Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Thursday, July 05, 2012

Ribut Dan Suhu Panas Di AS

Ribut: 1.3 juta rumah di AS terputus bekalan elektrik


WASHINGTON 5 Julai - Kira-kira 1.3 juta rumah dan kawasan perniagaan di timur Amerika Syarikat terputus bekalan elektrik kerana ribut dan keadaan suhu yang panas yang melanda kawasan itu sejak Jumaat lalu dan menyebabkan 23 terkorban.

Keadaan tersebut memaksa penduduk di kawasan berkenaan untuk membatalkan pesta Fourth of July yang sering diraikan pada bulan Julai.

Syarikat bekalan tenaga elektrik memberi amaran bahawa sesetengah tempat mungkin akan mengalami gangguan kuasa dan tidak dapat menghidupkan penghawa dingin mereka sepanjang minggu. - REUTERS

Cuaca panas melampau terus landa timur Amerika



WASHINGTON 3 Julai - Bahagian timur Amerika Syarikat (AS) terus dilanda cuaca panas melampau dengan hampir 1.4 juta kediaman dan premis perniagaan dari Illinois hingga Virginia tergendala ekoran bekalan elektrik yang masih belum pulih.

Taufan ganas yang melanda timur AS pada Jumaat lalu menyebabkan banyak pokok tumbang dan merosakkan kabel-kabel elektrik, serta meragut sekurang-kurangnya 18 nyawa.

Syarikat perkhidmatan elektrik tempatan Pepco, memberi amaran bahawa bekalan elektrik hanya dapat disambung semula dalam tempoh seminggu.

Datuk Bandar Washington, Vincent Gray dalam pada itu melahirkan rasa kecewanya dengan kerja-kerja penyambungan semula bekalan elektrik yang berjalan perlahan.

"Ribut kuat pada minggu lalu menyebabkan bekalan elektrik terputus dan ramai penduduk menerima kesannya, termasuk saya," katanya.

Beberapa kediaman dan perniagaan turut terjejas di Virginia, West Virginia, Ohio, Tennessee, Pennsylvania, Maryland, New Jersey, North Carolina, Indiana dan Kentucky.
Sementara itu, suhu panas antara 32 darjah celcius hingga 37.7 darjah celcius dijangka dicatat di kebanyakan kawasan di seluruh AS pada hari ini dan esok. - REUTERS

Sumber; Berita Harian

0 comments:

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...