Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Saturday, July 07, 2012

Sabun Untuk Samak dan Kesihatan Kulit

Sabun Untuk Samak

RM5.90 SEBUKU

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada yang mencari sabun boleh digunakan sebagai samak dari najis mughallazah (najis anjing dan babi), sila dapatkan Sabun Taharah dengan Sahabat Roselle Marketing. Selain itu, sabun ini juga banyak kebaikannya yang tersendiri. 


Adakah kita yakin dalam kehidupan kita sehari-hari, kita terselamat dari najis mughallazah seperti  menolak troli di pasaraya, sentuh gelas di warung dan berbagai aktiviti lagi,  tanpa disedari mungkin kita tersentuh najis mugallazah yang disentuh oleh non-muslim

Walaupun Feqah memaafkan perkara-perkara yang diluar pengetahuan kita, tetapi bagaimana dengan kualiti ibadah kita  sekiranya ia berterusan.

 Kini SABUN SAMAK DAN MANDIAN TAHARAH yang diperbuat dari 90% bahannya dari tanah liat akan memastikan kita MEMBERSIH dan MENYUCI sekaligus. Ia boleh juga digunakan untuk menyamak najis mughallazah. Telahpun mendapat pengesahan dan sokongan dari Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah, Jabatan Mufti Negeri Sembilan, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan dari Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Terengganu.
Yakinlah dengan apa yang telah disyariatkan di dalam Hukum Feqah kita, semestinya di sana terdapat hikmah yang kadangkala tidak terjangkau oleh fikiran dan kajian kita.  







Kini! Dapatkan Sabun taharah boleh buat samak ini dengan harga promosi! Dapatkan di Sahabat Roselle Marketing. 3 Buku RM 15.
HUBUNGI SAHABAT ROSELLE MARKETING

 019 7703029 atau 019-7773022 atau 019-778302

Kawasan Lembah Klang , sila  hubungi 
019 7773194 atau 019 7773094
 (Kedai Sahabat Roselle Marketing di Puchong, Selangor)

Untuk beli online, sila klik di sini.

Hukum Melakukan Samak Najis Mughallazah Menggunakan Sabun Tanah Liat

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-76 yang bersidang pada 21 - 23 November 2006 telah membincangkan Hukum Melakukan Samak Najis Mughallazah Menggunakan Sabun Tanah Liat. Muzakarah telah memutuskan bahawa sabun yang mengandungi unsur tanah liat boleh digunakan untuk melakukan samak najis mughallazah dengan syarat tanah tersebut suci dan peratusan kandungan tanah dalam sabun melebihi daripada bahan-bahan yang lain serta kaedah samak tersebut dilakukan mengikut syarak.

Sila baca artikel di bawah ini seterusnya bagi mengetahui kebaikan produk ini.

Product Description

Sabun Mandian Taharah (100g)
Mengandungi vitamin A,C & E, Tanah Liat, Mineral, Zat-zat Galian Magnesium, Sodium, Potassium, Kalsium, Rumpai Laut, Minyak Zaitun, Bahan Asas Sawit dan Pewangi Kayu Gaharu

Khasiat:


Sesuai untuk semua jenis lapisan kulit dan sesuai untuk kulit bayi.
Kulit kering : dapat melembapkan kulit yang kering
Kulit berminyak: dapat membuang lebihan minyak dan menyeimbangkan sistem kulit.
Memperbaiki sel-sel kulit yang mati
Sebagai antiseptik semulajadi yang terbaik. Mengurangkan garis penuaan/ kedutan di muka serta memberikan kesegaran yang berpanjangan.
Menyerap toksin yang berlebihan dalam kulit, memelihara & memperbaiki sel-sel mati
Menghilangkan bau badan dan memberi kesegaran berpanjangan sepanjang hari.



Rangkaian Kedai Sahabat Roselle Marketing:

Cawangan Impian Emas, Skudai Johor Bharu, Johor:
No. 32 Jalan Impian Emas 7,Taman Impian Emas,81300 Skudai,Johor, Malaysia
Office : +607 558 2779
HP : 019-778 3029 

Kedai SRM Puchong Selangor:
No 19-1, Jalan Tasek Prima 5/1, Blok B Prima Biz Hub,Taman Tasik Prima, 47150 Puchong, Selangor Darul Ehsan. Nombor telefon: 019 7773194/019 7773094
 
SRM Cawangan Bandar Baru Uda, 
No. 3 Jalan Padi Ria 13, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, 019-7773022 (En.Fadhil)

Cawangan Taman Mutiara Rini, 
No. 33 Jalan Jasa 64,Taman Mutiara Rini, 81300 Skudai, Johor Bahru, Nombor 0197773064  

Cawangan Pasir Gudang:
D & Yad venture - No:22 Jln Sejambak 14, Taman Bukit Dahlia 81000 Pasir Gudang, Johor.017-7382676 [Puan Mimah]

 SRM Mobile - Sekitar Muar, Johor - 019-619 6676 [Puan Fatimah]  
Pahang: 019 9851773 (Encik Sulaiman)


Lain-lain Khasiat:
Mencerahkan, menghaluskan dan melembapkan badan.
Menghilangkan penyakit-penyakit kulit seperti panau, kurap, cacar air, kudis, ruam,
gatal-gatal kulit, kelemumur serta rekahan tumit kaki.


Sebagai sabun serbaguna
1.  Untuk menyamak atau bersertu najis berat mughallazah (kaedah samak seperti biasa 1 kali air sabun Taharah, 6 kali air biasa.)
2. Sebagai basuhan sayuran- rendam sayuran untuk menghilangkan toksin dan racun serangga.
3.  Sebagai basuhan baju- menghilangan kesan kotoran seperti darah, minyak, karat besi dan Iain-lain.
4.  Menurunkan suhu badan sekiranya demam panas.


Cara Penggunaan:
Untuk penggunaan yang berkesan - biarkan buih sabun Taharah di badan semasa mandi atau di tempat yang bermasalah seketika sebelum dibilas.(biar buih menyerap ke dalam kulit)
Bagi masalah jerawat, jeragat atau Iain-lain masalah kulit, buih sabun Taharah boleh disapu di tempat yang bermasalah dan dibiarkan semalaman. Ini bertujuan supaya dapat membunuh bakteria atau kulat yang ada di tempat yang bermasalah.

Kelebihan SABUN SAMAK DAN MANDIAN TAHARAH yang boleh digunakan untuk samak najis mughallazah (anjing dan khinzir) telahpun mendapat pengesahan dan sokongan dari : 
  • Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah melalui surat bil. (65) dlm.JMNK(F)602 Jld 6 bertarikh 13 Januari 2004.

  • Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) melalui surat bil 710/PPIM/ABNGLOBAL/60/02, bertarikh 6 Jun 2004.
  • Mufti Negeri Sembilan melalui surat bil (83) JMKNNS. 209 (01) 747/1 Jld 4,  bertarikh  6 Oktober 2004.
  • Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Terengganu melalui surat bil (110) JMN TR. 2/1 Jld 20,  bertarikh  20 Disember 2004.
Hukum Melakukan Samak Najis Mughallazah Menggunakan Sabun Tanah Liat

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-76 yang bersidang pada 21 - 23 November 2006 telah membincangkan Hukum Melakukan Samak Najis Mughallazah Menggunakan Sabun Tanah Liat. Muzakarah telah memutuskan bahawa sabun yang mengandungi unsur tanah liat boleh digunakan untuk melakukan samak najis mughallazah dengan syarat tanah tersebut suci dan peratusan kandungan tanah dalam sabun melebihi daripada bahan-bahan yang lain serta kaedah samak tersebut dilakukan mengikut syarak.

Keterangan/Hujah: 
i. Masyarakat Islam di Malaysia mengamalkan mazhab Syafi’i dalam kebanyakan urusan peribadatannya. Oleh itu amalan samak sebanyak tujuh kali yang salah satu daripadanya menggunakan tanah telah diterimapakai secara umum oleh masyarakat, sama ada untuk menyucikan najis mughallazah yang terkena pada badan, pakaian, rumah dan sebagainya.

 

Hadis Nabi S.A.W. :
طهوراناء أحدكم اذا ولغ فيه الكلب أن يغسله سبع مرات أولاهن بالتراب  ( رواه مسلم )

“Bersihkanlah bekas makanan kamu yang dijilat anjing dengan tujuh kali basuhan dan yang pertama daripadanya dengan tanah ”

ii. Berdasarkan zahir hadis hukum menyamak dengan tanah pada tempat yang terkena najis mughallazah, Nabi Muhammad S.A.W. tidak memperincikan bentuk dan keadaan tanah yang boleh digunakan untuk menyucikan najis mughallazah. Ini seolah-olah menunjukkan semua jenis tanah yang ada di atas muka bumi ini boleh digunakan untuk menyamak. Imam Al-Sharbini menyebutkan semua jenis tanah sekalipun debu pasir (Mughni al-Muhtaj, Juzu’ 1, Hlm 137). Tanah yang dicampur dengan benda asing tidaklah menjadi halangan asalkan ia tidak mengubah keaslian tanah dan suci.
iii. Dalam kehidupan yang moden pada hari ini, penemuan-penemuan baru yang masih berteraskan prinsip Islam seperti penciptaan sabun samak wajar dihargai kerana tujuannya untuk memberi kemudahan kepada umat Islam di mana saja berada.
 
iv. Dari aspek tanah yang digunakan, Rasulullah S.A.W. tidak pernah menyatakan lapisan tanah yang ke berapa perlu digunakan kerana pada asasnya tanah atau pasir adalah suci.
v. Bagi umat Islam yang tinggal di luar Negara dan mudah terdedah dengan najis-najis mughallazah, penggunaan sabun ini adalah satu alternatif kepada penggunaan tanah yang kadang-kadang sukar diperolehi.
vi. Walaupun sabun ini dibenarkan untuk tujuan samak bagi menggantikan tanah, tetapi kaedah pelaksanaan samak tersebut masih terikat dengan hukum syarak.
vii. Penggunaan sabun tersebut dibenarkan dengan syarat pada urufnya kandungan tanah melebihi daripada bahan-bahan yang lain.
 Sumber; http://www.e-fatwa.gov.my/

0 comments:

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...