Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Friday, August 03, 2012

Mutiara Kata Pengasas SRM Sebelum Ke Mekah

Mutiara Kata Pengasas SRM Sebelum Ke Mekah

 Lambaian Kaabah

بســــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده
الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته 

Update pada 31/7/2012; 
 Sempena Ramadhan 1433 Hijrah yang sedang kita lalui, 
entry ini yang di publish pada 22/4/2012 2.30 pagi, sekali lagi entry ini di renew di blog ini. Sebentarnya masa berlalu. Kini ramadan telah memasuki fasa pertengahan ramadhan. Tidak berapa hari pula, kita akan melewati 15 Ramadhan, InshaAllah. 

Sahabat Roselle Marketing Mengucapkan Salam Ramadan buat semua pelanggan Sahabat Roselle Marketing dan follower blog Sahabat Roselle Marketing.
Seluruh kakitangan dan staf Sahabat Roselle Marketing juga memohon maaf di atas segala salah silap sepanjang kami berurusan dengan para pelanggan.

Kepada para pembaca,  follower dan pelanggan Sahabat Roselle Marketing yang dihormati sekalian. Saya dengan ini, Intan SRM memaklumkan inshaAllah Pengurus SRM bersama rombongan staf SRM termasuk Intan SRM akan berangkat ke Bumi Makkah dan Madinah untuk menunaikan Ibadah Umrah.

InshaAllah kami dijangka bertolak esok, 23/4/2012.

Oleh itu, untuk beberapa hari, blog ini kemungkinan besar tidak dapat diupdate.

Saya , mewakili seluruh warga SRM, memohon maaf atas segala salah silap saya sepanjang saya berblog ini ada mengguris hati mana-mana pihak.

Pada entry ini saya akan menyiarkan Kata-kata Mutiara Daripada Pengasas Sahabat Roselle Marketing.

Kepada saudara-saudaraku yang beriman.

Saya tiada apa-apa. Saya Tiada harta. Saya tidak beharta. saya tiada pangkat. Saya tiada kuasa. Saya tiada apa yang hendak diberikan. Saya hanyalah insan biasa. Seperti insan Muslim yang lain. 

Saya hanyalah seorang yang miskin yang hina lagi insan fakir di sisi Allah . Sebagai khalifah Allah di muka bumi, saya hanya menjalankan amanah yang telah diberikan oleh  Allah.

Marilah kita bersama meneruskan perjuangan dalam memartabatkan ekonomi Islam. Marilah kita berjuang mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar dalam diri kita dan keluarga kita.

Wahai saudara saudari ku yang beriman,

Aku berniaga ingin mencari keredhaan Allah.
Aku berniaga mengikut sunnah Rasululluah SAW.
Hidupku hanyalah untuk Allah dan RasulNya.
Marilah kita bersama kembali bersatu kerana Allah SWT.

KITA BERNIAGA KERANA ALLAH

Pastikan segala makanan, dan minuman kita,
 yang kita makan dan berikan kepada keluarga dan sahabat kita, 
benar-benar halal thoyyiba
agar jiwa Umat Islam kembali bersih dan bersinar.

Wahai orang-orang yang beriman!

Setiap yang hidup, pasti akan mati.
Setiap pertemuan ada perpisahan.
Biarlah kita hidup kerana Allah
Biarlah mati kita juga kerana Allah

Jika ditakdirkan saya tidak kembali lagi selepas ini, teruskanlah berusaha menjadi orang yang benar-benar beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT. Sehinggalah Islam dapat ditegakkan di dunia ini.



Kepada semua yang mengenali diri saya, saya memohon maaf atas segala salah silap saya sama ada perkataan, perbuatan dan percakapan saya.

Saya memohon ampun dan maaf atas segala salah silap saya kepada saudara mara, sahabat handai, jiran tetangga, rakan-rakan, para pengeluar, para peniaga, dan para pelanggan Sahabat Roselle Marketing yang dikasihi.

Sebagai hamba, kita tidak lari dari melakukan kesilapan. 

Saya sayang semua Umat Islam yang benar-benar beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT, dan kasih sayang ini jua tulus kerana Allah SWT jua.

Allah amat menyayangi hamba-hambaNya yang beriman dan bertaqwa kepada Allah. marilah kita semua berkasih sayang sesama kita tulus ikhlas kerana Allah.

Cintailah Allah dan RasulNya yang utama. Kerana cinta Allah kepada kita kekal. Jika kita cintakan manusia, manusia akan mati.

Wahai orang-orang yang beriman!

Ingatlah! Dunia ini hanya sementara. Akhirat jualah yang kekal selamanya. Marilah bersama kita buat persiapan untuk kembali kepadaNya agar tidak menyesal selama-lamanya.


Sudah tiba masanya saya mengundur diri. Saya berharap Sahabat Roselle Marketing teruskanlah perjuangan dalam memartabatkan Amalan Islam yang sebenar dalam semua aspek kehidupan kita.



Wahai sahabat-sahabat SRM dan rakan-rakan seperjuangan perniagaan Muslim sekalian,  

Teruskanlah perjuangan dalam memartabatkan ekonomi Islam, sehingga dunia ini kembali kepada zaman Kegemilangan Islam. InshaAllah.

Saya berharap tertubuhnya SRM, ia sebagai wadah perjuangan kepada semua umat Islam agar berniaga secara Islam yang sebenar. Semoga usaha kita ini mendapat keredhaan Allah SWT  di dunia dan akhirat. Amin.

Perniagaan ini adalah wadah perjuangan kepada semua Umat Islam agar kembali mengambil makanan dan minuman halal Thoyyiba.


Wahai orang-orang yang beriman!

"Dunia ini hanyalah sementara.
Akhiratlah jua yang kekal buat selamnya.

Kekayaan ini adalah milik Allah.
Jangan disebabkan kekayaan dunia
kita sesama Islam
berselisihan dan bercakaran
hasad dengki kesumat di hati
dan melanggar hukum yang telah ditetapkan 
oleh Allah dan RasulNya

Wahai orang-orang yang beriman,
Ingatlah!
Hebat macam mana pun diri kita
kaya macam mana pun diri kita
Tetapi semua itu
tak dapat menandingi kekuasaan Allah Yang Maha Esa

Biar kita miskin
.... di dunia sementara
Tetapi kita kaya
....di akhirat yang selamanya

Biar kita 
...dihina
.. dicaci
..... di dunia
asalkan Allah dan RasulNya
sayang kepada kita.

Wahai orang yang beriman!

Bersyukurlah dengan nikmat Allah
Sesungguhnya
Allah hanya menguji hambaNya
dengan pangkat, harta, kuasa,
yang mana semuanya itu
adalah milik Allah

Buat apa kita nak sombong, bangga dan takabbur
...dengan kekayaan yang ada
....dengan kemewahan yang ada
....dengan kuasa yang ada.

kerana semua itu
akan membawa ke neraka
jika kita
tidak mensyukuri akan segala
nimat yang diberikanNya

Ingatlah!

Kita akan kembali kepada Allah
Kita akan berhadapan dengan Allah
Kita akan dihisab di hadapan Allah
Kita akan disoal jawab oleh Allah

Kesudahan kita,
Di manakah akhirnya?
Apakah Allah akan memasukkan kita ke syurga
Ataukah sebaliknya,
ke neraka?

Kita tak boleh menyalahkan sesiapa
Jika akhirnya kita ke neraka

Kerna jalan itu
kita yang pilih

Dosalah yang menyebabkan kita ke neraka

Pilihlah jalan ke syurga
walaupun ia pahit
jauhkanlah jalan ke neraka
walaupun ia manis

Oleh itu, janganlah sekali-kali
membuat perkara yang dibenci
dan dilaknat oleh Allah dan RasulNya

Marilah  kita lihat diri kita
Isteri kita
Anak-anak kita
keseluruhan keluarga kita

Apakah benar-benar kita
Mengikut panduan Al Quran dan Hadith?

Atau hanyakah kita ini
bercakap sahaja?

Tetapi sebaliknya
akhlak kita
cara hidup kita
tidak mengikut sebagaimana
yang dikehendaki Allah dan RasulNya?

ke manakah kita akhirnya nanti?
Di manakah kesudahan kita nanti?

Wahai saudara  yang beriman semua
Dengan rasa rendah diri
Marilah sama-sama kita berdoa
kepada Allah

Ya Allah Ya Tuhan kami
agar pemimpin di akhir zaman
iaitu Al Masih Imam Mahdi

didatangkan segera

untuk memimpin kami semua
bersama mereka 
yang benar-benar beriman dan bertaqwa
kepada Allah

untuk mengembalikan zaman kegemilangan Islam
sebagaimana ketika Baginda Rasululluah SAW memerintah dahulu.
Amin Amin Ya Allah

Ya Allah Ya Tuhan kami
hapuskanlah penganiyaan-penganiyaan
dan kezaliman-kezaliman
yang berlaku terhadap Umat Islam di dunia ini

Ya Allah Ya Tuhan Kami
Kami mewakili hamba-hambaMu yang teraniya
memohon agar Kau Ya Allah turunkan bantuan segera
Kepada hamba-hambaMu yang sedang dalam kesakitan,
penderitaan, keperitan, kepayahan,
agar segala keperitan, seksaan, yang mereka rasai
segera Engkau ya Allah bebaskan.
 Amin Amin Amin Ya Allah

Ya Allah Ya Tuhan kami
Mereka terlalu mengharap bantuan Mu segera datang ya Allah
Mereka terlalu mengharap bantuan Mu segera datang ya Allah
Mereka terlalu mengharap bantuan Mu segera datang ya Allah 

Ya Allah Ya Tuhan Kami
Kami tiada kekuatan.
Hanyalah doa yang dapat kami munajatkan padaMu
Dengarlah rintihan kami
dengarlah keluhan kami
dengarlah isi hati kami
Dengarkanlah jeritan kami.

Tolonglah Ya Allah
Tolonglah Ya Allah
Tolonglah ya Allah
Makbulkanlah doa kami ini Ya Allah

Ya Allah,
Kami mewakili hamba-hambaMu yang teraniya
Memohon agar Dikau Ya Allah
Memakbulkan segera doa hambaMu yang teraniya
di seluruh dunia

Sesungguhnya Engkaulah ya Allah
yang Maha Mendengar.
Engkaulah Yang Maha Pengasih
Engkaulah yang Maha Penyayang,
Engkaulah Yang Maha Memahami
Engkaulah yang Maha Berkuasa

Ya Allah Ya Tuhan kami
Tunaikanlah hajat-hajat kami
hajat-hajat keluarga kami
hajat-hajat sahabat sahabat kami
hajat hajat orang yang beriman dan bertaqwa di dunia ini
Yang mana hajat itu
Boleh membawa kebaikan
di dunia dan di akhirat
Dikau perkenankanlah ya Allah

Ya Allah Ya Tuhan Kami
Kami mengakui
Kamilah yang hina di sisi Mu
Kami mengakui 
kamilah hamba yang keji di sisiMu
Kami mengakui
Kamilah hamba yang menzalimi diri kami sendiri.

Oleh itu Ya Allah
Ampunkanlah segala dosa Kami
Sayangilah kami
Kasihilah kami
Pandanglah Kami
bantulah Kami
Limpahkanlah rahmat ke atas diri kami
ahli keluarga kami, sahabat-sahabat kami
keturunan kami
di dunia akhirat

Ya Allah Ya Tuhan Kami
segala urusan dunia dan akhirat kami
kami serahkan segalanya kepadaMu Ya Allah
Amin amin Amin Ya Allah

Kepada saudara-saudaraku yang beriman,
Marilah Doakan agar saya dapat menjalankan amanah Allah kepada saya sewaktu saya berada di Mekah dan Madinah. Amin Amin ya Allah.

Bersama kita renungkanlah
Cetusan Hati Pengasas SRM

1 comments:

Unknown said...

Bagus la kedai nie... menarik...

Bagus3...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...