Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Thursday, February 23, 2012

Mi pembunuh, mengandungi asid borik, E-Coli

Mi pembunuh, sah mengandungi asid borik dan E-Coli



Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada para pelayar blog ini, sebagai pengguna, marilah kita prihatin dengan makanan yang kita makan. Makanan yang tidak mengandungi bahan kimia, membantu kita hidup dengan kualiti kesihatan yang optimum, inshaAllah.


Sahabat Roselle marketing, amat menitik beratkan akan kehalalal dan kesucian sesuatu produk yang kami pasarkan. Biasanya, produk yang kami jual, kami akan pastikan tidak emngandungi bahan pengawet berbahaya.

Contohnya, Mee kuning yang kami jual, tidak mengandungi bahan kimia. Oleh itu, hati-hatilah dengan makanan khususnya mee yang kita makan.

Berikut ialah salinan petikan daripada akhbar Kosmo pada Mac 2006,Kita akan dapat melihat sendiri, betapa besarnya hikmah mengapa Allah menyuruh kita makan makanan halal lagi thoyyiba.



07-Mar-2006
  
 Keratan akhbar laporan yang tersiar pada tahun 2006 dahulu

RAWANG - Kebimbangan orang ramai tentang kewujudan kuman E.Coli dalam mi kuning menjadi kenyataan apabila ia disahkan oleh ujian makmal yang dilakukan Pejabat Kesihatan Daerah Gombak.

Keputusan ujian yang dilakukan pegawai pusat kesihatan tersebut berdasarkan sampel sumber air yang digunakan oleh sebuah kilang mi mengesahkan ia menggunakan sumber air yang dicemari E.Coli.


Serentak dengan itu, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gombak, Tajudin Hamzah mengesyaki mi kuning yang dihasilkan di situ turut dicemari kuman tersebut.


"Bagaimanapun keputusan makmal sama ada kilang tersebut menggunakan asid borik dan baban terlarang lain dalam pembuatan mi kuning hanya akan diketabui tiga minggu lagi," jelasnya.



Beliau berkata demikian selepas mengetuai kira-kira 20 pegawai Pusat Kesihatan Gombak, Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Selangor dan Jabatan Kesihatan Selangor membuat pemeriksaan semula ke kilang mi tersebut semalam.


Hasil pemeriksaan selama tiga jam bermula 4 petang itu mendapati persekitaran kilang tersebut masih lagi tidak melepasi tahap piawaian kebersihan 50 peratus yang digariskan Kementerian Kesihatan.


Oleh itu, kilang tersebut tidak dibenarkan beroperasi.


Malah, ada kelibat lipas ditemui berkeliaran di kilang yang terletak di dalam hutan Sungai Samak yang terletak kira-kira dua kilometer dari jalan utama semasa
operasi tersebut.

Selain itu, operasi itu juga mendapati pemilik kilang menyimpan pengawet yang digunakan dalam pembuatan makanan bersama-sama dengan bahan bertoksik seperti Sodium Hydrosulphite yang biasa digunakan untuk mencuci lantai kilang dalam
stor yang sama.

KOSMO!
1 Mac lepas melaporkan kilang tersebut yang mengedarkan bekalan mi kuning, kuetiau, tauhu, taugeh dan laksa di pasar-pasar raya terkemuka di Lembah Klang diserbu setelah pendedahan penggunaan asid borik dalam mi kuning keluarannya yang dapat menjejaskan kesihatan pengguna.

0 comments:

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...