Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Thursday, July 19, 2012

2 Terbunuh Perancah Runtuh di Singapura

2 Terbunuh Perancah runtuh di Singapura
 
 
 
LOKASI perancah tapak pembinaan stesen tren bawah tanah runtuh di Singapura semalam.


SINGAPURA – Dua pekerja terbunuh manakala lapan yang lain cedera apabila perancah di sebuah tapak pembinaan stesen tren bawah tanah di sini runtuh semalam, kata beberapa pegawai pertahanan awam.

Kemalangan tersebut adalah yang terbaharu menimpa rangkaian tren metro di sini selepas dua gangguan perkhidmatan besar-besaran berlaku pada Disember tahun lalu.

Insiden itu merupakan kemalangan tapak pembinaan terburuk di Singapura sejak tahun 2004.
 
Pada tahun itu, sebuah terowong tren bawah tanah yang sedang dibina runtuh dengan menyebabkan empat orang maut.

Seorang jurucakap pertahanan awam memberitahu wartawan bahawa pasukan penyelamat telah menemui mayat dua pekerja tersebut yang didapati hilang sebelum ini.

Lapan pekerja lain cedera ringan dan dirawat di sebuah hospital berdekatan.
Menurut jurucakap berkenaan, hanya perancah tersebut runtuh tetapi terowong yang sedang dibina masih kukuh.
Pada bulan ini, Pihak Berkuasa Pengangkutan mendenda syarikat pengendali rangkaian tren metro di sini, SMRT sebanyak AS$1.59 juta (RM5 juta) berhubung dua gangguan perkhidmatan itu yang menyebabkan ribuan pekerja terkandas. – AFP

0 comments:

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...