi Biosinar di Kuantan Pahang Bersama Sahabat Roselle

Sahabat Roselle Membuat Promosi Sabun Biosinar
 di Kuantan Pahang


Van Sahabat Roselle yang berwajah baru, Sabun Biosinar


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Kepada para pelanggan dan bakal pelanggan, InshaAllah, Sahabat Roselle Marketing, akan berada di Kuantan, Pahang.

InshaAllah, Sahabat Roselle Marketing akan berada di Kuantan, Pahang dari 26 Mei 2012 (Hari Sabtu) hingga 27 Mei 2012 (Hari Ahad).

Kepada sesiapa yang hendak membeli secara runcit atau secara borong (berpeluang menjadi pengedar Sabun Biosinar), boleh berjumpa terus dengan Sahabat Roselle Marketing.

Sila hubungi talian 019 770 3029, bercakap dengan Encik Yusof.

SAHABAT ROSELLE MARKETING

 Encik Yusof, 019 7703029 atau 019-7773022 atau 019-7783029

atau di Kawasan Lembah Klang boleh hubungi 
Encik Shukri atau Encik Azrull
019 7773194 atau 019 7773094 

Di Pantai Timur sila hubungi Encik Sulaiman 019 985 1773


 Atau boleh rujuk entry ini, http://sahabatroselle.blogspot.com/2012/04/pengedar-sabun-biosinar-pahang.html

Saturday, May 19, 2012

Susu Cair Alif Penuh Krimer Manis

Susu Cair Alif Penuh Krimer Manis

 Harga: RM 2. 70

Susu Cair Krimer Sejati Alif, Halal Thoyyiba. Cepat ke Kedai Sahabat Roselle Marketing.

Sila hubungi 


SAHABAT ROSELLE MARKETING

 019 7703029 atau 019-7773022 atau 019-7783029

Kedai SRM Puchong: 019 7773194 atau 019 7773094

Atau boleh terus kunjungi Kedai Sahabat Roselle di:

Cawangan Impian Emas, Skudai Johor Bharu, Johor:
No. 32 Jalan Impian Emas 7,Taman Impian Emas,81300 Skudai,Johor, Malaysia
Office : +607 558 2779
Kedai SRM Puchong Selangor:
No 19-1, Jalan Tasek Prima 5/1, Blok B Prima Biz Hub,Taman Tasik Prima, 47150 Puchong, Selangor Darul Ehsan. Nombor telefon: 019 7773194/ 019 7773094
 
SRM Cawangan Bandar Baru Uda, 
No. 3 Jalan Padi Ria 13, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, 019-7773022 (En.Fadhil)

Cawangan Taman Mutiara Rini, 
No. 33 Jalan Jasa 64,Taman Mutiara Rini, 81300 Skudai, Johor Bahru, Nombor 0197773064  

Cawangan Pasir Gudang:
D & Yad venture - No:22 Jln Sejambak 14, Taman Bukit Dahlia 81000 Pasir Gudang, Johor.017-7382676 [Puan Mimah]

 SRM Mobile - Sekitar Muar, Johor - 019-619 6676 [Puan Fatimah]  
Pahang: 019 9851773 (Encik Sulaiman)

Monday, May 14, 2012

Gerhana Matahari Cincin Annulus 20 Mei 2012

Gerhana Matahari Cincin Annulus 20 Mei 2012

Gambar Gerhana Matahari dari NASA


Gerhana matahari cincin terjadi apabila bulan yang melintas di permukaan matahari tidak mampu untuk menutup keseluruhan cakera matahari, lalu menghasilkan bentuk seakan cincin.



Gerhana Matahari Cincin (Annulus)

Gerhana matahari adalah fenomena alam yang lumrah terjadi. Pada tahun 2012 ini, gerhana matahari pertama akan terjadi pada 20 Mei 2012 nanti. Gerhana matahari cincin, namanya. 


Laluan gerhana akan bermula di selatan China dan bergerak ke timur melalui Jepun, utara Lautan Pasifik dan ke barat Amerika Syarikat. Gerhana separa akan dapat dilihat di seluruh bahagian di Asia Timur dan kebanyakan Amerika Utara. 

Sayangnya Malaysia tidak termasuk dalam laluan gerhana. 

Fenomena alam yang menarik ini dijangka berlaku  sebelum 6 petang pada 20 Mei 2012. Kira-kira separuh daripada cakera solar akan dilindungi oleh bulan.


Sila lihat Peta maklumat Gerhana Matahari Oleh NASA


Saturday, May 12, 2012

Kisah Benar Pesawat Terselamat Berkat Solawat yang Dibaca Penumpang

Kisah Benar Pesawat Terselamat Berkat Solawat yang Dibaca Penumpang



Pengalaman Ketika Menaiki Pesawat

Selawat Allah ke atas junjungan Muhammad, dan keluarga Muhammad, sebagaimana selawat-Mu ya Allah ke atas Ibrahim dan keluarga Ibrahim.

Alhamdulillahirabbil'alamin. Bersyukur kami ke hadrat Allah SWT, Alhamdulillah,  kami rombongan Sahabat Roselle marketing telah selamat kembali dari menunaikan ibadah Umrah dengan menaiki Etihad Airways. Pelbagai pengalaman dan ilmu telah kami perolehi pada Umrah kali ini. 

Walaupun Umrah kali ini bukanlah kali pertama bagi sebahagian rombongan Sahabat Roselle Marketing, kerana telah ada di kalngan kami yang bergelar hajah dan haji.  Ada juga telah melalukan ibadah Umrah, namun perjalanan Umrah kali ini tetap ada kisah tersendiri yang banyak memberi pengajaran kepada kami.

Umrah, bukanlah suatu perjalanan berliburan tetapi perjalanan menuju Allah. Samada ketika hendak pergi, apatah lagi setelah kembali dari Umrah.

Pengalaman transit dari Changi Airport, Singapore- Abu Dhabi. Berhenti sebentar di Abu Dhabi Airport lalu flight berlepas ke Jeddah. Begitulah jua dalam perjalanan balik. Semua itu, walaupun cuma 15 hari, tetapi bagaikan Travelog Umrah yang sangat sarat dengan iktibar dan pengajaran.

Antara yang kuat di ingatan saya ialah ketika menjadi penumpang dalam pesawat Etihad Airways dari Abu Dhabi-Singapore, apabila ada pengumuman penumpang diminta memakai tali pinggang keledar kerena juruterbang tidak nampak jalan di hadapan.

 Gambar Lapangan Terbang Abu Dhabi

Saya yang kebetulan duduk di tepi tingkap melihat pemandangan ruang angkasa di luar. Oleh itu, saya nampak perjalanan pesawat Etihad Airways ketika itu secara live selain screen di hadapan seat saya yang menyiarkan map perjalanan pesawat seacara online.

Waktu itu masih siang, terang benderang dan cuaca sangat baik. Kami baru melepasi Negara India.

Kebetulan sepanjang perjalanan saya tidak boleh tidur. Salawat yang kami alunkan secara perlahan sebelum itu, terus sahaja Saya dan sahabat-sahabat saya  berselawat ke atas Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wassalam.

Begitulah sedikit ringkasan perjalanan Umrah kami.

 Pesawat Sukhoi Superjet-100

Kebetulan ketika ini pesawat  Sukhoi Superjet-100 yang terhempas di Jakarta telah ditemui. Canggih sebenarnya Pesawat Sukhoi ini. Pesawat ini  merupakan pesawat penumpang pertama yang dikembangkan daripada keluaran jet tempur Sukhoi ciptaan Rusia.

Artikel lanjut, sila klik, Gambar Pesawat Sukhoi sebelum dan Selepas terhempas, di sini dan Gambar Serpihan Pesawat Sukhoi di Lereng Gunung Salak di sini

Di kesempatan ini, saya ingin memuat naik perkongsian pengalaman benar sebuah keluarga Muslim dari Indonesia, yang berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW di saat pesawat dalam kecemasan. 

Marilah kita Berselawat


Allahuma sholli 'alla Syaidina Muhammad 
wa a'la ali syaidina Muhaamad Wa Sohbihi Wassallam


Firman Allah SWT:


Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat kepada Nabi. Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. [Al-Ahzaab 33: 56]

Kisah Benar Keajaiban Selawat

Bismillahir-Rahmaanir-Rahim ... Pagi itu keluarga Achmad akan berangkat ke Malang, (Malang ialah sebuah kota di Indonesia) naik pesawat terbang. Mereka berempat, ayah, isteri dan dua anaknya(Hasan dan Husein),Hasan kelas 5 SD, sedang Husein kelas 2 SD.

Pesawat bergerak naik seperti biasa  saja, tiada kendala apapun. Dalam perjalanan pun tiada hal yang dapat membuat hati was-was.

Tapi ketika pesawat akan sampai di destinasi, ingin mendarat, Lapangan terbang tidak kelihatan, karena tertutup awan tebal.

Manakala pramugari sudah memberikan aba-aba pada penumpang dengan kata-kata yang masih diingat oleh Achmad ,”

" Kita adalah milik Tuhan dan akan kembali kepada-Nya”, 

Seluruh penumpang kapal panik dan tegang. Begitupun dengan Achmad, mulutnya terus berzikir karena mereka semua takut akan terjadi sesuatu dengan pesawat.

Pesawat akhirnya memutar kembali mencari posisi aman untuk turun, ketika pesawat menukik lagi untuk turun, badan pesawat bergoyang hebat, sehingga barang-barang yg ada diatas berjatuhan, sungguh peristiwa yang sangat menegangkan, karena mereka semua sudah menyangka bahwa pesawat akan mengalami kecelakaan.

Ketika dalam keadaan yang sangat takut dan menegangkan, Hasan dan Husein berteriak-teriak membaca Sholawat dan puji-pujian kepada Rosulullah Sallahu Alaihi wassalam.

Entah mengapa pesawat seperti ada yang menuntun menembus awan lalu terlihatlah Lapangan Terbang Malang. Akhirnya pesawat dengan tenang mendarat.

Setelah pesawat mendarat dan semua penumpang akan turun, juruterbang  keluar dari tempatnya mencari dan menanyakan,

 “Siapa tadi yang membaca Sholawat?” 

Hasan dan Husein tunjuk tangan “Saya pak!”.

Langsung juruterbang menghampirinya dan menyalaminya serta mengucapkan terima kasih.

Juruterbang itu berkata ,“Tanpa kamu saya tidak tahu apa yang akan terjadi dengan pesawat ini”. 

Rupanya juruterbang tersebut seorang muslim, jadi ia tahu bacaan sholawat.

Cerita ini adalah kisah nyata yang belum lama terjadi, sengaja diturunkan, untuk mengambil hikmah, bahwa bila dalam keadaan genting atau ketakutan yang amat sangat, kita bisa memanggil Allah dengan perantaraan Nabi-Nya, yaitu seorang yang dicintai oleh Allah. 

Seandainya ada yang tidak percaya dengan cerita ini, itu hak anda, tapi peristiwa ini memang benar-benar terjadi.

Wallahu’alam bishshawab, ..Wabillahi Taufik Wal Hidayah, ...

Saudariku,

Setelah engkau baca nasihat di atas maka ketahuilah bahwa pintu taubat senantiasa terbuka bagi siapa saja yang benar-benar ingin bertaubat. Allah berfirman: "Katakanlah: Wahai hamba-hamba-Ku yang telah melampaui batas akan dirinya (berbuat dosa), janganlah kalian berputus asa dari rahmat Allah, sesunggunya Allah mengampuni dosa seluruhnya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Az-Zumar : 53)

Maka apabila engkau wahai saudariku telah tenggelam dalam suatu kemaksiatan dan dosa, segeralah bertaubat dengan taubatan nashuha sebelum pintu taubat tertutup dan sebelum tubuhmu ditimbun di dalam tanah. Dan pada saat itu tidaklah lagi berguna penyesalan.

Semoga Allah membangunkan kita dari kelalaian yang ada dan semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita, menerima taubat kita, melindungi kita dari adzab qubur dan adzab neraka, serta memasukkan kita ke dalam surga Firdaus Al-A'la.

Shalawat serta salam senantisa tercurah kepada Nabi kita.

Semoga bermanfaat dan Dapat Diambil Hikmah-Nya ...

Friday, May 11, 2012

Video Muslim Syiria Ditanam Hidup-hidup Pakaian Dicabut

Muslim Syiria Ditanam Hidup-hidup Tanpa Pakaian 



Video ini adalah rakaman rahsia yang terbongkar, salah satu kebiadaban pasukan rezim Syi'ah Nusairi pimpinan Bashar Assad. 
Al Fatihah untuk saudara Muslimin Muslimat yang teraniaya dan dizalimi ini. Semoga roh mereka tenang di alam barzakh bersama para syuhada Allah dan kekasih-kekasih Allah.Amin. 






Video yang berdasarkan catatan di Youtube ini adalah tahun 2011 yang tidak diketahui di wilayah mana. Video ini menunjukkan sejumlah muslim Syria ditanam hidup-hidup, sambil pakaian mereka telah dicabut oleh rejim tentara Asad di sebuah tempat.


Semoga Allah melaknat orang-orang yang menyiksa dan membunuh kaum Muslimin tanpa hak. Ini adalah sebahagian daripada sejumlah bukti kekejaman rezim Syi'ah Nusairi di Syria.

Doa Qunut Nazilah Maksud Bahasa Melayu

Doa Qunut Nazilah Erti Bahasa Melayu


Seperti dikisahkan dalam Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim, Rasulullah SAW pernah melakukan qunut selama satu bulan untuk mendoakan pembunuh-pembunuh para sahabatnya di dalam peristiwa Bir Al-Ma'unah.

Begitu juga dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas:

قنت رسول الله صلى الله عليه و سلم شهرا متتابعا في الظهر والعصر والمغرب والعشاء وصلاة الصبح في دبر كل صلاة إذا قال " سمع الله لمن حمده " من الركعة الآخرة يدعو على أحياء من بني سليم على رعل وذكوان وعصية ويؤمن من خلفه .
(Sunan Abu Daud)

Terjemahan :

Rasulullah S.A.W. melakukan qunut satu bulan berturut-turut pada solat Zhuhur, Ashar, Maghrib, ‘Isya dan Subuh di akhir setiap solat, yakni apabila baginda telah membaca “Sami’allaahu liman hamidah” dari raka’at terakhir, baginda S.A.W. mendo’akan kecelakaan atas mereka, satu kabilah dari Bani Sulaim, Ri’il, Zakwan dan Ushayyah sedangkan orang-orang yang di belakang beliau mengaminkannya.
Definisi:

Qunut (قنوت) memilik banyak makna, namun dalam hal ini, yang dimaksud adalah berdoa kala berdiri dalam shalat.

Nazilah (نازلة) artinya: Bencana yang sangat berat. Jamaknya adalah nawazil (نوازل)
Maka, yang dimaksud Qunut Nazilah secara umum adalah doa yang dipanjatkan saat berdiri dalam shalat apabila terjadi bencana bencana besar yang menimpa kaum muslimin secara masal. Seperti adanya pihak yang memerangi kaum muslimin, kelaparan masal, wabah penyakit atau sebagainya.

Qunut nazilah merupakan bentuk perhatian dan empati seorang muslim terhadap nasib yang menimpa saudara-saudaranya walau di kejauhan. Yaitu dalam bentuk memanjatkan doa kepada Allah Ta'ala. Di dalamnya terdapat ketergantungan kepada Allah dan persaudaraan terhadap sesama muslim.
Landasan Hukum

Banyak riwayat yang menunjukkan pelaksanaan qunut nazilah yang dilakukan Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam. Di antaranya diriwayatkan oleh Anas bin Malik radhiallahu anhu, dia berkata,

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَنَتَ شَهْرًا يَلْعَنُ رِعْلاً وَذَكْوَانَ وَعُصَيَّةَ عَصَوُا اللَّهَ وَرَسُولَهُ

"Sesungguhnya Nabi shallallahu alaihi wa sallam melaksanakan qunut selama sebulan. Beliau melaknat (suku) Ri'l, Dzakwan dan Ushayyah. Mereka telah bermaksiat kepada Allah dan Rasul-Nya." (Muttafa alaih)

Latar belakangnya adalah karena suku-suku tersebut membunuh para shahabat Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam yang dikirim untuk mengajarkan Islam kepada mereka atas permintaan mereka sebelumnya. Diriwayatkan pula bahwa beliau melakukan qunut ketika ada seorang shahabat ditawan kaum musyrikin.

Kedudukan

Qunut Nazilah sunah dilakukan apabila ada sebab-sebab yang melatabelakanginya. Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah berkata, "Qunut ini disunahkan ketika terjadi musibah besar. Pendapat ini merupakan pendapat ulama fiqih dari kalangan Ahli Hadits. Hal ini juga dinyatakan para Khulafa Rasyidin." (Majmu Fatawa, 23/108)

Tata Cara Qunut


 Dari segi kandungan, maka isi dari qunut nazilah adalah mendoakan kaum muslimin yang tertimpa bencana agar diberikan pertolongan, keselamatan dan kesabaran. Sementara yang wafat semoga diberikan rahmat dan diterima amalnya serta diampuni dosanya. 

Selain itu mendoakan kehancuran, turunnya azab dan laknat kepada musuh-musuh Islam. Tidak mengapa dalam hal ini menyebutkan nama-nama yang bersangkutan jika jelas dia telah berbuat jahat terhadap kaum muslimin.

Tidak selayaknya berdoa untuk kebaikan diri sendiri dalam Qunut Nazilah. Sebab qunut ini memang dikhususkan untuk mendoakan kebaikan bagi saudara-saudara muslim dan kehancuran bagi musuh-musuh Islam. Berbeda dalam qunut shalat witir yang dibolehkan untuk berdoa bagi kebaikan diri sendiri.

Dianjurkan tidak terlalu panjang dalam berdoa agar tidak memberatkan makmum yang memiliki berbagai keperluan. Ketika Anas bin Malik ditanya tentang apakah dalam shalat Shubuh Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam melakukan qunut? Beliau berkata, "Ya, beliau qunut sebentar." (HR. Muslim). Hal tersebut juga tampak dari contoh doa Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam dengan redaksi yang pendek.

Disunahkan bagi imam mengeraskan bacaan qunut dan diaminkan oleh makmum seraya mengangkat kedua tangan, bahkan termasuk dalam shalat-shalat sirriyah (yang tidak dikeraskan bacaannya).

Ibnu Hajar berkata, "Yang tampak bagi saya tentang hikmah dijadikannya tempat qunut saat I'tidal, bukan saat sujud, padahal sujud adalah tempat terkabulnya doa dan terdapat dalil yang memerintahkan hal itu, karena yang diinginkan dari qunut nazilah adalah agar makmum ikut mengaminkan bersama imam. Karena itu, mereka (para ulama) sepakat (berpendapat) bahwa bacaannya dikeraskan." (Fathul Bari, 2/570)

  Tidak ada redaksi khusus dalam qunut nazilah. Hendaknya disesuaikan dengan apa yang didoakan. Tidak membaca Allahummahdinii fiiman hadaiit, wa aafinii fiiman aafaiit….sebagaimana biasa dibaca dalam qunut shalat Witir.

CARA MEMBACA QUNUT NAZILAH

Qunut Nazilah boleh dibaca pada setiap solat fardhu: Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari Ruku’ untuk ‘Itidal, iaitu selepas membaca “Sami’allaahu liman hamidah”.

Doa dibaca ketika berdiri untuk I’tidal. Ada tiga cara membaca doa tersebut. Boleh memilih salah satu dari cara-cara berikut:

1. Membaca doa Qunut sepertimana yang biasa dibaca ketika solat Subuh.
2. Membaca doa Qunut Nazilah sahaja sepertimana yang di dalam lampiran
3. Membaca doa Qunut subuh dan diikuti dengan doa Qunut Nazilah
DOA QUNUT NAZILAH DAN ERTINYA DALAM BAHASA MELAYU





Klik pada gambar untuk besarkan atau dowload doa Qunut Nazilah ini

Ya Allah, Sesungguhnya kami
letakkan Engkau dibatang leher
musuh-musuh kami!
Dan Kami berlindung denganMu
dari kejahatan mereka
Ya Allah, hancur leburkanlah
kumpulan-kumpulan mereka,
kacau bilaukan persatuan
mereka!
Cerai-beraikan pakatan mereka!
Goncangkan pendirian mereka!
Hantarkan Ya Allah, anjing-anjing
ke atas mereka!
Wahai Tuhan Yang Gagah
Perkasa!
Wahai Tuhan Yang Penuh
Raksasa!
Wahai Tuhan Yang Bersifat
Murka!
Ya Allah! Wahai Tuhan yang
menurunkan KITAB!
Wahai Tuhan yang mengerakkan
awan!
Wahai Tuhan yang menewaskan
Bala Tentera Ahzab
Kalah Mereka,.......
Menangkanlah Kami..... ke atas
mereka....

 Contoh qunut nazilah yang disesuaikan dengan kondisi kaum muslimin di Suriah sekarang ini:
اللَّهُمَّ أَنْجِ الْمُسْتَضْعَفِينَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ فِي سُورِيَا ، اللَّهُمَّ أَعِنْهُمْ وانْصُرْهُمْ عَلَى أَعْدَائِهِمْ، اللَّهُمَّ أَفْرِغْ عَلَيهِمْ صَبْرًا وَثَبِّتْ أَقْدَامَهُمْ . اللَّهُمَّ اشْفِ جَرْحَاهُمْ وَتَقَبَّلْ مَوْتَاهُمْ فِي الشُّهَدَاءِ . اللَّهُمَّ ارْحَمْ بُكَاءَ الأَطْفَالِ الْيَتَامَى وَالنِّسَاءِ الثَّكْلىَ .
 Ertinya:
Ya Allah, selamatkan orang-orang yang lemah dari kaum mukminin di Suriah. Ya Allah, bantulah mereka, menangkanlah mereka atas musuh-musuh mereka. Ya Allah, limpahkan kesabaran pada mereka dan kuatkan kaki-kaki mereka. Ya Allah, sembuhkan orang yang luka di antara mereka, terimalah yang wafat di antara mereka sebagai para syuhada. Ya Allah, kasihanilah tangisan anak-anak yatim, wanita-wanita yang kehilangan sanak saudara.




اللَّهُمَّ اشْدُدْ وَطْأَتَكَ عَلىَ بَشَّار وُجُنُودَهُ ، وَمَنْ شَايَعَهُم وَأَعْانَهُمْ ، اللَّهُمَّ اَلْعِنْهُمْ ، اللَّهُمَّ اجْعَلْهَا عَلَيْهِمْ سِنِينَ كَسِنِينِ يُوسُف. اللَّهُمَّ لاَ تَرْفَعْ لَهُمْ رَايَة وَاجْعَلْهُمْ لِمَنْ خَلْفَهُمْ آيَة. اللَّهُمَّ أَرِنَا فِيهِمْ بَأْسَكَ الَّذِي وَعَدْتَ ، اللَّهُمَّ إِنَّهُمْ بَغَوا وَعَتَوا فَأَرِنَا فِيهِمْ عَجَائِبَ قُدْرَتِكَ يَا عَزِيزُ يَا جَبَّارُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِير . وَصَلىَّ اللهُ وَسَلَّمَ عَلَى نَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ .

Ya Allah, keraskanlah injakan-Mu (azab-Mu) kepada Basyar dan tentara-Nya serta siapa yang berpihak dan membantu mereka. Ya Allah, turunkanlah azab kepada mereka seperti malapetaka yang menimpa bertahun-tahun pada zaman Nabi Yusuf. Ya Allah, jangan tegakkan panji mereka, jadikanlah mereka sebagai pelajaran bagi orang-orang sesudah mereka. Ya Allah, perlihatkan kami pada mereka azab-Mu yang Engkau janjikan. Ya Allah, mereka telah melampaui batas dan berbuat kerusakan, perlihatkan kami dahsyatnya kekuasaan-Mu pada mereka, yaa rabbal aalamiin, wahai Yang Maha Perkasa, sesungguhnya Engkau berkuasa atas segala sesuat. Shalawat dan salam semoga tercurah kepada Nabi kita Muhamad, para keluarga dan seluruh shahabatnya.
 
CARA MEMBACA QUNUT NAZILAH

Qunut Nazilah boleh dibaca pada setiap solat fardhu: Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari Ruku’ untuk ‘Itidal, iaitu selepas membaca “Sami’allaahu liman hamidah”.

Doa dibaca ketika berdiri untuk I’tidal. Ada tiga cara membaca doa tersebut. Boleh memilih salah satu dari cara-cara berikut:

1. Membaca doa Qunut sepertimana yang biasa dibaca ketika solat Subuh.
2. Membaca doa Qunut Nazilah sahaja sepertimana yang di dalam lampiran
3. Membaca doa Qunut subuh dan diikuti dengan doa Qunut Nazilah.
Marilah kita sama-sama bacakan doa ini khusus untuk saudara-saudara kita di Syria dan 
amnya kepada kaum muslimin dimana saja beradaMarilah kita sama-sama menggunakan 
produk halal thoyyibah, produk yang dibuat oleh orang Muslim dan dipasarkan oleh Muslim, agar semoga hati kita dan tubuh kita menjadi bersih. 
Semoga dengan itu, doa kita dikabulkan Allah SWT. Amin

Jom Makan Makanan Halal Dari Sumber Halal

Jom Makan Makanan Halal Dari Sumber Halal



INTI pati Kalam Allah dan Sunnah Rasulullah dalam hal makanan dan pemakanan boleh dijadikan panduan dalam kehidupan Muslim untuk memilih makanan, sumber mendapatkan makanan, jenis makanan dan juga adab makan.

Makanan mempunyai pengaruh besar kepada rutin harian manusia sama ada dari segi jasmani mahupun rohani. Pada zaman serba moden, kita sering dilalaikan dengan memilih makanan bertujuan pertumbuhan jasmani saja, tetapi lupa mencari makanan seimbang untuk pembentukan lahiriah dan rohaniah.

Bagaimana hubungan rohani dengan makanan dan juga kesihatan? 


Menurut Hunayn Ibn Ishaq, roh atau jiwa boleh dibahagikan kepada tiga, iaitu semula jadi dari hati, berhubung keperluan hidup iaitu jantung dan otak manusia.

Selaras dengan itu, ketiga-tiga unsur penting ini memerlukan kesejahteraan tubuh badan untuk memeliharanya. Justeru, badan memerlukan makanan yang baik untuk memeliharanya dengan cara mendapatkan zat terbaik untuk tubuh badan manusia.

Di sini jelas menunjukkan kepentingan makanan dan minuman yang mempunyai hubung kait dengan kesihatan hati, jantung dan otak, organ penting di dalam jasad manusia dalam pembangunan jasmani dan rohani mengikut acuan berlandaskan lunas Islam.

Ahli sains dan perubatan tidak menafikan pentingnya peranan hati dalam fungsi badan. Bahkan, Islam juga memandang hati mempunyai peranan besar di mana ia mempengaruhi keseluruhan pembentukan peribadi dan akal seseorang.

Rasulullah bersabda yang maksudnya: “Di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging yang apabila baik daging itu, maka baiklah seluruh tubuh badan (jasad), dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad, sesungguhnya ia adalah hati”. (Hadis riwayat Bukhari)

Jelas kepada kita dari sudut pandangan sains, makanan yang baik penting untuk menjaga kesihatan hati kerana ia mempunyai fungsi antara lainnya mempunyai dua kali ganda bekalan darah, mengkumuhkan bahan beracun dalam badan, membina dan memusnahkan sel darah merah, menukar glikogen kepada glukosa untuk diserap oleh badan serta banyak lagi fungsi khusus lain yang penting dalam sistem tubuh badan manusia.

Dari sudut pandangan Islam, makanan yang baik lagi halal mampu membentuk keterampilan peribadi seseorang yang akhirnya akan menyumbang kepada pembentukan ummah terbilang.

Dalam tafsir Al-Azhar, Prof Hamka mengingatkan supaya manusia tetap mencari makanan dan mengatur makanan serta minumannya daripada sumber halal, bukannya daripada penipuan yang sering berlaku sama ada rasuah, curi atau dipaksa.

Meskipun makanan itu baik, unsur halal perlu dititikberatkan supaya kita dapat menjaga hati daripada dicemari makanan haram yang akan memberi kesan kepada keperibadian kita keseluruhannya.

Batas yang baik itu sudah tentu dapat dipertimbangkan akal fikiran manusia kerana makanan itu bukan saja halal, tetapi juga baik seperti faham halalan tayyiban yang dianjurkan dalam agama. 





Dalam satu riwayat disampaikan Ibn Mardawaihi daripada Ibn Abbas bahawa seorang sahabat Rasulullah, Saad Ibn Abu Waqqas memohon Baginda memohon kepada Allah supaya apa saja doa disampaikannya kepada Tuhan, supaya dikabulkan.

Rasulullah bersabda yang maksudnya: 


“Wahai Saad! Perbaikilah makanan engkau, nescaya engkau akan dijadikan Allah seorang yang makbul doanya. Demi Tuhan, yang jiwa Muhammad ada dalam tangannya, sesungguhnya seorang lelaki yang melemparkan suatu suapan yang haram ke dalam perutnya, tidaklah akan diterima amalnya selama empat puluh hari. Barang siapa di antara hamba Allah yang tumbuh dagingnya dari harta yang haram dan riba, maka api lebih baik baginya.”

Hadis ini sudah tentu menggerunkan hati kita menjauhi makanan haram dan makanan daripada sumber haram. Seandainya ingin doa dimakbul Allah, maka kita perlu menjaga makanan yang disuap ke mulut kita.

Perut dipenuhi makanan yang haram akan mempengaruhi jiwa. Seharusnya pengajaran hadis Rasulullah dijadikan iktibar untuk kita memperhalusi jika selama ini doa kita tidak dimakbulkan oleh Allah.

Perincikan di mana salah kita, pekerjaan, makanan dan adakah kita berusaha di dalam hidup ini hanya sekadar untuk memenuhi perut kita? Bagaimana mungkin hati yang kotor akan dikabulkan doanya, perut terisi makanan haram dapat menjelmakan peribadi yang salih?

Pemakanan sihat dan seimbang mampu memelihara tubuh badan daripada sebarang penyakit memudaratkan. Pengambilan dan penggunaan tenaga yang seimbang dan optimum dapat mengekalkan kesihatan jasmani.

Apabila tubuh kuat dan sihat, kita dapat melakukan pekerjaan atau rutin harian dengan sempurna sekali gus dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah Allah.

Daripada bab memilih makanan yang baik, Islam juga menggariskan adab makan yang sedikit sebanyak mempengaruhi pengamalan seharian. Adab sebelum dan selepas makan, ketika makan dan adab makan bersama tetamu, semuanya digariskan Islam melambangkan kesyumulan dalam melahirkan generasi berkeperibadian mulia dan beradab.

Walaupun makanan bukan punca kepada segala penyakit, mencegah lebih baik daripada mengubati. Oleh itu menjaga pemakanan lebih baik daripada mengubat penyakit disebabkan daripada pemakanan.

Rasulullah bersabda yang maksudnya: “Kami adalah suatu kaum yang tidak makan sebelum kami lapar dan sekiranya kami makan tidak pula sampai kekenyangan”.

Makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang sesuai diamalkan dalam kehidupan di mana kita sering mengambil makanan mengikut nafsu dan bukannya makan mengikut keperluan.

Sebab itulah masyarakat selalu berhadapan masalah kesihatan berkaitan makanan seperti kegemukan, kencing manis dan penyakit jantung. Pemakanan seimbang mengambil kira keperluan untuk tubuh, usia dan kegiatan harian.

Ibnu Sina di dalam Al Qanun Fi al-Tibb menyarankan kita mengelak daripada makan dengan kenyang sehingga tiada ruang untuk baki makanan lain di dalam perut.

Berlebihan dalam mengambil makanan dan minuman akan membawa kepada kesukaran penghadaman makanan oleh perut dan sistem ini akan ditimpa pelbagai penyakit.

Contohnya, kegemukan boleh mendatangkan pelbagai komplikasi penyakit lain seperti malas, tidak cergas dan tidak sempurna dalam pekerjaan. Kesannya lebih teruk jika penyakit itu melarat dan boleh membawa maut.

Namun perlu diingatkan, berlebihan dalam mengambil makanan dan minuman juga akan membawa kepada berbelanja yang lebih dan menyebabkan kepapaan. Sikap boros bukan satu sikap yang dipuji dalam Islam, malah ia adalah sikap syaitan.

Pemakanan sihat dan seimbang dari segi kualiti dan kuantitinya mampu melahirkan masyarakat yang bukan saja cemerlang kesihatannya bahkan cemerlang akhlak sahsiah, berperibadi mulia dan mengamalkan ajaran Islam secara lengkap serta menyeluruh.

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...