Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Friday, January 13, 2012

Resipi Ibu Dalam Pantang; Haruan Masak lada Hitam

Resipi Ibu Dalam Pantang; Haruan Masak lada Hitam

Sup Ikan Haruan, Gambar kredit di sini.

Bagi ibu selepas melahirkan anak, penjagaan dalaman dan luaran haruslah dititikberatkan. Selain pengambilan set bersalin, ibu-ibu juga digalakkan menjaga pemakanannya.

 Set Bersalin IBU, RM200

Set bersalin Ibu, keluaran Ambar Kenanga boleh didapati di Sahabat Roselle Marketing, klik di sini.
 
 Ikan Haruan

Ikan haruan, adalah sejenis hidupan air tawar. Banyak khasiat ikan ini. Khususnya bagi orang yang baru menjalani pembedahan dan melahirkan anak. Bagi mereka yang tinggal di kawasan kampung yang masih belum tercemar, ikan haruan mudah didapati di sungai dan paya.

IKAN haruan atau nama saintiflknya, Channa striatus adalah antara spesies ikan air tawar yang popular dan mudah diperoleh di kawasan sawah padi, tali air, pant dan telaga.

Khasiat ikan haruan, memag telah diketahui oleh orang dahulu.

Terkenal dengan khasiat perubatan, kandungan asid amino dan lemak yang terdapat pada ikan itu mampu menyembuhkan luka serta amat balk menyembuhkan penyakit tertentu antaranya gastnik.

Ikan haruanjuga mengandungi vitamin A yang membantu menambah daya penglihatan, melembapkan kulit dan bertindak sebagai antioksidan serta melambatkan proses penuaan.

Lendirnya pula mengandungi asid olelik dan linolik tidak tepu dan menariknya, kandungan kolagenya dapat mencantikkan kulit.


Baiklah, di bawah ini ialah resipi Haruan Masak Lada Hitam, khusus untuk ibu dalam pantang bersalin. Namun, dinasihatkan bagi yang bersalin secara pembedahan, usah letak banyak-banyak lada hitam. Cukup sebiji dua lada hitam yang ditumbuk.



Bahan-bahan:

1 ekor ikan haruan (dipotong dua)
1 biji bawang besar (dimayang)
2 ulas bawang putih (diketuk)
5 cm halia (dihiris nipis)
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk kasar)
2 keping asam keping
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Bahan-bahan:

1. Masukkan bawang, bawang putih, halia dan lada hitam dalam periuk berisi air dan biarkan mendidih.
2. Kemudian, masukkan ikan haruan dan biarkan mendidih lagi.
3. Masukkan garam secukup rasa dan asam keping.
4. Biarkan seketika hingga masak.

0 comments:

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...