Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Tuesday, January 31, 2012

Mari Kita Selawat, Ke Atas Nabi Muhammad SAW

Mari Kita Selawat, Ke Atas Nabi Muhammad SAW


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW junjungan besar yang kita kasihi dan cintai.

Selawat ke atas Rasulullah (S.A.W.) merupakan suatu amalan yang disyariatkan oleh Islam.

Firman Allah (s.w.t) yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya”. [Surah Al-Ahzab: 56]


Manakala di dalam hadith-hadith Rasulullah (S.A.W.), terdapat banyak arahan dan kelebihan-kelebihan yang dinyatakan berkenaan dengan selawat ke atas baginda (S.A.W.), antaranya :-

Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Sesungguhnya manusia yang paling utama denganku pada hari kiamat ialah yang paling banyak berselawat ke atasku”. [Hadith riwayat Imam Tirmizi daripada Abdullah bin Mas’ud r.a]

Nabi s.a.w bersabda: "Orang yang lebih berhak mendapat syafaatku pada hari kiamat ialah oarang yang lebih banyak selawatnya kepadaku."
Ibn Mas'ud r.a

Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesiapa yang berselawat kepadaku dengan sesuatu selawat, sentiasalah Malaikat berdoa untuknya selama ia berselawat kepadaku; oleh itu terpulanglah kepada seseorang sama ada ia hendak berselawat sedikit atau banyak."

Sabda Rasulullah (S.A.W.) juga yang bermaksud: “Barangsesiapa yang berselawat ke atasku sekali nescaya Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a]

Riwayat Ahmad, Nasai dan Al Hakim; Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
"Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh selawat dan Allah menghapus sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya. "

Pengajaran Hadith:

Ucapan selawat dan salam kepada Rasulullah s.a.w adalah satu ibadat yang sangat dituntut dari setiap umat Islam dalam setiap masa.

Ia sebagai menandakan ingatan, cinta dan kasih terhadap baginda di mana jasa dan pengorbanan baginda amat besar sekali terhadap Islam dan perkembangannya.

Orang yang tidak membiasakan dirinya dengan berselawat adalah dianggap sebagai orang yang tidak mengenang budi (tidak menyanjung) baginda sehinggakan syarak melabelkan mereka sebagai orang yang bakhil.

Disebabkan besarnya fadhilat berselawat tersebut, maka Allah S.W.T telah menetapkan malaikat yang khusus bertugas sebagai penyampai selawat yang diucapkan terus kepada baginda.

Terdapat banyak fadhilat berselawat yang di antara lainnya ialah:

a) Seseorang itu akan selalu berada bersama Rasulullah s.a.w di hari akhirat kelak.
b) Melepaskan seseorang itu daripada segala apa yang mendukacitakan dan yang membimbangkannya dari perkara-perkara dunia dan akhirat.
c) Beroleh syafaat yang khusus daripada Rasulullah s.a.w pada hari akhirat
d) Malaikat selalu berdoa untuknya selama ia berselawat kepada baginda.

Monday, January 30, 2012

Kelebihan Mencari Yang HALAL

Salam,

Sedikit sedutan daripada bacaan kitab Bahrul Mazi Jilid 9 oleh Ust Syamsuri bin Ahmad. Semoga bermanafaat.






PEMAKANAN (HALAL & THOYYIB)

KENAPA KITA PERLU KEPADA MAKANAN HALAL??

Makanan merupakan keperluan asas dalam kehidupan manusia. Tanpa makanan kesihatan manusia akan terjejas. Makanan dapat membekalkan haba dan tenaga bagi tujuan menjaga serta mengekalkan suhu badan.

Ia juga berfungsi dalam aktiviti pernafasan dan aliran darah bagi semua kerja otot dalam badan serta terlibat bagi proses penggantian zat dalam badan (metabolisme). Selain itu, umat Islam memerlukan makanan untuk tujuan beribadat kepada Allah SWT.

Pemakanan dapat di takrifkan sebagai sains yang berkenaan dengan zat, khasiat dan nutrien dalam makanan. Ia merupakan kombinasi satu proses di mana organisma mengambil, menghadam, menyerap, mengangkut, mengguna dan mengkumuh bahan makanan untuk tujuan pembuatan serta membaik pulih komponen dalam badan.

Aktiviti pemakanan yang baik akan membolehkan seseorang itu mendapat faedah daripada pengambilan sesuatu makanan. Ia dapat mengawal aktiviti organ-organ tubuh badan dengan baik (mata, jantung, peparu dan sebagainya) serta membolehkan seseorang bergerak, berjalan, berlari, bekerja, dan bermain.

Semua aktiviti ini sangat bergantung kepada jumlah tenaga yang mencukupi. Manakala pemakanan yang optimum pula dapat membekalkan zat makanan yang mencukupi kepada manusia bagi tujuan penjagaan kesihatan, pembentukan organ badan serta akan jarang diserang penyakit. Sementara itu, pemakanan yang buruk pula akan membuatkan zat makanan tidak mencukupi bagi kesihatan manusia.

Sebagai contoh bayi atau kanak-kanak yang mengalami kekurangan protein akan mengakibatkan pertumbuhannya terbantut. Ia merupakan kombinasi satu proses di mana organisma mengambil, menghadam, menyerap, mengangkut, mengguna dan mengkumuh bahan makanan untuk tujuan pembuatan serta membaik pulih komponen dalam badan.

Aktiviti pemakanan yang baik akan membolehkan seseorang itu mendapat faedah daripada pengambilan sesuatu makanan. Ia dapat mengawal aktiviti organ-organ tubuh badan dengan baik (mata, jantung, peparu dan sebagainya) serta membolehkan seseorang bergerak, berjalan, berlari, bekerja, dan bermain.

Semua aktiviti ini sangat bergantung kepada jumlah tenaga yang mencukupi. Manakala pemakanan yang optimum pula dapat membekalkan zat makanan yang mencukupi kepada manusia bagi tujuan penjagaan kesihatan, pembentukan organ badan serta akan jarang diserang penyakit. Sementara itu, pemakanan yang buruk pula akan membuatkan zat makanan tidak mencukupi bagi kesihatan manusia.

Sebagai contoh bayi atau kanak-kanak yang mengalami kekurangan protein akan mengakibatkan pertumbuhannya terbantut.


MAKANAN HALAL DAN PENSYARIATANNYA.
Umat Islam perlu kepada makanan yang halal. Halal bermaksud penggunaan sesuatu makanan atau barangan yang tidak mengandungi perkara-perkara yang ditegah oleh syarak seperti khinzir, anjing, arak dan sebagainya.

Ia juga mestilah diperoleh daripada sumber rezeki yang halal. Makanan yang halal mestilah baik daripada segala segi kerana sifat bagi sesuatu yang halal itu adalah baik.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik (halalan toyyiba) dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan;

Kerana Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu" (Surah al-Baqarah, 2:168). Bagi menghuraikan maksud halalan toyyiba dalam ayat di atas, Jalaluddin Muhammad dalam Kitab Tafsir al-Jalalain, menyebut bahawa perkataan toyyiba (baik) itu adalah sifat kepada halal itu sendiri. Maka dapatlah di fahami bahawa setiap makanan yang halal itu mestilah juga baik daripada pelbagai segi samada bahan campurannya, bersih dalam proses penyediaan dan dapat memberi manfaat kepada tubuh badan manusia.

Selain itu, pensyariatan pemilihan makanan yang halal juga adalah jelas di nyatakan oleh Allah SWT. Terdapat banyak dalil yang menyebut berkaitan dengan hal ini, antaranya ialah:
"Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar kepada-Nya kamu menyembah" (Surah al-Baqarah, 2:172).

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu haramkan apa-apa yang baik yang telah Allah halalkan bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.

Dan makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa yang Allah telah rezekikan kepadamu, dan bertakwalah kepada Allah yang kamu beriman kepada-Nya" (Surah al-Maidah, 5:87-88)

Bukti Cinta Kepada Rasululluah SAW


Bukti Cinta Kepada Rasululluah SAW

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Segala puji bagi Allah SWT, Ar-Rahman, Tuhan sekalian alam yang kasih-sayang-Nya meliputi segala sesuatu. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, pembawa berita gembira kepada umat yang beriman dan membawa misi kebahagiaan dan kasih sayang kepada dunia.

Dengan syakhsiah yang ditonjolkan dalam sirah yang harum, Baginda SAW telah bersungguh dan meletakkan sepenuh jiwa dalam memikul risalah. Juga selawat dan salam kepada ahli keluarga baginda, para sahabat dan generasi selepasnya yang mendokong Islam hingga ke hari Kiamat.

Begitu pantas masa berlalu. Saat demi saat, waktu demi waktu, bumi terus berputar di atas paksinya tanpa henti, melengkapi putarannya mengelilingi matahari. Malam dan siang silih berganti membuatkan kita hampir-hampir tidak sedar bahawa 12 Rabiul Awwal 1434 Hijrah semakin menampakkan wajahnya.


Telah lama rupanya, Nabi Muhammad SAW Telah meninggalkan kita. Namun, suatu perkara yang kita harus ingat, Nabi Muhammad SAW telah meninggalkan mukjizat terbesar, iaitu Kitab Suci Al Quran. Juga, Hadith Nabi Muhammad SAW, yang banyak....

Maka, seharusnya kita mesti berusaha mengikut panduan Al Quran dan As Sunnah, dengan bersungguh-sungguh.


Lalu, apakah bukti cinta kita, kepada Rasululluah SAW?

"Kenangilah perjuangan Rasulullah dalam usaha menyampaikan Syiar Islam bagi mengeluarkan seluruh umat manusia dari kegelapan. Jangan hanya mengenang 12 Rabiuawal itu adalah hari cuti sahaja.. itu dah kes berat tu.. cerah masa depan..” 

Cinta kepada Rasulullah SAW membawa manusia ke syurga. Mencintai Baginda SAW perlu mengatasi dan mendahului segala sesuatu kerana ini adalah perintah dan syarat bagi mendapatkan cinta Allah SWT. Alangkah bertuahnya umat ini kerana dikurniakan seorang Rasul yang memiliki cinta agung yang tulus dan sejati terhadap umatnya. 

Baginda SAW mengungkapkan cintanya dengan ungkapan-ungkapan cinta yang paling murni dan sejati, termasuklah cinta seorang ayah kepada anaknya, sabda Baginda, “Sesungguhnya diriku bagi kalian bagaikan seorang ayah bagi anaknya.” (HR al-Darimi).

Firman ALLAH SWT: 

“Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin”. 
(Al- Taubah: 128)
 
Banyak kisah-kisah cinta sahabat terhadap Muhammad Rasulullah yang telah terakam dalam sejarah ummat, antaranya seorang Arab Badwi telah datang menemui Rasulullah seraya bertanyakan perihal Hari Kiamat. Rasulullah bertanya, “Apa yang sudah engkau persiapkan bagi hari itu?” Arab Badwi itu menjawab, “Ya Rasulullah, aku tidak memiliki apa-apa, tetapi aku mencintai Allah dan RasulNya”. Mendengar jawapan itu, Rasulullah berkata, “Engkau bersama orang yang engkau cintai.” (HR al-Bukhari)

APAKAH BUKTI CINTA KITA KEPADA NABI MUHAMMAD SAW?

Buktikan kasih kita kepada Baginda bukan sekadar ucapan yang hanya indah di bibir. Sebagai umatnya marilah kita sama-sama membanyakkan selawat ke atas  Rasulullah SAW.

Jom Berselawat, Ke Atas Nabi Muhammad SAW:


   
HALAL DAN THOYYIBA DALAM PRODUK YANG KITA GUNA

Islam amat mementingkan kebersihan. Kebersihan yang dituntut oleh Islam merangkumi kebersihan lahiriyah dan juga kebersihan rohaniyah. Kebersihan lahiriyah ialah dengan memastikan pakaian dan tubuh-badan sentiasa dalam keadaan bersih terutamanya untuk beribadah. 

Oleh demikian, umat Islam perlu memastikan produk yang mereka gunakan pada badan mereka sama ada berupa pakaian, minyak wangi, syampu, ubat gigi, kosmetik dan sebagainya dibuat dari bahan-bahan yang bersih dan tidak najis.

Kewujudan produk najis di badan menghalang sahnya ibadah di samping pemakainya tidak disukai oleh Allah dan para malaikat. Allah berfirman;

“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang sentiasa mensucikan diri (dari kekotoran dan najis)”. (al-Baqarah: 222)


Allah menjelaskan di dalam ayat di atas bahawa ia menyukai orang yang suka bertaubat dan membersihkan diri. Maka mafhum mukhalafah (yakni pemahaman sebaliknya) dari ayat tersebut ialah; orang yang banyak melakukan dosa dan tidak menjaga dirinya dari najis dan kekotoran, ia akan dibenci oleh Allah.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. menegaskan;

“Tidak diterima solat tanpa bersuci” (Hadis riwayat Imam Muslim, Tirmizi dan Ibnu Majah). 

Telah disepakati (atau diijmakkan) oleh para ulamak bahawa bersuci yang menjadi syarat sahnya solat itu merangkumi bersuci dari najis di samping bersuci dari hadas. 

Oleh demikian, memakai atau membawa produk-produk yang diperbuat dari najis atau yang mempunyai unsur-unsur bahan najis dalamnya akan menyebabkan tidak sahnya solat.

Bersuci batiniyah pula ialah dengan mengelak dari terjerumus dalam dosa termasuk dalam hal makan-minum. Menikmati makanan yang haram atau tidak HALAL merosakkan batin seseorang kerana ia telah melakukan dosa kepada Allah. 

Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. menegaskan;

“Mana-mana hamba yang tumbuh/membesar daging badannya dari makanan yang haram dan riba, maka api neraka lebih utama baginya”.

 (Riwayat al-Hafidz Ibnu Mardawaih dari ‘Atak dari Ibnu ‘Abbas r.a.)

JOM BELAJAR; FOKUS SEPENUHNYA, KETIKA MENGHAFAL

JOM BELAJAR; FOKUS SEPENUHNYA, 
KETIKA MENGHAFAL



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Belajar juga memerlukan kemahiran belajar. Kali ini, Kak Intan berkongsi artikel berkaitan Tip Belajar: Fokus Sepenuhnya Ketika Menghafal.

BELAJAR bukan saja memerlukan tumpuan penuh namun pemahaman mendalam mampu melonjakkan prestasi pencapaian, sekali gus membantu pelajar menjadi lebih cemerlang.

Antara aspek penting perlu diberi tumpuan ialah teknik belajar yang betul seperti membuat peta belajar, diskusi berkumpulan atau catatan fakta. 

justeru, cara hafalan yang betul ialah:



  • Menggunakan gambar sebagai memori

    Tukarkan maklumat diperoleh dalam kelas atau kuliah kepada gambar dan membuatkan anda lebih ingat berbanding mendengar saja. Ketika guru sedang mengajar, gunakan minda anda untuk menukarkan apa yang diperkatakan kepada gambar. Ini akan menjadikan anda lebih mudah mengingati.

    Berikan tumpuan penuh semasa menghafal.


    Jangan alihkan tumpuan dengan melakukan perkara sampingan seperti menonton televisyen, mendengar radio, menghantar khidmat pesanan ringkas dan sebagainya ketika menghafal. Anda hanya membazir masa kerana akan hilang fokus.


  • Buat berulang-kali agar hafalan menjadi menjadi mantap.

    Anda perlu membuat hafalan berulang kali hingga faham. Jika masih samar, ulang semula hingga benar-benar ingat dan mendapat gambaran jelas. Selepas itu tulis apa yang dihafal itu bagi memastikannya berkekalan di minda.


  • Mula belajar sejak awal.
    Belajar pada saat akhir bukan saja akan membebankan otak malah membuatkannya tidak mampu menerima maklumat secara berkekalan. Anda juga akan berasa tertekan menyebabkan hafalan bercelaru.

  • Mengulang kaji sedikit-sedikit.
    Hafalan tidak boleh dilakukan dalam kuantiti banyak kerana daya mengingat manusia adalah terhad. Lebih baik fokus pada sesuatu dalam kuantiti kecil selain membuat ulang kaji secara berterusan.


  • Buat nota ringkas.
    Sediakan nota ringkas yang menarik serta dihiasi gambar untuk membantu anda ‘gembira’ ketika mengulang kaji


  • Satu lagi kaedah digemari ialah melalui hafalan namun jika tidak dilakukan dengan cara betul akan menyebabkan pelajar mudah lupa dan bertambah pening.

    Saturday, January 28, 2012

    Sanitiser Tangan, Dengan Air Zam Zam

    Sanitiser Tangan, Dengan Air Zam Zam,
    Sanitiser Tangan, Rahsia Alam



     Sanitiser Tangan, Dengan Air Zam Zam

    SANITISER TANGAN RAHSIA ALAM 

    Cara yang SENANG, BERKESAN dan SELAMAT untuk Mencegah Wabak H1N1 dan jangkitan Penyakit Lain Dari Merebak. 

    Bersalaman adalah Adat dan Kini Dengan SANITISER TANGAN RAHSIA ALAM, Keluarga dan Rakan-Rakan Anda Terlindung, Tidak Perlu Was-Was Untuk Bersalaman Lagi. 

    Salam Dan Basmikan Kuman Dengan Serta Merta Dengan Titisan SANITISER TANGAN RAHSIA ALAM..Senang Sekali... 

    Amalan Menjaga Kebersihan Dan Mencegah Ummah Dari Jangkitan Merupakan Tuntutan Islam. Lindungi Keluarga Dan Rakan Anda Dengan Pembasmian Kuman di tangan dengan SANITISER TANGAN RAHSIA ALAM yang mengandungi AIR ZAM ZAM.

    Langkah Mudah Ini Berkesan Mencegah jangkitan Penyakit Antara Satu Sama Lain. Mudah Sahaja...titiskan ke Tapak Tangan..Ratakan dan Bilas.

    KESELAMATAN  KELUARGA  ANDA TIADA BANDINGAN NILAINYA....

    Mutiara Rini ada Sahabat Roselle Marketing


    Mutiara Rini Hills ada Sahabat Roselle Marketing

    Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Alhamdulillah, SRM, melangkah maju setapak lagi.  Kami telah membuka Sahabat Roselle Marketing, Cawangan Mutiara Rini.
    Kedai SRM, Mutiara Rini, terletak di belakang Stesen Petronas.
    Kedai SRM Cawangan Mutiara Rini berada di kedai stingkat,  No.2 dari hujung.

    Sila hubungi :
    nombor 0197773064  

    Cawangan Taman Mutiara Rini,
     
    No. 33 Jalan Jasa 64,Taman Mutiara Rini,
    81300 Skudai, Johor Bahru,
    019-7773064 (Cik Yati)
    012-7364429 (Cik Kay)

    Sahabat Roselle Marketing,
    Cawangan Taman Mutiara Rini



    Suasana dalam Kedai Sahabat Roselle Marketing, Cawangan Mutiara Rini.
    Produk kesihatan kelaran Muslim, seperti 
    Produk Hiraq, Puteri Alya dan Jus Tok Guru.

    Gambar Bihun, keluaran Muslim

     Set Penjagaan Diri berasaskan Air Zam zam

    Produk runcit keluaran Muslim seperti Susu Tepung untuk bayi, bihun, mee kering,tepung gandum Muslim, roti, dan bahan-bahan masakan lain.




    Friday, January 27, 2012

    SAHABAT ROSELLE MARKETING,

    SAHABAT ROSELLE MARKETING,
     
    Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...

    Atas kesedaran diri sendiri tentang kepentingan HALAL dalam kehidupan seharian, kami bertekad untuk mengubah kehidupan seharian kepada yang lebih baik. Tidak dapat dinafikan lagi, kehidupan seharian kita sering dibayangi dengan perkara subhah yang tanpa kita sedari. Daripada barangan keperluan harian, makanan hinggalah kepada cara pemakaian kita.

    Cuba periksa barangan keperluan harian kita...
    Barang untuk masakan... jenama apakah yang kita pakai??? Siapakah yang membuat/mengilangkannya?? ada tanda HALAL atau tidak?? apakah kandungan yang terdapat didalamnya??

    Barangan mandian kita... Apakah jenama sabun yang kita guna?? adakah ianya HALAL?? Ada tanda HALAL?? siapa yang buat dan apa kandungannya??

    Sabun mencuci pakaian.. ada tanda HALAL pada plastik pembungkusnya?? Siapa pengilangnya??

    Berapa ramaikah antara kita yang mengambil berat tentang perkara-perkara ini....?? Sesetengah kita merasai ianya perkara remeh..

    Selama berpuluh tahun kita telah menggunakan barangan yang kita sendiri tidak pasti KEHALALANNYA. Orang pakai, kita pun pakai.. Orang makan, kita pun makan..

    Kita lihat berapa ramai orang muslim yang makan di KOPITIAM, STARBUCK, RESTORAN MAKANAN CINA (SEAFOOD)... Adakah kita sedar..???

    Dulu kita tidak jumpa barangan keluaran MUSLIM... Kini masyarakat muslim kita telah mula sedar akan kepentingan ini dan ramai yang telah berubah kepada barangan HALAL.

    Telah banyak barangan keperluan harian yang telah dikeluarkan oleh syarikat-syarikat pengeluar BUMIPUTERA MUSLIM kita, cuma kita jumpa ataupun tidak.

    Di mana hendak mendapatkannya?? Itu mungkin menjadi satu masalahnya... Tak tahu mana nak cari???

    Kini anda tidak perlu lagi bersusah payah.. Blog ini kami sediakan untuk membantu anda mendapatkan barangan keperluan HALAL... Daripada sekecil-kecil produk sehinggalah kepada yang besar..

    Bahan masakan, mandian, penjagaan kesihatan dan lain-lain... semuanya keluaran MUSLIM....
    Dengarkanlah RADIO IKIM dan JOHOR FM untuk mendapatkan maklumat tentang barangan HALAL ini...

    Jika ada sebarang kemusykilan, ataupun hendak mendapatkan barangan HALAL dari kami, Kami sentiasa membantu.
     
    Hubungi Kami
    Sahabat Roselle Marketing (JM 0454405-K) 
     
    Untuk sebarang khidmat bantuan, emailkan kepada
    En.Ali di srm_3029@yahoo.com atau srm3029@gmail.com
    Hotline SRM; 0197703029
     

    Cawangan Utama:
     
    No. 32 Jalan Impian Emas 7,Taman Impian Emas,81300 Skudai,Johor, Malaysia
    Office : +607 558 2779
    HP : +6019 770 3029 /+6019 778 3029
    Fax : +607 554 5419
     
    SRM Cawangan Bandar Baru Uda, 
     
    No. 3 Jalan Padi Ria 13, Bandar Baru Uda,
    81200 Johor Bahru,

    019-7773022 (En.Fadhil)
    / 019-7187596 (En.Yakob)
     
    Cawangan Taman Mutiara Rini,
     
    No. 33 Jalan Jasa 64,Taman Mutiara Rini,
    81300 Skudai, Johor Bahru,
    019-7773064 (Cik Yati)/  012-7364429 (Cik Kay)

    CAWANGAN PASIR GUDANG
    D & Yad venture - No:22 Jln Sejambak 14, Taman Bukit Dahlia
    81000 Pasir Gudang, Johor.
    017-7382676 [Puan Mimah]
     
    Cawangan Sahabat Roselle Marketing, SRM Mobile
     
          > SRM Mobile - SRM Muar, Johor dan Kawasan berhampiran, Melaka                              - 019-619 6676 , Hubungi Puan Fatimah         

     
    > SRM Mobile - SRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor 
                                 - 019-777 3194 , Hubungi En. Asrull

    Untuk sebarang khidmat bantuan, emailkan kepada
    En.Ali di srm_3029@yahoo.com atau srm3029@gmail.com
    Hotline SRM; 0197703029

    Kedai SRM Di BBU Bandar Baru Uda

    Kedai SRM Di BBU Bandar Baru Uda



    SRM Cawangan Bandar Baru Uda
     
    No. 3 Jalan Padi Ria 13, Bandar Baru Uda,
    81200 Johor Bahru,
     
    019-7773022 (En.Fadhil)
     
    019-7187596 (En.Yakob)

    Kami, Sahabat Roselle Marketing, merupakan pusat pemasaran produk halal Muslim. Sahabat Roselle Marketing mengucapkan setinggi kesyukuran kepada Allah, kerana kami telah membuka cawangan kami yang seterusnya di Bandar Baru Uda, atau lebih dikenali sebagai BBU.

    Bagi masyarakat sekitar Tampoi, Kempas dan Bandar Baru Uda khususnya, jom ke SRM BBU.

    Kami memasarkan Produk kesihatan yang dihasilkan oleh saudara seIslam kita.

    Sahabat Roselle Marketing merupakan Stokis dan pengedar utama bagi produk kesihatan keluaran Puteri Alya, Fortune Resources seperti Smart Coco, Produk Hiraq, Muslim Choice Product seperti Secret Honey Genius, Green Tea Colustrum, Madu Mujeza dan lain-lain.

    Alhamdulillah, kami juga telah memasarkan produk runcit Muslim. Sila klik Produk Runcit Muslim, untuk maklumat lanjut.

    Jom hebohkan Sahabat Roselle Marketing, sebagai pusat halal muslim mart anda. 
    Berminat berniaga bersama kami?

    Sila hubungi Hotline SRM, Encik Yusuf, 0197703029.

    Thursday, January 26, 2012

    Roti, Halal , Dibuat Oleh Muslim

    Roti, Halal , Dibuat Oleh Muslim



    Roti, Biskut Potong, Keluaran Muslim,

    Sahabat Roselle Marketing memasarkan produk makanan muslim yang berkualiti,
    roti kering atau dikenali sebagai biskut potong.
    Alhamdulillah, telah ada pelbagai jenis roti kering atau biskut potong, keluaran Muslim.
    Ada perasa marble, coklat, strawberry ,pandan, margerine, wholemeal.

    Peluang perniagaan : Pengedar dikehendaki

        PRODUK 100% BUMIPUTERA, 
    dipasarkan oleh Sahabat Roselle Marketing.              Sila hubungi Hotline SRM, Encik Yusuf, 0197703029.
     
    Roti Kering Gula



    Roti Kering Marble
    Roti Kering Margerin


    Roti kering Wholemeal


    RM 5.00, sebungkus.

    Wednesday, January 25, 2012

    Susu Kambing Hiraq


    Keistimewaan Susu Kambing Hiraq 

    Susu Kambing, Tanpa Bau, Enak dan berkhasiat.
    Susu Kambing Platinum Hiraq.


    Disyorkan untuk golongan yang alah pada susu lembu. 
    Sila dapatkan produk berkualiti, produk Muslim, pilihan kita. 

    Sila hubungi 019 770 3029, En Yusof, Sahabat Roselle Marketing. 
    Berminat men jadi wakil, atau pengedar HIRAQ Marketing, sila hubungi, Sahabat Roselle Marketing, 019 770 3029, En Yusof
    1. Tinggi dengan kalsium yang sangat baik untuk pembentukan tulang dan gigi bagi kanak-kanak serta membantu menguatkan tulang dan gigi bagi orang dewasa.
    2. Kaya dengan protein, enzim-enzim dan vitamin A yang penting untuk kesihatan.
    3. Mencantikkan kulit dan merawat penyakit kulit
    4. Menguatkan sistem imunisasi paru-paru dan bersifat anti-athritis (inflamasi sendi) serta mengimbangkan kandungan gula dalam darah.
    Serta membantu memulihkan :
    • Gastrik
    • Ulser perut
    • Penyakit Kuning
    • Lelah
    • Insomnia ( susah tidur )
    • Hepatitis A
    • Migraine
    • Gout
    • Buah pinggang
    • Kencing manis
    • Membantu mencegah kanser

    Bahan-bahan :
     
    Tepung susu kambing tulen.

     Cara penyediaan :
     
    Bancuhkan satu paket susu kambing HIRAQ dengan satu cawan (200ml) air suam / panas.

    Disyorkan :

     
    Diambil 1 - 2 kali sehari.

    Perkara Haram Dalam Perniagaan

    Perkara Haram Dalam Perniagaan



    Islam sangat menggalakkan aktiviti perniagaan. Banyak ayat dan hadis yang mengalakkan dan menyokong aktiviti perniagaan. Perniagaan juga dianggap sebagai punca rezeki yang paling banyak.
     
    Rasulullah SAW pernah bersabda dalam satu hadis bermaksud:
     
    “9/10 rezeki itu adalah datang daripada perniagaan.”
    (Hadis riwayat Tirmizi).
     
    Perniagaan merupakan mekanisma untuk manusia mendapatkan harta dan barangan yang diingini. Manusia adalah makhluk yang lemah dan saling memerlukan yang lain. Pensyariatan perniagaan ini adalah bagi memenuhi fitrah semulajadi manusia. Melalui perniagaan ini, manusia boleh memenuhi keperluan dan tuntutan individu, masyarakat dan negara.
     
     
     
    Dalam Islam perniagaan dianggap sebagai satu aktiviti yang sangat mulia. Ia merupakan ibadah dan juga sunnah rasul SAW. Bagi mereka yang melaksanakan aktiviti peniaga dengan amanah, mereka turut dijanjikan balasan syurga bersama para nabi, orang soleh dan syuhada’.
     
    Namun demikian, sekiranya ia dilakukan luar dari batasan syariat Islam maka ianya tidak lagi dianggap ibadat tetapi tetapi aktiviti yang boleh mendatangkan padah kebinasaan baik di dunia dan akhirat.
     
    Antara perkara yang dilarang dalam aktiviti perniagaan ialah:

    1. Riba.
    2. Memeras ugut dan megambil harta dengan cara yang batil
    3. Menipu dan bersumpah bagi melariskan barangan.4. Rasuah.
    5. Memonopoli barangan (ihtikar)

    6. Larangan mengurangkan kadar sukatan dan timbangan.

    7. Larangan membeli barangan yang dicuri, diragut atau dirampas tanpa hak.

    8. Haram menjual najis

    Saturday, January 21, 2012

    Jom Jana Pendapatan, Bersama Sahabat Roselle Marketing

     Jom Jana Pendapatan, Bersama Sahabat roselle marketing

    Semasa membeli belah barangan keperluan dapur dipasar raya atau kedai serbaneka, pernahkah kita bertanya sejauh mana sucinya sesuatu produk yang dijual??


    Bagi pengguna Muslim, suci atau bersihnya sesuatu produk itu penting kerana ia sebahagian daripada garis halal yang perlu diketahui.

    Bukan sahaja barangan berasaskan makanan, malah produk pengguna lain juga perlu melepasi tahap kesucian ini misalnya sabun mandi, serbuk pencuci, kosmetik, barangan kebersihan diri sehinggalah pakaian.

    Mungkin kerana pembungkusannya yang cantik atau dikeluarkan oleh syarikat besar, maka kita beranggapan faktor bersih dan suci itu telah dipatuhi hinggakan tidak mengambil kira tentang kesahihan label halalnya.

    Isu berhubung halal haram sentiasa menghantui pengguna Muslim terutama beberapa pendedahan media sebelum ini misalnya mengenai tahap kebersihan sebuah kilang roti, pusat penyembelihan ayam yang meragukan dan pusat memproses tauhu kering yang terletak bersebelahan kandang anjing.

    Walaupun telah ada syarikat milik orang Islam mengeluarkan produk-produk pengguna seperti ini, tetapi adakalanya faktor pemasaran menyebabkan ia sukar dicari pembeli. Jika ada dijual di pasar-pasar raya besar, susun aturnya pula tersorok di sebalik jenama lain.

    Menyedari ada keperluan dalam kalangan pengguna-pengguna Muslim tempatan, Sahabat Roselle Marketing (SRM) tampil dengan kedai runcit yang memasarkan hanya produk-produk halal yang dikeluarkan oleh usahawan Muslim.

    Konsep kedai runcit dengan nama Sahabat Roselle Marketing dan Kedai Sahabat Roselle (nama bagi setiap cawangan) yang seumpamanya ini mula diperkenalkan pada tahun 2008 bagi memasarkan barangan runcit halal di bawah satu bumbung.

    Berbeza dengan kedai runcit biasa, SRM menjalankan perniagaan selama 10 jam sahaja bermula pukul 8.30 pagi hingga 6.30 petang bagi setiap hari Isnin hingga Khamis, 9.00 pagi hingga 9.00 malam bagi setiap hari Sabtu dan Ahad, manakala tutup pada setiap hari Jumaat.

    Beroperasi di Taman Impian Emas, Skudai Johor (HQ), konsep SRM yang menjalankan perniagaan berasaskan produk Muslim kepada pengguna beragama Islam ini pantas mendapat sambutan menggalakkan daripada pengguna-pengguna setempat.

    Bertitik-tolak daripada ini, cawangan kedua mula beroperasi di Bandar Baru Uda, Johor Bharu pada Julai 2010. Ia disusuli cawangan lain iaitu di Taman Mutira Rini, Skudai Johor pada Mac 2011 dan terdapat lebih dari 5 buah Rangkaian SRM di sekitar Negeri Johor.

    "Maklum balas yang diterima meyakinkan SRM  untuk mengorak langkah membuka lebih banyak cawangan/rangkaian SRM di seluruh negeri Johor sekurang-kurangnya 1 rangkaian bagi setiap daerah.
     
    SRM juga merupakan antara kedai pertama di Johor yang mewujudkan peruncitan islamik yang menggunakan sepenuhnya tenaga dan kemahiran tempatan dalam operasi peruncitan.

    Menggunakan tagline :

    "Kedai Muslim...Barangan Muslim..Untuk Pengguna Muslim..." 
     

    Visi perniagaan kami ialah:
    • Untuk mendorong pasaran HALALLAN  THOYYIBAH dan menjana peluang perniagaan bagi membangunkan ekonomi ISLAM.
    • Untuk membina sebuah Komuniti Pengguna dan Usahawan MUSLIM yang bersifat Jemaah.
    • Menjanakan kekuatan ummah melalui komitmen ekonomi dalam mempromosikan barangan HALALLAN  THOYYIBAH   yang berkonsepkan MUSLIM dengan membawa slogan 'PRODUK  MUSLIM  PILIHAN  ANDA’ bagi memenuhi tuntutan fardhu kifayah di kalangan masyarakat ISLAM.

    Dengan adanya kedai SRM, kami berhasrat menyediakan perkhidmatan runcit yang kukuh dan diyakini berlandaskan hukum syarak agar dapat memberikan keuntungan dan haiyah taibah (kehidupan yang baik) kepada pengguna.

    Melalui rantaian niaga pula, kita ingin tingkatkan ekonomi masyarakat Islam tempatan melalui produk makanan halal supaya setanding dengan keluaran produk sedia ada di pasaran dalam memenuhi tuntutan keperluan ekonomi.

    Seperti kedai serbaneka lain, ia menawarkan kira-kira 1,000 item keperluan seperti barangan dapur, produk herba, produk kesihatan, makanan kering dan basah termasuklah serbuk pencuci serta haruman, tetapi semuanya halal dan suci.

    Hampir 80 peratus barangannya merupakan produk  Muslim tempatan di mana kira-kira 65 peratus dibekalkan oleh pengusaha dari negeri Utara tanah air dan Johor. Kesemuanya mendapat status halal daripada Jabatan Kebajikan Islam Malaysia (Jakim) selain yang dihasilkan sendiri secara kecil-kecilan di rumah seperti kuih muih sejuk beku segera. Manakala 20 peratus lagi merupakan produk Muslim dikeluarkan oleh negara-negara Islam seperti Yaman, Arab Saudi, Iran dan lain-lain.

    Melalui perniagaan runcit Muslim ini, SRM memasarkan produk-produk  Muslim ini secara sistematik selain menjamin kebersihan dan kesucian produk-produk yang dihasilkan.

    Sebenarnya ada banyak produk halal keluaran bumiputera Muslim tempatan yang kualitinya setanding dengan jenama lain tetapi pada harga lebih murah sesuai dengan ekonomi semasa pengguna.

    Bagi meluaskan lagi rangkaian SRM, kami membuka PELUANG PERNIGAAN kepada mereka yang berminat menceburi perniagaan runcit ini.

    Secara tidak langsung lebih ramai usahawan Muslim dapat dihasilkan melalui peluang perniagaan ini. Lantaran itu, dapat memacu ekonomi masyarakat Islam.
    Menerusi pakej niaga yang kami disediakan, ia terbuka kepada usahawan atau bakal usahawan peruncitan untuk membuka kedai runcit berkonsepkan produk Muslim di seluruh negara.

    Berminat??? Sila hubungi Encik Yusof 019 7703029

    Thursday, January 19, 2012

    3 Serangkai Fortune Resources

    Produk Kesihatan, 3 Serangkai

    Untuk kecergasan badan, kecerdasan minda dan lebih tenaga sepanjang hari,

    sila minum dan makanlah produk 3 serangkai dibawah ini:

     

     Smart Sweet A+

     

    Smart Coco A+

    JUS ALKHAIRA

    Untuk info produk, sila klik DI SINI.

    Untuk membeli online, sila klik  DI SINI

     

    Berminat menjadi pengedar Sahabat Roselle Marketing?

    Sila hubungi Hotline Sahabat Roselle Marketing,

    SAHABAT ROSELLE MARKETING

     019 7703029 atau 019-7773022 atau 019-7783029


    Kawasan Lembah Klang , sila  hubungi 
    019 7773194 atau 019 7773094
     (Kedai Sahabat Roselle Marketing di Puchong, Selangor)




    Rangkaian Kedai Sahabat Roselle Marketing:

    Cawangan Impian Emas, Skudai Johor Bharu, Johor:
    No. 32 Jalan Impian Emas 7,Taman Impian Emas,81300 Skudai,Johor, Malaysia
    Office : +607 558 2779
    HP : 019-778 3029 

    Kedai SRM Puchong Selangor:
    No 19-1, Jalan Tasek Prima 5/1, Blok B Prima Biz Hub,Taman Tasik Prima, 47150 Puchong, Selangor Darul Ehsan. Nombor telefon: 019 7773194/019 7773094
     
    SRM Cawangan Bandar Baru Uda, 
    No. 3 Jalan Padi Ria 13, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, 019-7773022 (En.Fadhil)

    Cawangan Taman Mutiara Rini, 
    No. 33 Jalan Jasa 64,Taman Mutiara Rini, 81300 Skudai, Johor Bahru, Nombor 0197773064  

    Cawangan Pasir Gudang:
    D & Yad venture - No:22 Jln Sejambak 14, Taman Bukit Dahlia 81000 Pasir Gudang, Johor.017-7382676 [Puan Mimah]

     SRM Mobile - Sekitar Muar, Johor - 019-619 6676 [Puan Fatimah]  
    Pahang: 019 9851773 (Encik Sulaiman)

    Smart Coco, Baik Untuk Minda

    SMART CHOCOLATE A+ 
     SEDAP, MAMPU MILIK DAN BERKESAN!
    Berminat membeli produk Coklat Minda Smart Coco ini?
    Atau, rebutlah peluang menambahkan pendapatan keluarga,
    dengan menjadi pengedar Smart coco ini bersama Sahabat Roselle Marketing.
    Sila hubungi Encik Yusof, 019 770 3029.
    Rasakan formulasi hebat Smart Coco A+ dalam bentuk coklat yang mudah dimakan dan dibawa mana-mana sahaja. Mempunyai buah badam rangup dan kismis berkhasiat yang terpilih, disaluti dengan coklat hitam bersusu. 
    Harga pengenalan RM18.00 (SM) dan RM21.00 (Sabah & Sarawak). 
    Dapatkan segera! 


    Sila dapatkan produk ini
    dengan Sahabat Roselle Marketing segera.

    SAHABAT ROSELLE MARKETING

     019 7703029 atau 019-7773022 atau 019-7783029


    Kawasan Lembah Klang , sila  hubungi 
    019 7773194 atau 019 7773094
     (Kedai Sahabat Roselle Marketing di Puchong, Selangor)



    Rangkaian Kedai Sahabat Roselle Marketing:

    Cawangan Impian Emas, Skudai Johor Bharu, Johor:
    No. 32 Jalan Impian Emas 7,Taman Impian Emas,81300 Skudai,Johor, Malaysia
    Office : +607 558 2779
    HP : 019-778 3029 

    Kedai SRM Puchong Selangor:
    No 19-1, Jalan Tasek Prima 5/1, Blok B Prima Biz Hub,Taman Tasik Prima, 47150 Puchong, Selangor Darul Ehsan. Nombor telefon: 019 7773194/019 7773094
     
    SRM Cawangan Bandar Baru Uda, 
    No. 3 Jalan Padi Ria 13, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, 019-7773022 (En.Fadhil)

    Cawangan Taman Mutiara Rini, 
    No. 33 Jalan Jasa 64,Taman Mutiara Rini, 81300 Skudai, Johor Bahru, Nombor 0197773064  

    Cawangan Pasir Gudang:
    D & Yad venture - No:22 Jln Sejambak 14, Taman Bukit Dahlia 81000 Pasir Gudang, Johor.017-7382676 [Puan Mimah]

     SRM Mobile - Sekitar Muar, Johor - 019-619 6676 [Puan Fatimah]  
    Pahang: 019 9851773 (Encik Sulaiman)

    Blogger news

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...