Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Thursday, February 16, 2012

Makanan Tambahan, Siapa Yang Perlu?


Makanan Tambahan, Siapa Yang Perlu?


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pelbagai sitilah yang digunakan bagi menerangkan tentang makanan tambahan ataupun suplemen. Siapa yang perlu ambil makanan tambahan?

Jika anda seorang individu yang menjalani kehidupan serba pantas, hambatan kerjaya selain faktor sekeliling yang tidak mendorong kepada gaya pemakanan yang sihat, mungkin anda perlu memikirkan untuk mengambil makanan tambahan. 

Sahabat Roselle Marketing ada menjual makanan tambahan dan produk kesihatan. 
Contohnya, produk berasaskan Kapsul lembut (Softgel) seperti kapsul minyak ikan.  Minyak Ikan kapsul halal, dari Halagel.

 Omega 3 Fish Oil, Kapsul halal

http://sahabatroselle.blogspot.com/2012/02/pengedar-minyak-kelapa-dara-kapsul.html


Cuka Kurma KHALL, Klik di sini

 AWET MUDA, Klik di sini.

Contohnya, produk berasaskan Kapsul lembut (Softgel) seperti kapsul minyak ikan.  Minyak Ikan kapsul halal, dari Halagel,

Untuk beli online sila klik menu bar Beli Online di atas. Untuk kaedah beli online pun ada diterang kan di situ atau klik di sini.

Jom lihat. Adakah anda berhadapan dengan satu daripada senario ini?

1.Kerap berada dalam keadaan tertekan sama ada kerana kerja, keluarga dan perhubungan. Keadaan ini akan menyebabkan kelenjar adrenal anda berkerja ‘lebih masa’. Keadaan ini akan menyebabkan sakit kepala dan keletihan. Mungkin pengambilan vitamin B komplek, E dan C boleh membantu.

2. Sejarah keluarga yang berhadapan dengan ostreoprosis. Membekalkan tubuh anda dengan mineral yang tersimpan dalam tulang boleh menolong mencegah masalah ini. Apatah lagi bagi wanita yang kerap melahirkan anak, bayi bergantung bekalan kalsiumnya daripada ibu. Justeru pengambilan kalsium, magnesium dan vitamin D mungkin membantu anda menangani osteoprosis.

3. Anda kerap diserang selesema. Sistem imun anda mungkin rendah berbanding orang lain. Dalam keadaan ini tambahkan pengambilan vitamin C dan zink.

4. Jika anda merokok, anda memerlukan lebih vitamin C. Selain itu anda mungkin memerlukan kalsium, magnesium dan vitamin D, kerana merokok juga dikaitkan dengan osteoporosis, tetapi sebaik-baiknya berhentilah merokok.

5. Jika anda berhadapan dengan masalah hormon, anda mungkin memerlukan vitamin B6. tetapi jangan ambil dos yang banyak tanpa rujukan doktor.

6. Anda mengalami masalah tekanan darah rendah. Lebihkan pengambilan zat besi, vitamin C, asid folik dan vitamin B12 juga.

7. Gout- Mungkin anda perlu mengambil vitamin B5 (asid panthothenik)

8. Masalah jantung - Minyak ikan membantu menurunkan tahap kolesterol. Ia juga berfungsi sebagai agen mengurangkan bengkak atau radang. Jika anda tidak mendapat minyak zaitun dalam diet, mungkin anda perlu pertimbangkan mengambil makanan tambahan.

Apapun, adalah penting untuk mendapatkan makanan tambahan yang berkualiti dari segi vitamin dan mineralnya. Jika tidak pasti mungkin boleh merujuk kepada yang pakar seperti doktor.

0 comments:

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...