Saturday, March 05, 2011

Kelengkapan Pengurusan Jenazah Kifayah

Lazimnya yang berlaku pihak yang kematian ahli keluarga ini lebih sibuk memikirkan apa juadah yang perlu disediakan untuk kenduri tahlil berbanding bagaimana mahu menguruskan jenazah si mati. Kadangkala berapa upah yang mahu diberikan kepada orang yang menguruskan jenazah juga boleh menjadi isu kerana biasanya tukang mandi mayat tidak letakkan harga kerana tidak mahu perkara itu menjadi satu urusniaga sedangkan ianya fardu kifayah tetapi kita tetap beri sedikit sumbangan sebagai penghargaan kepada kepada khidmat mereka. Nilai yang perlu diberikan selalu menjadi persoalan tetapi berdasarkan maklumat dari mereka-mereka yang biasa menguruskan jenazah ianya antara RM 150 hingga RM 250.  Jika segala kelengkapan seperti alatan mandian dan kain kapan telah disediakan oleh pihak simati maka sumbangannya bolehlah dikurangkan sedikit. Ada sesetengah kes pihak simati telah mempunyai khairat dengan masjid atau surau berdekatan jadi semuanya ditanggung oleh pihak tersebut.


Diakui bahawa hal-hal begini biasanya kurang diambil pusing oleh orang ramai dan menyedari situasi itu Pihak Dunia Kifayah Enterprise dengan rendah hati telah memperkenalkan satu produk yang memang diluar duga tetapi penggunaannya boleh dikatakan hampir setiap hari. Produk yang dimaksudkan ialah KIT PENGURUSAN JENAZAH.

Segala kelengkapan untuk mandian dan mengkafankan telah siap disediakan didalam Kit ini. Ini sedikit perincian berkenaan item-item yang terkandung di dalam Kit yang bersifat Universal tersebut:
1) Kain Kapan 3 Helai
2) Kain kemban 1 Helai
3) Sarban / Tudung 1 Helai
4) Baju / Gamis 1 helai
5) Sarung Bantal / Sarung tangan kain 4 Helai
6) Tal 5 helai
7) Kapas 2 Gulung
8   Air Mawar
9) Air Sintok
10) Celak
11) Kapur barus
12) Minyak Attar
13) Sabun
14) Serbuk Cendana /Pacai
15) Apron Plastik
16) Plastik Sampah
17) Sarung Tangan getah 2 Set
18) Topeng Muka 1 set

Usaha pihak Dunia Kifayah sememangnya harus dipuji kerana bagi aku dengan adanya set kelengkapan seperti ini sekurang-kurang orang ramai tahu apa yang diperlukan untuk pengurusan jenazah dan tentunya  lebih memudahkan apabila ianya telah siap sedia dipakejkan sepertimana harapan Pengurus Besar Dunia Kifayah bahawa dengan adanya produk sebegini kerja-kerja pengurusan jenazah akan menjadi lebih teratur, kemas, mudah dan sempurna.
RASULULLAH SAW bersabda "Agama itu mudah oleh itu PERMUDAHKANLAH jangan MEMAYAHKAN, GEMBIRAKANLAH jangan MELIARKAN (MENAKUTKAN)"

0 comments:

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...