Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Friday, November 30, 2012

PBB Iktiraf Palestin sebuah negara Penantian 65 tahun rakyat Palestin berakhir

PBB Iktiraf Palestin sebuah negara Penantian 65 tahun rakyat Palestin berakhir

JERUSALEM: Beribu-ribu orang meraikan kejayaan apabila Palestin memperoleh pengiktirafan daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sebagai sebuah negara selepas penantian selama 65 tahun. 



Generasi muda Palestin pastinya akan mengingati tarikh penting berkenaan iaitu 29 November 2012.

Kejayaan itu menjadi kenyataan biarpun sekutu kuat Israel, Amerika Syarikat meningkatkan kempen agresif untuk menggagalkan undian Perhimpunan Agung.


Sebelum ini, Palestin menolak cadangan supaya sebuah negara Yahudi dan Arab ditubuhkan selepas penjajahan British ke atas Palestin berakhir. - AP
Hamas sambut baik hasrat jadi kedutaan pertama di Palestin

KUALA LUMPUR - Hamas memberi respons positif kepada pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, bahawa Malaysia berhasrat menjadi negara pertama buka kedutaan di ibu kota Palestin yang merdeka dan berdaulat kelak.

Menyifatkan langkah itu sebagai sangat bermakna, Ketua Perhubungan Antarabangsa Hamas, Usamah Hamdan turut mengambil maklum bahawa ia menggambarkan pendirian positif Kerajaan Malaysia dan kepimpinan Umno terhadap Palestin serta rakyatnya.


“Kami berharap ini akan memberi inspirasi kepada Kerajaan Arab dan Islam serta komuniti antarabangsa untuk mengambil pendirian serupa menyokong Palestin,” katanya di luar Persidangan Agung Umno 2012 di PWTC, semalam.

Najib menyatakan kemungkinan Malaysia menjadi negara pertama membuka kedutaan di ibu kota Palestin yang merdeka dan berdaulat kelak.

Najib berkata, Malaysia komited untuk mendapatkan keadilan bagi rakyat Palestin.

Perkara itu disentuh ketika beliau menghuraikan pencapaian Malaysia sebagai sebuah negara Islam, membolehkannya melaksanakan peranan penting di persada antarabangsa, termasuk menghantar pasukan pengaman ke negara berkonflik seperti Bosnia, Somalia, Lubnan dan Afghanistan serta menjadi perantara dalam perjanjian damai di selatan Filipina.


Usamah, yang dijemput menghadiri beberapa acara anjuran Umno sempena perhimpunan agung itu, menyuarakan harapan agar kedutaan yang bakal dibuka kelak akan membantu dalam pembinaan semula Palestin.

Sementara itu, menerusi Tabung Kemanusiaan Gaza-Sinar Harian, seluruh rakyat Malaysia marilah menghulur sumbangan bagi mengurangkan penderitaan warga Gaza.

Bantulah mereka! Hulurkanlah sumbangan kepada tabung berkenaan yang kini jumlah kutipan meningkat RM96,852 sehingga semalam, selepas lapan hari dilancarkan.




0 comments:

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...