Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Tuesday, February 28, 2012

Solat Sunat Rawatib

SOLAT SUNAT RAWATIB

Sujud kepada Allah, memberi ketenangan dan kesihatan minda kepada orang beriman.


Pengertian Solat Sunat Rawatib

Solat Sunat Rawatib mengiringi solat fardu sebelum ataupun selepas. Tujuannya ialah untuk mencari keredaan Allah, di samping menampung kekurangan-kekurangan dalam solat fardu.

Solat sunat Rawatib adalah solat-solat sunat yang didirikan sebelum mahupun sesudah solat fardu lima waktu. Bagi solat Rawatib sebelum solat fardu ianya dikenali sebagai solat sunat Qabliyah dan bagi solat Rawatib yang dikerjakan sesudah solat fardu ianya dikenali sebagai solat Ba’diyah.

Fungsi Solat Qabliyah adalah untuk menenangkan jiwa seseorang setelah melalui aktiviti kehidupan seharian yang adakalanya terlalu sibuk sehingga menyebabkan seseorang itu tidak mampu untuk khusyuk ketika mendirikan solat fardu. Oleh itu solat Qabliyah berfungsi untuk mententeramkan jiwa serta memastikan kita berada dalam keadaan yang cukup bersedia bagi menyempurnakan solat fardu.


Solat Ba’diyah pula bertindak bagi menyempurnakan apa-apa kekurangan yang mungkin wujud ketika melaksanakan solat fardu seperti kesilapan dalam bacaan, tidak khusyuk, tersilap dalam pergerakan dan lain-lain.

Solat sunat Rawatib ini pula terbahagi kepada mu’akkad (diperkuatkan) dan ghairu mu’akkad (tidak diperkuatkan). Para ulamak berbeza pendapat tentang jumlah rakaat solat Rawatib yang mu’akkad sama ada jumlah keseluruhannya dua belas atau sepuluh rakaat.


Hadis yang diriwayatkan oleh Ummu Habibah radhiallahu’ anha menjelaskan terdapat dua belas rakaat solat Rawatib sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:


مَا مِنْ عَبْدٍ مُسْلِمٍ يُصَلِّي لِلَّهِ كُلَّ يَوْمٍ ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً تَطَوُّعًا غَيْرَ فَرِيضَةٍ

إِلاَّ بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ.

Maksudnya:

Tidaklah seorang hamba Muslim mengerjakan solat kerana Allah dalam satu hari dua belas rakaat sebagai tathawwu’ dan bukan fardu, melainkan Allah akan membangunkan untuknya sebuah rumah di syurga. – Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatil Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 728

Solat sunat Rawatib yang mu’akkad
  1. Solat 2 raka’at sebelum solat fardhu Subuh.
  2. Solat 2 raka’at sebelum solat fardhu Zuhur atau Juma’at.
  3. Solat 2 raka’at selepas solat fardhu Zuhur atau Juma’at.
  4. Solat 2 raka’at selepas solat fardhu Maghrib.
  5. Solat 2 raka’at selepas solat fardhu Isyak
 Sabda Nabi Muhammad SAW:
عَنِ ابْنِ عُمَرَ أَنَّهُ قَالَ حَفِظْتُ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَشْرَ رَكَعَاتٍ
رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الصُّبْحِ

Dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah SAW tidak meninggalkan solat (sunat) 10 rakaat iaitu 2 rakaat sblm Zohor, 2 rakaat slps Zohor, 2 rakaat slps Maghrib, 2 rakaat slps Isya dan 2 rakaat sblm Subuh. Hadis riwayat Ahmad dan Turmizi (dlm riwayat yang pelbagai).
 


Terdapat beberapa hadis yang menerangkan mengenai kelebihan Sunat Rawatib. 


عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ ثَابَرَ عَلَى ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً مِنْ السُّنَّةِ بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الْفَجْرِ


Dari Aisyah RA, Rasulullah SAW bersabda, 
 “Sesiapa yang sentiasa (berterusan) mengerjakan  solat (sunat) 12 rakaat, Allah akan membina rumah baginya di syurga ; iaitu   4 rakaat sebelum Zohor  dan  2 rakaat pula selepas Zohor, serta 2 rakaat selepas Maghrib, 2 rakaat  selepas Isya dan 2 rakaat sebelum Fajar.” 
  Hadis riwayat Turmizi.   

Jom Solat, Tip Menjaga Solat Subuh

TIPS MENJAGA SOLAT SUBUH :


1. Ikhlaskan niat kerana Allah, dan berikanlah hak-hak-Nya

2. Bertekad dan muhasabah diri Anda setiap hari
3. Bertaubat dari dosa-dosa dan berniatlah untuk tidak mengulangi kembali
4. Perbanyaklah membaca doa agar Allah memberi kesempatan (anugerah) untuk solat Subuh
5. Carilah kawan yang baik (soleh)
6. Latihlah untuk tidur dengan cara yang diajarkan Rasulullah saw (tidur awal; berwudhuk sebelum tidur; miring ke kanan; berdoa)
7. Mengurangi makan sebelum tidur serta jauhilah teh dan kopi pada malam hari
8. Ingat keutamaan dan hikmah Subuh; tulis dan gantunglah di atas dinding
9. Bantulah dengan 3 buah lonceng (alarm clock) pengingat(jam tangan; talipon; bel pintu)
10. Ajaklah orang lain untuk solat Subuh dan mulailah dari keluarga

Jika Anda telah bersiap meninggalkan solat Subuh, hati-hatilah bila Anda berada dalam golongan orang-orang yang tidak disukai Allah untuk pergi solat. Anda akan ditimpa kemalasan, turun keimanan, lemah dan terus berdiam diri.

Monday, February 27, 2012

Lebuh Raya Lingkaran Penyuraian Timur, EDL, percuma

Lebuh Raya Lingkaran Penyuraian Timur, EDL, percuma 

 Lebuh Raya Lingkaran Penyuraian Timur (EDL) laluan baru ke Singapura. Gambar kredit Berita Harian.

EDL percuma mulai 1 Mac

JOHOR BAHRU 26 Feb. - Lebuh Raya Lingkaran Penyuraian Timur (EDL) akan dibuka mulai 1 Mac ini secara percuma untuk satu tempoh yang belum ditetapkan sehingga kerajaan memutuskan kadar tol yang sesuai untuk dikenakan.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, ia bagi memberi peluang kepada pengguna membiasakan diri dengan kemudahan itu yang dibina bagi mengurangkan kesesakan di jalan utama di bandar raya ini.

"EDL akan mengurangkan kesesakan jalan raya di Jalan Tebrau selain memendekkan masa perjalanan dari Plentong, Pasir Gudang ke Kota Iskandar, Nusajaya kepada kurang daripada 30 minit.

"Kadar tol akan dimuktamadkan dan diumumkan beberapa minggu lagi kerana kerajaan masih dalam pertimbangan mengenainya. Kami harap akan dapat keputusan yang baik antaranya melibatkan pengguna jalan raya yang tidak menggunakan EDL untuk ke Singapura," katanya selepas majlis perasmian pembangunan SouthKey di Galeri Jualan Southkey di sini, semalam.

Di manakah sensitiviti Pengguna Islam, Produk makanan halal,

Makanan halal, dan sensitiviti Pengguna Islam

 

Lebih separuh daripada pengguna industri makanan di Malaysia terdiri daripada pengguna Islam yang bergantung pada agensi kerajaan, seperti JAKIM, yang memberikan pelesenan halal bagi produk, premis makanan dan rumah sembelihan.

Namun, pengguna Islam yang bergantung pada produk makanan halal terdedah kepada pelbagai bentuk penipuan dan kepalsuan sijil halal. Selain itu, pengguna Islam di Malaysia juga terdedah pada tarikan dan iklan produk makanan yang belum dapat dijamin halal.

Lebih malang lagi apabila terdapat segelintir masyarakat Islam yang tidak mempedulikan langsung status halal sesuatu produk atau premis mereka mendapatkan sumber makanan.

JAKIM telah mengumumkan 74.7 peratus pemegang sijil halal terdiri daripada peniaga bukan bumiputera. Isyarat positif ini menunjukkan bahawa peniaga bukan Islam mula mengambil berat keperluan pengguna Islam terhadap produk makanan halal. Akan tetapi, masih terdapat segelintir pengguna Islam di negara ini yang tidak mempedulikan langsung status halal makanan yang dibeli.

Biasanya jika sesebuah restoran dilihat mempunyai ramai pengunjung Melayu dan bertudung, makanannya sudah dikira halal untuk dimakan, berbanding dengan menilai sendiri sijil halal yang diberikan kepada sesebuah perniagaan.

Saturday, February 25, 2012

Cawangan Sahabat Roselle, Kini Di Puchong, Selangor

Cawangan Sahabat Roselle, Kini Di Puchong, Selangor

Gambar Kedai Sahabat Roselle Marketing, Cawangan Utama di Johor Bharu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada semua pelanggan setia Sahabat Roselle Marketing, Alhamdulillah, bersyukur kami ke hadrat Allah SWT,
 kini Sahabat Roselle Marketing telah membuka cawangan terbaru di Puchong, Selangor Darul Ehsan.

Kepada pelanggan dan bakal pelanggan Sahabat Roselle Marketing, yang berada di sekitar Selangor, seperti di Puchong, Serdang, 
  sila datang beramai-ramai di cawangan terbaru kami:

No 19-1, Jalan Tasek Prima 5/1,
 Blok B Prima Biz Hub,
Taman Tasik Prima, 
47150 Puchong, 
Selangor Darul Ehsan.

Nombor telefon: 
019 7773194
013 3590210 

p/s: Entry ini akan terpasang sebagai entry pertama sehingga beberapa waktu.Untuk artikel terbaru blog ini, sila skroll ke bawah.

Pengguna bijak, Pilih Produk bermutu, halal, bukan harga, PPIM

Pengguna bijak, Pilih Produk bermutu, halal, bukan harga, pesanan PPIM

 Jadilah Pengguna Muslim, Yang Bijak

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 
Kepada saudara seIslam di luar sana, marilah kita bersama menjadi pengguna Muslim yang bijak. Sebagai Umat Islam, kita mestilah  berhati-hati dan berwaspada selalu.

Kita, jangan mudah terpengaruh dengan tawaran harga murah semata-mata dalam memilih barang makanan, tanpa mengambil kira mutu dan status halal barangan makanan itu.

Sahabat Roselle Marketing, merupakan halal hub kepada pengguna Muslim.Sahabat Roselle Marketing berusaha produk- produk halal untuk di pasarkan seterusnya sampai kepada pengguna Muslim/ Islam di luar sana.

Ini secara tidak langsung  dapat membantu usahawan Muslim bersaing maju dalam perniagaan.
 PRODUK RUNCIT SAHABAT ROSELLE MARKETING:

BIHUN MUSLIM
 KEDAI SAHABAT ROSELLE MARKETING, KEDAI HALAL MUSLIM ANDA
 
.Apa yang pasti,  Produk runcit yang SRM pasarkan,  seperti minyak sapi Muslim, produk kesihatan, bahan pencuci rumah tangga, makanan dan minuman, adalah  mementingkan konsep Halalan toyyiba yang bermaksud halal, berkualiti,suci, bersih dan lagi baik.


BERSAMA KAMI, DI
SAHABAT ROSELLE MARKETING
MEMARTABATKAN PRODUK MUSLIM.  

Kedai Muslim...Barangan Muslim..Untuk Pengguna Muslim..." 

PETIKAN AKHBAR;
PILIH MUTU, BUKAN HARGA; PPIM

MUAR — Pengguna, khususnya dari kalangan umat Islam, digesa supaya jangan mudah terpengaruh dengan tawaran harga murah semata-mata dalam memilih barang makanan, tanpa mengambil kira mutu dan status halal barangan makanan itu.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Dr. Ma’amor Osman yang membuat gesaan itu berkata pengguna perlu bijak dalam membeli barang makanan yang benar-benar sesuai, dan yang lebih penting ialah memastikan ia halal.

Beliau berkata, penghasilan produk halal sepatutnya boleh dijadikan sebagai strategi memantapkan ekonomi umat Islam, dan menurutnya perkara itu sememangnya dituntut oleh agama, supaya usaha melahirkan usahawan berjaya di kalangan umat Islam dapat ditingkatkan lagi.

Friday, February 24, 2012

Sahabat Roselle, di Plaza Angsana, Karnival 1 Malaysia Best,

Sahabat Roselle, di Plaza Angsana, Karnival 1 Malaysia Best,

 Plaza Angsana

Peta ke Plaza Angsana, Johor Baharu, Johor

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Kami, Sahabat Roselle Marketing, merupakan pusat pemasaran produk halal Muslim. Sahabat Roselle Marketing mengucapkan setinggi kesyukuran kepada Allah, kerna kami terpilih menyertai Program anjuran FAMA 2012 ini.

Susulan entry sebelum ini Karnival Halal 1 Malaysia Best, Anjuran FAMA, Di Plaza Angsana, Johor Baharu, Johor, di sini,
Sahabat Roselle inshaAllah akan berada di Plaza Angsana, bagi menyertai Karnival 1 Malaysia Best Negeri Johor 2012.
Karnival 1 Malaysia Best Negeri Johor 2012 ini diadakan pada 24-26 Feb 2012 di Concourse Plaza Angsana Johor Bahru.
Temui kami di sana.  Hubungi 019 7703029 bagi mengetahui lokasi tapak jualan kami di Plaza Angsana.
 Oleh sebab Plaza Angsana sangat dekat dengan BANDAR BARU UDA, dijemput bakal pelanggan dan pelanggan SRM, sama ada pengunjung dari Johor Baharu khususnya, daerah sekitar dan Singapura, sila datang ke kedai kami di BBU.
SRM Cawangan Bandar Baru Uda
 
No. 3 Jalan Padi Ria 13, Bandar Baru Uda,
81200 Johor Bahru,
 
019-7773022 (En.Fadhil)
 
019-7187596 (En.Yakob)

Jajan Halal Muslim Snackroll Serunding Ayam

Jajan Halal Muslim Snackroll Serunding Ayam
dan Pelbagai Perisa lagi  Dapatkan di SRM


Snackroll, dari pelbagai serunding.
Rasa sebenar, citarasa asli,

Snackroll, real bites, original taste

Serunding Chicken Snackroll 

 Serunding Snackroll Daging

 Serunding Snackroll Keli
Dapatkan dengan SAHABAT ROSELLE MARKETING

Serunding Snack Roll Ayam, Serunding Snack Roll Ikan Keli 
Serunding Snack Roll Daging
Product Weight : 80gram

Harga untuk sebungkus adalah RM2.00 sahaja...tak mahal pun!!!

SAHABAT ROSELLE MARKETING

HUBUNGI Encik Yusof di talian 019 770 3029 

019-7773022(BBU) 
019-7783029(Impian Emas)
 0197773064  (Mutiara Rini)

Kawasan Lembah Klang:
019 7773194 atau 019 7773094
 (Kedai Sahabat Roselle Marketing di Puchong, Selangor)

Untuk Beli online, sila klik di sini


Rangkaian Kedai Sahabat Roselle Marketing:

Istilah Sains, Untuk Produk Unsur Babi

Istilah Sains, Untuk Produk Unsur Babi



Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Selama ini, prihatinkah kita akan kandungan yang ada dalam ubat yang kita makan?

Mungkin ramai orang Islam tidak tahu bahawa label bertulis ‘This product contain substance from porcine’ sebenarnya bermaksud ‘Produk ini mengandungi bahan daripada babi’. Selain itu, antara label yang kerap digunakan adalah ‘The source of gelatin capsule is porcine’ yang bermaksud ‘Kapsul dari gelatin babi’.

Berikut antara istilah sains yang digunakan dalam produk yang mengandungi unsur babi

1. Pork: Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan

2. Swine: Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesies babi

3. Pig: Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang daripada 50kg

4. Hog: Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50kg

5. Porcine: Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal daripada babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan sumber yang berasal daripada babi

6. Boar: Babi liar

7. Lard: Lemak babi yang digunakan bagi membuat minyak masak dan sabun

8. Bacon: Daging haiwan yang disalai, termasuk babi

9. Ham: Daging pada bahagian paha babi

7. Sow: Istilah untuk babi betina dewasa (jarang digunakan)

8. Sow Milk: Susu babi

Thursday, February 23, 2012

Awas, Tepung gandum bahan peluntur,

Awas, Tepung gandum bahan peluntur,



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.  Saya ingin kongsikan berita kepada semua kawan-kawan saya diluar sana, yang mungkin telah ramai telah tahu. tapi saya tetap nak beritahu juga melalui blog ni.

Ini demi kebaikan kita sekeluarga dan rakyat Malaysia terutamanya Ummat Islam secara keseluruhannya...

Dari sumber yang saya baca...sebenarnya tepung gandum yang berada di Malaysia adalah berbahaya, beracun dan mengandungi vitamin B yang diesktrak daripada si kaki pendek (babi)!!!

Petikan laporan daripada akhbar Harian Metro,  ada disertakan di bawah ini. Menurut laporan akhbar berkenaan, seetengah jenama tepung gandum yang berada di pasaran didakwa boleh membahayakan kesihatan pengguna kerana menggunakan bahan peluntur selain dikhuatiri diperkaya dengan sumber nutrisi tidak halal.


Ini kerana syarikat pengimport tepung gandum dipercayai membeli bekalan tepung terpakai dan lama disimpan sehingga warnanya bertukar kehitaman atau kekuningan di pasaran antarabangsa sebelum menjual kembali di Malaysia.


Bagi memutihkan kembali warna tepung itu, bahan kimia seperti benzoyl peroxide, calcium peroxide, nitrogen dioxide dan klorin digunakan sehingga menyebabkan semua nutrisi semula jadi hilang dalam proses pemutihan terbabit.


Bagi pennguna Muslim yang prihatin di luar sana. Ayuh, mari kita bertukar kepada tepung gandum, buatan Muslim. Klik di sini.

Produk Orang Islam, Halal, Berkhasiat Lagi Lazat, Dan Bebas Daripada Bahan Kimia Merbahaya 

Tepung Gandum Cap Bidara


Tepung gandum Cap Bidara sangat istimewa kerana ciri-ciri berikut:

  • Satu-satunya tepung gandum buatan orang Islam (Turki) yang terdapat di Malaysia
  • Produk Halal, Lazat lagi Berkhasiat (dengan Vitamin B1, B2, Niacin dan Zat Besi)
  • Bebas daripada bahan-bahan kimia merbahaya (Benzoyl Peroxide)
  • Harga yang berpatutan
Sila hubungi Hotline Sahabat Roselle Marketing,
Encik Yusuf, 0197703029. 


Hotline Kedai SRM Puchong, Encik Azrul atau Encik Shukri
019 7773194

Untuk Beli online, sila klik di sini http://sahabatroselle.blogspot.com/p/cara-beli-barang-online.html.

Rangkaian Kedai Sahabat Roselle Marketing:

Cawangan Impian Emas, Skudai Johor Bharu, Johor:
No. 32 Jalan Impian Emas 7,Taman Impian Emas,81300 Skudai,Johor, Malaysia
Office : +607 558 2779
HP : 019-778 3029 

Kedai SRM Puchong Selangor:
No 19-1, Jalan Tasek Prima 5/1, Blok B Prima Biz Hub,Taman Tasik Prima, 47150 Puchong, Selangor Darul Ehsan. Nombor telefon: 019 7773194/019 7773094
 
SRM Cawangan Bandar Baru Uda, 
No. 3 Jalan Padi Ria 13, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, 019-7773022 (En.Fadhil)

Cawangan Taman Mutiara Rini, 
No. 33 Jalan Jasa 64,Taman Mutiara Rini, 81300 Skudai, Johor Bahru, Nombor 0197773064  

Cawangan Pasir Gudang:
D & Yad venture - No:22 Jln Sejambak 14, Taman Bukit Dahlia 81000 Pasir Gudang, Johor.017-7382676 [Puan Mimah]

 

Jom Ikuti petikan daripada Akhbar Harian Metro:

Tepung gandum bahan peluntur

Petikan akhbar Harian Metro:

KUALA LUMPUR: Sesetengah jenama tepung gandum yang berada di pasaran didakwa boleh membahayakan kesihatan pengguna kerana menggunakan bahan peluntur selain dikhuatiri diperkaya dengan sumber nutrisi tidak halal.

Ini kerana syarikat pengimport tepung gandum dipercayai membeli bekalan tepung terpakai dan lama disimpan sehingga warnanya bertukar kehitaman atau kekuningan di pasaran antarabangsa sebelum menjual kembali di Malaysia.

Jom Tinggalkan Makanan syubhah,

Jom Tinggalkan Makanan Syubhah,

Halal vs Haram

Makanan syubhah ialah makanan yang tidak jelas status halal ataupun haram. Namun begitu Rasullullah S.A.W tetap menyeru umatnya supaya meninggalkan makanan tersebut kerana ditakuti akan terambil makanan yang haram.

Berlakunya syubhah terhadap makanan atau minuman adalah disebabkab oleh terdapat keraguan yang membawa kepada halal atau pun haram. Syubhah timbul kerana berlakunya percampuran antara makanan yang halal dengan yang haram dan makanan tersebut tidak dapat dibezakan ataupun dipisahkan antara satu sama dengan lain.

Syubhah juga berlaku apabila perkara yang halal itu mempunyai kaitan dengan maksiat seperti membeli makanan semasa azan sembahyang jumaat. Hatta daging binatang yang disembelih menggunakan pisau curi juga tergolong sebagai daging/makanan syubhah.




Kami di Sahabat Roselle Marketing, memastikan produk yang kami jual tidak mengandungin unsur yang haram dan syubhat. Ini termasuklah produk makanan, minuman, kecantikan, penjagaan diri, pencuci dan lain-lain.


Sebenarnya tiada garis pemisah yang jelas mengenai kategori makanan syubhah sepertimana makanan halal atau haram.
 
Sabda Rasulullah SAW:



 yang mafhumnya:

Abu Abdillah al-Nu’man bin Basyir radhiyallaahu ‘anhu berkata, 

“Saya mendengar Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda, ‘HALAL itu jelas dan HARAM itu jelas, dan di antara keduanya terdapat hal-hal musyabbihat (syubhat / samar, tidak jelas halal-haramnya), yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Barangsiapa yang berhati-hati dengan hal-hal musyabbihat, maka ia telah membersihkan kehormatan dan agamanya. Dan, barangsiapa yang terjerumus dalam syubhat, maka ia seperti penggembala di sekitar tanah larangan, hampir-hampir ia terjerumus ke dalamnya. Ketahuilah bahwa setiap raja mempunyai tanah larangan, dan ketahuilah sesungguhnya tanah larangan Allah adalah hal-hal yang diharamkan-Nya. Ketahuilah bahawa di dalam tubuh ada seketul daging. Apabila daging itu baik, maka seluruh tubuh itu baik; dan apabila seketul daging itu rosak, maka seluruh tubuh itu pun rosak. Ketahuilah, dia itu adalah HATI’”

 (Riwayat Bukhari dan Muslim).


Untuk mengelak daripada mengambil makanan syubhah, seseorang itu perlu mempunyai sifat wara' dan meninggalkan perkara-perkara meragukan.

Mee Kering Dhuha, Produk Mi Halal Muslim,

Mee Kering Halal Muslim, Dhuha

DUHA' Mee Kering Muslim

Harga :  RM 3.00 / sebungkus  (SM)   RM 3.50 (SS)
Bahan-bahan Mee Kering DHUHA
: Tepung Gandum, garam, telur, kondisional & pewarna yang dibenarkan

Untuk saiz hidangan 5-6 orang

Harga Sekotak (12 bungkus) RM 32 (SM)  RM38 (SS)

Tidak termasuk kos penghantaran

 SILA HUBUNGI 0197703029
 UNTUK MEMBELI PRODUK MEE KERING,
 HALAL MUSLIM INI

Untuk Beli Online, Terus ke kedai kami,
atau terus ke kedai online kami, di sini
dan sila klik di sini.
Cara Buat Akaun Pembeli di website SRM, Sila klik di sini.

Mee Kering Dhuha adalah pilihan yang tepat jika anda ingin berpindah kepada mee produk
Muslim. Mee ini dikilang dan dikeluarkan oleh Orang Muslim. 
Apa Keistimewaan Mee Kering Dhuha?

• 100% produk Muslim
• Tiada bahan pengawet
• Tiada Asid Borik (Untuk buat ujian, letak sedikit kunyit pada mee basah anda. 
Mee kuning akan berubah warna merah apabila terdapat di dalamnya kandungan asid borik.
..)
• Tiada bahan Ajinomoto.

CARA PENYEDIAAN MEE KERING DHUHA -
 
1. Masukkan air panas mendidih
2. Rendam mee selama 3 minit
3. Toskan Mee
4. Sedia untuk dimasak

Sesuai untuk semua masakan Mee

UNTUK KUALITI MEE, JANGAN RENDAM TERLALU LAMA

MEMBELI BELAHLAH DENGAN KAMI  DI SAHABAT ROSELLE MARKETING, UNTUK PRODUK HALAL ANDA . SAMADA SECARA ONLINE, DAN TERUS KE KEDAI KAMI DI JOHOR BHARU DAN DI PUCHONG, INSHAALLAH.

Mi pembunuh, mengandungi asid borik, E-Coli

Mi pembunuh, sah mengandungi asid borik dan E-Coli



Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada para pelayar blog ini, sebagai pengguna, marilah kita prihatin dengan makanan yang kita makan. Makanan yang tidak mengandungi bahan kimia, membantu kita hidup dengan kualiti kesihatan yang optimum, inshaAllah.


Sahabat Roselle marketing, amat menitik beratkan akan kehalalal dan kesucian sesuatu produk yang kami pasarkan. Biasanya, produk yang kami jual, kami akan pastikan tidak emngandungi bahan pengawet berbahaya.

Contohnya, Mee kuning yang kami jual, tidak mengandungi bahan kimia. Oleh itu, hati-hatilah dengan makanan khususnya mee yang kita makan.

Berikut ialah salinan petikan daripada akhbar Kosmo pada Mac 2006,Kita akan dapat melihat sendiri, betapa besarnya hikmah mengapa Allah menyuruh kita makan makanan halal lagi thoyyiba.



07-Mar-2006
  
 Keratan akhbar laporan yang tersiar pada tahun 2006 dahulu

RAWANG - Kebimbangan orang ramai tentang kewujudan kuman E.Coli dalam mi kuning menjadi kenyataan apabila ia disahkan oleh ujian makmal yang dilakukan Pejabat Kesihatan Daerah Gombak.

Keputusan ujian yang dilakukan pegawai pusat kesihatan tersebut berdasarkan sampel sumber air yang digunakan oleh sebuah kilang mi mengesahkan ia menggunakan sumber air yang dicemari E.Coli.


Serentak dengan itu, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gombak, Tajudin Hamzah mengesyaki mi kuning yang dihasilkan di situ turut dicemari kuman tersebut.


"Bagaimanapun keputusan makmal sama ada kilang tersebut menggunakan asid borik dan baban terlarang lain dalam pembuatan mi kuning hanya akan diketabui tiga minggu lagi," jelasnya.


APA ITU E-COLI

 APA ITU E-COLI?


- Nama penuh ialah Ezcherichia Coli.
-
- Bakteria penunjuk najis.
-
- Terdapat dalam usus manusia atau haiwan.
-
- Jika bakteria ini aktif dan agresif, ia mengundang
- maut.
-
- Merosakkan sistem imuniti tubuh.
-
- Kuman pengeluar toksin.
-
- Penyebaran melalui pembuangan najis.
-
- Tidak hilang dicuci dengan sabun.
-
- Melekat pada kuku yang panjang.
-
- Kesan dijangkiti ialah demam, muntah-muntah
- dan cirit-birit yang lama.
-
- Menyebabkan penyakit usus serius.

Apa Itu Asid Borik?

APA ITU ASID BORIK?

 Keratan akhbar, Kawal asid borik


Beginikah rupa asid borik? sumber gambar klik di sini

Pernah satu ketika dulu hebat diperkatakan diakhbar mengenai penggunaan asid borik didalam produk mee. Banyak syarikat pengeluar mee diserbu dan dikenakan tindakan.

Apa itu asid borik?

Ia merupakan antiseptik, pesticide (perencat seranga) dan sebagai fungicide (perencat kulat).

Ia selalu digunakan untuk mengawal serangga, pengawet untuk industri perabut, industri pembuatan kaca dan juga didalam bidang perubatan.

Asid borik tidak dibenarkan hadir didalam makanan atau produk makanan.

Jika terdapat kehadiran asid borik didalam makanan ia adalah disebabkan oleh pihak pengusaha yang tidak bertanggunjawab dan hanya memetingkan keuntungan semata-mata.

Asid borik digunakan oleh pengusaha makanan ini sebagai untuk memanjangkan jangkahayat dan kesegaranya.

Asid borik adalah bahan pengawet yang dilarang didalam Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985.

Produk makanan yang selalu mengandungi bahan pengawet ini seperti mee kuning, kueh teow, laksa, loh se fun, mee wantan, mee hokien, bee hoon, kulit popia dll.

Individu yang telah memakan makanan mengandungi asid borik yang tinggi boleh menyebabkan nausea, muntah, diarrhea, penyakit kulit, kegagalan buah pinggang dan kematian.

Cara untuk mengesan kehadiran asid borik ini boleh mengunakan air kunyit, tetapi ia bukan ujian penentuan kesahihanya.

Ia boleh juga memberikan keputusan yang salah. ini kerana tindak balas air kunyit dengan Natrium bikarbonat (air abu ) yan digunakan untuk membuat mee boleh menyebabkan mee bertukar dari kuning ke warna merah.Jadi cara yang terbaik adalah pengujian di makmal.

Jadi tip hari ini carilah mee kuning yang telah mendapat sijil halal sahaja, kerana penggunaan bahan ramuan dan keselamatannya telah dipastikan.

Kami di Sahabat Roselle Marketing ada menjual mee halal, lagi thoyyiba. Mee kuning yang dibuat oleh Orang Islam sendiri.

Apa kata anda?
 

Apa Itu Asid Borik?
-
- Kimia berwarna putih seakan-akan kristal.
-
- Makanan mengandungi asid borik bertukar merah
- jika dicampurkan air kunyit.
-
- Boleh didapati dalam bentuk serbuk dari farmasi
- tanpa preskripsi.
-
- Bahan anti-septik, anti-kulat dan anti-virus.
-
- Digunakan merawat dubur dan faraj daripada
- jangkitan kulat.
-
- Pembunuh kuman penyakit kulat.
-
- Terdapat di dalam kebanyakan produk perubatan
- farmasi untuk penyakit luaran.
-
- Keracunan, gastro-usus, kerosakan buah pinggang
- dan hilang selera makan.

Wednesday, February 22, 2012

Karnival Halal 1Malaysia Best, di Plaza Angsana,

Karnival Halal 1Malaysia Best di Plaza Angsana Jumaat ini

 Gambar Hiasan, Plaza Angsana, Johor Bahru, Johor. Kredit di sini

JOHOR BAHRU 21 Feb. - Seramai 60 usahawan akan menyertai Karnival Halal 1Malaysia Best peringkat negeri yang diadakan di Plaza Angsana mulai Jumaat ini.

Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Faridulatrash Md. Mokri berkata, karnival tiga hari yang julung-julung kali diadakan itu bertujuan mendedahkan usahawan baru untuk meningkatkan kualiti pengurusan pengeluaran yang secara langsung bagi mencapai perakuan jenama 1Malaysia Best.

Menurutnya, ia juga akan memberi maklumat dan bimbingan kepada usahawan berkenaan proses dan syarat diperlukan bagi mendapatkan penjenamaan 1Malaysia Best daripada jabatan dan agensi berkaitan.

Monday, February 20, 2012

Makaroni Halal Muslim, Lazat Lagi Menyelerakan

 Makaroni Halal Muslim, Lazat Lagi Menyelerakan

 Makaroni Halal Muslim, SRM ada menjual produk makanan ini


Pelbagai Produk Kesihatan dan Barangan Runcit Muslim Di Jual Di Sahabat Roselle Marketing. Salah satu produk runcit Muslim yang kami jual ialah makaroni.

 Makaroni, Halal Muslim, Dijual di SRM

 Makaroni Halal Muslim
(Spring Kasar)
Harga sebungkus; RM 7.00

 Makaroni Halal Muslim
(Halus)
Harga sebungkus; RM 7.00


 
Makaroni Halal Muslim
(Spring Kasar)
Harga sebungkus; RM 7.00


Untuk beli online produk makaroni halal muslim, sila klik di sini. 

Cara nak beli online dengan kedai Sahabat  Roselle Marketing sila klik di sini. 

Saturday, February 18, 2012

Masalah senggugut, Secret Honey Genius.

Muslim Choice, Secret Honey Genius,


TESTIMONI PENGGUNA 
SECRET HONEY GENIUS, MUSLIM CHOICE

Masalah Penyakit Senggugut Nama: Pn Fardhillah Bt Mahad
Umur : 35 Tahun

Lokasi:
Batu Caves, KUALA LUMPUR
Masalah: Penyakit Senggugut



Sejak remaja lagi saya mengalami sakit senggugut satiap kali ketika datang haid. Sakitnya tidak terhingga sahingga berguling-guling. Saya telah berjumpa seorang pengalaman perubatan tradisional. Atas sebab itu, setelah berkahwin saya telah dikurniakan 8 orang cahayamata. Tetapi masalah senggugut tetap saya hadapi masalah kepada juga terasa sakit.

Setelah mengambil SHG, kesanya begitu memuaskan hati saya. Sakit sanggugut telah hilang cuma masih terasa sakit kepala. Tetapi saya masih terus mengambil SHG sahingga ke hari ini. mudah-mudahan suatu hari nanti sakit kepala saya juga hilang. INSYAALLAH.

Bukan saya sahaja yang mengambil SHG malah seluruh ahli keluarga saya mengambilnya.  Kami semua merasa samakin sihat setelah mengamalkannya. Tambahan pula dalam keadaan negara kita masih lagi berada di dalam gelombang H1N1. Kita tahu sudah ada begitu ramai orang yang dijangkiti H1N1.

ALHAMDULILLAH, setakat ini, kami sakeluarga masih lagi terhindar daripada penyakit tersebut. Insyaallah kami sekeluarga akan meneruskan pengambilan SHG dan jika diizinkan ALLAH sepanjang hayat kami. Terima kasih kepada MUSLIM CHOICE kerana telah memperkenalkan SHG dan ia juga adalah sebagai altenatif kepada perubatan menurut SUNNAH Rasulullah S.A.W.

Sedikit Info apa itu senggugut

Senggugut – Masalah Senggugut Wanita

Penyakit senggugut (PMS) merupakan himpunan simptom fizikal, psikologi, dan emosi yang berkait dengan kitaran haid wanita. Dianggarkan kebanyakan wanita pada usia boleh mengandung (sekitar 80 peratus) mempunyai sebahagian simptom PMS, Simptom sedemikian biasanya boleh dijangka dan berlaku secara tetap semasa dua minggu sebelum haid. Biasanya simptom mungkin hilang sebelum atau selepas permulaan aliran haid.

Bagi sesetengah wanita dengan PMS, simptom amat teruk sehingga mereka dianggap melumpuhkan. Bentuk PMS ini mempunyai nama psychiatric tersendiri: Penyakit senggugut teruk (premenstrual dysphoric disorder) (PMDD).

Keluarga Bahagia, Air tangan Ibu...

Keluarga Bahagia, Air tangan Ibu...

Kasih Ibu, walaupun keletihan, atau kepenatan, atau kesakitan, ibu tetap bangkit.

SETIAP AHLI KELUARGA MEMERLUKAN MAKANAN YANG BERKHASIAT DAN SEIMBANG SETIAP HARI


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Keluarga bahagia, impian semua. Untuk mewujudkan keluarga bahagia, salah satunya mestilah dengan masakan si ibu atau si isteri. Makanan yang dimasak sendiri di rumah kita, inshaAllah, Lebih terjamin kebersihan dan khasiatnya.

Sebagai ibu rumah tangga, tentu akan memikirkan masakan apa yang hendak dimasak pada hari ini. Bagaimanapun sebaiknya pastikan masakan yang akan kita masak itu, dari sumber yang halal. Makanan yang halal, banyak keberkatannya. InshaAllah.

Antara aspek yang perlu diambil berat ialah zat dan vitamin yang perlu diperolehi oleh ahli keluarga kita. Oleh itu, pastikan makanan yang diambil adalah makanan seimbang.


Doktor menyuruh kita mengamalkan makanan seimbang dan bersenam untuk kekalkan kesihatan atau mengembalikan kesihatan kita yang sudah terjejas. Kita perlu mengambil makanan seimbang agar kita mendapat zat-zat dan nutrien yang diperlukan oleh tubuh kita untuk kekalkan kesihatan atau memulih tahap kesihatan yang sudah menurun atau terjejas.

Dapatkan kita mengamalkan pemakanan atau diet seimbang seperti yang disarankan? Sahabat Roselle Marketing ada menjual SUSU ILHAM, susu tepung buatan Muslim. Ada tepung beras Muslim, tepung gandum yang dibuat oleh Muslim, sardin yang dibuat oleh Muslim, dan lain-ain lagi produk runcit keluaran Muslim. 

Untuk beli online, sila klik di sini untuk caranya. Manakala bagi warga Johor dan Singapura, jemputlah datang ke kedai Sahabat Roselle Marketing ya.

Di bawah disertakan sedikit panduan perancangan hidangan harian untuk keluarga kita. Bagaimanapun, ia tidak bertjuan menggantikan khidmat nasihat Pakar Pemakanan anda.

Panduan berikut boleh digunakan ketika anda merancang hidangan harian untuk keluarga :
 
SARAPAN PAGI
  • Hidangkan sarapan yang berkhasiat.
  • Sebaik-baiknya mulakan dengan buah-buahan segar atau jus buah-buahan. Ini merupakan pembuka selera dan pembekal serat.
  • Sajikan makanan berasaskan bijirin seperti nasi, bubur, mi, roti dan bijirin sarapan. Jika memilih roti, sebaik-baiknya pilihlah roti mil penuh. Hidangkan makanan ini dengan sedikit daging tanpa lemak, ikan atau telur. Roti boleh dimakan dengan keju rendah lemak, mentega kacang atau susu.
  • Susuli dengan minuman yang berasaskan susu.
MAKAN TENGAHARI
  • Sediakan hidangan yang ringkas.
  • Dapatkan pilihan yang lebih sihat dan berkhasiat.
  • Pilihlah hidangan yang mengandungi makanan dari kesemua kumpulan makanan mengikut Piramid Makanan

MAKAN MALAM
  • Makan malam merupakan masa yang terbaik untuk melengkapkan pengambilan makanan dalam sehari. Contohnya, sekiranya terdapat kekurangan jenis-jenis makanan yang diambil pada siang hari, makanan tersebut boleh diambil pada waktu ini.
  • Sebaik-baik sediakan dua hidangan sayur-sayuran dan salah satu daripadanya ialah sayur-sayuran berdaun hijau.
  • Elakkan daripada makan terlalu hampir dengan waktu tidur. Makanlah sekurang-kurangnya dua jam sebelum tidur.
SNEK
  • Jika perlu makanlah dengan sedikit. Pilihlah snek yang berkhasiat dan yang kurang kandungan lemak dan gula, contohnya buah-buahan, sandwic, kacang rebus, jagung rebus dan biskut.
Setiap makanan mengandungi nutrien tetapi perlulah dipilih jenis makanan yang mengandungi lebih nutrien. Gunakan panduan berikut ketika memilih dan menyediakan makanan.


  • Sediakan pelbagai jenis makanan dalam setiap hidangan.
  • Utamakan makanan yang kaya dengan karbohidrat sebagai sumber tenaga seperti nasi, roti, mi dan ubi.
  • Juga pentingkan makanan yang membekalkan vitamin, mineral dan serat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Biasakan memilih buah-buahan yang segar dan berwarna serta sayur-sayuran berdaun hijau yang mengandungi banyak vitamin dan mineral.
  • Pilih makanan yang membekalkan protin seperti ikan, ayam, daging, telur dan kekacang.
  • Pilih makanan yang kaya dengan kalsium contohnya susu, keju dan dadih. Makanan lain seperti ikan bilis, ikan tamban dan ikan sardin juga kaya dengan kalsium.
  • Kurangkan menggoreng makanan terutamanya makanan yang disaluti tepung dan kurangkan masakan yang bersantan.
  • Guna susu rendah lemak atau susu skim bagi menggantikan santan kelapa dalam masakan anda. Masukkan kentang, tomato atau bawang yang dikisar untuk memekatkan kuah.
  • Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan lemak, minyak, gula dan garam seperti snek dan makanan segera. Hadkan memakan makanan segera tidak lebih daripada dua kali sebulan.
  • Gunakan kaedah memasak yang dapat mengekalkan warna dan rasa asal makanan.
  • Selalulah menghidangkan makanan yang baru dimasak.
  • Apabila membeli makanan bertin atau berbungkus, bacalah label bagi membantu anda memilih makanan yang berkhasiat dan menjimatkan.

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...