Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Saturday, February 12, 2011

MAKANAN TAMBAHAN



DIAFOOD


Kategori : Makanan tambahan Isi : 300 gram
Tempoh penggunaan : 2 minggu
Kesesuaian :Penghidap masalah kencing manis. Amalkan dengan BIO-FIBER dua kali sehari.
Mengalami masalah berat badan berlebihan. Minum bersama BIO-FIBER dua kali sehari dan amalkan bersama NOMO FET.

PENDAHULUAN
Dewasa ini terdapat pelbagai jenis minuman yang berada di pasaran. Minuman berkafeina, minuman bergas, minuman berasaskan koko, barli, oats dan pelbagai jenis perasa yang lain. Sajian ini ada' yang berkhasiat, namun tidak dapat dinafikan, ada juga yang mendatangkan mudarat seperti minuman berkafeina dan minuman bergas. Kita sering juga mendengar keluhan-keluhan berkaitan dengan minuman yang diambil, terutama di kalangan orang dewasa dan orang berusia. Minum teh boleh kembung perut, pesakit migrain tidak boleh ambil minuman berkafeina, minuman kopi panas badan, minuman bergas boleh rosakkan ginjal dan sebagainya. Kalau begitu apakah minuman yang sesuai diminum?
Sebenarnya Allah telah menganugerahkan kita pelbagai hasil tanaman yang berkhasiat untuk dijadikan minuman. Yang penting kita perlu berusaha untuk mengkaji, menganalisa dan mengenalpasti serta seterusnya mengolahkan semula ke dalam bentuk minuman yang berkhasiat. Hasil daripada kajian yang telah dijalankan oleh Prof. Dr. Azizan Ismail dan kumpulan penyelidiknya, kini diperkenalkan sejenis minuman berkhasiat yang dinamakan DIAFOOD. Serbuk minuman ini adalah terdiri dari campuran kacang soya, kacang hijau, kacang dal, biji badam dan susu tanpa lemak. Di antara khasiat bahan-bahan ramuan ini adalah seperti berikut:

KACANG SOYA

Menurut Dr. S. J. Singh, bagi setiap 100 gm kacang soya (Glycine Max) terdapat 41.3g protein, 19.5g lemak, 4.6g mineral, 3.7g fiber, 240 mg kalsium, 690 mg fosforus, 11.5 mg zat besi, 1.9 g kalium dan boleh memberikan 432 kalori tenaga. Kajian dijalankan di Amerika Syarikat ke atas kacang soya menunjukkan bahawa protein kacang soya adalah berkualiti tinggi dan berupaya menggantikan protein dari sumber-sumber lain termasuklah protein dari susu.
Kacang soya mengandungi asid amino yang pada kebiasaannya tidak terdapat di dalam kekacang dan bijirin lain. Dalam setiap 100 gm kacang soya terdapat juga 710 IU vitamin A, 0.73mg Tiamin, 0.76mg Riboflavin, 2.4mg asid Nikotinik, 1.68mg asid pantotenik, 0.64mg piridoksin, 6.11mg vitamin E di samping Biotin dan asid folik dalam kuantiti surih.

Khasiat kacang soya

Dan artikel yang ditulis oleh Dr. Christian Becker di dalam The Journal of the American Association, kacang soya didapati mengandungi nilai pemakanan yang tinggi di dalam kelas diabetes. lni kerana kacang soya mengandungi terlalu sedikit kanji tetapi kaya dengan lemak dan protein yang berkualiti tinggi. Sementara itu, menurut kajian oleh Friedenwald dan Ruhrah (1910), diet kacang soya bagi pesakit diabetes telah menurunkan peratus keseluruhan gula di dalam urin pesakit. Diet kacang soya juga penting dalam kes ekzema dan masalah kulit yang lain. Penggunaan protein haiwan boleh menimbulkan aktiviti-aktiviti keradangan kulit. Protein kacang soya sebaliknya bebas daripada kecenderungan untuk menghasilkan kesensitifan dan reaksi alergi kulit. Menurut sec'ang pakar kulit, Dr. Bulkley dari New York, diet kacang soya telah mengurangkan kegatalan kulit dengan begitu cepat dan seterusnya hilang dalam beberapa hari sahaja.
Menurut sebuah artikel di dalam Carcinogenesis (1980) oleh Dr. Walter Troll dari Pusat Perubatan Universiti New York, kacang soya mengandungi bahan perencat protease semulajadi (natural protease inhibitor) yang berupaya mencegah kanser. Dari kajiannya, dua kumpulan tikus telah didedahkan kepada sinaran X bagi mengaruhkan kanser buah dada. Satu kumpulan tikus diberi diet kacang soya manakala yang satu lagi diberi diet biasa tanpa bahan perencat protease. Keputusan menunjukkan bahawa 74% dari tikus dengan diet biasa menghidap kanser manakala hanya 44% dari tikus dengan diet soya mendapat kanser.
Selain daripada itu, diet kacang soya juga adalah baik dalam kes infeksi sistem perkencingan (Dr. Christian Becker), infeksi ginjal dan pundi kencing (kajian di Universiti Frankfurt), diarea musim panas serta sensitif kepada susu lembu di kalangan kanak-kanak (Ruhrah, 1910 dan Sinclair, 1916) dan juga dalam kes-kes arthritis, anemia, riketsia dan obesiti. Daripada pengalaman dan kajian makmal oleh Dr. Safoe, didapati diet soya penting di dalam pertumbuhan dan pemuliharaan flora bakteria asid urik bagi perlindungan usus kecil.

BUAH BADAM

Badam mengandungi 59% lemak dan 21% protein yang berkualiti seperti protein susu. Terdapat juga vitamin A dan B di samping mineral-mineral seperti kalsium, magnesium, kalium, fosforus dan ferum. Badam tidak mengandungi bakteria pereputan (putrefactive bacteria). Oleh itu is tidak mudah mereput walaupun di dalam badan. Dan itu badam boleh dianggap sebat-,9 makanan yang bersih dan steril. Setiap 100gm badam boleh memberikan 661 kalori tenaga, hampir-hampir menyamai mentega.
Khasiat Badam
Badam berkhasiat di dalam kes diabetes kerana is tidak mengandungi kanji. Selain dari itu, badam juga berguna di dalam kes-kes riketsia, radang ginjal (nephritis), tifoid, pereputan dalam intestin, cirit busuk (putrid diarrhoea), anemia skunder dan keasidan badan (hyperacidity). Campuran badam di dalam minuman juga baik untuk mereka yang banyak menggunakan otak di dalam tugas seharian.

KACANG HIJAU

Di dalam kes diabetes, kacang hijau boleh meningkatkan penggunaan glukos di dalam badan. Menurut kajian yang telah dijalankan di makmal C.F.T.R.I., Mysore, India, pesakit diabetik kronik yang memerlukan insulin 40 unit sehari, apabila diberi diet mengandungi ekstrak kacang hijau, telah menunjukkan penurunan ke atas keperluan terhadap insulin menjadi 20 unit sehari. Kajian juga menunjukkan perubahan ketara ke atas kandungan glukos darah (fasting blood sugar levels), toleransi glukos, kandungan gula urin dan keadaan umum pesakit. Kacang hijau juga berkhasiat untuk melegakan kembung perut dan kencing tertahan.

KACANG DAL

Kacang dal lazat dan menyejukkan di samping mempunyai ciri-ciri afrodisiak dan ketonikkan yang balk untuk saraf. la juga berguna dalam kes-kes kelemahan seminal (seminal debility), leukorea dan diabetes. Dalam kajian yang dijalankan di Institut Penyelidikan Teknologi Makanan Pusat, India, kehadiran kacang dal di dalam diet biasa telah berupaya menurunkan kandungan gula di dalam darah.

Cara Guna
Dibancuh dengan air panas dan minum.
Boleh dijadikan campuran dalam adunan untuk membuat
pankek, kuih dan dessert (pencuci mulut).

0 comments:

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...