Pelik tapi benar, Bayi Lahir Dari Ibu Yang Sudah Meninggal 2 Hari. Inilah tanda kebesaran Allah SWT. Seorang bayi yang lahir dari seorang ibu yang telah meninggal selama 2 hari membuat gempar dunia perubatan. Ternyata orang sudah meninggal dunia juga boleh melahirkan seorang bayi comel yang sempurna.
Secara logik, perkara ini kelihatan aneh. Namun inilah yang dikatakan kekuasaan Allah mengatasi segala-galanya. Kejadian ini berlaku sekitar Januari 2009 yang lalu. Hanya baru kini baru Pengurus Blog SRM dapat memuat naik berita ini di blog ini.
Mahmoud Soliman (29), ayah dari bayi ajaib ini tidak pernah membayangkan akan merasakan kesedihan yang bercampur baur dengan kebahagiaan yang luar biasa.
Isterinya, Jayne Soliman (41) meninggal dunia akibat disfungsi otak. Isterinya telah melahirkan seorang bayi mungil yang cantik setelah Jayne meninggal dunia 2 hari sebelumnya. .
Kaedah kelahiran bayi Aya ini adalah dengan bantuan caesarean section. Ketika dalam kandungan berusia 26 minggu, berat Bayi Aya ini hanya 2lb 11/2oz.
Seorang lelaki, Mahmoud Soliman, ayah dari bayi ajaib ini, menyatakan perasaannya sangat bercampur aduk menerima kejadian ajaib ini.
Ia tidak pernah membayangkan kesedihan bercampur dengan kebahagiaan yang luar biasa. Isteri yang sangat dia cintai, Jayne Soliman telah pergi untuk selama lamanya kerana kegagalan otak (tidak berfungsi ).
Namun dia memberikan ganti seorang bayi kecil yang cantik yang dia lahirkan dari rahimnya dan yang sangat mengharukan Mahmoud Soliman, bayi comel ini diberi nama Aya .
Memetik laporan dari akhbar Barat:
"Aya - her name is a word from the Koran meaning miracle".
Di dalam masa kehamilannya, Jayne Soliman, sebenarnya tidak ada masalah sama sekali, namun ketika usia kehamilannya mencapai 25 minggu, ia sakit kepala dan akhirnya jatuh pengsan.
Mahmoud Soliman segera membawanya ke Hospital John Radcliffe Hospital Oxford. Setelah dua jam di hospital, Jayne Soliman, mantan atlet ski ais England, dinyatakan meninggal dunia. Pasukan doktor telah berusaha berbagai cara dan dengan berbagai alat agar jantung jayne tetap boleh berdenyut.
Usaha ini dilakukan agar bayi yang ada di dalam rahimnya boleh dibantu. Doktor memberikan dua dosis besar steroid sehingga jantung bayinya boleh berkembang. dan setelah dua hari tim doktor bekerja keras akhirnya Aya boleh diangkat keluar melalui operasi cesar.
Setelah diangkat dari rahim jayne, Aya di letakkan dipundak ibunya untuk memberi mereka waktu utuk bersama. Kemudian Aya dilarikan ke unit rawatan rapi.
Sedangkan Mahmoud diberi sejenak kesempatan untuk mengucapkan selamat tinggal kepada isteri tercinta, sebelum akhirnya peralatan penunjang jantung Jayne dimatikan. Mahmoud mengatakan bahawa tim doktor tidak melakukan apa apa terhadap jayne, namun mereka memerlukannya agar tetap kuat untuk bayi yang belum dilahirkan.
Jayne merupakan juara ski ais England tahun 1989 dan menduduki rangking 7 dunia. Sebelum terjun menjadi seorang atlet ski ais, jayne telah menceburi berbagai macam olah raga extrime di tingkat antarabangsa.
Beberapa tahun terakhir ini dia menjadi juru latih tamu di Dubai dan disini juga ia bertemu dengan Mahmoud yang bekerja dibidang IT.
Dua tahun lalu dia kembali ke England dengan kehidupannya yang baru dan menempati sebuah rumah di Bracknell, Berks. Jayne yang bernama asli jayne Campbell ini, kemudiannya bekerja di bracknell ice skating club.
1 comments:
subbhanallah...
Post a Comment