Sakit Itu Ujian Allah Bagi HambaNya Yang Beriman
Doa Buat Sahabat Yang Sakit
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Alhamdulillah, kita di Malaysia, telah melewati 6 Ramadhan 1433 Hijriah hari ini.
Malaysia juga telah memasuki ke angka 55 tahun merdeka pada 31 Ogos nanti. Dengan nikmat kemanan yang ada di tanahair tercinta ini, kita dapat menikmati sahur dan berbuka puasa serta menjalani ibadah puasa dengan tenang. Alhamdulillhirabbil'alamin.
Dalam ada itu, usahlah kita lupa untuk mendoakan saudara seiman kita yang sedang diduga iman mereka. Ketakutan diserang musuh membuatkan kehidupan mereka tidak betah mengecapi nikmat kemanan. seperti yang sedang dilalui oleh saudara kita di Syiria, Myanmar, Palestin dan di beberapa tempat lagi di dunia ini.
Begitu juga. Ada di antara kita, yang sedang diuji dengan kesakitan. Semoga kita dapat bersabar atas ujian Allah ini dan syukur atas nikmat yang Allah berikan kepada kita. Iman dan Islam, itulah nikmat terbesar dalam kehidupan kita di dunia ini.
Sakit Itu Ujian Allah Bagi HambaNya Yang Beriman.
Ibn
Mas’ud Radhiallahu ‘Anh berkata:
Aku menziarahi Rasulullah sewaktu
Baginda sakit. Aku mengatakan, “Ya Rasulullah, engkau menghadapi demam
yg kuat!” Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam menjawab, “Demamku adalah
dua kali (kuatnya) daripada kamu..” Aku bertanya lagi, “Adakah kerana
engkau mendapat dua kali ganjaran?” Jawab Baginda, “Benar.. Tiada
seorang Muslim yg ditimpa kesakitan – w/pun hanya luka yg disebabkan
tertusuk duri – melainkan Allah akan menghapuskan dosa2 nya disebabkan
kesakitan itu, dan dosanya gugur spt gugurnya dedaun dr sepohon pokok..”
Anas bin Malik Radhiallahu ‘anh meriwayatkan: Aku mendengar
Rasulullah SAW bersabda, “Allah berfirman: Apabila Aku menguji hambaKu
dgn dua perkara yg plg dicintainya (iaitu kedua-dua matanya;
penglihatannya) dan ia menahannya dgn penuh kesabaran, Aku akan
memberikannya Syurga sbg ganjaran (atas kesabarannya itu)..”
Nabi Allah Yaaqub ‘Alaihissalam berkata: Sesungguhnya hanyalah kpd Allah aku adukan kesusahan dan kesedihanku.. (Yusuf: 86)
Doa Buat Sahabat Yang Sakit
Ketika ini, ada staf Sahabat Roselle yang sakit, dan ada yang sedang ditahad di wad. Sebak hati ini mengenangkan betapa baiknya sahabat-sahabat saya ini. Syukur Alhamdulillah, Allah menganugerahkan sahabat sebaik mereka dalam kehidupan saya sekeluarga.
Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Sembuhkanlah Penyakit yang dihidapi
Oleh sahabat kami
Sekarang ini
Agar sahabat kami
Dan diri kami
dapat beribadah kepadaMu
dari hari ke hari
hingga ke akhir hayat kami.
Amin Amin Ya Rabbal Alamin
Anggaplah
sakit dan kesakitan itu sebagai anugerah untuk menguji dan meningkatkan
iman kita disamping meraih kemanisan iman. Bila rasa sakit, kita
berusaha dan berikhtiar untuk melegakan rasa sakit dan berharap dengan
izin Allah rasa sakit itu akan ringan dan hilang.
Hidup di dunia ini medan ujian untuk orang beriman!
0 comments:
Post a Comment