Kepada para pelayar blog SahabatRoselle, Sila dengar sedikit sedutan ceramah, bertajuk, "Kelebihan Mencari Yang HALAL", daripada bacaan kitab Bahrul Mazi Jilid 9 oleh Ust Syamsuri bin Ahmad. Untuk mendengar, sila klik button pause pada Lagu di sidebar bertajuk 'HALWA' blog ini. Semoga bermanafaat.
Sahabat Roselle Marketing
Assalamualaikum warahmatullah...
Sahabat Roselle Marketing
Produk Halal Muslim, Tanggungjawab Kita.
Sahabat Roselle Marketing, memenuhi Fardhu Kifayah dalam
Muamalah Islam ini.
Marilah, kita satu hati, bersama menggunakan produk Halal,
dari hasil tangan-tangan yang menjunjung kalimah Syahadah.
Marilah, bersama kami memartabatkan ekonomi ummah.
"Jika ALLAH SWT memakbulkan doamu, maka Allah meneguhkan kepercayaan mu kepadaNya", "Jika ALLAH SWT menangguhkan doamu, maka ALLAH menguji kesabaranmu", Jika ALLAH SWT TIDAK MEMAKBULKAN doamu, maka ALLAH telah merancangsesuatu yang lebih baik buatmu".
BUKTI...Ahmad menunjukkan rakaman video penderitaan umat Islam Rohingya.
Video eksklusif serangan puak Rakhine di Myanmar
Rohingya attacked and killed by Rakhine
‘Tolong selamat kami’
YANGON (Myanmar): “Saya bukan cakap kosong, tapi ada bukti. Penduduk
etnik Rakhine kini bermaharajalela menyerang dan membunuh orang Islam
Rohingya di Arakan, tetapi malangnya perkara ini tidak diketahui
masyarakat luar kerana pihak berkuasa bijak menyorokkan maklumat
sebenar.
“Malah, anggota pasukan keselamatan turut membantu puak Rakhine
menindas penduduk Rohingya. Perkara ini bukan lagi rahsia kerana semua
orang Islam di Myanmar tahu, namun kami dihalang memberi bantuan,” kata
aktivis Islam yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 32, ketika ditemui
di sini, baru-baru ini.
Ahmad yang ibu bapa dan adik-beradiknya masih di Arakan berkata, dia
sentiasa memantau perkembangan di negeri kelahirannya itu selain
berhubung dengan beberapa individu di sana untuk mendapat maklumat
terkini.
Menurutnya, setiap individu Muslim tidak wajar berdiam
diri tanpa melakukan apa-apa sedangkan ratusan ribu saudara seagama
menderita akibat tekanan puak Rakhine yang dibantu pasukan seragam
kerajaan di Arakan.
Beliau mendakwa pada masa ini ada kira-kira 115,000 orang umat
Islam Rohingya tinggal di lima khemah penempatan sementara di beberapa
kawasan iaitu di Thet Khapyin yang menempatkan 40,000 orang, Da Bai
Thaecheung (25,000), Bumay (10,000), Budu Pa (20,000) dan Sampya Barat
(20,000).
2,000 jadi korban
HITTAGONG (Bangladesh): Konflik di Arakan,
Myanmar yang tercetus awal Jun lalu sudah meragut lebih 1,000 nyawa umat
Islam Rohingya angkara serangan puak Rakhine yang dibantu beberapa
pasukan penguat kuasa kerajaan.
Aktivis Kemanusiaan Rohingya yang juga Editor Eksekutif Kaladan
Press, Tin Soe@Taher berkata, selain dibunuh dan dicederakan, ramai
gadis Rohingya menjadi mangsa rogol, selain puluhan ribu merempat
selepas kehilangan tempat tinggal apabila diusir dari kampung dan rumah
mereka dibakar.
“Mengikut data yang diberikan kepada kami, jumlah penduduk Rohingya
yang mati sejak kejadian Jun lalu dianggarkan 1,000 hingga 2,000 orang,
jumlah cedera antara 1,000 dan 3,000, 10,000 orang hilang dan 60 wanita
Rohingya dirogol.
“Jumlah mangsa rogol itu hanya untuk di Maungdaw kerana saya belum
dapat angka bagi kawasan lain. Semua mangsa dirogol penduduk Rakhine
dan ada juga oleh pasukan penguat kuasa kerajaan,” katanya ketika
ditemui di sini.
Taher, 48, ialah etnik Rohingya yang sudah 20 tahun tinggal di
luar negara dan mengasaskan portal berita, Kaladan Press pada 2001
khusus untuk memperjuangkan nasib penduduk Rohingya yang ditindas di
Myanmar menyebabkan ratusan ribu menjadi pelarian di beberapa negara,
sebahagian besar di Bangladesh.
Sumber: Harian Metro
Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/23
OIC kritik penindasan etnik Rohingya
JEDDAH 18 Julai - Setiausaha Agung Pertubuhan
Kerjasama Islam (OIC), Ekmeleddin Ihsanoglu mengkritik keras penindasan
dan pelanggaran hak asasi manusia terhadap etnik Rohingya di Myanmar
dalam keganasan etnik dan agama sejak Jun lalu.
Beliau berkata, pelanggaran hak asasi manusia terhadap etnik Rohingya
beragama Islam termasuk pembersihan etnik, pembunuhan, rogol dan
kehilangan tempat tinggal, oleh pasukan keselamatan Myanmar berlaku
sejak tiga dekad lalu.
Ihsanoglu berkata, pelaksanaan demokrasi di Myanmar baru-baru ini
meningkatkan harapan masyarakat antarabangsa bahawa penindasan terhadap
etnik Rohingya akan tamat dan mereka dapat menikmati hak dan peluang
sama rata.
''Bagaimanapun, keganasan terbaru terhadap etnik Rohingya pada 3 Jun
lalu menimbulkan kebimbangan kepada OIC,'' katanya dalam satu kenyataan
di sini kelmarin.
Ihsanoglu berkata, OIC terkejut dengan kenyataan Presiden Myanmar,
Thein Sein yang menolak etnik Rohingya sebagai warganegara ketika usaha
masyarakat antarabangsa termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
cuba mencari penyelesaian damai berhubung isu itu.
Beliau menegaskan kerajaan Myanmar sebagai anggota PBB dan ASEAN
perlu berpegang kepada hak asasi manusia termasuk dekri dan konvensyen
yang relevan dalam memberi layanan kepada rakyatnya.
Ihsanoglu merujuk kepada deklarasi PBB bahawa Rohingya adalah etnik,
agama dan budaya minoriti dari barat Myanmar dan fakta sejarah
menunjukkan etnik itu berada di Myanmar beberapa kurun sebelum
penjajahan British dan secara jelas sebelum pembentukan negara Myanmar.
Namun, kerajaan Myanmar masih menindas dan melakukan diskriminasi
terhadap etnik Rohingya termasuk di bawah Undang-Undang Kewarganegaraan
1982 yang melanggar norma-norma antarabangsa dengan melucutkan hak
kewarganegaraan Rohingya secara tidak adil.
Ihsanoglu berharap kerajaan Myanmar akan memberi maklum balas positif
dan konstruktif terhadap kebimbangan masyarakat antarabangsa supaya
etnik Rohingya boleh pulang ke negara asal mereka dengan selamat dan
bermaruah.
Beliau berkata, akta OIC menetapkan pertubuhan itu perlu membantu
golongan minoriti beragama Islam di negara-negara bukan anggota bagi
memelihara maruah, budaya dan identiti agama mereka.
Beliau melahirkan keazaman OIC untuk membawa isu itu ke perhatian
antarabangsa termasuk PBB, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, ASEAN dan
Kesatuan Eropah serta kerajaan Myanmar sendiri untuk mencapai resolusi
aman dan berkekalan. - AGENSI
Sumber; Utusan Malaysia, 19/7/2012
Rohingya adalah rakyat Myanmar - Bangladesh
DHAKA 19 Julai - Menteri Luar Bangladesh, Dipu
Moni berkata, etnik Rohingya adalah rakyat Myanmar dan Yangon perlu
mengambil semula etnik itu dari negara ini.
Perkara itu disampaikan oleh Moni kepada Duta Myanmar ke Bangladesh, Myo Myint Than dalam satu pertemuan, di sini semalam.
Agensi berita nasional Bangladesh, BSS melaporkan Moni sebagai
berkata, Myanmar mempunyai tanggungjawab untuk mengambil balik semua
pelarian etnik Rohingya yang kini dipercayai berjumlah kira-kira 500,000
orang di negara ini, bagi mengukuhkan hubungan dua hala.
''Bangladesh akan menawarkan bantuan bagi memulakan proses
penghantaran pulang (pelarian Rohingya) yang mengalami jalan buntu sejak
beberapa dekad lalu,'' kata Moni.
Statistik rasmi menunjukkan hampir 30,000 pelarian Rohingya berdaftar
dan 450,000 pelarian lagi tidak berdaftar, kebanyakannya meninggalkan
Myanmar pada awal 1990-an bagi mengelak ditindas oleh Yangon.
Beliau memuji langkah kerajaan Myanmar bagi membendung konflik etnik dan agama di Rakhine sejak beberapa minggu lalu.
Bangladesh menerima tekanan antarabangsa untuk menerima pelarian
Rohingya yang melarikan diri dari Myanmar ekoran peningkatan keganasan
di wilayah itu. - Agensi
Sumber; Utusan Malaysia, ARKIB : 20/07/2012
Ramai penduduk Rohingya dijangka mati akibat kebuluran
Oleh MOHD. HASRIQ AMIRUDDIN
Tindakan Presiden Myanmar Thein Sein enggan menerima penduduk
Rohingya di negara itu amat mengecewakan kerana ia akan menyebabkan
ramai etnik itu terutama kanak-kanak mati akibat kebuluran.
Thein Sein sepatutnya menunjukkan keikhlasan jika mahu menyelesaikan
konflik tersebut dengan menerima cadangan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) agar memberi kerakyatan
kepada etnik Islam Rohingya.
Beliau juga perlu menyediakan keperluan asas yang mencukupi di
khemah-khemah pelarian bagi menepis tanggapan buruk terhadap kerajaannya
yang didakwa tidak mempedulikan nasib pelarian itu.
Dalam hal ini, ASEAN boleh memainkan peranan memberi tekanan kepada
Myanmar, sebagai anggota ASEAN untuk menyelesaikan konflik itu demi
memberi keadilan dan kemanusiaan kepada etnik itu.
ASEAN juga boleh bekerjasama dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
(PBB) untuk mengenakan tekanan kepada Bangladesh supaya menerima dan
membantu pelarian Rohingya yang cuba mendapatkan perlindungan di negara
itu.
Malah Bangladesh boleh memainkan peranan lebih kerana kawasan sungai
bersempadan Myanmar sering menjadi tumpuan beribu-ribu pelarian Rohingya
untuk mencari perlindungan di negara tersebut.
Namun tindakan pihak berkuasa dan keselamatan Bangladesh mengusir
golongan tersebut menyebabkan mereka berdepan risiko penderitaan yang
lebih teruk sekiranya kembali ke Myanmar.
Untuk mengelakkan perkara seperti itu berlaku, kedua-dua negara itu
perlu bekerjasama demi memastikan keselamatan dan kesejahteraan etnik
Rohingya terus terjamin.
Nasib kira-kira 800,000 etnik Rohingya di Myanmar kini berada di
ambang bahaya berdepan krisis kebuluran yang serius jika semua pihak
lambat bertindak menangani isu yang sedang dihadapi oleh etnik tersebut.
Penduduk Rohingya sudak cukup menderita dan mereka kini berdepan
dengan masalah baru, krisis kebuluran yang teruk selepas bantuan makanan
dan perubatan tidak dapat disalurkan kepada mereka, ekoran tindakan
pihak tertentu yang menghalang usaha pekerja bantuan PBB dan pertubuhan
bukan kerajaan (NGO) menyalurkan bantuan ke khemah-khemah pelarian yang
menempatkan etnik Rohingya.
Koordinator kumpulan hak asasi manusia Projek Arakan, Chris Lewa
mengakui perkara itu selepas kumpulannya dihalang memasuki sebuah khemah
pelarian oleh sekumpulan sami yang tidak berpuas hati terhadap dakwaan
PBB dan NGO memberi layanan berat sebelah dengan hanya mementingkan
nasib pelarian Rohingya.
Perasaan tidak puas hati itu pernah diluahkan oleh pekerja bantuan
tempatan, Venerable Manisara yang menuduh PBB dan NGO lebih mementingkan
etnik minoriti itu dengan menghulurkan bantuan kemanusiaan, termasuk
pembinaan jalan, bangunan, pendidikan dan perubatan.
Etnik Rohingya juga berdepan risiko tinggi terpaksa meninggalkan
khemah-khemah pelarian berikutan wujudnya ancaman wanita-wanitanya
dirogol, manakala yang lain dibunuh, selain kelengkapan bantuan yang
serba kekurangan yang hanya akan memburukkan lagi krisis kemanusiaan
yang dihadapi oleh etnik itu.
SUMBER; UTUSAN MALAYSIA,ARKIB : 16/07/2012
JEDDAH 6 Julai - Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) semalam menggesa
ikon demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi untuk membantu menghentikan
keganasan terhadap komuniti Islam Rohingya di negara itu.
Setiausaha Agung OIC, Ekmeleddin Ihsanoglu dalam surat yang dihantar
kepada Suu Kyi berkata, beliau yakin pemenang Hadiah Nobel Keamanan itu
mampu memainkan peranan penting untuk menamatkan krisis etnik dan agama
yang berlaku di negeri Rakhine.
"Kami yakin langkah pertama anda (Suu Kyi) untuk mewujudkan keamanan
di dunia akan bermula di negara anda sendiri," katanya. - AFP
KINI IKLAN BIOSINAR DI IKIM.FM
-
*KINI IKLAN BIOSINAR DI IKIM.FM*
*Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Peluang anda menambah pendapatan.
Pengedar Biosinar diperlukan 1Malaysia.*
*D...
“Menuntut (mencari) yang HALAL adalah wajib ke atas setiap orang Islam”. (Riwayat Imam ad-Dailami dalam Musnad al-Firdaus dari Anas r.a.. Menurut Imam as-Suyuti, hadis ini darjatnya hasan. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 5270).
طَلَبُ اْلحَلاَلِ جِهَادٌ
“Mencari yang HALAL adalah satu jihad”. (Riwayat Imam al-Qadha’ie dari Ibnu ‘Abbas r.a. dan Ibnu Nu’aim dari Ibnu ‘Umar. Menurut Imam as-Suyuti, hadis ini dhaif. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 5273)
Laman Web Rasmi SRM
Untuk sebarang tempahan, sila klik gambar di atas..
Terima kasih, atas kunjungan anda. Sila datang lagi.
KISAH PISAU
-
Saya agak cerewet tentang pisau.
Bila sudah selesa dengan pisau tertentu, susah untuk tukar kepada pisau
yang lain.
Semalam saya ke dapur untuk masak ...
Bertemu Semula
-
Lamanya saya tidak kembali ke sini. Senyap-senyap dah hampir 3 tahun.
Alhamdulillah, kehidupan masih seperti dulu. Cuma sekarang hidup sendiri
setelah a...
Anak muda terlibat politik?
-
Bismillahirahmaniraheem,
Assalamualaikum wbt..
Agak lama rasanya tidak update apa-apa disini, jarang sekali buka Blogger,
lama sudah jari tak menari di ...
Tips Mengurus Kewangan Tahun 2016
-
Saya nak kongsi cerita mengenai mengurus kewangan sama ada kewangan diri
keluarga atau organisasi. Kita telah menempun tahun 2015 dengan penuh
cabaran kew...
DUNIA.....
-
assalammualaikum..selamat pagi semua.. hai diari maya ku.. arie ne mencuri
sedikit masa bekerja untuk berkongsi rasa dan perasaan yg xmampu untuk
diluahkan...
KINI IKLAN BIOSINAR DI IKIM.FM
-
*KINI IKLAN BIOSINAR DI IKIM.FM*
*Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Peluang anda menambah pendapatan.
Pengedar Biosinar diperlukan 1Malaysia.*
*D...
Tazkirah buat putriku
-
Assalamualaikum wb.
Hari Jumaat adalah penghulu segala hari. Seeloknya kita bercuti pada hari
ini agar dapat kita beramal dalam keadaan yang lebih selesa d...
PEMBUKA BICARA
-
Semasa membeli belah barangan keperluan dapur dipasar raya atau kedai
serbaneka, pernahkah kita bertanya sejauh mana sucinya sesuatu produk yang
dijual??
...
ZIKRAYAT EPISOD 6
-
ZIKRAYAT EPISOD 6
(Zikrayat ialah sebuah program menceritakan insan penting sepanjang kerjaya
saya di Kuala Lumpur)
Nama penyampai dan penerbit radio ...
OH, NIKMATNYA DUNIA..!!!
-
17OKT
[image: 86369502]Pernahkah anda rasa lebih miskin setelah mendapat sesuatu?
Ramai yang pernah saya tanyakan mengakui pernah. Bila saya tanyakan lagi,...
0 comments:
Post a Comment