Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Monday, August 13, 2012

Amalan Saat Haid dan Nifas di Ramadan

Amalan Saat Haid dan Nifas di Ramadan



Sebahagian wanita Islam yang kedatangan haid dan nifas dalam bulan Ramadhan  merasa  tidak gembira dan bimbang  kerana kehilangan peluang  untuk  beramal dan beribadah dalam bulan Ramadhan yang penuh barakah  dan Rahmat. 

Kepada mereka yang berperasaan demikian  di nasihatkan supaya tidak berdukacita kerana yang mereka alami itu adalah  suatu ketetapan Allah keatas  manusia dari kaum Hawa.  

Ketika haid dan nifas, anda boleh perbanyakkan zikir-zikir, membaca Selawat dan doa-doa sepanjang waktu dan tempat .

Berikut antara amalam yang boleh diamalkan wanita dan gadis yang sedang kedatangan haid dan nifas:

1) Anda boleh membaca Kalimah Taawuz:



أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

Ta`awwudh (Arabic تعوذ) is an Arabic term used as the name for the phrase A`ūdhu billāhi min ash-shaitāni r-rajīmi (أعوذ بالله من الشيطان الرجيم).

2) Anda boleh membaca Kalimah Basmalah:


Bismillah ir-Rahman ir-Rahim

The Arabic phrase shown above is pronounced as  Bismillah ir-Rahman ir-Rahim, and is a beautifully poetic phrase which offers both deep insight and brilliant inspiration. It has often been said that the phrase Bismillah ir-Rahman ir-Rahim contains the true essence of the entire Qur'an, as well as the true essence of all religions.
 
Muslims often say this phrase when embarking on any significant endeavor, and the phrase is considered by some to be a major pillar of Islam. This expression is so magnificent and so concise that all but one chapter of the Qur'an begins with the words Bismillah ir-Rahman ir-Rahim.
 
The common translation:
 
               "In the name of God, most Gracious, most Compassionate".
 

3) Anda boleh membaca Selawat


Sabda Rasullah SAW:

" Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda"

(Hadis Riwayat Muslim.)

Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.

Sabda Nabi SAW:

"Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya"

                                                                                                   ( Hadis Riwayat Abu Naim)


KEADILAN ALLAH TERHADAP WANITA DAN LELAKI



Firman Allah SWT:

“Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. “(An-Nisa’:32)
 
Sabda  Rasulluah SAW kepada Saidatina Aisyah r.a semasa Ummahatul Mukminin itu dalam  kedatangan haid semasa mengerjakan haji(dalam ihram),
  “Berkata Saidatina Aishah r.a , Rasullah datang  kepadaku  sedang aku menangis, lalu Baginda bertanya “ Apa hal  kamu ? Adakah kamu kedatangan haid?" Aku menjawab:"Ya”. Baginda menegaskan bahawa ini perkara yang Allah menetapkan ke atas wanita “(Riwayat Bukhari).

 Dalam sebuah hadith yang lain RSAW bersabda:
 
” Apabila seorang hamba sakit atau musafir Allah menulis baginya pahala sepertimana ianya beramal ketika sehat dan tidak bermusafir(bermukim). Manakala haid adalah merupakan sebagai penyakit yang mendatang yang menghalang seorang wanita dari   melakukan perkara yang  bolih dilakukannya ketika dia sihat. 
 
 Olih yang demikian, wanita yang kedatangan haid mempunyai simpanan tetap pahala ibadahnya.  Ini merupakan pemberian Allah kepada wanita yang taat melakukan kewajipanya semasa dia sehat, melainkan hanya terhalang dengan kedatangan haid atau nifas. 

Hal-hal yang dilarang dilakukan oleh wanita haid, dan wanita nifas:
  1. Solat
  2. Puasa
  3. Memasuki masjid (terdapat ikhtilaf dikalangan ulama]
  4. Perceraian , wanita haid tidak boleh dicerai,namun harus menunggu hingga ia suci.
  5. Berhubungan suami isteri
  6. Membaca Al-Qur’an (ada perbezaan pendapat)
  7. Tawaf

Ramai kaum wanita yang kedatangan haid dalam bulan Ramadhan khasnya (dan bulan-bulan lain) ,sering melalaikan  dari mengingati Allah dan merasai nikmat kerohanian bulan mulia ini.  
 
Mereka  menghabis masa dengan menonton TV atau seumpamanya dengan sangkaan bahawa mereka bolih berbuat demikian menjauhi segala amalan kerohanian atau ibadat  kerana mereka dalam haid atau nifas.  Akhirnya perasaan lemah  untuk beramal akan  menguasai mereka setelah mereka suci dari haid atau nifas  dan menyebabkan mereka malas untuk mengerjakan segala amal ibadah dan kebaikan.

Olih yang demikian , untuk menggelak terjadinya perasaan lemah tersebut dan menjaga supaya berterusan menghayati kerohanian bulan Ramadhan ini semasa dalam haid dan nifas dan menghindarkan dari mendapat kerugian pahala yang banyak yang bolih di perolihi, di anjurkan mereka melaksanakan berbagai-bagai amal ibadat yang masih bolih di lakukan olih wanita semasa dalam haid dan nifas.

Perbanyakkan ber zikir-ziki, Selawat dan doa-doa sepanjang waktu dan tempat . 

  • Mendengar ceramah-ceramah serta tazkirah melalui kaset,CD dan seumpamanya.
  • Membaca doa selepas mendengar azan setiap waktu .
  • Memberi nasihat kepada ahli keluarga supaya senantiasa mengingati Allah dan berzikir sepanjang hari di bulan Ramadhan .
  • Mengingatkan ahli keluarga supaya menunaikan solat fardhu setiap kali masuk waktu.
  • Menggalakkan ahli keluarga menunaikan solat-solat sunat: dhuha, terawikh, tahajud dan witir.
 Kesimpulannya setiap wanita yang kedatangan haid dan nifas, tidak pernah di beza dan di ketepikan olih Islam dalam menghayati bulan Ramadhan Al Mubarak dengan ibadah dan amalan kebaikan dalam lingkungan rumahtangga dan masyarakat sehari-hari.  Hanya kerana mereka tidak dapat menunaikan ibadah puasa (dan solat )mereka tidak kehilangan peluang untuk menikm

0 comments:

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...