Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Monday, July 09, 2012

Juara Anugerah Keceriaan Kampung FELDA 2012

Juara Anugerah Keceriaan Kampung FELDA 2012




Pengurus FELDA Nitar 2, Abdul Aziz Talib (tengah) bersama penduduk Wilayah Segamat, Johor meraikan kejayaan selepas merangkul Juara Anugerah Keceriaan Kampung FELDA 2012 dengan membawa pulang RM1 juta pada sambutan Hari Peneroka 2012, di Kuala Lumpur.

Rancangan-rancangan Felda yang muncul Juara  Anugerah Keceriaan Kampung Felda (AKKF)  dengan membawa pulang wang tunai RM1 juta  ialah; 

Tahun 2008  -  Felda Semenchu
Tahun 2009  -  Felda Ulu Belitong 

Tahun 2010  -  Felda Kledang

Tahun 2011 - Felda Tunggal 
Tahun 2012 dimenangi oleh Felda Nitar 2.
Semuanya di Negeri Johor.


Sumber di atas: http://www.thesundaily.my/
MARAN 7 Julai 2011 - Buat kali keempat berturut-turut, Johor mencatat kejayaan membanggakan apabila mengungguli Anugerah Keceriaan Kampung Felda (AKKF) menerusi Felda Tunggal, sekali gus membawa pulang wang tunai RM1 juta.

Anugerah tersebut disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada sambutan Hari Peneroka yang diadakan di Mini Stadium Nadi Kota, Jengka di sini, hari ini.

Tahun lalu, AKKF dimenangi oleh Felda Kledang manakala Felda Ulu Belitong pada 2009 dan Felda Semenchu (2008).

Pengurus Felda Tunggal, Abdullah Mohd. Ali berkata, sikap saling membantu dan kerjasama dalam kalangan masyarakat setempat, termasuk golongan belia menjadi rahsia kejayaan tanah rancangan tersebut.
"Saya amat berbangga dengan masyarakat peneroka di sini kerana mereka sanggup mengeluarkan perbelanjaan untuk mengindahkan kampung.

"Hari ini pengorbanan dan komitmen mereka selama dua tahun berbalas dengan kemenangan bermakna ini," katanya ketika ditemui selepas majlis tersebut.
Selain Felda Tunggal, 10 finalis lain ialah Felda Mata Ayer di Perlis, Felda Chini Timur, Felda Keratong 6 dan Felda Lepar Hilir di Kuantan, Felda Ulu Penggeli, Felda Nitar 2 dan Felda Radong di Segamat, Johor serta Felda Bukit Waha, Felda Air Tawar 3 dan Felda Lok Heng Barat juga di Johor.

Finalis membawa pulang wang tunai RM10,000 beserta trofi dan sijil penyertaan, manakala bagi kategori anugerah khas pula, mereka meraih hadiah wang tunai RM30,000 beserta trofi dan sijil penyertaan.

Bagi anugerah khas pula, Felda Chini Timur memenangi kategori Ekonomi Cemerlang diikuti Felda lepar Hilir (Keselamatan Terbaik), Felda Sahabat 4 dan 5 (Kepimpinan dan Kualiti Cemerlang) dan Felda Air Tawar 3 (Inovasi Alam Sekitar).

Sementara itu, Pengerusi Gerakan Persatuan Wanita (GPW), Mahiyah Haron, menyifatkan golongan wanita tidak ketinggalan dalam memainkan peranan penting bagi setiap aktiviti keceriaan kampung.
Ia diakui seorang peneroka, Othman Ahmad, 58, yang melihat banyak perubahan dilaksanakan di Felda Tunggal sejak menjadi peneroka di tanah rancangan itu pada 1980.

"Ia adalah berkat sokongan semua pihak dan tanpa jemu untuk melihat tanah rancangan ini bersih, indah dan selesa untuk didiami," katanya.
Bagi belia Felda Tunggal, Eddy Rohaizal Fadirallah, 33, mereka mengharapkan generasi baru Felda dapat bersama-sama mempertahankan kejuaraan itu dan memastikan tanah rancangan tersebut sentiasa indah.
Sumber : Utusan Online

0 comments:

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...