Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Monday, January 09, 2012

Gelatin Halal, Halagel

Pencarian Gelatin Halal
Gelatin Halal, Tanggungjawab Semua Muslim
Di Malaysia kini isu makanan halal dan haram menjadi agenda yang begitu hangat diperkatakan. Isu ini bukan hanya memberi kesan kepada masyarakat beragama Islam sahaja, malahan turut mendapat perhatian daripada penganut-penganut agama lain kerana pengusaha makanan di Malaysia terdiri dari pelbagai kaum.

Sebagai umat Islam adalah menjadi kewajipan kepada kita semua untuk memastikan makanan yang dimakan adalah halal, iaitu bebas daripada sumber najis dan haram bermula dari proses penyediaan bahan mentah, proses pembuatan, penyimpanan, masakan, pengilangan, pembungkusan dan pengangkutan.


Kerajaan juga turut memandang berat terhadap isu makanan halal kerana ia memberi kesan kepada masyarakat di Malaysia. Dalam usahanya untuk mencapai matlamat tersebut, kerajaan telah menjadikan Malaysia sebagai pusat makanan halal (halal hub) sedunia.


Sejajar dengan aspirasi kerajaan, Halagel(M) Sdn. Bhd. Telah berusahan sedaya upaya untuk menyediakan produk alternatif halal khusus untuk kegunaan pengguna muslim dan masyarakat di Malaysia amnya.

Antara produk yang diperkenalkan adalah
GELATIN HALAL yang telah mendapat pengiktirafan halal dari Jabatan kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Gelatin yang dikeluarkan Halagel(M) Sdn. Bhd. Sejak tahun 1997 diperolehi daripada negara Islam iaitu Pakistan dan mempunyai 100% tenaga kerja yang terdiri daripada orang-orang Islam. Selain itu gelatin halal yang dikeluarkan, adalah dari sumber tulang haiwan-haiwan yang halal dimakan seperti lembu, kambing dan kerbau. Haiwan-haiwan tersebut juga telah disembelih terlebih dahulu mengikut hukum syarak yang telah ditetapkan dalam Islam.
Seperti mana yang kita sedia maklum, penggunaan gelatin adalah begitu penting dalam industri makanan dan farmasuketikal. Gelatin merupakan protin yang dihasilkan daripada sumber haiwan seperti babi, lembu dan kerbau iaitu daripada kulit dan sendi-sendinya.

Gelatin juga didefinasikan terbitan kolagen iaitu protin yang dikaitkan dengan kulit, tulang dan tisu penyambung yang lain. Sifat-sifat gelatin yang luar biasa telah menjadikannnya sebagai bahan pemantap, pengemulasi (agen campuran bagi bahan berminyak dan berakhir), pemekat makanan dan penyental. Ia juga turut berfungsi sebagai bahan lekatan dalam gula-gula dan sebagai bahan penggebu.

Mungkin ramai dikalanngan kita yang tidak menyedari banyak makanan yang dimakan mengandungi gelatin.
Terdapat banyak contoh makanan dan produk-produk yang mengandungi gelatin. Antaranya ialah gula-gula getah, toffte, jeli, pencuci mulut segera, jus buah, ais-krim, produk-produk kosmetik, ubat-ubatan dan makanan pelengkap seperti minyak ikan, minyak bawang putih dan sebagainya yang didapati dalam bentuk kapsul lembut atau softgel.
Hari ini kita banyak mendengar slogan, ISLAM HADHARI, MODAL INSAN, INSAN KAMIL dan macam-macam lagi yang menjurus kepada pembentukan keperibadian dan salsiah rupa diri umat Islam. TETAPI..... sejauh manakah kita yang mengaku sebagai umat Islam mengambil berat tentang apakah bahan-bahan yang terkandung dalam makanan dan ubat-ubatan yang kita gunakan setiap hari??? 

Adakah kita pasti ia datang daripada sumber yang halal? adakah menggunakan gelatin halal? Ataupun kita langsung tidak peka terhadap perkara tersebut. Terdapat beberapa pengeluar yang mengeluarkan gelatin tetapi masih diragui tentang halal atau haram sumber gelatin tersebut. Antaranya, Davis Gelatine, Parke Schere yang mana mengikut kajian yang dijalankan oleh CAP ( Persatuan Pengguna Penang) yang diperolehi daripada buku terbitan Pusat Dagangan Antarabangsa UNCTAD/GATT, sebanyak 60% daripada gelatin yang dikeluarkan syarikat berkenaan adalah diperolehi daripada kulit babi.
Meskipun gelatin halal boleh diperolehi daripada kulit lembu atau kerbau tetapi ia tidak menguntungkan dari segi ekonomi kerana kulit lembu atau kambing secara komersilnya lebuh menguntungkan dalam industri barangan kulit dan kebanyakan kulit babi digunakan untuk membuat gelatin. Gelatin yang dihasilkan daripada kulit babi juga dikatakan lebih bermutu tinggi dan mudah dihasilkan. Mengikut lapuran pasaran, gelatin dunia bagi tahun 2003, bahan mentah yang digunakan untuk membuat gelatin adalah 42.4% daripada kulit babi, 29.3% dari kulit lembu, 27.65% dari tulang dan dari sumber lain sebanyak 0.7%. Melalui lapuran ini jelaslah bahawa penggunaan kulit babi adalah begitu tinggi berbanding sumber-sumber lain. Adakah kita mengetahui tentang perkara ini dan apakah tindakan yang wajar kita ambil sebagai pengguna muslim?

Sepertimana sabda Rasulullah S.A.W


“Yang Halal itu sudah jelas, dan yang Haram pun sudah jelas, dan antara kedua hal tersebut terdapat yang musytabihat (syubhat, samar-samar, tidak jelas hala haramnya), kebanyakan manusia tidak mengetahui hukumnya. Barang siapa yang berhati-hati dari perkara syubhat, sebenarnya ia telah menyelamatkan agama dan harga dirinya..... (H.R Muslim)”
Sebagai pengguna muslim kita haruslah berhati-hati apabila memakan makanan yang mengandungi gelatin.

INGAT!!!......
walaupun gelatin halal tersebut didakwa diperolehi daripada sumber binatang yang halal dimakan, seperti lembu dan kerbau, gelatin tersebut tidak boleh dianggap halal kecuali binatang tersebut telah disembelih mengikut hukum syarak yang telah ditetapkan dan bukan daripada sumber binatang yang dimakan oleh kita sebagai umat Islam.
Apabila menyentuh tentang isu halal dan haram, TIADA PERKARA YANG BOLEH DIAMBIL MUDAH!!! Ia merupakan perkara yang penting dan perlu diberikan penekanan dan perlaksanaan kerana sebagai umat Islam, mencari yang halal dituntut oleh agama. Bahkan apa yang kita makan akan menjadi darah daging dan akan dihisab kelak.

Justeru, dalam konteks pemakanan amatlah wajar kita sebagai pengguna Islam mengambil langkah yang bijak dan lebih serius dalam memilih jenis makanan untuk diri dan keluarga agar mampu menjadi insan yang kamil serta muslim yang sejati dalam masyarakat madani.

0 comments:

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...