Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Tidak lengkap Umrah kita jika kita tidak
mengunjungi Madinah Munawwarah yang juga merupakan Tanah Haram selepas
Mekah Mukarramah.
Di Madinah terletaknya Masjid Nabawi yang merupakan
pusat usaha Dakwah Nabi besar kita Muhammad SAW.
Di Madinah juga banyak
tempat bersejarah dimana perjuangan Nabi dan para Sahabat berjuang
menegakkan Islam dan pusat pengajaran Ilmu oleh Nabi SAW kepada umat
Islam yang terdiri dari Muhajirin dan Ansar.
Secara peribadi, saya suka dengan keindahan dan kebersihan bandar Madinah. Sangat susah untuk menjumpai sampah di jalanan Bandar Madinah ini.
Terima kasih atas layanan yang sangat baik kepada Peserta Umrah Sahabat Roselle Marketingoleh kakitangan hotel Almukhtara, polis wanita di Raudhah Masjid An Nabawi, pekerja pembersihan masjid An Nabawi, pekerja pengutip sampah di Bandar Madinah, peniaga kedai dan penduduk Madinah (termasuk penduduk Madinah yang terdiri dari Orang Melayu Malaysia dan Singapura) yang kami temui.
Trip Ziarah Madinah kali ini, Sesungguhnya, penduduk Madinah memang Kaum Ansar yang sangat menghormati dan meraikan tetamu.Alhamdulillah.
Pada entry ini, saya ingin catatkan travelog umrah kami: Hotel Almukhtara International.
Al Mukhtara International Hotel terletak di kawasan utara pusat (Markaziya Shumali) dan 150 meter dari Nombor Gate 25 Ladies Haram al-Nabawi Sharif.
Untuk hubungi hotel:
Jalan 60, Peti Surat 15032 Madinah AL Munawwarah KSA.
Kedudukan GPS
GPS: N: 24,47310, 39,61201
0 comments:
Post a Comment