Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Tuesday, November 13, 2012

Iklan Biosinar di Radio RTM Johor, Selangor, Perak dan Pahang

Iklan Biosinar di Radio RTM Johor, Selangor, Perak dan Pahang





Iklan Biosinar di Radio RTM Johor, Selangor, Perak dan Pahang

Pengedar Sabun Biosinar  Diperlukan! 

DAPATKAN SEGERA Sabun Biosinar DENGAN RANGKAIAN SAHABAT ROSELLE MARKETING.

Hotline Biosinar 1 Malaysia : 
019 770 3029


Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/ Lembah Klang:
019 7773194 
019 7773094


Artikel Keistimewaan Biosinar dan Senarai Pengedar Biosinar,
sila klik di sini.

Dengarkanlah Iklan Biosinar SRM
di 
 
JohorFM Permata Selatan  

SelangorFM - PILIHAN TEPAT 100.9

PahangFM - SATU PILIHAN

PerakFM - HIBURAN BERINFORMASI  

Rangkaian Kedai Sahabat Roselle Marketing:

Kedai SRM Di Taman Impian Emas, Skudai, Johor 

(Sila klik button readmore untuk membaca artikel ini sepenuhnya)
 
Cawangan Impian Emas, Skudai Johor Bharu, Johor:
No. 32 Jalan Impian Emas 7,Taman Impian Emas,81300 Skudai,Johor, Malaysia
Office : +607 558 2779
HP : 019-778 3029 


Gambar Kedai SRM Di Puchong, Selangor

Kedai SRM Puchong Selangor:
No 19-1, Jalan Tasek Prima 5/1, Blok B Prima Biz Hub,Taman Tasik Prima, 
47150 Puchong, Selangor Darul Ehsan. 
Nombor telefon: 019 7773194/019 7773094

  Gambar Kedai SRM, Bandar Baru Uda, JB, Johor
 
SRM Cawangan Bandar Baru Uda, 
No. 3 Jalan Padi Ria 13, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, 019-7773022 (En.Fadhil)

Gambar Kedai SRM, Taman Mutiara Rini, Skudai, Johor
Cawangan Taman Mutiara Rini, 
No. 33 Jalan Jasa 64,Taman Mutiara Rini, 81300 Skudai, Johor Bahru, Nombor 0197773064  

Cawangan Pasir Gudang:
D & Yad venture - No:22 Jln Sejambak 14, Taman Bukit Dahlia 81000 Pasir Gudang, Johor.017-7382676 / 019-7835476 [Puan Mimah]

 SRM Mobile - 

 SRM Mobile Sekitar Muar, Johor - 019-619 6676 [Puan Fatimah]  
 SRM Mobile Pahang: 019 9851773 (Encik Sulaiman)


SEJARAH RADIO RTM JOHOR

SEJARAH

Sejarah Radio

SEJARAH radio di Malaysia bermula pada 1921 apabila seorang jurutera elektrik kerajaan Johor, Al Birch, membawa set radio pertama ke negara ini.

Beliau kemudian menubuhkan Persatuan Wireless Johor yang memulakan siarannya melalui gelombang 300 meter.

Ini diikuti penubuhan persatuan seumpamanya di Pulau Pinang dan Persatuan Wireless di Kuala Lumpur.

Pada 1930, Sir Earl dari Lembaga Pelabuhan Singapura melancarkan siaran gelombang pendek setiap dua minggu sekali sama ada pada Ahad atau Rabu. Usaha itu kemudian diteruskan oleh Persatuan Wireless Malaysia, yang melakukan penyiarannya dari Bukit Petaling, Kuala Lumpur melalui gelombang 325 meter.

Ini diikuti usaha Sir Shenton Thomas yang membuka Studio Perbadanan Penyiaran Britian dengan pemancarnya di Caldecott Hill, Singapura pada 11 Mac 1937. Perbadanan Penyiaran Britian Malaya kemudian diambil alih oleh Negeri-Negeri Selat dan menjadi sebahagian Kementerian Penerangan Britian yang lebih dikenali dengan nama Perbadanan Penyiaran Malaysia.

Berikutan pendudukan Jepun di Tanah Melayu dan tamatnya era pemerintahan Britian di Singapura pada 1942, Jepun mengambil alih dan memperkenalkan saluran radio di Pulau Pinang, Melaka, Kuala Lumpur, Seremban dan Singapura untuk menyiarkan propaganda mereka.

Bagaimanapun, pada 1943, Britian kembali berkuasa dan mengambil allih semula stesen radio itu. Pada 1 April 1946, Jabatan Penyiaran dibentuk di Singapura.

Pembangunan perkhidmatan radio dilihat bertambah penting apabila darurat diisytiharkan pada 1948. Pada awal 1950-an, penyiaran di Malaya beroperasi secara sementara di Jalan Young ( sekarang dikenali Jalan Cenderasari ) di Kuala Lumpur dan kemudian pada 1956, berpindah ke Rumah Persekutuan Kuala Lumpur. Di sini, bidang penyiaran di Malaysia berkembang dan beberapa stesen kemudian diwujudkan termasuk di Sabah dan Sarawak. Pada 1960, buat pertama kalinya iklan komersial disiarkan di radio. Ia menjadi antara sumber pendapatan kerajaan.

“Inilah Radio Malaysia” pula menjadi pengenalan oleh juruhebah bertugas ketika Malaysia dibentuk pada 16 September 1963. Bidang penyiaran membuka satu lagi lembaran dengan Angkasapuri yang memulakan siarannya pada 6 Oktober 1969. Radio dan televisyen kemudian bergabung di bawah Kementerian Penerangan. Pertumbuhan saluran pertama, Rangkaian Satu, mengggalakkan pembentukan saluran kedua pada 17 November 1969. Di Kompleks Angkasapuri, pembangunan pesat berlaku di bidang penyiaran sama ada radio atau televisyen. Rangkaian radio nasional bermula 24 jam untuk memberi perkhidmatan kepada semua golongan pendengar, terutama yang bekerja malam.

Media elektronik adalah sumber penting menerima dan menyebarkan maklumat kerana ia pantas, murah dan dapat disampaikan secara langsung kepada pendengar. RTM dalam menyampaikan maklumat tidak lupa untuk memberikan hiburan kepada pendengarnya.

Oleh itu, RTM berpendapat wajar untuk meletakkan usaha menyampaikan maklumat dan pada masa sama memberi hiburan digabungkan. Atas kesedaran itu, maka pada 20 Jun 1975, lahirlah Radio Muzik. Industri penyiaran Malaysia terus bergerak pantas seiring dengan perkembangan teknologi. RTM yang pada peringkat awalnya memancarkan beberapa stesen kini mempunyai 30 stesen radio. Perkembangan bidang penyiaran radio di Malaysia bertambah pesat dengan kewujudan stesen radio swasta bagi memberi pilihan kepada pendengar. Kewujudan stesen radio swasta diharap dapat memberi saingan sihat kepada stesen milik kerajaan dalam menyalurkan siaran mereka.

Pada masa ini, ada 12 pemegang lesen individu pemberi aplikasi kandungan yang memberikan perkhidmatan penyiaran radio. Mereka tertakluk kepada Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia.

SEJARAH

Kronologi Sejarah JohorFM


7 November 1963 Stesen Johor Bahru ditubuhkan sebagai sebuah Stesen Pemancar. Keluasan 10 hektar dengan kuasa 10 kw. Pemancar gelombang sederhana

1965 Rangkaian Radio Malaysia Kawasan Selatan (Bahasa Melayu) mula keudara

4 Jun, 1966 Stesen Johor Bahru dirasmikan oleh DYMM Sulan Johor, Sultan Sir Ismail Ibni Almarhum Sultan Ibrahim.

1968 Tambahan 3 Rangkaian lagi siaran radio daerah dalam Bahasa Mandrin, Inggeris dan Tamil (Rangkaian Biru, Merah dan Hijau)

1971 Ibu Pejabat RTM Kawasan Selatan dipindahkan ke Johor Bahru dari Melaka.

1976 Waktu Siaran Kawasan Selatan bagi Rangkaian Nasional ditambah satu jam iaitu 1530 ­ 1915 (3.30 ptg. ­ 7.15 mlm). Siaran Tempatan bermula dari 1915 ­ 1915 (5.15 ptg. ­ 7.15 mlm).

1September, 1980 Waktu siaran Rangkaian Nasional ditambah lagi 50 minit iaitu 0810 ­ 0900 (8.00 pg. ­ 9.00 pg.)

1 Januari, 1982 Waktu Siaran Rangkaian Nasional terus bertambah dari pukul 0800 ­ 0900 dan 1530 ­ 1945 (8.00 pg. ­ 9.00 pg. dan 3.30 ptg. ­ 7.45 mlm.)

30 Ogos, 1988 Siaran RMJB disiarkan melalui FM Stereo, iaitu jam 0700 ­ 0900 dan 1530 ­ 1945 (7.00 pg. ­ 9.00 pg. dan 3.30 ptg. ­ 7.45 mlm.)

20 Oktober, 1988 FM Stereo ke udara sebagai satu rangkaian berasingan bermula dari 0600 ­ 2400 (6.00 pg. ­ 12.00 tgm.). RMJB ke udara semula melalui gelombang sederhana 521 mw

1 Januari, 1989 Siaran Daerah Kawasan Selatan bagi Rangkaian Biru, Merah, Hijau dibatalkan dan diganti dengan siaran Kebangsaan, sumbangan stesen hanya dalam bentuk "Kapsul"

31 Ogos, 1989 Siaran Kawasan dan Tempatan dikenali dengan Radio 3. Radio 3 Kawasan Selatan (siaran Kawasan) Radio 3 Johor Bahru (siaran Tempatan)

1 Januari, 1990 Siaran Radio 3 Pagi : 7.00 pg. ­ 9.00 pg. Petang : 3.10 ptg. ­ 8.10 mlm.

3. September, 1990 Siaran Radio 3 Pagi : 6.00 pg. ­ 9.00 pg. Petang : 2.00 ptg. ­ 9.00 mlm.

1 Mei, 1991 Bilik Hubungan (FM) mula digunakan

1 Januari, 1992 Tambahan masa siaran 6.00 pagi ­ 9.00 mlm. Siaran Stesen RMJB yang keudara melalui mediumwave (mw) mula juga disiarkan melalui Gelombang FM

1 Janauri, 1993 Tambahan masa siaran 6.00 pg ­ 12.00 mlm. Jumlah siaran Radio 3 Johor Bahru 18 jam sehari.

1994 Stesen RTM Johor dan FMJB mula beroperasi dari bangunan baru iaitu Kompleks Penerangan dan Penyiaran Sultan Iskandar. Dengan pembinaan Kompleks ini kawasan seluas lebih 75 ekar sekarang menempatkan Jabatan Penyiaran, Jabatan Penerangan serta Stesen Pemancar Johor Bahru.

1 November, 1995 Siaran Radio 3 Johor telah menggunakan peralatan sistem Digital (berkomputer)

12 April, 1997 Kompleks Penerangan dan Penyiaran Sultan Iskandar dirasmikan oleh DYMM Sultan Johor

31 Ogos, 1998 Radio 3 Johor bertukar nama kepada RADIO MALAYSIA JOHOR

2 JUN 2005 Radio Malaysia Johor bertukar nama kepada JOHOR FM PERMATA SELATAN. Dilancarkan oleh YAB Menteri Besar Johor, Dato Hj Abdul Ghani Othman, berikutan penjenamaan semula stesen radio RTM. 


SUMBER; WEBSITE RTM JOHOR


 SEJARAH RADIO RTM PAHANG

Jabatan Penyiaran Pahang mula beroperasi pada 10 Febuari 1968 dan di rasmikan oleh Sultan Sir Abu Bakar.
Memulakan siaran selama 45 minit sehari dan kemudiannya kepada 75 minit sehari.
Stesen tempatan ini semakin mengorak langkah, berkembang sejajar dengan perkembangan penyiaran negara.
Rancangan-rancangan yang disasarkan kepada pelbagai peringkat masyarakat seperti info pendidikan, hiburan, agama serta info pembangunan sosio-ekonomi semasa untuk faedah masyarakat setempat.
Masa siaran terus dipertingkatkan kepada 18 jam sehari dengan pemantapan rancangan-rancangan yang di siarkan dari masa ke semasa.
Peranan ini digembelingkan bersama daripada setiap bahagian termasuklah bahagian rancangan, berita, kejuruteraan dan pentadbiran.

Penjenamaan semula 32 stesen rtm di seluruh negara telah memberi impak yang besar kepada perkembangan stesen ini.

Dengan penjenamaan semula stesen ini pada 1 April 2005, RTM Pahang di kenali sebagai Radio Malaysia Pahang fm dengan tagline 'satu pilihan”. Meneruskan siaran selama 18 jam sehari,

Bermula jam 6.00 pagi hingga 12.00 malam, menerusi gelombang siaran 104.1 di Kuantan, 92.7 di Jerantut, 92.0 di Maran, 91.9 di Kuala Rompin, 107.5 di Pahang Barat dan 100.3 di Cameron Highlands.

Jabatan penyiaran pahang kini berwajah baru.

Bangunan baru yang telah siap dilengkapi pealatan serba canggih termasuk studio dan auditorium yang mampu menampung 850 audiens.

Bangunan ini merupakan mercu tanda kepada perkembangan penyiaran di Pahang dalam menyumbang kepada pembangunan serta kemajuan sosio-ekonomi dan kemajuan negeri ini.

Berkonsepkan ciri kesenian islam, bangunan ini mempunyai keunikannya dan nilai estetikanya yang tersendiri.



Frekuensi Pahang FM

104.1 MHz

107.5 MHz

92.7 MHz

91.9 MHz


92.0 MHz


Kuantan

Pahang Barat

Jerantut

Cameron

Highlands

Maran 


SEJARAH RADIO RTM SELANGOR

Sebagai salah sebuah Stesen Radio Negeri yang berindukkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) Angkasapuri, Kuala Lumpur, SELANGORfm sebenarnya lahir pada permulaannya dengan nama Radio Malaysia Kawasan Tengah (RMKT) pada Januari 1982. Peneraju pada peringkat permulaannya ialah Tuan Haji Yusof Hj. Awang dan Allahyarham Wan Ahmad Kamal. Radio Malaysia Kawasan Tengah sebenarnya adalah milik bersama tiga buah negeri berjiran iaitu Negeri Selangor Darul Ehsan, Negeri Sembilan Darul Khusus dan Pahang Darul Makmur.

Studio operasi RMKT terletak di Wisma Radio Angkasapuri Kuala Lumpur dengan Gelombang Siaran 98.3 FM Mono. Perubahan nama dilakukan apabila Negeri Sembilan telah mula mempunyai stesen radio sendiri iaitu Radio 3 Seremban. Sebagai mengambil sempena nama ibu negeri Selangor, stesen radio bagi Negeri Selangor telah diberi nama Radio 3 Shah Alam. Perasmiannya telah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Selangor ketika itu iaitu Tan Sri Haji Muhammad bin Haji Mohd Taib pada 16 Ogos 1990. Siaran Radio 3 Shah Alam dipancarkan melalui 100.9 MHz.

Pada 16 Mei 1991, Radio 3 Shah Alam telah berpindah dari pusat operasinya di Wisma Radio, Angkasapuri ke Aras 4 Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam Pada 1 Januari 1993. Siaran Radio 3 Shah Alam telah dilanjutkan selama 18 jam bermula jam 6.00 pagi hingga 12.00 tengah malam melalui gelombang FM Stereo sepenuhnya. Walaupun sasaran utama adalah Negeri Selangor, tetapi siaran ini juga boleh diikuti dengan jelas oleh penduduk di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Perak Selatan, Pahang Barat dan sebahagian Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Sempena menyambut saranan semangat patriotik daripada Kementerian Penerangan Malaysia dan selaras dengan semua stesen-stesen radio negeri seluruh Malaysia, Radio 3 Shah Alam turut diubah namanya menjadi Radio Malaysia Selangor dengan rasminya pada 31 Ogos 1998. Seperti stesen lain, Radio Malaysia Selangor sebagai sebuah media kerajaan yang berfungsi memberi maklumat dan hiburan juga bertindak sebagai jambatan yang mampu merapatkan hubungan pelbagai hala antara agensi kerajaan dan swasta dengan rakyat.

Pada 1 April 2005, dibawah Program Penjenamaan Semula RTM, kesemua 32 stesen radio RTM telah bertukar nama. Bermula saat itu, Radio Malaysia Selangor kini dikenali sebagai SELANGORfm. Detik itu telah menjadi titik tolak bermulanya segala perubahan yang dilakukan terhadap rancangan dan cara penyampaian di SELANGORfm

Majlis Pelancaran Pengenalan Semula SELANGORfm telah diadakan pada 19 Jun 2005, disempurnakan oleh Dato' Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Mohamad Khir Bin Toyo.

Namun pada pada 18 April 2008 iaitu hari Jumaat, pejabat Selangorfm telah diarahkan kembali berpindah ke ibu pejabat Angkasapuri kerana perubahan kuasa politik selepas pilihan raya umun ke 12 dimana pada waktu itu negeri Selangor di kuasai oleh parti pembangkang. Kini selangorfm di tempatkan di Bangunan IPTAR, Angkasapuri.

SELANGORfm menjanjikan rancangan yang lebih menarik serta informasi yang padat dan terkini bagi memenuhi citarasa pendengar masa kini. Bagaimanapun, sebagai sebuah stesen radio kerajaan, SELANGORfm tidak mengabaikan tanggungjawabnya untuk mendidik masyarakat dan menyebarkan maklumat kerajaan kepada rakyat.


Sumber; Website RTM , http://selangorfm.mmu.edu.my/index.php?page=profile.php
 


SEJARAH RADIO RTM PERAK

Stesen Radio khusus untuk Negeri Perak mula bertapak bila Radio Malaya Stesen Ipoh ditubuhkan pada 1956 di satu tapak berhampiran Lapangan Terbang Ipoh. Pada tahun 1966, sebuah bangunan stesen Radio yang lengkap hasil ilham arkitek Iversen Van Sitteran didirikan di atas kawasan seluas 5.670 Hektar di Jalan Dairy, Ipoh. Kontraktor yang mengendalikan pembinaannya ialah Syarikat Teoh Tay & Son dari Sungai Siput, Perak. Radio Malaya Stesen Ipoh telah memulakan operasinya daripada bangunan baru di Jalan Dairy, Ipoh dengan anggota seramai 50 orang. Selain ruang pejabat, bangunan ini memuatkan 5 studio radio, auditorium dengan kapasiti 500 penonton dan bengkel kejuruteraan.

Hari ini, RTM Perak mempunyai 77 orang kakitangan termasuk yang bertugas di Stesen Pemancar Grik. 




 

0 comments:

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...