Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Monday, March 05, 2012

Halal jadi nilai tambah produk tempatan,

‘Halal’ jadi nilai tambah produk tempatan

BAHAGIAN pertama laporan khas semalam menyentuh soal barangan ‘haram’ yang laris di pasaran. Sikap pengguna Islam yang dikatakan tidak mengambil berat tentang status sesuatu produk tersebut menyebabkan peniaga dan pengusaha mudah mengambil kesempatan.
  Dalam hubungan ini, masalah yang berlaku sukar ditangani tanpa penglibatan serius pihak berkuasa. Justeru, kerajaan didesak supaya bersikap tegas terhadap pihak terbabit.

Malah, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam turut mahu agar kerajaan memastikan setiap produk gunaan harian yang dijual di negara ini diwajibkan mempunyai label bagi menjelaskan status sebenar produk tersebut.

Bahagian akhir laporan khas ‘barangan haram laris di pasaran’ oleh wartawan, ROSALINDA MD. SAID dan SITI NURAZLINA JAMALUDIN menjawab kebimbangan orang ramai terhadap isu ini.
KUALA LUMPUR 2 Feb. – Pengusaha tempatan terutamanya pengeluar barangan gunaan seperti produk penjagaan diri, kosmetik dan peralatan digalakkan memohon pensijilan halal Malaysia sebagai ‘tiket’ menembusi pasaran negara Islam.

Ini berikutan produk halal tersebut termasuk makanan semakin mendapat permintaan daripada pengguna di Amerika Syarikat, Australia, New Zealand, England, Perancis, Brazil dan Argentina.


Ketua Pengarah Jabatan Standard Malaysia (Standards Malaysia), Fadilah Baharin berkata, pihak industri seharusnya sedar bahawa perakuan halal kini merupakan sebahagian daripada strategi pemasaran untuk melariskan produk mereka.

“Perakuan halal akan memberi kelebihan kepada pihak industri sendiri kerana pengguna akan berasa lebih yakin dan tidak ragu-ragu membeli produk yang dikeluarkan kerana ia selamat dan suci,” katanya ketika ditemui di Cyberjaya, baru-baru ini.

Malah Fadilah berkata, piawaian halal yang dibangunkan oleh Standards Malaysia diperakui dunia dan sepatutnya pengusaha tempatan menggunakan peluang tersebut untuk menembusi pasaran halal antarabangsa memandangkan jumlah pasarannya kini mencecah AS$680 bilion (RM2.17 trilion).

Jelas beliau, Akta Perihal Dagangan 2011 yang diluluskan di Parlimen baru-baru ini turut memberi manfaat kepada pengusaha dalam negara untuk melebarkan pasaran tempatan mereka.
“Menerusi akta tersebut, mana-mana produk import yang tidak menepati peruntukan halal ditetapkan, tidak akan dibenarkan memasuki pasaran tempatan mulai tahun depan.
“Secara tidak langsung, ia memberi kelebihan kepada pemain industri halal tempatan,” katanya.

0 comments:

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...