Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Tuesday, May 22, 2012

Mee Segera Apa kandungannya yang perlu anda tahu

Mee Segera Apa kandungannya yang perlu anda tahu



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.  Selama ini makan mee segera atau juga mee instant ni mungkin di kalangan kita merasakan ia ok jer. 

Mee segera, sudah menjadi budaya masyarakat kita. Mungkin dalam sehari ada yang makan mee segera sehingga 3 bungkus. Apatah lagi bagi pelajar terutama pelajar kolej/ universiti, ramai yang kerap mengambil mee segera sebagai ganti makan nasi. Ini kerana untuk menjimatkan budget kewangan.

Memang tidak dapat dinafikan, ramai yang telah mengetahui keburukan pengambilan mee segera. Tetapi disebabkan harganya yang murah dan mudah dimasak, menyababkan ia tetap menjadi pilihan ramai pengguna.

Nasihat untuk para pembaca blog ini,  elakkanlah mengambil mee segera. Walaupun murah dan menjimatkan ianya tetap menjejaskan tahap kesihatan. 

Malah, akan lebih banyak kos yang diperlukan untuk melakukan rawatan kalau kesihatan kita terjejas. Perlu kita ingat, kesihatan tu lebih penting dari segalanya. Kesihatan yang Allah anugerahkan hendaklah kita jaga dengan sebaiknya.

Tubuh badan kita ni juga perlukan makanan berkhasiat, selain yang penting halal thoyyiba.

Terutama kepada adik-adik yang masih bergelar pelajar @ mahasiswa, cubalah elakkan memakan mee segera. Jika untuk berjimat sekalipun, cubalah makan makanan lain yang lebih berkhasiat.

Sebagai ibu bapa pula, kita mesti mengambil tahu kesan keburukan mengambil mee segera sebagai ganti nasi dan lauk pauk utama dalam jangka masa panjang.
 Wahai orang tua, rawatlah anakmu dengan sebaik-baiknya, jangan sia-siakan anakmu apalagi menyakitinya. Lindungi kesihatannya!

Untuk pengetahuan anda semua, kesannya mungkin bukan sehari dua. Ia akan memberi kesan ketika waktu  sudah tua (50-70) ataupun ketika pertengahan umur( 30-40).

10 bahan terlarang yang kita tanpa sedari!

1. Kalsium Sulfat: Kapur Paris.

2. Asid tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Ia lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.

3. Kalsium oksida: Digunakan untuk rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga (rictsect contohnya).

4. Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ): Produk berasaskan petroleum satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).

5. Butylated hydroxytoluene (BHT) : Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada buah pinggang.

6. Propyl Gallate: Satu xenoestogen  (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma.

7. Pentasodium triphosphate: Bahan pencuci paling berkuasa (digunakan dalam bahan cuci, pinggan mangkuk), bahan smak untuk kulit juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, applikasi lombong dan rawatan air.

8. Propylane Glycol: Pelarut sintetik yang dianggap racun neorologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin,  antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.

9. Polydimethylsiloxane: Digunakan dalam kanta sentuh, syampu untuk (menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.

10. Pewarna tiruan: (contohnya Sunset Yello FCF Tartrazine) ia menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak: mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran, kerosakan saraf, dan mungkin boleh menjadi penyebab kanser.

Nota tambahan:  

Sebenarnya lebih dari itu, bukan sekadar bahan perasa dan antaranya:

136 bahan penambah kebanyakannya bahan kimia adalah dibenarkan ditambah di dalam mi segera oleh Codex, piawaian makanan WHO/FAO. Daripada 136 bahan penambah itu, 24 daripadanya adalah garam natrium, di samping garam makan juga turut ditambah. Atas faktor itulah kenapa mee segera mengandungi natrium yang tinggi. (Memang tidak elok untuk jangka panjang, garam yang berlebihan boleh menyebabkan serangan darah tinggi)

Satu paket mi segera sahaja boleh mengandungi kira-kira maksimum pengambilan harian yang dibenarkan 2,400 mg natrium. 

Menurut Majlis Pengguna Hong Kong (HKCC) dan Pusat Keselamatan Makanan (CFS), sampel 3 cawan mi segera didapati mengandungi lebih daripada 30g daripada jumlah lemak bagi setiap pakej, yang merupakan lebih daripada 50% daripada had pengambilan harian bagi jumlah lemak untuk diet 2,000-kcal.

Sumber : Utusan Pengguna keluaran Nov-Dis 2010.

0 comments:

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...